28 Februari 2010

Happy Birthday, Papa!

Assalamu3alaikum wbt..

THIS POST IS SPECIALLY CREATED JUST FOR MY FATHER, 'ADROS!

DING!! 1 MAC 2010!!

Mula2.. Ijat nak wish kat papa, Happy Birthday!! [Happy birthday to you~~ *nyanyi dgn pitching yg lari*]


I love you, papa...

Dah genap 48 tahun akhirnya.. Dan dah dkat 20 tahun papa mendidik, mengasuh, mengajar Ijat... Dan Ijat tahu, byk kali Ijat wat sakit ati papa.. Byk kali Ijat wat papa marah.. Byk kali Ijat wat papa geram.. Dan Ijat sangat bersyukur dan berterima kasih sebb jadi anak papa.. Terima kasih atas smua ajaran, didikan, kasih sayang yg dah diberikan slama ini dan akan datang..

Ijat sedar, dlu papa marah smua2 tu, adalah nak didik.. Ijat je keras kepala.. tak dengar kata.. tp insyaAllah, skrg Ijat dah tak degil da.. huhu...

"Ya Allah, Panjangkanlah usia bapaku, rahmatilah hidupnya, limpahilah dia dgn rahmat dan rahmanMu, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah usianya, permudahkanlah urusnya di dunia dan di akhirat, kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku ketika kecil.."

Kat sini, Ijat baca khas ayat quran ni untuk papa... ayat yg mana Ijat penah menangis bila dgr.. sbb terkenangkan ape yg Ijat penah bwat slama ini.. maafkan anakmu ini..


video

Maksud ayat yg dibaca:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[17: 23-25]


Akhir kalam, tanpa didikan dan ajaran papa, Ijat takkan berjaya sampai mcm ini.. Terima kasih byk2! Hanya Allah yg mampu membalas jasa Papa...

Ijat Sayang Papa!!!

Red Blood Corpuscles?

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. Di beri "mood" nak update even taktaw nak tulis pape.. sbb taktaw nak letak ape, so letak la ape yg dibuat masa lab tadi.. skdar ulang kaji.. ingat ke tak.. hahaha...

Hari ni lab berkisarkan ttg Red Blood Count~ Mengira erythrocyte dalam darah~ hoho.. mende cam simple je.. tapi ntah.. ngan takde lab manual, smua tmpu perhatian terhadap doctor explain je.. nak wat experiment tu, phm je.. cuma nama apparatus tak jelas... biasala kan? BI slang arab~ ngeh3~

blood diluting pipette

Process untuk wat mende ni kejap je... mula, process menyedut darah ke dalam "blood diluting pipette" [tgk gambar] dgn kaedah menyedut.. hahah.. lawak plak.. caranya, letak rubber tube kat hujung pipette yg bersaiz 20microliter.. then masukkan pipette dalam darah, sedut la darah tu guna mulut dgn sedut melalui rubber tube sampai penuh 20microliter tu.. pastu tahan dgn lidah pada rubber tube supaya darah tak kuar..

sedut~~

Then, amik test tube yg berisi satu solution.. tak dgr jelas nama solution tu.. dia ada reagent ape ntah yg 5-10%.. [i should find the manual tomorrow.. katanya da ada kat maktabah ta9weer] pastu tutup pentutp test tube tu ngan satu latex.. lupa gak nama nya.. tp kalo tgk, kenal la.. hahaha.. goncang2~ then tunggu at least 10minutes.. paling lama 2jam.. untuk mmastikan reagent tu react dgn blood..

 darah yg dah campur ngan reagent

Pastu masukkan dalam cylinder cuvette [tak pasti ejaan].. pastu masukkan blank solution dalam spectrophotometer.. resetkan count pada 540namometer.. then tukar dgn darah kita tadi.. amik bacaan~~ tadi wat, dpt 600+ count.. tinggi sgt.. haih.. kalo dalam case, boleh dikatakan darah ini dari patient yg ada erythrocythemia [high RBC count].. tp bile tnye doctor, dia kata, "kullu dam minal 6ullab~ mesh mumkin yujad erythrocythemia.." hahaha.. kaji2 balik.. rupanya, before sdut blood tu, kita kena shake dlu.. sbb RBC dah sediment kat bottom of the blood test tube.. so kena goncang dlu, baru sedut.. hoho~ takpe.. blaja dari kesilapan~~ =P

Haha... anyway, there's something I wanna share with u guys..  about erythrocythemia.. benda ni adalah peningkatan Red Blood Corpuscles [bukan cell ye? sbb dia takde nucleus].. biasanya, benda ni boleh berlaku atas dasar physiological [normal] ataw pathological [pnyakit].. kalo physiological, mgkn dipengaruhi oleh altitude kita tinggal.. orang yg tinggal di tmpat tinggi, dia perlukan lebih byk RBC sbb kat sana, pressure rendah.. pressure yg rendah menyebabkan darah sukar nak absorb oxygen.. so, lebih byk RBC diperlukan bg memastikan darah smua sampai..

cuba tgk.. bile atmospheric pressure turun sampai kat below 40, concentration oxygen yg bind dgn RBC dah berkurang.. dan hal ini amat bahaya.. sbb tu kita terpaksa perlukan lagi byk RBC baru.. dan partial pressure kat tissue dlm 40 gitu.. jadi, kalo below dari tu, oxygen gagal dihantar kepada cell kbyknnya.

Penah tak terfikir, bila kita naik ke atas gunung2 tinggi, kita makin sukar nak bernafas? dan sedar x, bila nek flight, ada satu corong kecemasan kat atas kepala kita.. dan dalam card kecemasan tu kata, "bila tekanan rendah, sila pakai".. haa.. sbb kita susah nak amik oxygen masa kat tempat tinggi.. partial pressure for oxygen rendah.. so we need alat bantuan pernafasan.. sbb tu org yg nak daki everest, dia akan stay pada certain ketinggian, untk beberapa minggu dlu rasanya.. untuk membenarkan badan mereka compensate dgn low atmospheric pressure kat sana dgn meningkatkan bilangan RBC!

 erythrocythemia

Lagi satu, bila sbut pasal sesak nafas bila naik ke langit, peristiwa ni dah direcordkan dalam Al-Quran! Pecaya ataw tidak? hehe.. meh sy tunjukkan.. Firman Allah swt:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. [6:125]

See? sesak nafas yg dinyatakan di atas merupakan kesukaran untuk bernafas disebbkan oleh tekanan yg rendah di langit.. Allah dah lama terangkan, tapi kita baru sdar skrg~ nampak betapa ceteknya ilmu kita, kan? Kalo dari segi arab, perkataan "9'oiyyiqon 7arojan"  bermaksd sempit yg tidak dapat ditembus.. dgn kata laen, kesempitan dada org2 kafir ni, bila tak dpt hidayah Allah, sukar untuk kebenaran menusuk dlm hati mereka.. [rujuk tafseer ibn katheer]

Stkat ni dlu.. hehe.. daa~~

~Wallahu a3lam~

25 Februari 2010

Syukur?

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala2nya. Dengan kita dpt melihat, bernafas, menghidu, wajib bagi kita bersyukur.. Heee~ Cuba bygkan, salah satu dari benda tu ditarik kembali oleh Allah swt? Bagaimana anda rasa? Best? Masa tu baru teringat nikmat Allah ni, kan?

