Memaparkan catatan dengan label Kisah-kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kisah-kisah. Papar semua catatan

12 November 2011

Terhantuk Cinta

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Ni pengalaman sepanjang cuti Eidul Adha kat Jordan. Hee. Kenapa tajuk dia Terhantuk Cinta? Sebab cerita ini untuk menghantukkan atau mengejutkan orang yang sedang bercinta (yang tak kawin lagi) di luar sana tapi duduk pegang2. Kadang2, bila dah sayang, syariat hilang entah ke mana. Kan? Lagi2 kalau kita ni jurusan agama. Takut jadi fitnah pula pada agama. Astagfirullah.. Sama2 kita beristighfar. Dan kepada wanita2 di luar sana, jangan bagi peluang langsung walaupun pegang je kecuali pada suami anda yang sah =)

(click di sini untuk versi facebook)
Enjoy it!













Heee.. That's all. Mudah-mudahan sampai la messagenya ye? :)

~Wallahu a3lm~

23 Jun 2011

Pandangan Mata Itu & Perkahwinan

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

~Assalamu3laikum wbt~

Alhamdulillah, da abes pun menghantar kad2 jemputan di kawasan sekitar rumah saya. Trima kasih banyak2 jugak kepada pengsponsor kad, my sister.. Tak lupa juga pada adik saya sbb tolong anta kad2 smua ni. Trimas!

Anyway, sepanjang duduk menghantar kad2 ni, ada satu benda yang saya kurang senang. Saya tak pasti itu perasaan saya sahaja, atau kebenaran, atau godaan syaitan semata-mata. But, I really don't like it.

Normally, people will ask me, 

"Dah abes blaja ke?"

"Keje ape sekarang?"

"Kenapa kawin awal?"

Dengan satu pandangan mata... Seriously, saya tak suka pandangan mata itu. Well, kalau saya jawab sebiji-sebiji depan diorang, kang nanti apa yang mereka kata? Takpelah. Mari nak jawab kat sini.

Firman Allah swt:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [Surah an-nur (24) : 32]


Telah dijanjikan semua ini. Mengapa perlu persoalkan lagi. Besides, yang memberi rezeki itu Allah, bukannya pekerjaan. Bukan saya nak kata, pernikahan tidak memerlukan kepada sumber kewangan. Memang perlu. Tetapi, ini tidak bermakna pelajar tidak boleh berkahwin. Kalau dapat anak pun, sebenarnya tak perlu takot. But, jika masih belajar, better family planning la. Hal ini sudah diterangkan dalam Al-Quran! Kerana orang zaman jahiliyah dlu pon takot dapat anak sampai bunuh2 anak disebabkan mereka takut kepada kemiskinan. 

Firman Allah:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. [Surah al-isra'  (17) : 31]


Besides, saya teringat dengan satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, "Siapakah yang mahu mengahwininya?" Lalu seorang lelaki berdiri seraya berkata, "Aku." Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Berikanlah mahar kepadanya walaupun sbentuk cincin daripada besi. Lalu lelaki itu menjawab, "Aku tidak mempunyainya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Kini aku kahwinkan kamu dengan perempuan itu dengan mahar ayat-ayat al-Quran yang ada pada diri kamu. -Riwayat Ibn Majah


Well, kalo tengok scara kasar, lelaki ni tak brapa ada duit pun. Tapi Rasulullah bagi jugak kawin. Takde la plak Rasulullah SAW bersabda suruh pegi abes blaja dulu, then baru kawin. [Well, ini fahaman saya la. Kalau silap, bleh je betulkan =)]

Kemudian, ada lagi hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar. -Riwayat at-Tirmizi


Nah, dah terbukti pun sekarang. Lihatlah macam mana situasi di Malaysia. Pelacuran, mengandung, buang bayi. Lihatlah! Dan mungkin sebagian besar berlaku masalah seperti ini, adalah dari kontribusi disebabkan perkara seperti dalam hadith di atas. Boleh jadi mereka yang sudah beragama, terjelopok ke dalam lembah maksiat disebabkan dihalang keinginan mereka untuk berkahwin. Sifir yang mudah:

Bercinta + susah kahwin = Maksiat


But, 1 thing. Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab, bukan keseronokan. Dan perkahwinan mempunyai matlamat. Antaranya, untuk melahirkan masyarakat muslim soleh solehah dan musleh muslehah [masyarakat muslim]

p/s: Tinggal around 30jam lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Semoga dipermudahkah segala urusan dan semoga bahtera perkahwinan ini dalam bimbingan dan keredhaan Allah swt.

~Wallahu a3lam~

04 Januari 2011

Gaya Bahasa Terbaek~

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Beit2 kat atas ni adalah introduction yang mana merangkupi segala perkara. So, disebabkan ini pertama kali saya gunakannya sebagai intro, saya letak maksudnya:
Saya mulakan (penulisan ini) dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan

Segala puji bagi Allah; Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan.

Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa terlimpah ke atas Nabi sebaik-baik insan yang mengesakan Allah.

Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah.

Ok. Sekarang sbut pasal gaya bahasa yang saya nak cerita ni. Fuh! Sampai sekarang saya masih kagum. Kekaguman yang amat. Dan insyaAllah, kekaguman ini berterusan sampai bila2. Kenapa? Saya ada jumpa satu gaya bahasa yang memang terbaik la! Saje nak share. Boleh menangis kalo feeling abes tengok gaya bahasa ni.

Allah berfirman:
يا عيسى ابن مريم
أأنت قلت للناس: "اتخذوني وأمي إلـهين من دون الله"؟
Wahai Isa Ibni Mariam!
Engkaukah yang berkata kepada manusia: "Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah?"


Nabi Isa as menjawab:
سبحانك 
ما يكون لي أن أقول ما ليس لي بحق 
إن كنت قلته فقد علمته 
تعلم ما في نفسي ولا أعلم ما في نفسك 
إنك أنت علام الغيوب
Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)!
Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).
Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya.
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; (kerana) sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.


