20 Julai 2008

A POEM FOR MY MOM

I miss you so much,
your laugh, your smile, your touch.
You always brightened my days
with all the smiles you sent my way.
I need you as my angel
to always be at my side.
I need you as my angel to give me peace of mind.
I like to think your near to me
to know that you are there.
Even though I can not see you,
I feel that you are near.
Please do not forget me mom,
for you are always in my heart,
my thoughts and prayers.
I love you.


"When you are born, you are crying and everyone around you is smiling. Live your life so that when you die, you are smiling and everyone around you is crying."

19 Julai 2008

Islam - Agama Yang Indah

PENGERTIAN ISLAM

Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia ialah Islam. Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Islam pada bahasa ialah selamat,sejahtera,aman dan damai. Manakala pada pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata-mata,tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan Allah.S.W.T.

Daripada pengertian di atas, Islam adalah agama yang diredai Allah S.W.T dan Islam adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T.

" Sesungguhnya agama yang diredai Allah S.W.T ialah agama Islam"

(Surah Al-Imran ayat: 19)

Dalam pada itu juga Allah telah menegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah. Sesiapa yang menganut atau mempercayai agama selain agama Islam maka dia adalah tergolong dalam orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk sekali iaitu neraka jahanam.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi:

" Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"

( Surah Al-Imran ayat: 85 )

Agama-agama lain tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana jika diterima, tidak berertilah Allah S.W.T mengutuskan Rasul-rasul untuk mengajar manusia tentang Islam. Jika diterima tidak berertilah Allah S.W.T menjadikan Syurga dan Neraka. Jika diterima tidak bergunalah al-Quran dan al-Hadith.

Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah semula jadi manusia dimana setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah S.W.T sebagai Tuhan yang berhak di sembah. Ini adalah selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W :

" Setiap anak yang dilahirkan adalah suci iaitu dalam keadaan Islam (menyerah diri kepada Allah S.W.T).Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."

Islam agama indah yang datang daripada Allah S.W.T. Islam menyeru manusia mengenali Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Perkasa, Allah S.W.T yang berhak disembah. Islam mengajak manusia beribadat kepadaNya,membesarkan Allah S.W.T, memuji dan mengagongkan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T jualah yang mentadbir hidup manusia dan Allah S.W.T jualah yang meredai Islam sebagai agama umat manusia.

Perlu diingat bahawa Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Muhammad S.A.W membawa Islam sebagai pegangan hidup manusia. Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam, menerangkan kepada manusia akidah yang betul, meletakkan syariat Islam dan mengajar manusia berakhlak mulia dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu setiap manusia yang mengaku beragama Islam, wajib mempunyai akidah yang betul iaitu akidah Islam dimana kita yakin dan percaya Allah S.W.T Tuhan yang sebenar-benar disembah. Allah S.W.T Tuhan yang mentadbir alam,memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai sifat-sifat yang wajib bagiNya. Kemudian Islam menyuruh manusia dengan suruhan yang wajib supaya beramal dengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam.Ini adalah bagi meletakkan manusia itu berada dalam rahmat dan hidayah Allah S.W.T.

Adesh..........???

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

hehe... dah lama tak menulis blog.. adesh..

hmm.. skrang ni, ana dah berada di intec... kehidupan, umm.. beres la jugak.. cuma ada sdikit kekecewaan.. hehe.. al maklum, biasiswa tak masuk agi.. nak tau nape? JPA silap antar borang medical check up ana ke jordan skali dgn borang KPT.. pehh.. tak pasal2 kena antar lagi result blood test.. hehe.. nasib2.. insyaAllah, kalo berjaya, dpt la biasiswa dalm sminggu agi.. duit tgh kering.. T.T

sbnannya, ada satu hari yg plg menguji kesabaran ana... hari tuh bertarikh 17/7/2008..
pada paginya, alhamdulillah, mcm biasa... tapi masa balik dari intec menuju ke rumah (cam umah flat), hp ana tertinggal (terjatuh sbnya) dlm bas..

masa tuh, ana tak sedar agi... bila dah sampai kawsan umah, ada la sorang tuh mintak ngan ana senarai size baju kelas ana (ana ketua kelas).. ana pon pegi la cari borang tuh dlm beg.. tak jumpe! nak try call kawan.. aiseh, hp takde! ana dgn segera mencarinya di sekitar umah.. tapi hampa.. takpe2, cari kat surau.. takde jugak... akhirnya, ana berijtihad dgn yakinnya, hp jatuh dlm bas...

sbb, dlm bas ana ada guna tepon.. hehe... so, dgn kelajuan ala2 kura2 naik beskal, ana terus masuk umah n mencapai kunci moto.. and vroooomM!!! pegi intec!
sampai kat intec, terus cari driver bas.. mjur ada tmpat tuh mmg port drivers lepak2.. ana mintak la nak masuk bas... mjur ada kawan ingat no bas tuh.. no 7.. hehe.. then, ana masuk dlm bas n cari.. fuh.. alhamdulillah.. ada... hehe.. tapi sygnya.. sblum ana pegi intec, ana dah wat call kat celcom careline untuk block sbb no tuh guna line..

so terpaksa call balik untuk unblock.. tapi gagal.. kena mak ana jugak yg buat.. adesh.. terpaksa call mak plak.. mak plak tak angkat2 tepon.. keciwa towl... pastu, mlm tuh, ada perjumpaan dgn budak2 sama skola lepas solat isyak.. bincang hal projek motivasi yg nak wat kat skola.. tapi, ana tak puas ati.. diornag berpakat nak pakai tie! weh, ana tak suka pakai tie! benci.. takde faedah pon pakai tie! satu kemarahan mula berasap dlm dada..

takpe, sabar2...

then ana pegi wat assignment dgn kawan2.. diorang janji nak wat kat umah hadi.. ana balik umah ana n amik laptop.. then pegi umah hadi.. tgk2, takde owg... diorang wat kat surau rupanya... hampesh.. geram tol!

then ana pegi surau.. wat keje.. tgh2 wat keje, ada la sekumpulan manusia yg nak solat.. ana cakapla, solat kat depan... diorg refuse.. nak solat kat blakng gak.. tak pasal2 ana n the geng kena keluar untuk hormati diorang yg tak solat isyak agi... diorang bagi alsan, ada kaum muslimat nak solat.. dei, kalo ada kaum muslimat nak solat pon, apa salahnya solat kat depan.. si imam lak, bagi la org yg suara lantang yg jadi imam.. nak kata tak blaja, dah blaja kat skola agama smua.. adesh.. padahal, kalo solat masa biasa, wat kat depan, muslimat ada gak kat blakng.. molek2 je.. adesh.. tensen2~!

disebabkan geram, ana pegi amik wudhuk.. lega skit.. then hadi ajak makan roti canai.. mjur ada makann.. hehe.. bantai je la sckup rasa.. then smbg wat keje sampai kol 3 pagi...

esok harinya, subuh lwat gile.. akibat tido lewat.. hahaha...

sekian celoteh melepaskan kegeraman di dada.. hehe...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....