Besides, lately sy kerap rasa cam sukar nak bernafas.. and normally rasa benda ni masa nak tido malam.. rasa tak best sgt.. tp still ada benda yg leh nmpak positive pasal kejadian ni.. mengingatkan diri ttg mati.. hurmm.. kalo rasa sesak nafas camtu, sslu terpkir mati je.. kalo tak sesak nafas pon, hidung tersumbat both =.= mmg tak slesa bernafas guna mulut.. huuu... tapi ppe pon, alhamdulillah.. ini mgingatkan kita terhadap mati.. dan mengingati mati antara cara membersihkan hati.. rite?

Ok, bila sbut pasal syukur kan, apa yg kita bayangkan? Sekadar sbut "Alhamdulillah"? Sekadar sujud syukur? Actually, cara nak bersyukur ni byk.. terlampau banyak.. tp bleh dibahagikan pada 3 kategori:

1-Hati
2-Perbuatan
3-Lisan

Ha... sepatutnya, kita kena gabungkan kesemua2 ni apabila kita rasa bersyukur.. maksdnya, bukan sekadar menyatakan Alhamdulillah shj.. Hati mestilah membenarkan, merasai, menjiwai kalimah yg disebut itu.. bukan itu je, perbuatan kita hendaklah juga sejajar dgn perasaan syukur tu~ For example: Kalo kita mendapat markah tinggi dalam peperiksaan.. Kita sbut Alhamdulillah, sujud syukur.. Hati kita meyakini smua ini dari Allah swt.. smakin rajin menambahkan amalan soleh..meninggalkan maksiat.. haaa.. camtu la.. sbb, kalo kita still wat maksiat, sy tak rasa kita benar2 bersyukur lagi..

Ok, kronologi yg mudah.. kalo ayah kita kasi hadiah laptop sbijik.. then kita ckp terima kasih... tapi, kita tak dgr ckp ayah lepas itu, apa perasaan ayah kita? Mesti dia boleh kata, "dasar anak tak reti berterima kasih".. Ni adab kita dgn manusia.. apatah lagi dgn Allah swt, yg menciptakan kita..

Firman Allah swt:

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". [QS 14:7]

Kat sini, kita dpt lihat janji Allah swt pada kita.. Kalau kita bersyukur, Dia akan tmbah lagi nikmat tu kepada kita. Tp bila kita ingkar dengan nikmat Allah, jaga2 la dgn azab Allah yg amat pedih.. huhu.. kalo dalam bahasa Arab, perkataan Syadid ni benda2 yg melampau2... haa... kiranya, azab yg melampau2 la.. huhu... takot2~~ TT_TT

Bukan tu sahaja, ada juga dlm al-quran suruh kita khabarkan kepada org len bila kita mendapat nikmat.. haa.. teka surah ape? Surah ni mungkin dari kecik lagi kita baca~

Firman Allah swt:

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya.) [QS 93:11]

See? Kalo sy, sy suka gak cite pada org ttg nikmat yg sy dpt.. tp takde la smua org.. hee~ so pada member2 sy yg dapat markah tinggi exam, jgn la sorok2 markah korang.. hehe [jahat gile kata2 ni.. ngeh3]

So, dgn itu, sy nak share satu nikmat yg sy dpt.. tp nikmat ni cam lagho sket la.. hahahaha... gini, dapat beberapa hari lepas, sy terkejut lihat kredit hp saya.. hehe.. mula.. saya dpt free msg kredit bernilai 3 dinar.. [1 msg ke no jordan, caj sbyk 0.03 dinar... 1 msg ke Malaysia, caj sbyk 0.06 dinar] Mende ni menda biasa lagi bagi student jordan.. apa yg memelikkan, every day, free kredit sy naik.. shinggalah menjejah 43 dinar! hahaah... best2~ alhamdulillah.. namun begitu, pada suatu petang, mende kredit free ni hilang.. tinggal 1 dinar lebih je TT___TT

TETAPI, hehehhe... benda ni berubah! Pihak Orange menukarkan jadi free call!! hahaha.. menyebabkan sy mempunyai free call minutes sbyak 4190 minutes!!! [skrg tinggal 4138 minutes lagi] bila kira2, dpt free call hampir2 70 jam gak tuh.. wow~~ that's y, kalo ada urusan, sy lagi suka call, bukan msg~~ ngee~~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Ramai yg tanye sy, sy wat ape smpai jadi camni... dan jawapan sy, sy tak wat ppe pon.. ttba je jadi camni.. cuma sy ada msg dgn orang malaysia~ call malaysia tu takde la plak kot guna hp? bcoz ada skype~~ =P

kalo nak wat calculation dari segi dinar.. bape dinar sy dapat? Kalo call kepada no jordan, rasanya dlm 0.03 dinar seminit [rasanya]...

4190 minit x 0.03 = 125.7 dinar!!!

kalo convert dlm RM lak, dalam RM600 lebih gak dpt free tu.. hehe.. Alhamdulillah~

Hehe.. tu je kot apa yg agak menarik berlaku pada minggu ini? [actually ada lagi nak share.. tp tunggu masa la]

P/S:
pada member2 yg rasa nak wat call ke mana2 no ORANGE jordan, tp takde kredit, leh la dtg jmpe sy.. sy leh kasi guna free kredit ni.. hehe.. lagi bgus kalo atas dasar kerja dakwah ke ape ke.. sy mengalu-alukan penggunaan anda. tp bukan untuk call makwe ye? =P

~Wallahu a3lam~

18 Februari 2010

Semester baru

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah, yang memberi peluang pada sy untuk terus blaja dalam semester baru ni..

Takde ape sgt hari ni nak gtaw.. cuma nak tnjuk jadual pembelajaran sem ini:


Sy amik 3 subjects... semuanya ttg system.. sy amik, Hematopoietic system, Cardiovascular System dan Respiratory system~ huhu.. stiap subject ada 6 credit hours.. byk tu~~!!

Stakat ni, course outline camni je dpt..

 



haih.. mid-exam n final dah tercatat kat situ TT_TT

Macam itu la lebih kurang pembelajaran tahun ini~~ +_+ takpe2.. sy boleh! insyaAllah! heee~ doa2kan lah ye? [thx sbb doakan~]

Ok la.. takmo panjg2.. hehe..

~Wallahu a3lam~

17 Februari 2010

Fakir dan Miskin?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. diberi idea nak menulis.. bukan sng nak dpt idea menulis.. kadang2, idea ada.. tp masa nak gi kelas.. tgk2, da ilang idea once balik rumah. Haih.. takpe2.. ni ada idea, ok la kot?

Btw, penulisan ini based on ape yg sy pernah dgr dan pendapat sy.. sy bgtaw awal2 lagi. So, kalo salah, tolong btulkan dgn berhikmah ye? heee~~

Ok... apa yg korang paham ttg fakir dan miskin? 2 perkataan ini bukanlah nama org ye? takot ada yg terbayang cite Jutawan Fakir je.. hahah..  dan ada yg ingat 2 benda ni benda sama.. sbb penggunaan dalam bahasa malaysia, fakir miskin... so, cam takleh nak beza.

