22 Disember 2009

Benda penting dalam hidup? haha

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. baru lepas abes stdy genetics.. mau pening2 kepala lagi.. huhu.. berbelit2 ayat.. takpe2.. Sekarang tinggal wat latihan je! Hoyeh! hehe..

Btw, tajuk ari ni nmpak cam gempak.. tapi benda biasa je.. Apakah benda itu?! Haa.. Nak taw? Kalo tak nak taw pon, nak gtaw gak! (^^,)

Ia adalah.......................

Handwashing!!!

Haha... Nampak cam benda small matter je an? Tapi effectnye besar.. Sebb byk penyakit kita dapat adalah dari microorganisma yg ada kat tgn.. For example... seseorang yg demam.. dia bersin sambil ttp dgn tgn.. then dia salam ngan korang.. korang lak kadang2 pegang2 hidung.. masuk la microbs tu dalam korang.. takpon, tak basuh tgn masa nak makan, masuk la dalam korang... hoho.. ni contoh la.. byk ag sbnya... Tu dalam kes selsema/demam.. tak masuk kes scabies ke, ape ke.. kalo scabies, lagi la.. mmg cara microb ni berjangkit adalah mllui sntuhan..

Secara significantnye, kenpa sy tulis doctor penting basuh tgn ni? Sbb, kalo tgn kita ada microb, kita boleh bunuh pesakit kita terutama mereka yg immuno compromised [takde antibody]. Jangkitan yg simple da boleh bunuh mereka.. So, remember guys, pls wash your hands before and after touching a patient. Nak masuk spital pon kena basuh tgn dlu.. kluar dari hospital pon basuh tgn.. Kita takmo menjadi pnca penyebaran terhadap infections.. kan?

Biasanya, kita leh basuh tgn kita ni dgn antibacterial soap ataw guna 70-80% alcohol solution.. Alcohol solution mmg preferable la sbb mudah.. tak perlu nak menggosok lama2.. and alcohol solution ni leh mmbunuh 99.9% bacteria yg ada kat tgn! tapi, bila tgn kita ada benda asing laen cam tanah, darah, lendiran, sila la basuh ngan air jugak ye?

Kat bawah ni merupakan cara terbaek untuk basuh tgn.. mmg diiktiraf diperingkat international!:



Biasanya, kalo nak basuh tgn gini, tmpoh masa dia adalah tmpoh nyanyi lagu besday 2x.. huhu.. kalo nak rasa baek sket, baca la al-faatihah ke ape ke.. tp jgn la baca kalo dlm toilet.. so, kalo kat spital tu, ada je sink.. guna alcohol solution lak, leh je kat mana2..^^

Kat sini jugak, nak la jugak share ilmu.. haha.. teka ttg ape? ttg elak dari jangkitan la.. normally, bila korang nak kena suntik, mesti ada doctor yg akan sapu ngan alcohol dlu.. ni nak bunuh bacteria kat tmpat suntikan tu dlu la.. sbb nak elak dari microorganism yg ada kat situ dari masuk dlm darah.. kalo masok dlm darah, bahaya! jadi septicemia.. huhu.. darah kotor..=.=.. dengan microbs! Sbb darah spatutnya sterile! So, bile doctor apply alcohol, spttnya, they should wait until the alcohol completely vapourized! kalo tak, bacteria tu hidup ag.. so, kalo tak tunggu, ibarat cam satu ritual je la.. tapi takde fungsi.. huhu.. jaga2 la..

Selain tu gak.. Ttg cara penyediaan makanan.. Kita biasanya, guna satu papan pemotong yg sama utk potong daging, ayam dan sayur2 kan? haa.. ni juga bahaya sbnya.. terutama kalo kita potong daging/ayam, then, tanpa bersihkan dgn baik, kita guna untuk potong sayur yg kita nak makan secara RAW seperti timun, salad... Sbb ape bahaya?? Sbb, dlm ayam/daging, ada microb campylobacter jejuni, salmonella enteridis.. hoho.. So, nnt sng sakit perot la.. lagi salmonella.. dia tu byk resistant to antibiotic.. SO, bila kita tak masak sayur tu, kita makan.. ada harapan kena la infections tu.. so, bagi chef2 sklian, remember this! [kalo kat spital, even pisau pon diasingkan untuk pemotongan dging and sayur]

Rasanya, cam panjg lebar lak.. huhu.. Sekdar wat perkongsian.. hehe.. Tak salah an? Papepon, kebersihan itu sbhgian dari iman~~ Selamat mencuba!