ما قلت لهم إلا ما أمرتني به أن اعبدوا الله ربي وربكم 
وكنت عليهم شهيدا ما دمت فيهم 
فلما توفيتني كنت أنت الرقيب عليهم 
وأنت على كل شيء شهيد
Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu 
dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; 
kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka 
dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.


إن تعذبهم فإنهم عبادك 
وإن تغفر لهم فإنك أنت العزيز الحكيم
Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu 
dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Amacam? Feeling tak? Siyesly, bila dihayati ayat ini, boleh menitiskan air mata. Cuba bayangkan bagaimana seorang nabi merendahkan dirinya apabila menjawab pertanyaan Allah SWT. Bukan setakat itu lagi, bagaimana even telah dituduh, boleh meminta ampun untuk kaumnya? Cara minta ampun pun, Sub7anAllah. Gaya bahasa yang cantik. Hakikatnya, ayat ini dipetik dalam Al-Quran. Surah ape? Teka la. Nak taw jawapan, tekan butang kat bawah ni:

Jawapan:
Surah al-maaidah ayat 116-118

 Papehal pon, ada kisah disebalik ayat ini. Sila rujuk tafsir ye? Siyesly best! =)

~Wallahu a3lam~

03 Disember 2010

Kerana Pintu

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt

"Ha.. Tu dia.. Siap boleh gelak lagi.. Kalaulah macam tu, bapak nak kasi nama budak ni, Ahmad Pintu"

"Err.. Tara syedap la itu nama"

"A'a.. Tak sedap.. Pintu.. Tak bagus, tak bagus.. Pintu dalam bahasa arab, albab.. Jadi, bapak berikan nama budak ni, Ahmad Albab!"


Macam itu la kisahnya dari sebuah pintu. Pintu boleh membawa kepada banyak benda. Macam dalam filem Ahmad Albab, bunyi ketukan pintu boleh menyebabkan budak yang akhirnya diberi nama Ahmad Albab, berhenti dari menangis. Wah! Dahsyat kan benda yang digelar pintu ni? Heh

Pintu atau dalam bahasa arabnya "الباب" turut juga disebut di dalam al-Quran. Tetapi bukan hendak menceritakan kisah pintu. Sebaliknya mencerita kisah nabi Yusof as yang sedang digoda.


Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidaklah ada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya". [12:25]



Hehe. Bukan tu je. Pintu juga boleh menyebabkan seseorang tu sakit hati. Kenapa agaknya? Kalau saya, secara jujurnya saya senang terasa bila ada orang tutup pintu dengan kuat. Hentah hape-hape kan? Bila orang tutup pintu kuat-kuat, terutama bile lepas saya bertandang ke rumah, atau selepas saya masuk ke biliknya, seolah-oleh bermaksud tuan punye pintu [ataw rumah] tak suka dengan kehadiran saya. Peh. Terasa seyh. Lagi-lagi kalau tersempak tengah jalan. Then dia masuk rumah, "Gedegang!" pintu ditutup. Macam kita ada wat salah je =.=" Tapi selalunya kena bersangka baik la. Sebab mungkin cara dia tutup pintu camtu? Btw, saya rasa Papa juga tak suka kalo tutup pintu kuat2. Seingat saya, saya penah kena tegur, "Takleh tutup pintu elok-elok ke?" Heh. So sekarang saya pon blaja tutup pintu dengan sopan. Sekali lagi heh.

Sebut pasal pintu juga, saya teringat sesuatu benda berkaitan dengannya. Berkaitan dengan izin. Woho. Banyak pasal benda ni yang mungkin ramai antara kita terlepas pandang. Saya pon kadang-kadang terlupa buat benda ni. T_T 1stly berkaitan dengan masuk rumah orang lain. Kadang-kadang member lupa kunci pintu. Kita men masuk je. Tak pon, kita ada kunci spare, then men masuk je. Firman Allah:


(27) Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).
(28) Maka sekiranya kamu tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik; cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
(29) Tidaklah menjadi salah kamu memasuki (dengan tidak meminta izin) mana-mana rumah yang tidak didiami orang, yang ada keperluan kamu padanya dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[24:27-29]



Rasanya dah cukup jelas. Lebih-lebih lagi pada ayat 27 & 28 surah an-nur yang dinyatakan di atas. Nampak biasa je. Namun benda ni turut dititikberatkan didalam islam. Hebatkan islam ni? ^_^ Kalo rajin, bleh jugak baca ayat 58 & 59 pada surah yang sama. [Heh. Bila lagi nak tadabbur al-Quran kan? Tak pasal2 jadi homework. Haha. Tapi, KALAU RAJIN la. Heh]

Apabila teringat zaman kanak-kanak ribena dulu [sekolah rendah], teringat juga kisah pintu. Wahaha. Cerita kehebatan Mama. Nak taw? Hehe. Al-Kisah. Saya dan 2 orang kakak kembar saya keluar "berderat" [nak taw maksud benda ni, sila tanye orang kelantan. Heh] Kami pegi panjat bukit sebenarnya. Kalau kat Paka, orang panggil bukit tu, Bukit Merah [bukan Bukit Merah yang Taman Tema Air kat Perak tu ye?] Balik je dari "ukah" [juga sila tanye orang Kelantan] Bukit Merah tu, kami nampak Papa dah duduk kat pintu pagar depan umah dengan pakaian solat. Gulp! Kami terlupa. Undang-undang kat rumah, kena balik before masuk Maghrib. Isk. Lagi 5 min nak azan kot? Disebabkan takot, kami lepak kat umah Makcik Moh dlu. Sekali kantoi gak. Beliau panggil kami balik. Kami bertiga kena tarik telinga ngan Papa sambil kena marah. Best~ =.="

Mesti korang pikir, mana kaitan dengan pintunya? Heh. Cite belom abes. Selepas kami kena tarik telinga, Papa bergerak ke masjid. Kami kat luar rumah lagi. Maka, kami pon nak masuk la pintu rumah. Rupa-rupanya, Mama dah lock pintu tu dari dalam. Kami takleh bukak dari luar dengan kunci kami. Err.. Habesla.. Pastu kami dengar suara mama nak bukak pintu.