Bagi saya, fakir [kalo dalam arab, guna huruf qof.. so saya eja faqir lah ek?] adalah seseorang yang tidak cukup harta asasnya [makann,tmpat tinggal,pakaian], tetapi dia tidak meminta2 sehinggakan org ramai tak taw dia ni takde harta. Hal ini berpandukan firman Allah swt:

(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. [QS 2:273]

Lihat? Sampai org yg taktaw ingat mereka kaya! Masya-Allah. Dan orang miskin pula bermaksud orang yg mempunyai harta ckup2/hampir2 cukup untuk benda2 asas je. Dan dia mgkin juga meminta2? [tak pasti point ni] haha...

Namun begitu, sy rasa, darjat org faqir lebih tinggi dari darjat org miskin. Knp sy kata camtu? bila tgk urutan dalam surah at-taubah. Firman Allah swt:

Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [QS 9:60]

Kalo tgk sini, Allah sbut faqir dlu baru miskin. Kiranya, org faqir diutamakan terlebih dahulu dalam bab zakat. So, apa pada pendapat anda pula? Dan pendapat sy ni, kalo tak silap, pnah dgr dalam satu kuliah agama.. tp lupa bila dan di mana..

btw, nak tnye pendapat korang ttg satu ayat ni. Firman Allah swt:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [QS 24:32]

Adakah ini jaminan atau bukti dari Allah bahawa perkahwinan tidak menjadikan kita makin miskin? So? hahaha... tp tunggu dulu.. tgk ayat selepasnya juga ye?

Firman Allah swt:

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [QS 24:33]

Hehe.. so, pastikan mampu dlu ye? Kalo tak silap, mampu di sini cumalah dari segi nafkah dan mahar. Harta tak smestinya kena byk baru bleh kawin. Kalo dah bleh kasi nafkah tu, ok la.. tapi, jgn lupa.. berat tanggungjawabnya slepas itu.. Ilmu kena ckup. Dan, pastikan anda mampu menjadi murobbi [pembimbing] diri sndiri terlebih dahulu, sblm kita mmbimbing isteri kita.. dengan kata lain, pastikan kita mampu membimbing diri kita dulu sblm kita nak kawin.. haha.. [kalo nak bgn subuh pon susah/kantoi, nak gi solat berjemaah pon berat, baek tangguh dulu niat nak kawin tu ek? sy ckp camni sbb, solat tu basic in our life.. kalo basic pon kantoi, camna ngan yg len? dan solat tu sndiri dlm kawal kita dari wat mende2 jhat~ no offense~~]
Ok la.. sampai sini sahaja ye? hehe..

~Wallahu a3lam~

16 Februari 2010

Rubik Cube

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. Dapt jugak wat tutorial nak siapkan rubik cube.. tapi yg sya ajar cuma basic.. dan concept nak paham.. step2, tgk la kat website nya.. ada byk style.. so rajin2 la search kat internet untuk step2 yg susah.. sy ajar, just logic.. tu je...


video
suara sumbang sket.. sbb sy berbisik.. malu takot mmber dgr.. haha


video
Ni plak sy settlekan tadi jugak.. tp tak leh wat cepat la

video
Ni masa sy 1st year.. record masa terbaik yg sy record.. yg tak record tu ada je.. maen dkat dewan selpas latihan kick boxing [leh dgr org men basket]..

Kalo tgk2 tak paham gak.. ada satu cara agi..

haha.. amcm? hehe..

Ni gambar koleksi rubik cube sy.. tak termasuk yg da hancur lagi tu.. hehe [ada 3 yg dah hancur sbb kerap sgt men]

Papepon, smua ni ilmu Allah.. tak salah nak men sambil release tension kan? lalala~ ok la.. see ya!

~Wallahu a3lam~

15 Februari 2010

Cerita Hari ini.. [tudung tak wajib?!]

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, baru balik dari "skolah".. Penat2.. Juga seronok? Hahaha.. taktaw kenapa.. tp rasa better sket dari smlm pnye kelas..

Pagi2 hari agi, mood cam dah baek.. Knp? Rahsia~ haha.. then, masa gi masjd subuh, angin bertiup.. agak kencang la.. tp best.. sbb tak sejuk sgt.. temperature rasa mcm kat tepi pantai ketika di subuh hari.. angin pon cam kat tepi pantai.. cuma pantainya tiada=.=

Setelah selesai smua kerja2 harian, ready2 nak ke skola.. then kuar bilik kejap.. haha.. member tak siap ag.. so leh la lagho kejap~ ngee~ men game mafia wars.. ntah hape2 je an?

Kemudian, ttba rasa cam nak gi skola pakai kasut.. sllu pakai slipar Croc je.. haha.. sengal btol. Kali ni gi skola pakai kasut. Taktaw nak pagl kasut ape lg. sbb ada satu je kasut. Tu pon bawak dari mesia.. sll tak pakai kasut tu sbb.... dah koyak kat tepi.. dalam 8cm gak koyaknya.. tp takpe.. pakai je dlu.. leh pakai agi [tak jmpe kasut2 best ag kat sini]

Lepas masukkan smua2 benda lam beg skola, pegi la skola cam biasa.. hari ni tiada masalah sgt.. then dpt la satu call dari mmber. Dia tnye soalan, "Weh JaQ, nak tnye ko satu soalan ni, pakai tudung tu wajib tak?"

Saya dgn slamber jawab, "tak wajib. Asal?" "Ha? Tak wajib ke? Asal?! Slama ni blaja wajib je?" tnye member kat saya.

"Hahahaha... takde la.. Yang wajibnya, TUTUP AURAT berlandaskan syara3. Bukannya pakai tudung tu. Kalo wajibnya tudung, takleh la kita ttp ngan benda laen mcm kain tuala ke? Kalo wajibnya tudung, asalkan tudung da kira ok la?" reply sy.

"Aah ek.. Thx JaQ!"

"same2. Tapi try la tnye doctor2 syariah dlu.. better dptkan fatwa sbnar. Kite ni org biasa2 je. Bukan ulamak pon. Tak mcm dia. Cuma yg confirm, ttup aurat tu wajib. Dari segi tudung tu wajib ataw tak, try la rujuk balik."

"Baek~ Ok la.. Slamat ke Skolah! hahaha.. Salam~"

"Haha.. thx3~~ Wa3alaikumussalam wbt"

Start berbual tu sbnya panjg.. siap bincang2 sal surah an-nur ayat 31 lagi. Bincang psl istilah2 yg ada dlm ayat tu. Tp sy takmo letak kat sini. Sbb bila korang cari sndri, mesti lagi ingat dan yakin. Bak kata Ustaz Mazlee, "Korang ingat sy ni jual dadah ka? Korang syok2 dpt ilmu, pastu balik camtu je?" Haha.. at least, kita sama2 cari ilmu.. bukan kedekut ok? I just give u the KEY.. but to explore it, sndri2 la ek? hoho