~Wallahu a3lam~

19 Disember 2009

No...!!

Assalamu3alaikum wbt...

Dah lama tak update blog ni.. Terlampau menumpukan kepada 2nd exam.. Nak lebih baik dari exam 1st.. Alhamdulillah.. 2 dari 3 subject better dari exam 1st. Alhamdulillah.

Namun begitu, terasa mcm semngt ni makin kian luntur je? huhu..

-Nothing is right with my right brain, and nothing is left in my left brain-

Hehe.. tu la menerangkan keadaan sy masa nih.. Ntah hape2 an? Nway, sjak dari ari itu mcm2 brita kematian dgr. Huhu.. Antaranya, Ustaz Arman, Pegawai Atase Pendidikan Jordan.. Ibu kepada Hanis Najwa.. Adik bradik mati lemas 4 org skli gus.. Seorang lelaki mati selepas akad nikah.. macam2..

Sebut pasal mati.. menurut imam al-ghazali [kalo tak silap], merupakan benda paling dekat dengan kita.. setiap masa semakin hampir.. Dan masa lalu adalah perkara paling jauh dgn kita.. Makin lama, makin jauh.. Time flies, never back.. Death awaits, never hold.. [kata2 sndiri.. tu cam hancuss =P]

And dua tiga ari ni, asyik mimpi sal mati je.. huhu.. ape kena ngan diri ni.. Rasa cam tak sdap badan je.. hadeii.. tak reti nak ckp.. tu rasa minggu ni cam lost sket..

Hari ni lak, dari pagi wat bende lagho je.. huhu.. Ada la sbbnye.. Asalnye nak wat keje.. but, takleh focus.. So, wat mende lagho jap untuk lupakan ssuatu.. hehe.. don't ask about it..

And sekrang da masuk thun baru hijrah~ mmg mengharapkan la satu perubahan terhadap diri.. Ye la kan, sape yg nak merubah kita kalo bukan diri sndiri? Hmm.. target thn ni ape ek? hehe.. RAHSIA! mane leh gtaw.. tak suprise nnt.. hak3.. [ttba menjadi sengal=.=]

Sorry about this post.. Mmg tak ilmiah.. and sorry mengambil masa bagi org yg baca.. Terbuang masa anda.. huhu.. So, supaya taklah sia2 sgt, I wanna share with u all satu ayat al-Quran:

[disebabkan software ada masalah, terpaksa la letak camni je]

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ



Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. [7:204]

Bile turun ayat camni maksdnya?! Adakah kita takleh pasang ayat2 Al-Quran dlm bilik, dgn alasan takot tak dgr? Jangan la begitu kawan2.. Gini, actually ayat ni turun suruh kita dgr apa yg imam bacakan dlm solat. Kan dalam solat jahar [suara dinyaringkan], imam akan baca dari mana2 surah? Masa tu la kita kena dgr dan dilarang baca ayat sendiri.. tapi berbeza plak kalo dalam jemaah yg ramai, dan kita tak dgr suara imam.. jauh sgt.. tu takpe la bace surah laen.. And ada rakan2 yg kata, "ayat quran tak smestinya hanya pada hukum tu je.. dia general". Benar.. tapi tak salah rasanya nak dgr mp3 alquran sambil stdy.. Its far more better than dgr lagu yg ntah pape.. [nasyid skrg pon da macam lari dari tujuan da3wah.. cam lebih jiwang2 je]

Sekian.. harap tak buang masa korang sgt ek? hehe

~Wallahu a3lam~

28 November 2009

Pengajaran kisah Nabi Ibrahim As & Nabi Ismail As

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah.. Setelah sekian lama, baru boleh nak update. Ini pun masih byk kerja yg tak siap. InsyaAllah nnt siap la tu. hee~

Okayh, straight to the point. Firman Allah SWT:


 (99) Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
(100) Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
(101) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(102) Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

(103) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
(104) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
(105) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(106) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
(107) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
(108) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
(109) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!
 (110) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(111) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
(112) Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(113) Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
[37:99-113]


Okay.. Dah bace ayat2 ni? Dah hayati blom? Al7mdulillah.. 

