20 Februari 2012

مصاحف القراءات


أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Di sini sukacitanya saya meletakkan link-link untuk download mushaf-mushaf qiraat sepuluh. Namun begitu, masih ada beberapa qiraat belum lagi diterbitkan. InsyaAllah pada masa akan datang akan diterbitkan. Oh, ya. Pastikan belajar dulu sebelum membacanya. Dapatkan guru-guru qiraat di tempat anda! InsyaAllah ada je. Kesemua mushaf-mushaf ini hasil kerja keras syeikh saya, Syeikh Tawfeeq Ibrahim Ahmad Dhamrah. Semoga Allah memberikan ganjaran yang besar kepada beliau atas usaha-usahanya, insyaAllah.
(Btw, beliau sedang sakit sekarang. Harap dapat mendoakan kesihatan beliau)

1. Al-Imam nafi3 al-madani (Qolun dan Warash)


3. Al-Imam Abu 3mru Al-Ba9ri (Ad-Doory dan As-soosy)


5. Al-Iman 3a9em (Hafs* dan Syu3bah)

6. Al-Imam Hamzah Al-Kufy (Khalaf dan Khallad)





* Untuk Hafs, saya tak letak sebab ni adalah qiraat bacaan kita seharian. So, assume semua da ada ^_^

Selamat Mengaji! Gunakanlah untuk kebaikan. =)

~Wallahu a3lam~

03 Februari 2012

Excellent Website!

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Memang best la satu website nih. Best untuk orang yang rasa nak menghafal/mengulang al-Quran. Sebab website ni juga menawarkan jadual ulangan, jadual hafazan. Cuma kena buat account dulu la. But paling penting, it's totally free!

Ciri-ciri yang menarik:
  1. Boleh lihat progression hafalan anda dalam bentuk bilangan surah dan dalam bentuk percentage. Boleh kasi naik semangat beb!
  2. Boleh membina jadual hafalan / ulangan sendiri.
  3. Boleh nampak surah apa yang dah lama tak ulang.
  4. Boleh letak warna untuk setiap ayat based on quality kita. Both pada hafalan dan ulangan. Ada 3 warna. Merah (sangat lemah, gagap), kuning (dah ingat, tapi still kena practise) dan hijau (da mantap). Kalau kita biar putih je, means tak hafal lagi.
  5. Boleh letak target hafalan. For example nak hafal surah al-hasyr. Boleh buat kita target nak hafal dalam tempoh berapa hari/minggu/bulan. Then website ni tolong kasi calculation. Pada hari sekian, kita kena hafal sekian. Best woo!
  6. Boleh view al-quran directly dari website!
  7. Boleh play bacaan al-quran oleh Qari-qari terkemuka dari ayat ke ayat!
  8. Boleh tengok brapa kali da ulang sesuatu surah. Fuh. Dengar-dengar, kalau kita ulang sesuatu lebih dari 300 kali, insyaAllah lekat sampai bila2. Nak lagi best, buat la kat website ni, ulangan kita sampai 2000+. Mesti baca cair punya!
  9. Ada slideshow khas yang menerangkan ciri-ciri dan cara menggunakan website ni.
  10. Banyak lagi! Explore sendiri ya?

Saya memang sangat mengrekemenkan website ni. Apakah websitenya? Tadaaa


Goodluck!

~Allah a3lam~

24 Disember 2011

Rezeki Allah tiada siapa mampu menghalangnya


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Rezeki Allah, siapa mampu menghalangnya? Saya rasa semua tahu skema jawapan untuk soalan ini. Tiada siapa mampu menghalangnya melainkan Allah sendiri. Anyway, saya bakal menjadi ayah, insyaAllah. Alhamdulillah, rezeki tu beb.. Rezeki! Hehe.





