Memaparkan catatan dengan label Nothing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nothing. Papar semua catatan

27 Julai 2011

Obses politik?

Assalamu3alaikum wbt..

Dah lama tak update blog.. mmg brabuk + bersawang + berdebu.. Tapi hari ni tetiba rasa nak update sebab ternampak satu profile orang yang obses kat facebook.. Haha.. Kelakar je.. Nak tengok? Tengok sini..


Tu dia, book, Al-Quran~

Fuh, dia menghukum kafir bg orang yang tak sehaluan dengan dia?



Wujud jugak ea orang camni kat dunia ni? Semoga dia mendapat hidayah Allah swt. Bukan ape, tak kira la parti mana pon, still cannot obses sampai tahap mengkafirkan orang len.. Berpolitiklah scara sihat. Satu Malaysia bhai~ Peace~

~Wallahu a3lam~

20 Februari 2011

Syukur

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Alhamdulillah, da nampak jalan keluar. Sebelum ni macam da nak hilang arah. Bersyukur sangat2. Semoga dipermudahkanNya. Trima kasih, mama & papa. Saya akan terus berusaha dan berdoa! =)


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[At-6laq (65): 2-3]


Btw, doakan kejayaan saya, kawan-kawan dan umat islam di seluruh dunia. System kali ni, paling susah setakat yang saya penah blajar. Thanks =)

~Wallahu a3lam~

11 Februari 2011

feeling


Bukan susah nak buat jadi susah,
Bukan senang nak jadi senang,
Benda senang manusia buat jadi susah,
Akhirnya hidup memang tak tenang.

Bila adat mendahului adab,
Bila budaya mendahului agama,
Hilangnya adab,
Hancurlah agama.

Benda baik hendaklah dikedepankan,
Benda buruk wajiblah dibelakangkan,
Perkara baik perlulah dicepat-cepatkan,
Perkara buruk wajarlah dilambat-lambatkan.

Diperlambat perkara buruk,
Nescaya terhindar kesesatan,
Diperlambat perkara baik,
Nescaya pudar keberkatan.

Orang yang kuharapkan membantu,
Rupanya menjatuhkan aku,
Orang yang kusangka merestu,
Rupanya mengecewakan aku.

Orang yang kurasa memahami,
Rupanya tidak mendalami,
Orang yang kuanggap menyintai,
Rupanya tidak mengasihi.


Air mata dipipi jatuh mencurah,
Air mata dihati sudah berdarah,
Luka ditangan nampak merah,
Luka dihati lebih parah.

Orang bercakap memang senang,
Orang berkata memang ikut rasa,
Luka itu pada yang diparang
Pedih itu pada yang merasa.

Kadang-kala aku termenung,
Bagaimana harus aku harungi semua ini,
Setelah lama merenung,
Pasti ada hikmah sebalik semua ini =)

Yang mengarang dan merasa,
JaQ


03 Januari 2011

Summary 2010

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3laikum wbt... Alhamdulilah. Da lama nak cuba update, tapi hentah la kenapa takleh log in. Lama yang amat bila nak try log in. Tunggu 2-3jam pon still tak dapat. So, terus give up masa tu. Hehe. Mungkin sebab masa tangan gatal nak menaip, esok hari itu exam =.=" So ada hikmah jugala sebenarnya.

Sekadar sedikit summary dari apa yg da dapat/buat sepanjang 2010. Ni pon skadar yang terlintas je