"Nanti, once Mama bukak je pintu, kita lari nek atas. Ok?" 

...cadangan bernas dari salah sorang kakak saya. Yang lain semua mengangguk setuju. Heh. Idea bernas beb~ Lantas sebaik saja mama bukak pintu, kami lari nak nek atas sambil jerit "LARI!!!" Baru je lari 3 meter dari Mama, Mama jerit "Berenti!!". Dengan serta merta, kami bertiga berhenti dan keras dalam posisi tengah lari =.="... Maka, Mama terus je kasi satu das "debok" atas belakang setiap sorang dari kami.

Camni la gaya kami semua "freeze" lepas mama sergah "Berhenti!!" =.="

Cis. Kalau bukan kerana pintu dilock dari dalam, for sure kami tak kena "debok" dengan Mama. Hebatnya arahan Mama =.= Sampai tak brani nak lawan. [memang tak baik pon lawan kan? haha]

Moral of the story, sila la patuh pada arahan parent dalam apa jua keadaan selagi mana tak bertentangan dengan syariat. Heh.

~Wallahu a3lam~

27 Julai 2010

"Zikir" Harian?

بسم الله الرحمـٰن الرحيم
...Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah.Kali ini, mari kita lihat satu situasi. Moga ada pengajaran.

A, B dan C merupakan housemate. Mereka terdiri dari pelbagai bidang yg berasingan. A merupakan pelajar jurusan syariah, B pula pelajar jurusan ekonomi islam, manakala C merupakan pelajar jurusan Kimia. Pada suatu hari ketika mereka berjalan2:

A : Cuba korang tgk mamat tu. Aku dgr la, dia ni depan orang je baik. Blakang2, teruk perangai dia.

B : Eh, ko pon dgr ek cite pasal tu?! Teruk btol kan? Orang macam ni la yang memalukan agama.

A : Tu la. Aku pon hilang la respect kat dia. Ish! Meluat ak tgk dia tuh!

B : Aah. Meluat gile. Nyampah!!!

A : Eh, C.. Asal ko diam? Ckp la something...

C : Hmm.. Korang sure ke brita yg korang dgr tu btol? Aku tak cye la...

A : Ha.. tgk! Ko pon dah tertipu dgn perangai baik yg dia buat2 je tu.. Ko jgn pecaya sgt dgn org camtu...

C : Bukan camtu.. Benda ni kan khabar angin je.. Mana la taw kot2 brita ni salah? Tak pasal2 ko dah fitnah dia.. Lagi pon, kalo betul, tak ke kita dah dikira mengumpat?

A : Ah.. ko ni! Brita yg ak dgr tu dari sumber yg dipercayai! Ko jgn bmbang la. Btol punye.

B : Hmm. Btol jugak kata ko tu, C.. Aku teringat beberapa Firman Allah dalam surah al-Hujurat:


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [49:6]


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [49:12]


A : Ah, korang ni! Nak ngajar ak plak! Aku budak syariah taw?! Aku lagi taw la pasal2 benda ni dari korang!

C : Ya, aku taw ak bukanlah budak aliran agama macam kau. Tapi salah ke kita saling tgur2? Aku sayang ko. Seorang sahabat sejati, dia akan nasihat sahabat dia. Aku taknak la biarkan sahabat aku buat salah.

A : Cis, bagi lecture kat ak plak. Sahabat konon. Macam la ko tak penah buat cam ak bwat camni! Sama je!

C : Ya, Allah.. Aku dulu mmg penah buat. Tpi manusia kan berubah? Even penzina pon, selepas dia bertaubat, mungkin jadi lebih mulia dari kita. Kan penah dgr kisah seorang pelacur yg bertaubat, kemudian dia melahirkan bermacam2 ulamak?

B : Aah.. Ak rasa bersalah plak.. tapi, C.. Ko tak rasa ke benda dia wat tu teruk? Kita kutuk dia pon, nk amik pengajaran je.. takleh ke?

A : Ha, C! Ko dgr tu? AMIK PENGAJARAN. Lagipon, aku pon rasa dia teruk camtu..

C : Wahai sahabat2ku.. Bukan camni caranya nak amik pengajaran. Byk lagi cara len. btw.. 1st, adakah kita taw peristiwa sebenar? Kalau salah, ko nak ke jadi agen penyebar fitnah? Ko sndiri tahu, fitnah tu lebih dahsyat dari mmbunuh? Kedua, kalau betul pon dia jahat camtu, kita dah dikira mengumpat! Bukan tu sahaja, kita tak taw dia dah bertaubat atau belum? Macam mana kalau dia dah bertaubat? Kita pon taktaw apa akan jadi pada masa hadapan. Boleh jadi kita kutuk2 dia, dia jauh lagi baik dari kita. Tak pon, masa depan nnt, dia jauh lebih baik dari kita. Ada jaminan ke kita nak kata dia akan terus camtu dan kita akan terus camni? Kan lebih elok kalau kita doakan kesejahteraan dia, doakan dia bertaubat kalau benar dia salah. Aku pon teringat ada satu ayat dalam surah yg sama:


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. [49:11]


B : A'ah ek.. kita sukati je kutuk2 dia.. ntah2 dia lagi baik dari kita.. Kita tak taw...

A : Hmm... btol jugak tu... Ya Allah.. Sepatutnya ak selidik dlu sblm cakap.. huhu.. Aku da wat salah dgn org tu.. Aku menyesal btol... Tetiba ak rasa, aku yg amik bidang agama sndiri melakukan kesalahan camni... Aku rasa ak kena minta maaf dgn org tu.. dan kalau dia btol2 camtu pon, ak still ada wat salah ngan dia T_T

C : Aku pon rasa camtu. Sbb kita dah termengata/terfitnah kat dia.. huhu..

