Memaparkan catatan dengan label Medic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Medic. Papar semua catatan

25 Mac 2011

Al-Quran dan Degenerative Disease

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Agaknya, dah banyak kali kita dengar pasal ni. Kan? Kali ini, saya nak bawa satu penyakit yang mana telah diterangkan dalam al-Quran. Hehe. Saya rasa ramai je yang da sedar. Saya tersedar tentang ayat al-quran tersebut ketika Dr Huda Zahawi menerangkan slide beliau mengenai Degenerative Diseases and Dementias.

Apa itu Dementia?
Dementia, defined as the development of memory impairment and other cognitive deficits with preservation of a normal level of consciousness, is emerging as one of the most important public health issues in the industrialized world. -Robbins Basic Pathology 8th Edition

Okay.. Sekarang, saya nak terangkan, penyakit apa yang menyebabkan saya teringat ayat tersebut. Suka saya untuk meletakkan terlebih dahulu ayat Al-Quran tersebut.



Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. [Surah al-hajj (22) : 5]


Jadi, kalaulah anda seorang doktor mahupun pelajar medic, mungkin anda dah dapat teka, penyakit apa yang hendak saya tulis. Alzheimer Disease.


Apa itu Alzheimer Disease (AD)?
Alzheimer disease is the most common cause of dementia in the elderly. The disease usually becomes clinically apparent as insidious impairment of higher intellectual function, with alterations in mood and behavior. Later, progressive disorientation, memory loss, and over the next 5 to 10 years, the patient becomes profoundly disabled, mute, and immobile. Death usually occurs form the inter-current of pneumonia or other infections. When considered by age groups, the incidence of Alzheimer disease is 3% for individuals 65 to 74 years old, 19% for 75 to 84 years, and 47% for 85 years or more. This increasing incidence with age has given rise to major medical, social, and economic problems in countries with a growing number of elderly. -Robbins Basic Pathology 8th Edition

Jangan bimbang, kalau tak paham sangat ayat medical, saya akan huraikan. Ayat mudah, penyakit Alzheimer ni menyebabkan kerosakan pada fungsi otak yang juga merubah mood dan tingkah laku. Penyakit ini akan menyebabkan disorentation [kegagalan untuk mengenalpasti waktu, arah, wajah-wajah sahabat dan juga tempat], hilang ingatan dan akhirnya dalam jangka masa 5-10 tahun, pesakit akan menjadi bisu, pekak dan lumpuh. Dan akhir sekali, semestinya maut.


"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan..."


Satu bukti, kita dilahirkan cacat dan tidak cacat. Kan? Saya rasa tak perlu sangat nak hurai pasal benda ni. Cuma dari segi medical, congenital anomalies ni perkara biasa. Anda boleh rujuk di sini untuk melihat statistiknya.

"...Kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu..."

Lihat! Sub7anallah! Kalau tak mati ketika muda yakni dilanjutkan usia, kita akan mula menunjukkan ciri-ciri penyakit Alzheimer ini iaitu nyanyuk, tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahui dahulu! Dan kenyataan ini turut disokong oleh statistik dalam pengertian di atas iaitu:

"When considered by age groups, the incidence of Alzheimer disease is 3% for individuals 65 to 74 years old, 19% for 75 to 84 years, and 47% for 85 years or more"

Semakin tua, semakin tinggi incidence untuk Alzheimer disease! Sub7anallah! Kalau tengok pada awal ayat al-Quran tu sendiri pun, Allah SWT menggunakan ayat [إن كنتم في ريب] yang membawa maksud "sekiranya kamu ragu-ragu". Ayat yang diturunkan 1400 tahun dahulu, dibuktikan melalui kajian sains zaman sekarang.

 Dan sekiranya anda banyak berfikir, kenapa agaknya apabila kita semakin tua, kita semakin lemah? Kenapa kita tidak terus je membesar? hehe. Saje-saje je soalan ni. Benda ni boleh diterangkan secara medical, but kenapa tak boleh je kita membesar terus, tak jadi tua? keh keh keh.. Jawapannya? Kuasa Allah. Dan benda ni kita akan dapat kat akhirat nanti. Tak jadi tua sampai bila-bila. =)


Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [surah ar-Room (30) : 54]


Oh, ya.. lupa pulak nak tunjuk slide Dr Huda Zahawi punya. Ni dia...


slide no 48 dari "CNS II 2011 Demyelinating & Degenerative D"


P/s: Doakan kejayaan kami dalam exam CNS II nanti. Lagi dua minggu T_T


~Wallahu a3lam~


23 Mac 2010

Medic Jordan

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. dapat peluang menulis lagi setelah lama tak tulis.. hehe.. tapi masa agak singkat, so straight to the point la..

Bagi pelajar2 junior yg hendak melanjutkan medic ke timur tengah terutama seperti jordan, sila pastikan diri anda dapat menerima keadaan yg mana lecturer mengajar anda dalam bahasa arab even bahasa pengantar subject tersebut spatutnya dalam english.. Kalo tak dpt terima fakta ini, better jgn apply jordan.. hehe.. bukan ape, takot menyesal nnt..


contoh dewan kuliah

Lagipon, tiap2 tahun, budak2 1st year akan complain pasal mende ni la.. tak cye, tanye senior2 anda yg dah mmg ada kat middle east.. Sbb ada yg kata nak mahirkan bahasa arab kan? Sbb tu pilih middle east kan? Ini lah masanya... So, hopefully, bila dah dpt jordan, jgn la complaint2 ye? Kat sini sy sertakan video clip untuk lecture anatomy saya. Untuk Cardiovascular System.. Sila dgr.. ad beberapa ketol je perkataan BI.. hehe:




Camana? Kalo rasa leh adapt keadaan camni, silakan dtg.. ahleen 3l urdun~

P/S: tak smua lecture camni.. tapi sllunya, stiap sem, mesti ada pnye dpt lecturer yg camni.. hehe.. so, just sbgai langkah awal ye? =)

~Wallahu a3lam~

28 Februari 2010

Red Blood Corpuscles?