Dah taw nnt, leh la share2 ek? Tapi, JANGAN GUNA AYAT TUDUNG TAK WAJIB pada org2 awam tanpa terangkan kepada mereka apa yg dimaksdkan. Kang ada yg sesat nnt.. Sbb org2 awam ni mudah terkeliru. Ok? Lagi senang, takyah cite takpe.. haha.. sbb kat mesia synonim dia pakai tudung=tutup aurat. Tapi sy kurang stuju sbb ramai pakai tudung, tapi tak ttp aurat. Haih~~

 muka baru lepas lecture 1st

Kelas ari ni OK. Best! hehe.. 1st lecture, Dr ajar guna fully BI. Ajar pasal histology of blood cells.. Best je~ Alhamdulillah. 2nd lecture juga best.. ttg physiology of blood. ttpi kesian kepada member2 yg tak paham arab. Sampai tertdo. Doctor guna dalam 85% arabic. 15% tu cuma istilah2 medic.. Sy ada rekod contoh. tapi tak jelas.. Lebih kurang gini la doctor ckp, "6oyyeb, 7assa ne7kee 3an Viscosity of Blood.. Laazeman hua muhimm jeddan bil our maddah. Izaa kaana daroojah el-7araarah a3laa, kef betkoon li Viscosity? a3laa aw aqol? Aqol, 9oh? Wa ai9'on...... bla bla bla" [sila rujuk kat tepi blog ni utk tahu cara baca]

Camtu la lebih kurang gaya doctor ajar.. haha.. cara dia terang best je.. tapi kalo tak paham arab, mmg kesian la. Rasa bersyukur sgt blaja arab. Thx kepada smua guru2 arab sy! Smoga Allah permudahkan urusan mereka dan juga kami~ =)

Then, kelas ketiga.. ttg biochemistry of blood.. Dr yg guna 95% BI, 5% arab. Tapi BI dia amat mantap. So tiada masalah.. Best je~ Alhamdulillah~

Then, pegi la makan.. makan pizza ari ni.. heh~ sbb ada org letak gambar dia pegg pizza kat YM dia.. so terasa nak plak.. hahaha.. then, abes je makan.. pegi bli lecture note, then pegi kat stadium.. Cadangnya nak register untuk tae kwon do.. sy prefer silat lagi.. tp da takde pe nak masuk, join je la.. mmber pon ajak.. haha.. so, pegi je la~ Smpai stadium, coach tae kwon do takde.. tp sy tinggalkan pesanan melalui coach karate.. hoho.. pastu solat zhor~

yee.. taw.. muka sy garang.. haha

Kemudian balik umah... nek bas.. cuaca, panas! mjur tak pakai tebal2 sgt.. haaa.. dlm bas, men rubik cube=.= 2 kali sy tewas dgn danial kali ini... takpe.. sy dah menang ngan dia lagi byk~ hahaha.. Rekod untuk dipecahkan, bukan disimpan, rite?

Camtu la kisahnya.. takde mende menarik pon.. takde la ilmiah sgt post kali ni.. hehe.. bukan ape, kalo ilmiah sgt2, boring plak~ ke cane? [mcm la cite ni tak boring =.=] Okay la.. see ya!

P/S:
Sape nak try translate ape yg saya tulis tu, silakan.. yg doctor ckp tu la.. hehe.. tulis kat comment ye?

~Wallahu a3lam~

14 Februari 2010

1st Day of School

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, hari ni dapat masuk ke semester kedua untuk sesi 2009/2010 sbgai pelajar perubatan. Huhu.. Bgn pagi cam biasa.. urusan2 settle then, bergerak la kesekolah dlm keadaan sjuk.. Tp disebbkan sy seorang yg degil, saya pakai 2 lapis je baju.. sllunya lebih dari ini.. dan sy tak pakai winter coat cam biasa.. haha.. cari pasal~

Maka, bila da sttle keje2 harian, sy jenguk kat luar bilik.. mmber da siap.. Dia tunggu sy kat pintu rumah.. then, sy kunci bilik.. ttba teringat.. tak bawak mp3 quran.. sbb pagi tadi ngulang ali-3imran.. cadangnya nak ulang an-nisa' jugak.. sy jerit kat mmber, "Dollah, ko tunggu ak kat bawah! Nnt ak turun.. kejap je!" Terus je bukak balik bilik, capai mp3 [actually its alquran digital]. Then amik earphone Creative, wat masuk dlm poket.. then kuar umah~

Kemudian, kluar la umah jalan2 ngan mmber.. ckp2 sket2... sampai kat jalan raya.. kat situ, tunggu bas plak.. then, naik bas cam biasa.. tambang bas ni 0.15 dinar je.. then bas tu brenti kat dpan sket. Naik la 2 org mamat arab.. ddk sblah sy.. adeii.. bau rokok=.=

Then, turun kat Mujamma3 [stesen] syeikh Kholeel. Situ nek bas lagi.. lega.. sbb sblah kiri, mmber.. sblah kanan arab.. tp takde bau rokok.. bau kopi plak=.=

 keadaan kat mujamma3 JUST

Then, sampai la university.. nak bayar, eh~~ harga nek=.= adeii.. asyik nek je harga bas ni.. bosan~ dari tambang 0.30 dinar kepada 0.33dinar.. taktaw ape significant dia.. takpe2.. byr je.. duit JPA gak. Lagipon jalan ke tempat menuntut ilmu. So, takpe~

Sampai2 je dalam lecture hall, tgk ada 2 org akhowat melayu je.. haiih.. sikit nye org dtg ari ni? tgk jam, oo baru pkul 8.05 pagi.. no wonder.. class start 8.15.. arab ramai masuk lwat.. Kemudian, doctor masuk.. kasi briefing about course.. ckp kena amik 2 case~ hmm.. tak paham sgt.. tapi dia kata, 2 case masuk dlm exam.. Then lecture bermula..

The introduction of hematology... cakap sal darah.. komposisi darah.. ckp sal anemia.. jenis2 dia.. sbb berlaku.. cara treatment sket.. tapi, 1st impression sy terhadap doctor ni, dia not fully spoken in english.. dia guna 50% arabic i guess.. sbb dia baca slide in english.. then elaboration dia arab.. agak laju.. and english dia pon guna slang arab.. adeii.. masa tu sy terpikir, camana ek ngan  mmber2 yg tak blaja arab masa skola menengah dlu? hmm.. smoga Allah menolong mereka..

Pastu doctor da start laju2.. terang pasal heparin n warfarin.. pasal IgG [immunoglobulin G - boleh cross placenta].. then macam2 la lagi.. sampai tahap rasa tensi dan mengantok=.= maka tersengguk la 2-3 kali.. Dalam fikiran pk, kalo camni hari2.. mau pengsan.. tapi.. ni baru introduction?!?! huuu..

Then, lecture tamat dlm kol 10 pagi.. spttnya abes kol 11.. tp dak2 arab pon da nmpak cam takde mood.. haha.. start2 kelas da guna gear tinggi.. mau terbakar je otak tadi.. tp, iA.. tonite, sy akan cuba faham balik ape smua ni.. insyaAllah.. [tp malam ni ada ceramah.. balik ceramah smpat je lagi? insyaAllah]

Then, pegi cafe ngan mmber.. kat situ, tgk makann.. cam takde mood.. then kasi cdgn kat member, makan kat kedai "fawwal".. dkat je ngan umah.. then pegi la ke mujamma3 Kuliyah at-6ibb.. kat situ, men rubik cube ngan mmber.. hahaha.. takde keje tol.. tapi best~ I love to play that thing~

Pastu makan2 je la.. then balik umah.. haaa. camtu je la kesahnya.. adeii.. next time, nak wat post pasal rubik cube.. cana nak solve dia.. heee~ sng je.. kalo faham algorithm dia.. dan taw cara dia.. heheh.. nnt sy ajar.. don't worry~

~Wallahu a3lam~

13 Februari 2010

Makan-makan

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. baru lepas makan... knyg2.. haha..