B : Hmm.. siapalah kita untuk menghukum hamba Allah yg lain dengan tuduhan yg tak berasas sedangkan kita juga hamba Allah yg hina lagi berdosa... Astaghfirullah~

A : Terima kasih la, kawan2... korang mmg btol2 kawan aku dunia & akhirat

C : Tanggungjawab kita sbgai sahabat yg bercinta kerana Allah.




Pengajaran:
Siapa lah kita untuk mengata/melevel/mengutuk orang lain? Adakah kalau kita dalam bidang agama, kita da cukup mulia dan baik untuk mengata orang lain? Ada jaminankah kita akan stay baik camni je sampai mati? Begitu mudah lidah tergelincir. Allah takkan mengampunkan dosa manusia dengan manusia melainkan orang yg kita buat salah dgnnya, telah memaafkan kita.

P/S: nak tambah isi pengajaran, leh tambah kat comment.. keh3.. tak larat nak tulis smua..

~Wallahu a3lam~

02 Jun 2010

Gara-gara Tidur Lambat

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang bernafas pada hari ini. Bayangkan kita dimatikan ketika tidur. Na3uzubillahe men zalek. Dan Alhamdulillah. Baru je beberapa jam lepas menamatkan exam mid term. Dan final exam akan menjelang pada 6/6, 10/6 dan 15/6.. Saya harapkan doa kalian sentiasa mengiringi kami.. insyaAllah.

Sekadar perkongsian. Kan kita smua dah taw, bila masuk musim panas, malam menjadi pendek dan siang menjadi panjang? Begitulah yg berlaku sekrang di negara2 yg ada 4 musim. Sekrang, di Jordan sdang mengalami musim panas. Suhu agak tinggi la. Tak reti nak ukur. Takde termometer. Hehe.. Tp siyesly, mmg panas la. Cuma dlm minggu lepas, cuaca agak tak menentu. Sekejap sejuk, skejap panas. Senang demam [common cold] jugak bila berlaku camtu. Sbb ape? Sbb suhu yg sesuai untuk Rhinovirus replicates dalam badan kita, pada suhu 33 degree iaitu pada suhu hidung. Bila pertukaran suhu camtu, suhu badan pon berubah2. Akhirnya kena common cold. And rhinovirus ni byk ddk kat hidung la.


Kembali pada perkongsian. Sebnya, takde ape pon. Just nak crita kan pengalamn pagi ni. Kan sbb pagi tadi sy ada exam, so malam tadi agak tido lewat la.. Kat Jordan skrg, subuh masuk awal. pukul 3.50 lebih kurang, dah masuk subuh. Magrib plak lewat. Dalam 7.45mlm dan isyak pon 9.17mlm. So, bleh la kita tgk camana skejapnye malam tu. Jadi lepas sy stdy2, tido la dlm dkat2 pkul 1 pagi. Around 2jam 50min la nak subuh. Sblm tido, cam biasa, set alarm kat handphone G900 sony sy. [ttba promote.. takpe.. ada sbb knp sy promote]. Then, tido la dgn aman. Sdar2, saya rasa sakit kat telinga sya.. smacam je sakitnya. Pedih2.

Maka, sy gagahkn diri bukak mata. Mak aih! Terkejut sy!! Mukus, hamster jantan sy, yg gigit telinga sy! Masa sy menjerit tu [bukan jerit ala2 tarzan tu.. jerit terkejut je la], Mukus wat muka terperanjat, statik=.=" sambil tgk sy=.=. Geram je tgk beliau! Pastu beliau lari.. maka upacara kejar mengejar pon berlangsung la. Lepas berjaya tangkap, sy nak letak dlm sangkar.. Pelik.. Camana pintu sangkar tu terbukak=.=" Hebat btol beliau leh bukak pintu tuh. Then sy letak balik beliau dlm sangkar tuh.


Mukus


Then, cadangnya nak sambung tido la.. dah la tido lewat. Then tgk jam.. Ya Allah, dah kol 4 lebih.. TT__TT miss solat subuh berjemaah. Syuruq masok kol 5 setgh lebih kurang. So, sy pegi la siap2 dan solat subuh. Dah la pagi ni ada exam=.=" Lepas solat, sy terfikir sjenak. Terasa macm mukus sengaja nak kejut sy bgn subuh. Siyesly, tak dgr langsg jam loceng hp.. sllunya, hp sy tak berbunyi yg menyebabkan lewat bgn.. sama ada lupa nak hilangkan silent mode, ataw ada message masuk. So, kalo ada hp masok masa sy tgh tido, maka jam loceng itu tidak berbnyi. Kesimpulannya, jgn beli HP model tu. Saket ati je. Tapi pagi ni, mmg salah sy yg tak sdar. Tido lwat lagi=.=" Mjur Mukus ggit telinga sy. Haha.. So, lepas tu, terus sy kasi makann double untuk Mukus sbgai tanda terima kasih =P


Jadi, moral of the story.. Bila malam, tido la.. jgn  stdy =P.. haha.. bukan2.. jgn stdy smpai lwat malam.. stdy awal2 spya masa malam exam tak jadi camtu. Allah jadikan malam untuk kita berehat. Firman Allah SWT:


Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk TINGGAL BEREHAT dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. [6:96]


Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?
Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?
[78:9-10]


Jadi, gunakanlah masa tido sbaiknya. Jangan kurang tido sgt, jgn lebih tido sgt. Masa malam, tido, berehat.. masa siang, berjaga. Jangan jadi terbalik plak. Kita ni, normally student la... nak2, time cuti. Siang tido.. malam jadi burung hantu.. haha..