Actually, plan asal saya nak dapat anak lepas abes belajar. Bukan apa, kesian la kat isteri. Nak belajar lagi, nak jaga anak lagi. Mesti susah. So, saya pun menggunakanlah segala ilmu medic yang ada untuk memastikan perancangan kami tu berjaya. (Barrier and rhythm methods)

Namun begitu, ketika kita membuat perancangan, Allah juga mempunyai perancanganNya sendiri dan Allah itu sebaik-baik perancang. Maka, sedar2 my wife got pregnant! Perkara ini sampai sekarang masih menakjubkan saya. Sub7anAllah! Benarlah, secanggih mana pon teknologi manusia, still tak dapat menyamai apatah lagi menandingi kekuasaan Allah SWT. Firman Allah:


Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. 
[Surah Ash-Shura (42) : 49-50]


Bagi manusia normal, sudah pasti akan terfikir, bagaimana nak bagi makan anak nanti? Sumber kewangan lagi. Yela, student. Stakat ni pun guna duit biasiswa je. Dan secara jujur, saya lebih suka berdikari dalam bab duit. Dan, Alhamdulillah, kerisauan ini telah terjawab 1400 tahun yang lepas lagi. 


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. 
[Surah al-israa' (17) : 31]


Kat sini nak highlightkan bahagian Allah memberikan rezeki tu sebenarnya, bukan bunuh anak.. Alhamdulillah, tak terlintas pun nak gugurkan kandungan tu. Bimbang ada, tapi keyakinan terhadap Allah itu lebih tinggi. Dan tak perlu takut pun sebenarnya. Bukan saya yang memberi rezeki kepada anak itu nanti. Allah juga yang memberikannya rezeki tetapi dengan cara saya menyaranya. Kan?

Dah bersedia ke nak jadi ayah ni? Hmm.. Ni juga antara soalan yang sering berlegar-legar dalam kepala saya.. Haih, perangai tak matang lagi. Umur pon baru masuk 21. Budak mentah lagi kata orang tua-tua. Tapi kan, tetiba juga saya terfikir logik mudah.

Anak = Ujian Allah (surah al-anfal : 28)
Allah tidak akan memberikan ujian melainkan kita mampu (surah al-baqarah : 286)
Jadi:
Dapat anak = sudah bersedia
(fuh sukati je wat conclusion camni =.=")

Dan apabila isteri saya pregnant ni, tentulah satu persoalan lagi timbul. Nak kasi nama apa yer nanti? Hehe. Kalau lelaki, dah ada dalam kepala beberapa nama (juga untuk anak kedua, ketiga, keempat =_="). Kalau perempuan, errr.. tunggu cadangan dari mama/mak la dulu. Hehe. Saya bercadang nak letak nama kalau anak lelaki, Nik Ahmad 'Aasim Bin Nik Muhammad 'Aizat. Kenapa letak Ahmad bukan Muhammad macam saya? Kenapa letak 'Aasim?

Ahmad ni sama je dengan Muhammad. Cuma dari segi bahasanya, Ahmad ni yang Terpuji. Dan dalam alQuran juga ada guna Ahmad (surah as-soff : 6). 

'Aasim pula, nama ini adalah nama satu qari yang masyhur. Tahu tak, bacaan al-Quran yang kita baca sekarang kat Malaysia adalah bacaan qiraat Hafs dari 'Aasim? Maksudnya, Hafs belajar bacaan ini dari 'Aasim. Syu'bah juga belajar dari 'Aasim (untuk qiraat syu3bah). Saya berharap sangat anak ini akan menjadi hamlatul Quran dan menjaganya sehebat qari 'Aasim menjaganya. Ameen.



Sanad riwayat Hafs dari 'Aasim




Sanad riwayat syu'bah dari 'Aasim


Kesimpulannya, apa2 pun yang berlaku, ada hikmahnya yang tersendiri.

~Wallahu a3lm~

17 Disember 2011

Malas Mengaji?