Post hari ini saya lebih nak ckp pasal makanan la.. haha.. sbb ape? Even dah lama ddk kat jordan ni [lama ke?=.=] tak pnah tulis sal makann dia.. haaa.. kalo bagi yg dah ddk timur tgh, mgkin tak pandang la post ni.. sbb benda yg merka biasa jmpe da.. tol x?

Ok, sy just nak cite ttg ape yg sya makan tadi.. haha.. teka? SYAWARMA!

Syawarma ni, dia ada 2 jenis la normally.. jenis ayam [djaj] ataw daging[l7am/l7meh]... Kalo org tanye sy, saya suka yg mana? Saya suka yg djaj! hehe.. taktaw la knp.. sbb sdap la? hoho.. oh ya, dia Malaysia, kita panggil dia kebab...

Biasanya kan, bila pegi kedai syawarma, kita akan nampak satu daging ayam besar yg di letakkan di tempat panggang.. pehh.. bau dia pon da sedap da...

daging ayam syawarma

Mula2, biasanya dia akan amik cream bawang putih, letak atas roti.. then dia letak daging/ayam yg dipotong dari tmpat panggang tu.. ala.. cam kebab la.. then dia letak kat roti tu.. kemudian, roti tu digrill di atas tmpat grill.. Bagi saya, rasa dia, jauh lagi sdap dari kebab malaysia~

ni satu set lengkap syawarma 3arobi

Yang cam sayur2 tu, kita panggil sal6oh.. iaitu cam coslow la.. sptutnya ada mu5ollal [jeruk], tapi kedai ni cam taw2 je melayu tak makan, so dia kasi 2 sal6oh.. haa.. camtu la.. sdap ni.. kalo sy la, tak jemu2 ag makan syawarma ni.. hehe.. tapi ada je dak mlyu yg kata bosan da.. tp saya ttp tak bosan.. hehe.. kelebihan dia, kita boleh minta nak letak ape lagi dlm tu.. tp, of course la.. byar pon lebih sket.. kadang2 sy minta letak cheese, tlur.. minta je.. iA dapat..

Harga kalo untuk satu set lengkap cam dlm gambar ni, kat irbid ni lebih kurang 1.4-1.6 dinar la.. dia berbeza berdasarkan kedai.. yg sy beli ni, 1.4 dinar je.. kalo convert to RM, rasa la mahal.. dalam RM7.. hoho.. tp kenyang.. dan sy tak convert sgt.. rasa cam RM1.40 je.. haha.. sbb da biasa kat sini.. huhu..

Kalo rasa makan benda camni tak kenyang, leh je nak makan nasi.. nasi kat sini ada byk jenis.. mansaf [makann tradisi jordan], kabsah, maqlubah, briani dan mcm2 lagi la.. kalo mansaf, tak ramai org melayu kat sini lepas makan.. sbb dia daging ataw ayam yg dimasak dlm laban [susu masam/yogurt].. sy 1st time makan, tak sdap sgt.. tapi bila 2nd time makan, ketagih.. haha.. sorry takde pic.. sbb sllunya kalo bli mansaf, dah abes makan baru tringat nak amik gambar.. haha..

Kat sini bawah ni sy sertakan gambar 2 set nasi kabsah.. ni sy bli kat kedai yg berdkatan kat rumah sy.. dkat je.. 10 meter je kot? haha.. harga dalam 2.50dinar satu set.. kalo convert, RM12.50.. hahah.. mahal gile rasa.. tp camtu ar.. ada je kedai yg jual 2dinar je.. tp jauh lagi dari rumah.. kalo gi ramai2, baru sdap gi kedai tu..

ni da kena bantai sket.. haha

Saya suka gak satu kedai tu.. mandi yamani.. hehe.. kedai ni ada jual satu roti la.. cam roti canai.. tp lembut.. sdap~~ makan ngan daging.. nama roti ni roo6ib.. mmg sdap la.. kalo pekena ngan syai [teh] 3adnin, lagi kaw.. harga satu roti ni, dalam 0.75dinar.. tapi daging dia mahal.. 1.5Dinar.. hoho.. kalo syai 3adnin, 0.25dinar..

smua ada kat sini, roo6ib, syai 3adnin ngan l7meh~

Sbb tu kalo ddk sini, bg sy, mmg heaven la.. cepat je nak gemok tu.. hahahaha.. lagi2 masa time2 winter.. adeii.. mmg kena jaga2 la.. bukan mudah tu~ nafsu makan kena control.. hahah.. Sape2 yg dtg jordan, bleh la sy bawakkan pegi kedai2 makan ni.. kita makan ssama.. haha.. nak take-away [safari] pon bleh je~ heee~

Kalo pegi amman, sy suka gi satu kedai.. chinese ape ntah nama dia.. lupa.. tp makann dia sdap la..rasa cam ddk kat mesia.. huhu.. ni sample gambar..
nmpak sdap.. harga pon sdap.. leh capai 20dinar camtu je=.=

Maka, demikian lah post sy ttg makann.. byk je lagi.. cuma kurang sdap nak explain bila takde gambar.. Taktaw la bgi korang sdap ke tak.. sbb korang tgk gambar je an? Kalo sy, sy suka~ haha.. bahagia je..

P/s: kalo pasal mkn, takyah la convert2 sgt.. nnt rasa mahal~ dan tak merasa sgt la nak makan tu=.=

~Wallahu a3lam~

12 Februari 2010

Hafazan & Masa.. sesak?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah... Masih diberi peluang untuk menikmati nikmat iman dan islam... Kan asyik dgr brita kematian je.. terbayang2 gak.. mimpi sal mati pon agak kerap.. hmm~ petanda? Ntah.. Allah lebih Mengetahui. Anyway, pagi2 hari agi ttba ada mood nak tulis.. Sbb ape? takot lupa sbnya.. once lupa.. idea lenyap. hahaha..

Okeyh.. Let's go to the main topic..

Hafazan & Masa... 2 perkara ini ssh nak dipisahkan.. Percaya atau tidak? Bila kita nak menghafaz al-quran, kita perlukan kepada masa.. Ye la kan, takkan tgk skli da dapat hafaz? Kalo ada, dia merupakan anak2 cucu imam syafie kot? sbb imam syafie ni, dia nak baca kitab pon, kena ttp sblah.. sbb dia tgk je, trus ingat.. MasyaAllah.. tgk cane org2 yg dipilih Allah. Bukan sbarang org..

Actually, pada 6/2/2010 baru2 ini, sy dijemput untuk jadi panelist untuk satu forum dalam program PINTAZ yg dianjurkan oleh Akademi Tahfiz Az-Zikr.. Masa ditawarkan tu, rasa berat la jugak.. sbb ape? Ramai lagi yg lebih layak untuk berckp.. ye la kan? sape je saya ni.. bak kate mmber, "Si Loppek" +_+

Pastu lepas pk2 sket, takpe la.. amik sbg satu cabaran.. haha.. then saya pon pergi la kat sana.. bawak la kertas sket.. org len smua takde kertas.. ckp spontan.. sy je kena tulis2 sket.. haiih~ loppek tol~

Kat sini, mgkin tulis balik.. tp tak smua la.. teka, ape tjuk yg sya dpt? Bagaimana hendak membahagikan masa menghafaz Al-Quran ketika walaupun dalam keadaan yang sibuk?