Tu je nak share hari ni.. ngeh3~ Sekian~ [telinga masih rasa pedih=.="]

~Wallahu a3lam~

26 April 2010

3 Golongan Manusia

Assalamu3alaikum wbt

Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah swt, dgn segala puji-pujian yg layak bagiNya, kerana masih diberi peluang untuk menulis. Even bukan ramai pon yg baca, tapi mudah2an, ada manfaatnya. Em, dah lama tak update.. biasa la.. exam oriented. Setelah merasai kesakitan [pedih woo] masa exam HLS, cuba nak bangkit balik masa exam CVS.. Alhamdulillah, better than HLS.. hehe.. pape pon, macam kata sorang mmber sy yg bernma Khamis, "roseb aw naje7, qol al7mdulillah.. kol men robbena, 97?" [Gagal ataw berjaya, sebutlah Alhamdulillah.. smua dari Tuhan kita, kan?]

Okay.. Kembali smula kepada topic.. Dalam kehidupan kita sehari-harian ni, kita takkan lepas dari jumpa 3 golongan manusia ini.. sapekah mereka? hehe.. tertanya-tanya? Sblm saya bgtaw, mari nak cerita sdikit ttg kesah Bani Isreal..

Allah SWT berfirman:

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. [7:163]

Di katakan, tempat itu bernama Ailah, antara Mesir dan Madinah. Ha.. nak di jadikan crita, sbgaimana kita tahu, hari sabtu adalah hari ibadah bgi kaum ini.. mereka dilarang menangkap ikan pada hari tersbut. Hanya beribadah je.. Maka, Allah menguji keimanan mereka, dgn menjadikan ikan byk masa hari sabtu je.. sampai dalam al-quran, menggunakan perkataan [syurro3a] yg mmbawa maksd berduyun2 terapung diatas air dgn byknya.. maka, adalah satu golongan ni, berfikir, "knp masa hari len takde ikan? hari sabtu je byk?" Pastu syaitan pon ape lagi, teruslah menjalankan modus operandis mereka.. Secara mudah, mereka pon terpedayalah.. pegi la juga menangkap ikan pada hari tersbut.. Disebabkan mereka melanggar perjanjian ini, jadi lah mereka kera yg hina...

Firman Allah swt dalam 2 surah berbeza:

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. [7:166]

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. [2:65]

Haa.. demikian lah kesahnya.. dan, actually, dalam kesah ni, sblm mereka nak wat projek tangkap ikan hari sabtu tu, ada kesah laen juga.. hehe.. iaitu benda yg berkaitan dgn tajuk.. Ada la 3 golongan..

  1. Golongan yang melanggar perintah Allah.
  2. Golongan yang menasihati golongan pertama iaitu yg melanggar perintah Allah.
  3. Golongan yang tidak melanggar perintah Allah, ttpi hanya berdiam diri.
Golongan 1st tu, golongan yang terpedaya... pastu dtg la satu golongan iaitu golongan 2nd.. Diorang menasihati la geng2 yg nak tangkap ikan ni.. tapi tak makan gak.. pastu, datg glongan ketiga.. Golongn 3rd ni pg kat golongan 2nd, tnye, "Weh, asal korang nasihat gak kat mereka tu? Allah dah janji mereka kena azab yg dahsyat!" Haa.. ttpi, apa golongan 2nd jawab? mereka jawab, "Takpelah.. biarlah usaha ini jadi satu dakwah kitorang kepada merka.. at least, ada la alasan ak kat Tuhan korang [Allah] nnt.. dan mudah2an mereka takut nak wat dosa [bertaqwa]". Sebagaimana Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. [7:164]

Jadi, apa significantnya kisah ini? Sekarang pon, ada je 3 golongan ni.. Kita nak masuk golongan yang mana? Hopefully, kita masuk golongan 2nd.. insyaAllah.. Sebab ape? Kalo tgk dalam kisah ini pon, akhirnya golongan 2nd ni terlepas dari azab Allah.. hanya sbb mereka menasihati golongan 1st ni! Firman Allah SWT:

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). [7:165]

So, beruntunglah golongan yg mencegah kemungkaran ni.. btol x? Usaha la cegah selagi terdaya.. At least, kita ada usaha kita sndiri untuk mencegah kemungkaran.. Dan bila kita ditanya di akhirat nnt, kita ada jawapan kita.. btol x?

 Btw, sbnya, kalo kita tak jalankan amar ma3ruf nahi munkar ni, bahaya gak.. sbb, azab Allah bukan shaja kena pada golongan yg wat zalim je.. golongan yg tak buat pon kena gak.. pecaya x? Mari kita tgk firman Allah dalam surah al-anfal:

Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. [8:25]

Hmm.. sbnya, post sy buat ni, berikutan dgn sy ada dgr, ada yg tanye, "Apakah hukum da3wah pada zaman skrg?" So, pandai2 la... sy takmo jawab direct.. Dan juga, kerana sy sdih melihat rakan2 yg sama2 menuntut ilmu masa kecik2 dlu, yg mana berlaku perubahan ketara pada mereka.. yg laki dgn start Dye rambut, berpelukan dgn bukan mahram.. yg pompuan dah mula free hair.. ntah camana sy nak nasihat diorang.. sy takot azab Allah kena kat kami smua.. huhu TT___TT

Dan sy mahu kasi satu kronologi yg menggambarkan da3wah:
Dalam satu kapal, terdapat 2 penumpang... satu penumpang di bahagian atas, satu lagi di bahagian bawah.. Sekiranya golongan yg dibahagian bawah ni nak try tebuk lubang kat bawah kapal tu, apa yg akan berlaku sekiranya golongan yg dduk kat atas wat2 taktaw? Smuanya akan tenggelam... Dan sekiranya golongan kat atas tu mencegah, kesmuanya akan selamat..