Kat dalam kisah ni, kita boleh tgk bagaimana seorang ayah yg sanggup mengorbankan anaknya kerana perintah Allah SWT. Bila kita baca seimbas lalu, mungkin kita tak dpt penghayatan sgt. Cuba teliti betul2 ayat di atas.


Contohnya pada ayat 102.. Iaitu apabila nabi Ismail as ni dah sampai umur yg boleh membantu seorang ayah. Cuba bayangkan anda seorang ayah yg benar2 mengharapkan seorang anak sampai berdoa kepada Allah. Kemudian, bile dah dpt seorang anak, dan anak tu dah mmg boleh tolong kita, tiba2 turun satu perintah, sembelih anak kita tu.. Bagaimana perasaan kita msa tu? Dah la anak sorang je.. Nak dpt pnye la susah.. Bila dah dpt, kena smbelih plak. Berat tu.

Maka, Nabi Ibrahim as pun tnye la pendapat anak dia, Nabi Ismail as tentang  mimpi yg dia alami. Cuba kita bayangkan kalau kita berada di tempat Nabi Ismail as pula? Mesti ada yang kata:

1) "Eh, mimpi je tu.. takde pape tu.." [dalam hati takot sbb dia n ayahnya je ada kat tmpat tu]


2) "Ayah dah gile ke sampai smbelih anak?!"


3) "Lariiiii!!! Ayah dah gila!!!"


4) Sebarang kemungkinan lain.


Ha.. tapi apa yg Nabi Ismail as jawab?



 Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang disuruhkan padamu! [translation direct]



Masya-Allah! Berbeza dengan kita kan? Kalaulah sy yg berada ditempat itu, sy rasa bukan jawapan yg macam ini yang keluar.. Betapa kuatnya roh pengorbanan yg ada dalam jiwa Nabi Ismail as.. 


Maka, mampukah kita berkorban seperti mereka? Kita pada hari ini tidak pon disuruh melakukan pengorbanan yg besar mcm yg dilakukan mereka. Tapi, byk benda yg kita boleh buat. Antaranya mengorbanan kepentingan diri untuk kepentingan org lain, mengorbankan sedikit masa untuk pergi ke masjid solat berjemaah dan lain-lain lagi. Cabaran kita mungkin dari segi cuaca sejuk kalau dalam kes solat subuh kat jordan skrg. Tapi ini tak seberapa kalo nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka berdua buat. Seorang ayah yg amat sayang pada anaknya, menyembelih anak yg disayangi itu? Mampukah? Even seorang doctor pakar bedah skali pon, amat sukar dia nak melaksanakan operation itu bile org yang dibedahnya merupakan ahli keluarganya sndiri. Ini bedah! Nak slamat kan nyawa! Tapi kalo sembelih tu mcmana? Renung-renungkanlah..

P/s:
sape yg bleh terangkan perbezaan perkataan "bala" dengan "musibah"? Sbb dulu pnah blajar dalam kelas tafsir. Tapi ingat2 lupa. Kalo tak silap, "bala" adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan seseorang. Tetapi "musibah" adalah ujian disebabkan dosa kita. Bunyi mcm terbalik dgn penggunaan kita sebagai org melayu. Tapi rasanya camtu la. Anyone pnah blaja pasal ni? Sbb dalam ayat di atas, Allah guna istilah "bala". Dan dalam surah ash-syuro 42:30, Allah guna "musibah" sbg ujian disebabkan dosa kita iaitu: 


"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."

~Wallahu a3lam~

19 November 2009

Rezeki yang Tak Disangka-sangka

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah, al7mdulillah, al7mdulillah! Saya amat bersyukur pada hari ni.. Nak tau kenapa? Berdasarkan pada post sy yg dulu, yg mana sy berada dlm kesempitan yg amat2.. pastu, hari ni, duit saya mmg below 10 dinar.. bile dicalculate berserta dgn tambang bas, ada 3dinar 20qursh untuk dibelanjakan dlm bulan ini sbg makanan..