Hmm.. tajuk cam sng.. tp susah nak explain=.= Kenapa? Sbb apa yg diminta ni lebih kepada diri sendiri. Pcya ke tak? Haa.. we'll see.. Sbb kalo sy ckp cara camana pon, kalo org yg dengar takmo wat, tak jadi gak~ kan3?

 
rezeki~ alhamdulillah~ hehe~


Okay..

Bagaimana hendak membahagikan masa menghafaz Al-Quran ketika walaupun dalam keadaan yang sibuk?

Pertama:
Niat mestilah kerana ALLAH. Niat ini core segala sesuatu. Sbb kalo niat kita pon da tak btol, camana la keberkatan tu nak ada? Niat ni ibarat satu tiang pasak.. ataw base.. kalo mende ni tak kukuh, smgat mudah runtuh~

Kedua:
Berdisiplin. Apa itu disiplin? Disiplin adalah sabar dengan perkara2 yg tidak disukai, agar dapat benda yg disukai. Haa.. tu Saiful Islam pnye definisi. Jadi, bila nak dapat bahagi masa ni, of course la kena ada disiplin tu.. dan dalam muwasofat tarbiyah dari Syahid Imam Hassan Al-Banna, antaranya adalah menjga masa dan pekerjaan yg teratur. So, kena pandai la berdsiplin. Bila kita dah mmg disiplin, tak kira time exam ke, ape ke, mesti hafal gak.



Ketiga:
Buat target. Sbb ape benda ni perlu? Bila kita da ada target, once kita lihat target kita cam jauh lagi, kita akan lebih berusaha mencapai target. Wat target sndiri. Target masa pendek dan masa panjg. Contoh masa pendek, nak hafaz at least 1page sehari dalam tmpoh 10 hari berturut2. Contoh target jangka pnjg, nak hafiz 30juz dalam tmpoh 5 thn.. Jadi, pergerakan kita hendaklah selari dgn target dan kemampuan kita.

Keempat:
Menjaga masa. Masa adalah benda yg subjective bg setiap org... iya, mmg benar, smua org dapat 24jam je sehari smalam.. tapi, keberkatan masa tu wujud. Bila kita sntiasa jaga masa, insyaAllah keberkatan masa tu akan wjud. Contohnya, dapat menghafaz satu page dlm masa 10min.. haa.. tu antara keberkatan masa la tu. Dlam msa yg pendek, dpt hafaz.. Cuba lihat ulamak2 terdahulu.. ada yg mampu mengkhatamkan al-Quran dalam satu malam shj.. haa, tu antara tanda keberkatan masa. Masa yg pendek dirasakan luas dan panjg.




Kelima:
Buat Jadual. Menda ni penting. Kalo yg akademi dah kasi jadual, follow la.. dan wat jugak jadual hidup kita.. start dari bgn tido di pagi hari, sampai tido balik di malam hari.. [bkn tido dlm kelas, tghri dsb tu] Sbb kat sini, kita leh letak masa untuk menghafaz, mengulang, tilawah. Yang mengulang, kalo bleh, bykkan.. dan cerai2kan.. maksd sy, wat kejap2 je, tapi byk sesi.. sbb kalo lama2 ngulang, takot anda penat/bosan.. melainkan mmg anda jenis stamina tinggi.. tak pnat/bosan la~ =P

Keenam:
Mind set yg positive. Normally, org ssh nak hafal waktu bz sbb mind set tak btol. Mind set ni penting. Kalo kita set kan, mudah je nak hafal ayat ni. InsyaAllah nnt jadi mudah. Dan jaga juga 1st impression terhadap ayat yg hendak dihafaz. Sbb 1st impression ni amat berkesan. Kalo anda peniaga makann, mesti kita nak org nampak masakan kita tu sdap [kalo nmpk tak sdap walaupon rasa sdap.. rmai tak bli.. example budu. Nampak cam geli. Rasa sdap je]. Sbb manusia ni, lebih cnderung kpd appearance. Tol x? Jadi, wat la 1st impression anda yg positive~ Juga JGN set in mind yg menghfal al-quran di hari yg ada exam, menjejaskan exam.. haiih~ tak smestinya.. tp kalo pk camtu, jadi la camtu.. [that's y huffaz kena pndai jaga masa. tak stdy last minit]

Ketujuh:
Doa dan Tawakkal. Dan usaha camana pon, kalo Allah taknak bgi, tak dpt gak. Jadi, lepas da usaha, doa la slalu.. sbb Al-Quran ni kata2 Allah.. Kita nak hafal kata2 Dia, mintak la izin dgn Dia.. tak bgitu?

Isi tambahan:
Rasa nak mudah hafal even waktu bz, kena wat preparation la sket. Kalo sy, sy suka pasang mp3 surah yg nak hafaz.. dgr byk kali.. sampai muntah pon takpe [tapi tak pnah muntah pon.. sdap je] Nak tido pon pasang je.. insyaAllah, otak kita catch-up jugak masa tido tu.. kalo rajin, potong ayat alquran dlm mp3 tu, amik ayat yg nak dihafaz je.. then replay la byk kali.. sy penah potong gak.. antaranya ayat ttg hutang dalam surah albaqarah. ayat 282. Sbb satu page ni, satu ayat je.. so agak berbelit la nak ingat urutan. So sy wat camtu. Dan Alhamdulillah, lekat je urutan tu.. [Bila sy da ada ank nnt, insyaAllah, ayat alquran sy nak mereka dgr sjak kecik lagi.. its better dari dgr lagu ntah hape2.. sbb mereka akan hafal.. Kalo bleh, dlm kandungan ag nak suruh dgr da.. haha.. tpi tu kena ummi dia la wat..]

Akhirnya, bila kita dah berjaya hafaz 30juz al-Quran dgn jayanya, JGN kita anggap ini satu titik pengakhiran. Tidak! Ini adalah satu titik permulaan! Dan bg saya, menghafaz alquran 30 juz merupakan basic in life. Ttpi hakikat di Malaysia, khatam alquran tu pon dah dianggap satu kejayaan. Kalo hafiz 30 juzuk ni, lagi la.. dianggap kejyaan yg ultimate kot? Cuba kita lihat tokoh2 ilmuan islam pada zaman dahulu.. mereka hafaz alquran dlm usia yg muda iaitu sblm mencapai aqil baligh. Tapi, kita masih belum terlambat. Mari sama2 kita kejar basic ini!

Dan ingin sy sampaikan hasrat sy kepada bakal isteri sy [insyaAllah.. tp tak taw lagi sape.. hehe.. skdar luahan dan cita2], "Sy nak anak2 kita hafiz alquran terlebih dahulu sblm mmulakan pelajaran dalam bidang yg digemari mereka. Jadi marilah kita mula dari skrg! Jadi contoh terbaik untuk anak2, insyaAllah. Dan bila dah lahirnya satu zuriat kita, kita tanam dalam diri dia, cinta akan Al-Quran.. biar dtg minat untuk menghafaz al-quran dari dirinya sndiri. Itu lebih baik. Kan syg?" [sila abaikan perkataan yg tak spatutnya.. haha]

 Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.