Akhir kalam, marilah kita sama2 mendoakan agar mereka2 yg sudah tersasar dari jalan sebenar, kembali ke pangkuan jalan.. Dan kepada para da3ie, jgnlah kita berfikir buruk sgt terhadap mereka.. kita taktaw kita macam mana pd masa hadapan, dia macam mana nnt.. ntah2 mereka yg tersimpang ini, lebih baik daripada kita pada masa akan datang.. So, jgnlah kita kutuk2 sgt mereka... tidak bergaul dgn mereka..bergaullah.. untuk da3wah! [sorry to say, tapi sy nmpak, golongan yg baek sllunya suka melekehkan golongan2 yg tersimpang ni.. mereka nak je kembali.. tp mereka rasa pandangan mata korang seolah2 menghina mereka.. sy pernah jadi jahat.. sy taw camana rasanya] Sama menuju ke arah Mar'9otillah, insya-Allah!

~Wallahu a3lam~

10 April 2010

My new family members

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah.. Setelah lama tak menulis, ttba ada masa free lak.. hehe.. minggu ni agak bz dan kurang sihat.. that's why.. ssh nak menulis...

1st of all... nak ucapkan terima kasih pada insan2 yg sntiasa mendoakan sy terutama parents la.. thank you very3 much!!! Dan berkat doa mereka, sy diterima dan lulus temuduga untuk belajar al-quran scara bertalaqi dgn syeikh yg hebat.. al7mdulillah..al7mdulillah.. al7mdulillah.. kan kalo dpt ni3mat, khabarkan? rujuk balik post lepas.. ehehe.. rujuk surah ad-dhuha ayat last pon ok gak..

Berbalik pada tajuk utama.. my new family memberS! ada "s" tu.. that's mean, ramai.. haha.. btw, bukan sy kawin ramai ye? hahaha.. gini... pada 8/4/2010, pada pagi hari, telah datang 5 ahli kluarga sy yg baru untuk di jordan ini.. hehe.. mereka berjaya dilahirkan di 3imarah al-aqsa 1, syari3 jami3ah, Irbid, Jordan...

Welcome, new members~!!

Comel x? hahah.. ada org yg geli.. maklumla.. tiada bulu... tapi bg saya, comel je.. terus je sy heppy hari tu.. even asal pagi harinya takde mood.. hahah..

Patot la pagi tu, si Puteh senyap je.. penat melahirkan anak.. ada jugak kesan darah pada tisu yg diletakkan.. mmg lemah terus la sy tgk si Puteh ari tu.. sy terus gi dapur, goreng tlur.. kasi kat dia.. huhu.. smgat je dia makan=.=.. masa dia makan la, sy snap gambar.. haha.. taktik tu.. berkesan x? =P Video ada, tapi kat facebook.. hoho.. malas nak upload kat sini.. lama sgt.. so, kalo nak tgk, tgk la kat fb sy..

new husband for si Puteh n Abie, Mukus~!

tapi, kesihatan Puteh mcm tak mmberangsangkan sgt.. sy try pegang Puteh... krus!! lgsg berbeza ngan sblm branak.. sblm dia pregnant pon, mmg dah gemok=.=.. hmm.. bgini kot masa kita kecik2 dlu.. sian ibu kita yg penat mengandungkan, myusukan, membesarkan kita.. tgk2, bila besar, lawan ckp mak.. huhu.. Sorry mama.. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. sampai ada pepatah, "syurga dibawah kaki para ibu"...

Btw, sy tgk si Puteh jaga anak2 dia, mmg hebbat.. mlam kan sjuk? dia yg sgp menutup anak dia dari kesejukan.. pastu, kalo ada anak dia terkeluar dari kawsan sarang, dia angkut balik, letak kat sarang... Sub7anAllah.. ini haiwan.. manusia apatah lagi? jadi, kalo ada yg sanggup buang anak tu, tak taw la nak ckp ape... lebih teruk dari haiwan! Ada pancaindera, takmo guna.. haihh.. Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [QS 7:179]

Mostly yg sebab terlanjur.. masa "berseronok", tak ingat dunia.. Bila dpt anak, bunuh plak.. haihh.. Dah lupa kot membunuh itu haram.. dosa membunuh ni, iskk.. besar.. Firman Allah swt:

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. [QS 4:93]

Huhu.. dasat tak amaran Allah ni? Kalo dlm perkataan arab, perkataan 36'eem ni menggambar kan benda yg besar gile kot? ssh nak exlain.. tak takutkah mereka dgn azab Allah.. moga kita dijauhi dari jadi sperti golongan tersbut... dan smoga Allah memberi hidayah kepada mereka yg sudah terlanjur melakukannya.. Ameen..

Hehe.. tgk, kan dah lari dari topik.. adeiih.. sy mmg camni.. bila tgk kepada ssuatu peristiwa, sy suka mengaitkan dgn Islam.. so, jadila camni.. off-topic.. asal dari ibu hamster-->manusia plak.. hehe.. sorry2.. =P

Btw, ada satu post yg sy dah lama nak buat.. tapi tak bwat2.. ttg program if6or jam3ie bersama dgn anak2 yatim.. len kali la sy tulis.. jika ada masa.. insya-Allah..

Sehingga ketemu semula.. insyaAllah

~Wallahu a3lam~

27 Mei 2009

Bagaimana Sultan Muhammad al-Fatih bebaskan Kota Istanbul

Assalamu3alaikum wbt...

Tulisan ini cuba melihat bagaimana seorang pemimpin seperti Muhamad Murad yang kemudiannya diberikan gelaran Muhammad Al Fatih, telah berjaya dilahirkan. Adakah di sana satu metod tertentu untuk mencetak pemimpin seperti beliau dan bagaimanakah cara untuk berbuat demikian.

Peribadi dan kepimpinan Muhammad Al Fatih menunjukkan beliau mempunyai ciri berikut;

a. Asuhan dan disiplin Islam yang kuat
b. Mempunyai matlamat hidup yang ingin dijayakan c. Kehendak yang kuat
d. Sabar dan ketahanan ruhani yang kuat
e. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk misinya, atau mendapatkan bantuan pakar dalam bidang masing-masing bagi tujuan melengkapkan skil berkenaan
f. Ibadah dan pergantungan yang kuat dengan Pencipta

Sebelum isu ini dikupas lebih lanjut, kita tinjau dulu bentuk pertahanan Kota Konstantinapole itu sendiri yang sangat menakjubkan;

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh;



a. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
b. Ada dua tembok iaitu tembok luar dan tembok dalam. Tembok luar sahaja setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter
c. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
d. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
e. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantinapole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi yang Mulia itu, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453, hari tulisan ini dipostkan.