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Saksikan video ini kalau rasa malas nak mengaji




~Wallahu a3lm~

13 November 2011

Simple tetapi Padat


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Allah SWT selalu menegur kita dengan pelbagai cara. Lain orang, lain caranya. Kali ini, saya rasa tersentuh dengan satu ayat Al-Quran dari surah al-a'raaf. Ayatnya simple, tetapi begitu mendalam maksudnya bagi saya.

Allah berfirman:


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[Al-a'raaf (7) : 201]



Kalau kita tengok asal perkataan taqwa itu sendiri bermaksud takut. Jadi, bila kita benar-benar takut pada Allah SWT, insyaAllah bukan mudah syaitan nak menghasut kita. Kerana apa? Kita ingat pada Allah dan ajaran-ajaranNya. Kita takut pada azabNya.

Secara jujurnya, rasa terpukul dengan ayat ni. Cuba check diri kita sendiri, kadang-kadang dengan mudah je kita mengutuk orang tak kira sama ada sengaja atau tidak. Mungkin tidak cukup lagi rasa takut kita pada Allah sampai begitu mudah melakukan benda-benda maksiat. Mungkin kita tidak lagi dapat nak rasa yang ada malaikat yang mencatat amalan kita 24/7. Dalam ayat di atas, digambarkan bagaimana orang yang bertaqwa apabila mereka dihasut syaitan. Mereka sedar! Sub7anallah..

Di akhir tahun hijrah untuk tahun ini, marilah kita muhasabah apa yang dah kita buat, apa yang kita tak dapat buat dan apa yang kita cadang nak buat. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas-lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah

~Wallahu a3lm~

12 November 2011

Terhantuk Cinta

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Ni pengalaman sepanjang cuti Eidul Adha kat Jordan. Hee. Kenapa tajuk dia Terhantuk Cinta? Sebab cerita ini untuk menghantukkan atau mengejutkan orang yang sedang bercinta (yang tak kawin lagi) di luar sana tapi duduk pegang2. Kadang2, bila dah sayang, syariat hilang entah ke mana. Kan? Lagi2 kalau kita ni jurusan agama. Takut jadi fitnah pula pada agama. Astagfirullah.. Sama2 kita beristighfar. Dan kepada wanita2 di luar sana, jangan bagi peluang langsung walaupun pegang je kecuali pada suami anda yang sah =)

(click di sini untuk versi facebook)
Enjoy it!













Heee.. That's all. Mudah-mudahan sampai la messagenya ye? :)

~Wallahu a3lm~

24 Ogos 2011

Maksiat Terawal di Alam?

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Assalamu3laikum wbt

Alhamdulillah, da lama tak update. Sibuk sket. Biasala orang baru kahwin. Hehe. Rasanya, masih belum terlambat untuk saya ucapkan kepada semua:

"Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini!"

Dan di baki lagi 6 hari puasa ni, masih belum terlambat lagi untuk meningkatkan kualiti ibadah kita, mengkhatamkan al-Quran bagi yang belum khatam lagi dalam bulan Ramadhan ini, merebut malam Lailah al-Qadr, memperbanyak sedekah dan amalan-amalan yang dituntut. Semoga kita semua mendapat malam Lailah al-Qadr serta Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Anyway, kembali kepada topik asal. Apakah maksiat (bila nama maksiat, mestilah dosa kan?) terawal di alam ini? Dosa ni juga dosa besar. 

Apabila sebut dosa besar, mesti kita terlintas perkara-perkara seperti meninggalkan solat & puasa, minum arak, main judi, mempamerkan aurat kepada ajnabi dan lain-lain. Benar semua ini, namun dosa yang ingin saya katakan di sini lebih dahsyat daripada itu sehinggakan tidak dibenarkan masuk syurga siapa yang ada sedikit pun maksiat tersebut. (Syirik tu of course la. Ni selain syirik) Apa dia ek?

Takabbur!