Nampaknya, amat panjg post kali ni.. adeihh.. ppe pon, skadar perkongsian dari sy.. Yang baik itu, datangnya dari Allah.. Dan yang lemah tu, adlah kelemahan sy sndiri selaku seorang hamba.

~Wallahu a3lam~

11 Februari 2010

Peluang depan mata, tetapi...


Assalamu3alaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan setelah sekian lama tak menulis. Haha.. Bajet cam ramai org bace je.. Takpe2.. Itu bukan persoalannya skrg. Pape hal pon, cuti tinggal lagi 2 hari.. jumaat dan sabtu TT.TT Sedeyh2.. hahah.. tapi tak mengapa.. Stiap yg ada permulaan, mesti ada penghujungnya.. kan? Jadi, kenalah sntiasa maju ke depan. Ok. Cukup mengarut smpai sini.

Well, ape yg saya maksdkan peluang ada dpan mata, tetapi? Haa.. Benda yang sy nak ckp ni ramai yg penah baca, tp tak ramai yg sdar.. ttg apa kah? Hoho.. Baca2..

Begini kisahnya.. Post ni sbnya lama da nak wat.. tp gitu la.. manusia kan? Pelupa.. Time byk keje baru teringat balik.. time free, lupa.. haiih. Keje pon byk ag tak settle.. Takpe2.. Slow2.. [tp kalo dead date line dah dkat, nak slow2 ape nye?!]

Ok.. mesti ramai yg baca Al-Quran kan? Tapi brapa ramai yg cuba baca sambil mengetahui maksdnya? Brapa ramai yg cuma memahaminya? Brapa kerat yg cuba mendalaminya? Sy nak tulis ni, hanya nak share beberapa potong ayat al-quran. Sbb sy nmpak ayat ni macam peluang.. kalo nak lebih mendalam, baca la tafseer ye? Sy huraikan sedikit shj dari tafseer yg sy baca.

Firman Allah swt:

 
 Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [QS 3:14]

Sebagai mana yg kita tahu, manusia ni mmg diberi nafsu. Jadi nafsu kita ni, cenderung kepada benda2 smua yg ada dlm ayat di atas. Dan perkara pertama yg disusun dlm ayat tu adalah nafsu terhadap wanita. Dan dikatakan, fitnah terbesar yg ada bg umat nabi muhammad saw terhadap lelaki adalah wanita. Huhu.. dasyat kan? Sbb itu juga, dikatakan "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita SOLEHAH."

Antara ciri2 wanita solehah:
-menjaga aurat
-taat kepada suami
-bila suami tiada, dia menjaga dirinya [kehormatan] serta harta suaminya

Dan juga diterangkan, manusia ni juga tertarik pada anak, harta, emas, kuda... kalo nak terangkan kat sini, panjg.. stiap perkataan tu ada definisinya tersendiri. Jadi, untuk bab ini, baca tafseer.. bukan sy malas tulis, bila anda baca kat situ, lagi byk.. dan lagi best~

Jadi, kita mesti nak kalo org offer kat kita benda2 smua ni kan? Jangan nak tipu la kalo takmo.. kalo ada org offer kat korang, tp korang taknak, bg kat saya.. hahaha.. as easy as that.. Fuuh.. best kalo dpt smua2 ni.. tapi..? Haa..

Allah berfirman lagi:

 
 Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; [QS 3:15]

Haa.. Kat sini, Allah suruh nabi Muhammad saw tnye kat kita, "korang nak tak ak bgtaw, benda2 yg lebih baek dari smua2 yg korang minat tu?" [ayat ni sy reka sndiri ye? nak kasi situasi nmpak cam zman skrg sket.. of course nabi tak ckp menggunakan gaya bahasa yg mcm sy guna]. Yang mana kita lihat, diberi TAWARAN HEBAT iaitu syurga, isteri2 dan juga KEREDHAAN ALLAH! Nah.. tak nak ke? rugi kalo lepaskan pluang.. ni yg AKHIRAT pnye.. bukan dunia.. kan objective kita hidup ni nak dptkan KEREDHAAN ALLAH SWT?

Jadi bagaimana kita nak dapat smua2 ini? Allah berfirman dalam ayat seterusnya:


 
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka; [QS 3:16]

Org2 yang mmbaca doa ini! haa.. ape lagi?! Hafal la kawan2... pastu kita baca hari2!! [kalo nak tgk flow camana ayat ni turun, tgk tafseer.. dia ada terang kat situ] Jom2! Kita hafal sekarang! Tak susah.. sng je.. ala, doa ni dkat2 ngan doa yg kita sllu baca dipenghujung doa tu.. kejap je.. plg lama hafal pon 5 minit.. tp korang smua ni hebat2.. iA tak sampai seminit dah lekat! Btw, sambil2 kita baca doa ni, kta kena la wat jugak ape yg kta baca tu..

1) Sesungguhnya kami telah beriman : iaitu dgn kitab Allah dan Rasulnya serta melaksanakan ape yg disyariahkan dlmnya

2) ampunkanlah dosa-dosa kami : dosa yg kami lakukan dlm pekerjaan harian dan ampunkan dgn rahmatMU, Ya Allah


Hafal bahagian ini~ hehe

Tapi, cukupkah stakat itu sahaja? Hanya doa sahaja? Tak.. ada satu lagi.. hehe.. Allah juga berfirman:


 
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu suhur. [QS 3:17]

Haa.. bukan sahaja berdoa, hendak lah kita jadi org yg sabar, benar, taat, peginfaq dan sntiasa beristighfar kepada Allah..

Orang-orang yang:
Sabar = dalam mendirikan ketaatan dan meninggalkan perkara2 haram
Benar = dalam percakapan, perbuatan dan smua perkara
Taat = Taat setaat taatnya la.. ssh nak terangkan sbb dlm tafseer dia guna satu istilah yg khas
Penginfaq = menginfaqkan harta2 di jalan Allah
Beristighfar = sntiasa memohon keampunan pada Allah  terutama pada waktu suhur shingga subuh

Haa... mende2 ni.. marilah sama2 kita buat.. InsyaAllah, tak sia2.. Sbb ini adalah antara janji2 Allah! Pnjelasan sy kat sini tidaklah scara total.. ni scara gambaran je.. nak jelas2, baca la tafseer.. baru dpt penjelasan yg mantap. Cuma kalo pasal istigfar tu, ini menunjukkan, masa suhur adalah antara masa ssuai untuk kita memohon keampunan pada Allah swt.. So? bangun la awal.. sblum subuh~ hehe

Sebenarnya, huraian untuk 4 ayat ni panjg.. tapi sy wat jadi pendek.. sbb, sy cuma nak pembaca dpt CORE dia je.. iaitu peluang yg Allah tawarkan pada kita.. amcam? Rasa nak wat tak kawan2? Sy da bersemangat ni~ haha

Pape hal pon, marilah kita sama2 bila baca al-quran, kita cuba bertadabbur dgn bacaan kita.. Kita cuba paham apa yg kita baca.. Ada byk sgt ilmu dlm tu.. cuma kita tak sdar.. Smoga kita sama2 mendapat RedhaNya.. insyaAllah..