Sungguhpun pengepungan ini berlangsung selama hampir dua bulan sahaja, program penaklukan ini telah berjalan lama!

Ia bermula apabila bapa Sultan Muhammad Al Fatih, Sultan Murad memilih guru-guru yang terpilih untuk mendidik anak raja ini, yang waktu itu, se orang anak yang nakal.

Sejak berumur sembilan tahun, Sultan Muhammad telah mengalami pendidikan disiplin yang ketat. Rasa bebas dan nakal sebagai anak raja yang masih kecil mula berakhir apabila bapa baginda memberikan kebebasan kepada guru-guru beliau untuk membentuk dan mendidik Muhammad.

Rotan turut digunakan oleh gurunya untuk mendisiplinkan anak ini. Dalam satu kejadian, Muhammad telah sengaja dirotan dengan teruknya tanpa sebarang kesalahan yang dilakukan oleh beliau.

Tujuan guru beliau berbuat demikian ialah untuk membentuk perasaan belas kasihan dan sikap adil dan saksama dalam jiwa bakal Sultan ini. Supaya nanti baginda dapat mengambil keputusan berpaksikan keadilan dan memahami perasaan orang-orang yang tidak diperlakukan dengan adil!

Sultan Muhammad dibimbing untuk menghafal al-Qur'an. Dilatih untuk sembahyang malam. Dibentuk menjadi wara' dan zuhud. Diasuh mencintai ilmu dan ulama'. Mempunyai budi pekerti yang baik dan perasaan yang halus. Keunggulan pendidikan keruhanian Sultan Muhammad ternyata apabila baginda akan dilantik menggantikan bapanya secara rasmi sebagai pemerintah Kesultanan Uthmaniah, beliau menangis teresak-esak.

Gurunya lah yang telah mengarahkan beliau menerima tanggungjawab itu atas hujah bahawa seorang berkaliber seperti beliau wajib memikul amanah ummah dan itu jihad dan ibadah yang lebih besar.

Pendidikan Sultan Muhammad di istana baginda hampir komprehensif. Sebagai bakal raja dalam persekitaran Eropah dan pusat perdagangan dan diplomatik, baginda dapat berbahasa lebih dari lima bahasa.

Sudah tentu baginda fasih dalam bahasa Arab.

Baginda juga diajar matapelajaran sejarah, geografi dan astronomi. Pakar ketenteraan juga diundang untuk memberikan pendedahan ketenteraan kepada beliau.

Lama sebelum program pembebasan Konstantinapole dimulakan, Muhammad al-Fateh telah berbincang dengan pakar sejarah dan ketenteraan mengenai sebab-sebab kegagalan ekpedisi penawanan Konstantinapole sebelum ini.

Apa rahsia kekuatan pertahanan kota itu dianalisis. Bagaimanakah caranya untuk mengatasi halangan-halangan itu juga dibincangkan.

Dari perbincangan itu, antara lain mereka mengenal pasti hal berikut;

a. Dinding tembok itu terlalu tebal dan pada waktu itu belum ada teknologi yang boleh meruntuhkannya. Sultan Muhammad telah mengarahkan dicari satu teknologi yang boleh meruntuhkan tembok itu.

Tentera baginda akhirnya berjaya mencipta meriam yang paling canggih dengan bantuan seorang pakar senjata bangsa Hungary yang telah diculik dari kurungan dalam penjara Konstantinapole dengan mengorek lubang bawah tanah yang dalam dan panjang!.

Berat setiap meriam ciptaan baru ini ialah 700 pauns! Ia perlu ditarik oleh 100 ekor kuda dan seratus orang tentera. Bila diletupkan, bunyinya boleh didengar sejauh 13 batu! Setiap tembakannya akan menyebabkan tembok yang kuat berlubang seluas enam kaki. Nah! Benteng besar itu sekarang telah menemui ruasnya.

b. Rantai besi yang kuat yang dirintangi menghalang laluan kapal. Ia menghalang bantuan dan pergerakan melalui laut.

Sultan Muhammad telah mencipta satu plan luar biasa mengatasi halangan ini. Ia adalah antara rekod sejarah yang menakjubkan dari segi kreativiti dan kekuatan keinginan seorang pemimpin. Baginda mengarahkan pembinaan kapal di daratan. Dibuat pada sebelah malam supaya tidak disedari oleh musuh.

Mesti disiapkan dalam masa yang singkat. Kapal ini diluncurkan dari daratan sejauh 5km ke lautan dengan meletakkannya tergelunsur di atas batang-batang kayu yang telah diatur dan telah diminyakkan untuk melicinkan perjalanan kapal-kapal itu.

Pada masa yang telah ditetapkan, kapal-kapal ini dilancarkan dari daratan dan muncul di depan Kota Konstantinapole sebelah lautan dengan melepasi rantai besi yang telah terpasang! Ia memeranjatkan tentera musuh. 400 kapal musuh terbakar dan serangan dari lautan berjalan serentak dengan pengepungan sebelah daratan.

c. Lazimnya bila tentera sampai di pantai menghadap Kota ini, mereka terdedah kepada serangan musuh kerana kawasan yang terbuka dan jika sekiranya satu benteng pertahanan mengelakkan serangan hendak dibina, ia memakan masa selama setahun.

Sultan Muhammad telah mengarahkan benteng pertahanan menghadap tembok kota Konstantinapole itu dibina dalam masa tiga bulan dengan menggunakan segala teknik pembinaan semasa yang canggih.

Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Konstantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu.

Ia memang berjaya disiapkan seperti direncanakan.