Kemudian, sy mmg rasa agak ssk la.. then byk2 la berdoa.. Masih bertawakkal pada Allah.. kemudian, masa balik dari solat zohor tadi, terpikir satu tmpat nak cari duit. Di dalam songkok=.=

Korek2 sket, Ya Allah! Al7mdulillah.. ada lagi 50 dinar! Mmg amat terkejut dan bersyukur! Macam Allah terus je bagi jalan kluar yang tak disangka2.. Kemudian, sy pon bukak laci, sekali lagi! Ada lagi duit dalam 70usd.. Al7mdulillah.. Beberapa saat lepas tu, sy dapt message daripada Danial:

"Berita gembira! Fadzli kata duit JPA dah masuk!"

Ya Allah, mmg rezeki yg Allah nak bagi datang "gedebuk" sekali gus.. Mungkin benar Allah nak tengok kesabaran sy.. dan Al7mdulillah sgt2, diberi jalan kluar pada saat yg kita tak sangka2..

Maka benarlah firman Allah SWT yg slalu kita baca sebagai "Ayat seribu dinar" :


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [QS 65:2-3]

Al7mdulillah.. Semoga ape yg berlaku ini meningkatkan lagi keimanan kita bersama. Insya-Allah!

Sekadar tu je perkongsian hari ini.. jangan lupa untuk terus bersyukur walaupun dalam kesusahan.

~Wallahu a3lam~

16 November 2009

6 Bulan Kahwin Dah Beranak?!

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, ada masa menulis lagi smentara baru balik dari kelas. Topik ari ni biasa di bahaskan dalam fiqh. Saje je tulis nak rewind otak sambil2 menyebarkan ilmu.

Okay, sy cuba bagi situasi:

Aminah dan Amin telah berkahwin pada 1 Januari 2009. Namun begitu, aminah telah melahirkan anak pada 15 Jun 2009! Cpat betul?! Apakah pandangan anda apabli mendengar berita ini?

Bile kita dgr berita sedemikian rupa, pertama sekali, kita kenalah bersangka baik. Takleh la kata dia dah zina then kawin untuk cover.

Firman Allah swt:


 Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa... [QS 49:12]

Mmg kena bersangka baik la even perkara yg terok2.. sbb kita taktaw disebalik kebenaran tersebut. Bersangka buruk dgn menyiasat adalah perkara berbeza. Ada yg kata, kalo kita siasat kita bersangka buruk. Laen tu. Kalo dgr berita tak best, seelokkan siasatla dlu. Kalo tak, takot menyesal disebbkan "tindkn bodh" tu sndiri.

Okay, tadi tu smpingan je. Sambung. Bagaimana kita nak taw tmpoh minimum untuk sseorang wanita itu mengandung? 5 bulan? 6bulan? 7 bulan? Ha.. Jawpnnya ada dalam Al-Quran. Kalo tak kaji, mmg tak nmpak la kehebatan Al-Quran ni.

Firman Allah SWT:



 Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. [QS 46:15]

Dan Allah SWT berfirman lagi:


 Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [QS 31:14]

Okay, ape yg korang paham? Dalam ayat surah al-a7qoof ayat 15, dinyatakan tmpoh mengandung dan mmberi susuan kepada anak adalah 30 bulan. Dan dalam surah luqmaan ayat 14 pula menyatakan tempoh susuan adalah 2 tahun ya3ni 24 bulan.

Jadi, kiraan matematik mudahnya adalah:


Tempoh mengandung = 30 bulan - 24 bulan = 6 bulan!

Lihat! Dalam al-quran da ada penyelsainya! Hebbatkan? Ha, jadi dalam kes si aminah tersbut, dia mengandung lebih da 6 bulan tu.. so, kiranya insya Allah anak dia. Dan anak itu sah taraf. Sub7anallah! Dan kalo sy tak silap, dalam medic pon, kadar yg dianggap bayi tu boleh hidup adalah 20 minggu rasanya.. dkat 6 bulan la tu.. [tulis tergesa2]

Okay lah.. stakat ni dlu. Da azan asar. Antara solat yg kena jaga tuh! Jumpa lagi!