"Ya Allah, Jadikanlah Al-Quran sebagai hujjah bagi kami di hari Qiamat, bukan sebagai hujjah ke atas kami!"

~Wallahu a3lam~

05 Februari 2010

Beruntung?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, dpt mood menulis. Masa cuti2 gini, even byk masa, tapi mood tu susah nak cari. [alasan]

Btw, sy nak cerita pasal beruntung.. haaa.. tapi kali ni bukan untung jual beli smua tu.. hee.. cuba teka? Begini, masa cuti ni, byk trip sy untuk melancong terbatal.. Sedeyh la jugak.. Tapi, pada hari rabu baru2 ini, BKASJ dan PERMAI menganjurkan satu program bersama Ustaz Farid Ravi Abdullah. Mmg rasa beruntung sgt dpt ke program itu. Sbb ape? Sbb best la~~ haha~



Beliau merupakan graduan dari university Al-albayt, Mafraq.. Dalam bidang usuluddin kalo sy tak silap. Apa isu yg dibentangkan pada malam itu? Mengenai Hadith! Beliau mengatakan, hadith spatutnya selaras dgn Al-Quran. Beliau juga berpendapat, lebih elok jika maahad2 tahfiz turut membuat satu tindakan inisiatif seperti menyuruh pelajar2 yg sudah khatam hafazan 30juz, menghafaz 1000 hadith soheh. Hal ini demikian kerana berdasarkan dari hadith Rasulullah saw:

"...Sesungguhnya telah aku tinggalkan kepada kamu sekelian rujukan yang jika kamu perpegang-teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu; Kitab Allah dan Sunnah NabiNya..."
[Riwayat Imam al-Hakim dalam al-Mustadrak. Hadis ini adalah soheh.]
Lihat: kitab “المنتقى من كتاب الترغيب و الترهيب”, Dr. Yusof Al-Qardhawi, m.s. 111. Lihat juga; Soheh at-Targhib wa at-Tarhib, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 40. 

Jadi, semestinya kita slaku umat islam, *berpegang dengan kedua-dua perkara ini! [*berpegang disini bermaksud mengikuti hukum-hakam yg ada dgn taat]

Saya mengagumi visi beliau iaitu orang ramai membaca hadith sebagaimana orang ramai membaca al-quran. Hmm.. Pape hal pon, tepuk dada, tanya Iman~ [kalo budak arab sebut "tepuk", jadi lah bunyi "tebuk".. haha lawak plak rasanya kalo sbut camtu~]

Pada malam itu juga, beliau memberi sanad surah al-faatihah kepada kami yg mana sanadnya bersambung dgn Rasulullah saw.. insyaAllah.. cara yg beliau ajarkan kepada kami adalah melalui kaedah riwayah secara talqin iaitu- Guru membaca ayat-ayat al-Quran dihadapan pelajarnya, kemudian pelajar mengulangi sebagaimana yg dibaca oleh guru.



Video ketika beliau menyampaikannya [member2 yg pegi jalan, tak dpt =P]

P/S:
Kalo bleh, tolong la vote kat kawsan bancian untuk tilawah al-Quran tu ye? kat belah kanan, atas skli.. terima kasih~~

~Wallahu a3lam~

03 Februari 2010

Masak-masak lagi.. =.="


Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, diberi kekuatan nak menulis.. Kadang2 tu, ada je masa, tp cam.. ntah. Susah nak describe. Haha. Anyway, nak sambung agi kisah2 memasak. Adeih. Tak tau la kenapa cuti ni rajin benor masak2 ni. Ok. Apa yg saya buat hari Ahad baru2 ni? Masak nasi ayam dan juga cheese cake.. haha.. smua ni 1st time bwat. Tu cam excited sket nak cite.

Project bermula lepas solat Zohor. Saya mula mengumpul kekuatan nak masak nasi ayam. Tapi kompom2 je korang smua da reti masa mende ni. Saya je loppek sket baru taw cara.. Thx to kak sdara sy, Kak Eda. Dia yg ajar. Hoho.. Alhamdulillah, 1st trial bwat, jadi! heeee~ Sdap2.. tapi yg ganas nye.. saya masak nasi khas untuk bilangan 8 ORANG. Tapi kami makan 4 org je.. Mula2, sy dan azzam.. makan separuh pot tuh.. takde la rasa cam kenyang sangt. Rasa biasa2 je [huh.. gile raksasa makan camni=.=] Pastu malam tu, sy makan bersama hariz plak.. bakinya la.. haha.. sup sy buat yg baru untuk malam tu. sbb dah abes masa sy makan dgn azzam.. ngeh3~ mmg gumuks la camni =.="

 
Ni sup ayam

 
Ni plak ayam~

 
Bila da siap~

 
Striker yg nak makan~ [abaikan rumah yg sepah tuh]
Kemudian, malam tu, sy start project baru lagi.. wat cheese cake! ni juga 1st time.. tak susah pon nak bwat dia.. dak2 kecik pon leh wat kot? Nak taw cane? Meh sy ajar~~ Nway credit to Kak Dadila.. Dia yg ajar.. ngeh3~

Cheese Cake:
Biskut digestive [biskawit digestiv]
Butter [zibdah]
Serbuk agar berperisa [mas7ooq 7elwa el-jelly]
Keju [jubneh]
Lemon [laimuun]
susu cair [7aleeb]

Cara-cara:
1) Ni untuk layer bawah. Cairkan butter, then letak biskut digestive yg da dihancurkan. Gaul sampai sebati. Bila da sbati, letak dlm bekas.. mampat2kan.. jgn tebal/nipis sgt.. sdang2 je.. Settle layer bawah.
2) Layer atas. Amik serbuk agar berperisa, campur dgn 1 gelas air panas/suam.. kacau hingga sbati.
3) Sebatikan keju dgn susu cair.. kalo sy, sy guna api sket.. cepat sket proses..
4) Bila da sbati, tambah acuan agar yg kita buat tadi.. gaul lagi
5) Perah lemon. Gaul lagi.
6) Tuang atas layer bawah tadi.. then sjukkan la.. Dlm semlman. Kalo tak sabar, stgh mlm pon boleh~ =P
7) Ok.. dah bleh ngap~


 
ni antara yg da siap~

Demikianlah kisahnya masak memasak pada kali ini.. haha.. sengal je.. taktaw nak wat pe.. takpe2.. skrg da takde mood sgt nak masak.. even trasa nak wat spagghetti.. heee~~ Anyway, skrg tgh active men game lak.. hahah.. lepas geraman dlu.. tp men game lama2 je.. rindu nostalgia men game tuh masa skola rendah.. Star Craft Broodwar~ best2~ Maen HarvestMoon: Back to Nature.. best jugak~ macam2 la.. haha.. Anyway, ada org tnye sy, knapa sy masak sdap.. [perasan] Sy tak pasti la kenapa.. tp, normally, saya suka ngulang masa masak.. sbb rasa cam buang masa je.. tp kadang2 tu nyanyi ada gak.. I'm human~ Tapi nyanyian yg amat sumbang serta lirik yg ntah ppe.. mmber umah dlu gelak je sbb lirik salah abes.. haha

Pape hal pon, bleh try.. haha.. sy taktaw..
 
~Wallahu a3lam~