24 Ogos 2011

Maksiat Terawal di Alam?

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Assalamu3laikum wbt

Alhamdulillah, da lama tak update. Sibuk sket. Biasala orang baru kahwin. Hehe. Rasanya, masih belum terlambat untuk saya ucapkan kepada semua:

"Selamat Beribadah di Bulan Ramadhan Yang Mulia Ini!"

Dan di baki lagi 6 hari puasa ni, masih belum terlambat lagi untuk meningkatkan kualiti ibadah kita, mengkhatamkan al-Quran bagi yang belum khatam lagi dalam bulan Ramadhan ini, merebut malam Lailah al-Qadr, memperbanyak sedekah dan amalan-amalan yang dituntut. Semoga kita semua mendapat malam Lailah al-Qadr serta Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.

Anyway, kembali kepada topik asal. Apakah maksiat (bila nama maksiat, mestilah dosa kan?) terawal di alam ini? Dosa ni juga dosa besar. 

Apabila sebut dosa besar, mesti kita terlintas perkara-perkara seperti meninggalkan solat & puasa, minum arak, main judi, mempamerkan aurat kepada ajnabi dan lain-lain. Benar semua ini, namun dosa yang ingin saya katakan di sini lebih dahsyat daripada itu sehinggakan tidak dibenarkan masuk syurga siapa yang ada sedikit pun maksiat tersebut. (Syirik tu of course la. Ni selain syirik) Apa dia ek?

Takabbur!

Ya, takabbur. Cuba kita kembali kepada kisah-kisah yang diceritakan di dalam al-Quran. Kenapa agaknya Iblis di keluarkan dari syurga? Sebab minum arak? Main judi? Tidak! Firman Allah SWT:


Allah berfirman: Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku TAKABBUR di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina. [al-a3raaf (7) : 13]


Macam mana iblis takbur? Sebab dia taknak sujud. Kenapa dia taknak sujud? Firman Allah SWT:


Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah. [al-a3raaf (7) : 12]


Inilah maksiat pertama di alam ini! Takabbur. Dosa ini sehinggakan Iblis pon dihambat keluar dari Syurga. Bahkan, Rasulullah saw pernah bersabda:


عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قـال : قــــال رسـول الله صلى الله عليه وسلم "لا يدخل الجنة من كان في قلبه مثقال ذَرَّة مـــن كِبْر . فقال رجل : إن الرجل يحب أن يكـون ثوبه حسناً ونعله حسناً فقال إن الله جميل يحــب الجمال ، الكبْــر بَطْر الحـــق وغَمْط الناس" رواه مسلم
Dari Abdullah bin Mas3od r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: "Tidak masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya seberat zarah pun daripada takabbur. Maka seorang lelaki berkata: Lelaki itu suka pakaiannya baik dan kasutnya baik. Baginda bersabda: Allah itu Cantik dan mencintai kecantikan, Takabbur bermakna menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia (Riwayat Muslim)


Sub7anallah! Begitu mudah kita takkabur sebenarnya. Berapa ramai antara kita yang menolak kebenaran dan memandang rendah pada orang lain? Tak kiralah kita ini siapa, tidak mudah untuk mengelakkan diri dari sifat ini. Percaya?

Pernah tak anda merasakan diri anda ini baik? Dan rasa orang lain ni tak baik? Pernahkah? Sebagai contoh paling mudah:

Ahmad selalu pergi ke masjid. Kemudian dia melihat Arif tidak datang ke masjid. Pada hari-hari seterusnya, Ahmad juga tidak melihat Arif ke masjid. Hati kecil Ahmad berbisik, "Teruknya Arif. Tak datang masjid. Bukankah kita digalakkan solat berjemaah?"

Dalam kisah di atas (tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia), Ahmad terlupa siapa sebenarnya yang membuatkan dia pergi ke masjid? Usahanya sendiri atau Allah SWT? Tidak mustahil, suatu hari nanti, perkara sebaliknya berlaku. Siapa boleh jamin anda boleh terus istiqamah dalam melakukan kebaikan?

Contoh kedua juga mudah (juga tiada kaitan dengan sesiapa. Sekadar contoh yang dibuat jadi obvious):

Fatimah seorang yang aktif dalam dakwah & tarbiah. Namun begitu, dia tidak gemar berkawan dengan rakan sekelasnya, Minah, yang sering solat lewat dan kurang mahir perkara-perkara dalam agama. Maklumlah, Fatimah berlatarbelakang sekolah agama manakala Minah sekolah harian biasa. Dia kerapkali memandang sinis terhadap Minah dalam pelbagai aspek. Kerapkali juga Fatimah meluahkan perasaan tidak gemarnya terhadap rakan setarbiahnya, Asma.

Dalam contoh di atas, Fatimah ni baik. Cuma kaedahnya salah. Dia tidak sepatutnya tidak mahu bergaul dengan Minah atas dasar begitu sahaja. Seeloknya, nasihat la. Takkan nak membenci dengan hati je selalu? Tak salah bergaul orang macam tu. Lagipun, nak berdakwah, kenalah faham mad3u terlebih dahulu. Bina ikatan hati dulu. Bukankah begitu? Kita tak tau, mungkin suatu hari nanti, berlaku perkara sebaliknya terhadap Fatimah dan Minah.

Mudahkan untuk takabbur? Astaghfirullah.. mungkin selama ini kita pernah ada buat macam itu. Marilah kita sama-sama beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih-lebih lagi pada 10 malam terakhir ini. Semoga amalan kita diterima dan diredhai Allah.

P.s: Ni gambar salam perantauan kami (hehe)--> Gambar salam perantauan


~Wallahu a3lam~