~Wallahu a3lam~

15 November 2009

Lunak dan Kasar?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, masih bernafas di pagi hari ini. Dan berpeluang pula nak tulis pagi2 ni even ada kelas kol 8.15.. tapi skrg baru pukul 6.40 pagi, masih awal. Banyak benda leh wat ag masa2 camni. Alhamdulillah juga, "kewajipan" ari ni dah settle.. Tinggal "sunat" ari ni je tak lagi.. Hm, malam ni la wat, insyaAllah..

Pagi ni, just nak timbulkan satu persoalan dan sdikit pendapat saya sbg seorang hamba yg lemah. Baiklah, let's continue to the topic..


Firman Allah SWT:


Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). [QS 33:32]

Apa yang korang faham terhadap ayat ni [terutama akhowat]?
Adakah korang paham ayat ni hanya diturunkan kepada isteri2 nabi saw sahaja?
Jawapannya, sudah tentulah tidak! Ayat ini hakikatnya turut diturunkan kepada sluruh umat manusia terutamanya wanita.

Okay, bile kita teliti ayat2 tu an, ini bermaksd bile seseorang wanita itu hendak bercakap dgn seseorang lelaki bukan ajnabi, dia tak boleh berkata2 dengan suara yg rendah lembut sebagaimana seseorang isteri berkata kepada suami. So, apa yg kita dapati di dunia hari ini, ramai je wanita2 yang ckp dgn suara yg lunak ngan orang yg bukan ajnabi. Bukan ape, kalo wat camni, dia mmbuka ruang2 yg tak elok kepada llaki ajnabi tu sndiri terutama yg ada penyakit hati. Jadi, Allah nasihat ni, untuk kesejahteraan lelaki dan perempuan itu sndri.

Namun begitu, apa yg saya kecewa, ada antara mereka yg mengamalkan ayat ni, dia amik yg atas je.. iaitu tak melunakkan suara.. tapi dia tak amik ayat bawah tu, iaitu mengucapkan perkataan yang baik. Mereka taknak melunakkan, ttpi jadi kasar plak. Takkan nak amik ayat Al-Quran separuh2?



Apakah kamu beriman dengan sebahagian Al-Kitab dan kamu kufur kepada sebahagiannya yang lain? [QS 2:85]


Menyebabkan org laen plak terasa ati. Lihatlah! Betapa Maha Bijaksananya Allah SWT, Dia pesan jgn lunak dan juga pesan, jgn kasar.. Sebb Allah da taw, kalo kasar, ada yg terasa nnt. Masya-Allah... Jadi, kalo bercakp ngn yg ajnabi, jgn guna suara lunak tapi ckp dgn baik iaitu tidak kasar dari segi ayat dan sbgainya.. Saya terasa nak ckp, sbb penah je kene.. takpe, fikir positive.. dia nak jaga. Atau dia tak sengaja what so ever..

Jam dah menunjukkan pkul 7.07 pagi.. Nak pegi kelas da.. Jgn lupa tinggal komen~

~Wallahu a3lam~

13 November 2009

Sasaranku!

Assalamu3alaikum wbt..
Post hari ni pendek je.. Apa sasaran sy?

Mencapai kesemua objektif ini:

1) سليم العقيدة (Aqidah yang sejahtera)

2) صحيح العبادة (Ibadah yang benar/betul)

3) متين الخلق (Akhlaq yang unggul)

4) قادرا على الكسب (Mampu berdikari)

5) مثقف الفكر (Fikiran yang berpengetahuan)

6) قوي الجسم (Kuat tubuh badan)

7) مجاهدا لنفسه (Mampu melawan nafsu)

8) منظما في شؤونه (Tersusun dalam urusan/berdisiplin)

9) حريصا على وقته (Menjaga waktu)

10) نافعا لغيره (Bermanfaat kepada orang lain)


Ada beberapa yg dah tercapai, dan ada yang masih belum.

Apa yang sy harapkan adalah sokongan dan doa kalian. Bukannya cercaan dan to'mohan (contoh: bajek baik dsb). Kerana.................

خير الخطائين التوّابون

Marilah bersama-sama mengejar mardhotillah =)
Doakan kejayaan kita bersama di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

~Wallahu a3lam~