Ya, takabbur. Cuba kita kembali kepada kisah-kisah yang diceritakan di dalam al-Quran. Kenapa agaknya Iblis di keluarkan dari syurga? Sebab minum arak? Main judi? Tidak! Firman Allah SWT:


Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku TAKABBUR di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. [al-a3raaf (7) : 13]


Macam mana iblis takbur? Sebab dia taknak sujud. Kenapa dia taknak sujud? Firman Allah SWT:


Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. [al-a3raaf (7) : 12]


Inilah maksiat pertama di alam ini! Takabbur. Dosa ini sehinggakan Iblis pon dihambat keluar dari Syurga. Bahkan, Rasulullah saw pernah bersabda:


عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قـال : قــــال رسـول الله صلى الله عليه وسلم "لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذَرَّة مـــن كِبْر . فقال رجل : إن الرجل يحب أن يكـون ثوبه حسناً ونعله حسناً فقال إن الله جميل يحــب الجمال ، الكبْــر بَطْر الحـــق وغَمْط الناس" رواه مسلم
Dari Abdullah bin Mas3od r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya seberat zarah pun daripada takabbur. Maka seorang lelaki berkata: Lelaki itu suka pakaiannya baik dan kasutnya baik. Baginda bersabda: Allah itu Cantik dan mencintai kecantikan, Takabbur bermakna menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia (Riwayat Muslim)


Sub7anallah! Begitu mudah kita takkabur sebenarnya. Berapa ramai antara kita yang menolak kebenaran dan memandang rendah pada orang lain? Tak kiralah kita ini siapa, tidak mudah untuk mengelakkan diri dari sifat ini. Percaya?

Pernah tak anda merasakan diri anda ini baik? Dan rasa orang lain ni tak baik? Pernahkah? Sebagai contoh paling mudah:

Ahmad selalu pergi ke masjid. Kemudian dia melihat Arif tidak datang ke masjid. Pada hari-hari seterusnya, Ahmad juga tidak melihat Arif ke masjid. Hati kecil Ahmad berbisik, "Teruknya Arif. Tak datang masjid. Bukankah kita digalakkan solat berjemaah?"

Dalam kisah di atas (tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia), Ahmad terlupa siapa sebenarnya yang membuatkan dia pergi ke masjid? Usahanya sendiri atau Allah SWT? Tidak mustahil, suatu hari nanti, perkara sebaliknya berlaku. Siapa boleh jamin anda boleh terus istiqamah dalam melakukan kebaikan?

Contoh kedua juga mudah (juga tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar contoh yang dibuat jadi obvious):

Fatimah seorang yang aktif dalam dakwah & tarbiah. Namun begitu, dia tidak gemar berkawan dengan rakan sekelasnya, Minah, yang sering solat lewat dan kurang mahir perkara-perkara dalam agama. Maklumlah, Fatimah berlatarbelakang sekolah agama manakala Minah sekolah harian biasa. Dia kerapkali memandang sinis terhadap Minah dalam pelbagai aspek. Kerapkali juga Fatimah meluahkan perasaan tidak gemarnya terhadap rakan setarbiahnya, Asma.

Dalam contoh di atas, Fatimah ni baik. Cuma kaedahnya salah. Dia tidak sepatutnya tidak mahu bergaul dengan Minah atas dasar begitu sahaja. Seeloknya, nasihat la. Takkan nak membenci dengan hati je selalu? Tak salah bergaul orang macam tu. Lagipun, nak berdakwah, kenalah faham mad3u terlebih dahulu. Bina ikatan hati dulu. Bukankah begitu? Kita tak tau, mungkin suatu hari nanti, berlaku perkara sebaliknya terhadap Fatimah dan Minah.

Mudahkan untuk takabbur? Astaghfirullah.. mungkin selama ini kita pernah ada buat macam itu. Marilah kita sama-sama beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir ini. Semoga amalan kita diterima dan diredhai Allah.

P.s: Ni gambar salam perantauan kami (hehe)--> Gambar salam perantauan


~Wallahu a3lam~