Dari mana kekuatan keinginan seorang pemimpin ini diperolehi oleh Sultan Muhammad?

Gurunya bukan sekadar menyuntikkan kekuatan ruhani kepada bakal Sultan in, tetapi juga telah menyuntik sikap terbuka terhadap teknik dan teknologi baru yang diperlukan untuk misi mereka. Mereka juga menyuntik sikap berminda strategik dan kreatif.

Sultan Muhammad dapat menganalisis dengan tepat permasaalahan dan mencari jalan penyelesaian terhadap setiap permasalahan itu secara praktikal sebelum melancarkan misinya.

Tetapi yang paling penting, sejak kecil lagi guru-guru baginda telah membentuk minda baginda untuk merasakan dirinya lah yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai raja terbaik yang memimpin tentera terbaik yang akan dapat membebaskan Konstantinbapole.

Sasaran, visi dan misi yang jelas, yang disuntikkan ke dalam minda baginda ternyata berkesan. Dari kecil, Sultan Muhammad mengimpikan bagindalah pembebas itu!

Baginda bergerak selari dengan impian ini. Akhirnya, ia adalah sebuah kenyataan.

Dari sudut kepimpinan, bapa baginda seorang yang berpandangan jauh. Sejak umur 14 tahun, Muhammad telah diminta menguruskan empayar dengan alasan, bapanya ingin menumpukan kepada ibadah.

Namun, dalam dua keadaan kritikal, bapa baginda pulang semula untuk memimpin Kerajaan Uthmaniah. Selepas ancaman kritikal itu diatasi, Muhammad diberikan peluang untuk menguruskan semula empayar yang sedang berkembang itu.

Melalui pendedahan berbentuk bimbingan ini, Muhammad terlatih menjadi pemimpin yang berkualiti.

Ditambah, sepanjang hayat baginda, guru-guru baginda yang menjadi rujukan keruhanian dan kebijaksanaan, sentiasa bersama baginda. Hatta, ketika pengepungan kota itu berlangsung, gurunya mengimamkan solat hajat semua tentera Sultan Muhammad.

Melihat 150,000 tentera Islam berbaris rapi untuk bersolat di luar kota itu, cukup untuk menakutkan musuh yang sedang berkawal dalam kota!

Pada hari pembukaan Kota Kontantinapole yang bersejarah itu, Sultan Muhammad bersujud syukur.

Sepanjang kempen, baginda tidak putus-putus mengarahkan tenteranya bertakbir dan melaungkan slogan-slogan bersemangat, termasuk motivasi berasaskan hadis Nabi bahawa Konstantinapole akan dibebaskan oleh tentera yang terbaik dan merekalah tentera terbaik yang dijanjikan oleh Nabi itu.

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan di dalam Kota Konstantinapole yang baru sahaja dibebaskan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul.

Sekarang, marilah kita mengenali secara ringkas guru-guru yang berjasa besar membentuk Sultan Muhammad.

Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:

Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.

Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.

Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin. Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.

Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.

Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Sumber:

harakahdaily.net

14 Mac 2009

Sambung kisah Syria

Assalamu3alaikum wbt...

Smoga smua dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt..

Ok, straight to the point. Kita sambung kisah pasal Ikhwanul Muslimin yg dikaitkan dengan Syria.


[tgh berwudhu']


Begini, pada zaman 70an dahulu, di satu kawasan di Syria yg diberi nama Hamar. Kawasan ni ada kincir air. Kawasan ini juga merupakan satu kawasan yg begitu aktif dgn aktiviti ikhwanul muslimin. Jadi, kawasan tersebut mendapat biah solehah dan pembinaan jati diri yg mantap dari pelbagai aspek seperti akhlak, ilmu dan macam2 lagi.

Nak dijadikan cerita, president Syria ketika itu, ayah kepada president syria sekarang, bimbang dia akan digulingkan oleh puak-puak ikhwanul muslimin. Hal ini kerana, president ketika itu pun mendapat kuasa dgn cara menggulingkan pemimpin sblmnya. Oleh kerana takut yg melampau serta perasaan bimbang yg begitu menghatui dirinya, dia mengarahkan segala bala tentera yg dia ada untuk menyerang kawasan Hamar itu. Dia mengarahkan smua kereta2 kebal, helikopter dan segala bentuk senjata yg ada ketika itu untuk menyerang Hamar demi menghapuskan ikhwanul muslimin.

Mereka mengebom kawasan itu! Akibatnya, beribu-ribu rakyat yg tidak bersalah terbunuh yg mana antara mereka adalah kanak2, org tua, wanita2 dan ibu-ibu. Akhirnya, mereka menanam kesemua jenazah ini di kawasan taman di Hamar. Dan kalo kita lihat kat sana, pokok tumbuh dgn begitu segar. Mungkin jenazah2 yg dibawah itu menyebabkan tanah2 disitu menjadi subur.

Kesannya, sampai ke hari ini, tiada rakyat Syria yg berani menyebut perkataan Ikhwanul Muslimin. Sekarang dikatakan, jika ada shj org yg menyebut perkataan Ikhwanul Muslimin, ataw disyaki menyebarkan ideologi2 berkaitan dgn Ikhwanul Muslimin, mereka akan "hilang" dari muka bumi Syria pada ke esokkan harinya. [bukan "hilang" dari Syria shj, mlah dari dunia.]

Begitulah kawan2.. Kekejaman berleluasa di muka bumi ini.. Bilakah kita dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam di seluruh dunia ini?

Marilah kita mulakan dgn membina jati diri muslim terlebih dahulu!

kerana Firman Allah swt dalam surah ar-ra3d ayat 11

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."

Ini menunjukkan kita perlu berusaha!



[di dpan tugu solehuddin al-ayyubi]

Wallahu a3lam...

18 Disember 2008

Hampir Di Rogol

Kisah Benar Dari US

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
Perogol tu jawab: “No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab…selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ‘iman’ kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.] Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam...

Sumber: Iluvislam