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. Di beri "mood" nak update even taktaw nak tulis pape.. sbb taktaw nak letak ape, so letak la ape yg dibuat masa lab tadi.. skdar ulang kaji.. ingat ke tak.. hahaha...

Hari ni lab berkisarkan ttg Red Blood Count~ Mengira erythrocyte dalam darah~ hoho.. mende cam simple je.. tapi ntah.. ngan takde lab manual, smua tmpu perhatian terhadap doctor explain je.. nak wat experiment tu, phm je.. cuma nama apparatus tak jelas... biasala kan? BI slang arab~ ngeh3~

blood diluting pipette

Process untuk wat mende ni kejap je... mula, process menyedut darah ke dalam "blood diluting pipette" [tgk gambar] dgn kaedah menyedut.. hahah.. lawak plak.. caranya, letak rubber tube kat hujung pipette yg bersaiz 20microliter.. then masukkan pipette dalam darah, sedut la darah tu guna mulut dgn sedut melalui rubber tube sampai penuh 20microliter tu.. pastu tahan dgn lidah pada rubber tube supaya darah tak kuar..

sedut~~

Then, amik test tube yg berisi satu solution.. tak dgr jelas nama solution tu.. dia ada reagent ape ntah yg 5-10%.. [i should find the manual tomorrow.. katanya da ada kat maktabah ta9weer] pastu tutup pentutp test tube tu ngan satu latex.. lupa gak nama nya.. tp kalo tgk, kenal la.. hahaha.. goncang2~ then tunggu at least 10minutes.. paling lama 2jam.. untuk mmastikan reagent tu react dgn blood..

 darah yg dah campur ngan reagent

Pastu masukkan dalam cylinder cuvette [tak pasti ejaan].. pastu masukkan blank solution dalam spectrophotometer.. resetkan count pada 540namometer.. then tukar dgn darah kita tadi.. amik bacaan~~ tadi wat, dpt 600+ count.. tinggi sgt.. haih.. kalo dalam case, boleh dikatakan darah ini dari patient yg ada erythrocythemia [high RBC count].. tp bile tnye doctor, dia kata, "kullu dam minal 6ullab~ mesh mumkin yujad erythrocythemia.." hahaha.. kaji2 balik.. rupanya, before sdut blood tu, kita kena shake dlu.. sbb RBC dah sediment kat bottom of the blood test tube.. so kena goncang dlu, baru sedut.. hoho~ takpe.. blaja dari kesilapan~~ =P

Haha... anyway, there's something I wanna share with u guys..  about erythrocythemia.. benda ni adalah peningkatan Red Blood Corpuscles [bukan cell ye? sbb dia takde nucleus].. biasanya, benda ni boleh berlaku atas dasar physiological [normal] ataw pathological [pnyakit].. kalo physiological, mgkn dipengaruhi oleh altitude kita tinggal.. orang yg tinggal di tmpat tinggi, dia perlukan lebih byk RBC sbb kat sana, pressure rendah.. pressure yg rendah menyebabkan darah sukar nak absorb oxygen.. so, lebih byk RBC diperlukan bg memastikan darah smua sampai..

cuba tgk.. bile atmospheric pressure turun sampai kat below 40, concentration oxygen yg bind dgn RBC dah berkurang.. dan hal ini amat bahaya.. sbb tu kita terpaksa perlukan lagi byk RBC baru.. dan partial pressure kat tissue dlm 40 gitu.. jadi, kalo below dari tu, oxygen gagal dihantar kepada cell kbyknnya.

Penah tak terfikir, bila kita naik ke atas gunung2 tinggi, kita makin sukar nak bernafas? dan sedar x, bila nek flight, ada satu corong kecemasan kat atas kepala kita.. dan dalam card kecemasan tu kata, "bila tekanan rendah, sila pakai".. haa.. sbb kita susah nak amik oxygen masa kat tempat tinggi.. partial pressure for oxygen rendah.. so we need alat bantuan pernafasan.. sbb tu org yg nak daki everest, dia akan stay pada certain ketinggian, untk beberapa minggu dlu rasanya.. untuk membenarkan badan mereka compensate dgn low atmospheric pressure kat sana dgn meningkatkan bilangan RBC!

 erythrocythemia

Lagi satu, bila sbut pasal sesak nafas bila naik ke langit, peristiwa ni dah direcordkan dalam Al-Quran! Pecaya ataw tidak? hehe.. meh sy tunjukkan.. Firman Allah swt:

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah dia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. [6:125]

See? sesak nafas yg dinyatakan di atas merupakan kesukaran untuk bernafas disebbkan oleh tekanan yg rendah di langit.. Allah dah lama terangkan, tapi kita baru sdar skrg~ nampak betapa ceteknya ilmu kita, kan? Kalo dari segi arab, perkataan "9'oiyyiqon 7arojan"  bermaksd sempit yg tidak dapat ditembus.. dgn kata laen, kesempitan dada org2 kafir ni, bila tak dpt hidayah Allah, sukar untuk kebenaran menusuk dlm hati mereka.. [rujuk tafseer ibn katheer]

Stkat ni dlu.. hehe.. daa~~

~Wallahu a3lam~