  1. Email sebanyak 27 937 dalam inbox da didelete pada detik 01/01/11 [tak termasuk emel dari FB]
  2. 803 messages dalam inbox handphone juga didelete [tidak termasuk yg dah penah clear sblm ni.haha]
  3. Duit perbelanjaan selain dari makanan telah melebihi RM10 000. [Balik Malaysia 2x Tahun 2010]
  4. Tahfiz Az-Zikr mencapai target sendiri. Alhamdulillah.
  5. Talaqi, berjaya habiskan Qiraat 3asim riwayat Hafs dan Syu3bah & Qiraat Ibn Amer Riwayat Hisham dan Ibn Zakwan.
  6. Berat pula menurun then kembali naik setelah balik ke Malaysia. =.="
  7. Habis belajar kitab Muqaddimah Hadramiah.
  8. Dapat cara belajar baru [?]
  9. Dapat rakan baru.
  10. Mendapat sijil untuk melakukan CPR.
  11. Dapat sanad/sijil perubatan Islam.
  12. A few new diseases.
  13. Belajar taekwondo
  14. Terlewat pegi exam sekali. And Alhamdulillah, score subject tu [Adakah ini bermaksud kena datang exam lewat untuk jadi scorer? Heh]
  15. Fail exam sekali [Exam Lab untuk HLS. Cis. Taktaw ada exam lab. So tak baca. Ingatkan exam lab tu mcm masa 1st year dulu. Sekali abes je jawab teory, terus exam lab. Kalo tak fail yg ni, for sure da dapat 40+ untuk carry mark subject tu]
  16. Banyak masak pada setengah tahun awal. Amat kurang masak pada setengah tahun akhir? Sebab apa? Takde bini. Heh
  17. Kalo duduk dalam bilik, most of my time abes kat atas tilam. Haha. [Da tu, nak ddk mana lagi?]
  18. Ada beberapa pengalaman pahit. Amat pahit.
  19. Semangat main game dah meluntur. Heh. Kalo tak, asyik men mafia wars kat FB je. Isk.
  20. Tak pegi melancong ke mana-mana negara. Duduk Irbid dan Malaysia je. Rugi? Ntah. Bukan jenis suka melancong. [Petanda kena la wife nnt suka melancong. Baru saya pegi. Heh]
  21. Baru bukak Atlas Grant's Anatomy. Selama ni biar atas rak je. Haha.
  22. Mendapat jawatan yg berat. Biro Keselamatan. Nampak cam biasa je biro ni. Tapi sakit sgt. Kerja jenis datang on spot. Takleh susun.
  23. Rasanya indo mee antara makanan yang terbanyak masuk perut. Isk.
  24. Hamster bertambah. Pastu bagi orang. So, tinggal yang asal balik. Heh
  25. 48 kali updates blog [je?]
  26. Rekod pakai sliper Croc[o] yang dah haus tapaknya sejak dari tahun 1, tanpa penat jatuh. [tergelincir byk kali da.Alhamdulillah, tak pnah jatuh lagi.]
  27. Peristiwa yang memalukan. Hahahaha. Antaranya, masa turun dari tangga lepas exam, slipar tercampak ke bawah. Semua org tengok. Tapi control macho[?] =.=
  28. Nak makan nasi goreng Paprik dari dlu lagi. Tapi masa balik malaysia, tak dapat2. Isk.
  29. Berjaya menjadi pembunuh kejam. Haha. Cockroach Killer!
  30.  Tak penah pegi Balad Amman dan Ashabul Kahfi lagi. isk. Padahal dah 3rd year kat sini. Bukti tak suka kuar jalan2. Haha. Tengok la nnt. Pegi ngan bini ke? [haha.harapan or cita-cita?]

Begitulah sedikit sebanyak achievement yang ada. Cam hape2 je kan? Heh. Saje je tulis ni. Takkan nak study je? Hokehlah. Mahu "study". [Kemungkinan untuk tido adalah lebih besar. wahaha]

~Wallahu a3lam~

22 November 2010

+_+ Exam +_+

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt.

Pada hari Selasa, bersamaan dengan 23/11/2010, pada pukul 10.15 pagi waktu Jordan atau 4.15 petang waktu Malaysia, pelajar final year "Pre-Clinical" MBBS di Jordan University of Science & Technology (JUST) akan menghadapi peperiksaan SPM Gastrointestinal Tract (GIT) System. Doakan kami ye? Mana lah taw berkat doa korang, kitorang berjaya dengan jayanya, kan? Effect dia besar woo. Bayangkan, kitorang berjaya jadi doktor yang cemerlang, pakar dalam bidang-bidang yang sukar, menaikkan nama Islam [enshalla], ada gak saham korang. Kan kan? [Peh.. Ayat time nak suruh orang doakan =.=]

Pape hal pon, semoga kami tenang nak jawab exam. Dan semoga masa kami nak jawab exam tu, niat asal kami tak tersasar. Kalau score tinggi-tinggi, tapi niat lari, tiada guna. Dunia semata. Ke guane? [Kluar loghat ganu plop=.=]

Ok lah. Semoga smua berjaya esok. Enshalla!

~Wallahu a3lam~

24 Ogos 2010

Pengalaman Satu Hari di Bulan Ramadhan

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3laikum wbt

Al7mdulillah, dpat juga update blog ni. Dah dekat sbulan berabuk. *sapu2 blog guna bulu ayam* Ha, kurang sket debu. Heh. Lagipon, memandangkan musim panas + ramadhan + kelas + exam, mmg agak ssh la nak update. Exam baru je abes smlm. Susah exam smlm. Takpela. Tawakkal je la. Dan kene bersedia menghadapi segala kemungkinan. Doakan kami smua lepas subject ni [ameen]. Sbb kat JUST, repeat subject bermakna repeat tahun. Takot2~~ T_T Pape pon, hari ni skrg nak tulis pengalaman yg dihadapi di negara arab ni. Pengalaman yg mana sy takleh lupakan. Biasalah, pengalaman 1st. Heh [panjang ni..]

Al-kisah. Crita ni berlaku pada hari Sabtu, 21/8/2010. Btw, to those yg concern, tarikh 21 Ogos merupakan tarikh mengingati Al-Aqsa. Tapi scara lebih bgus, jgnla hanya pada tarikh itu kita bersemangat. Seelok2nya, stiap ari kita doakan pada saudara kita di sana, insyaAllah. Kembali kepada cerita. Oh, ya! Seblum tu, sbnya sy exam pada 21-23/8/2010.. final.. hehe.

Nak dijadikan cerita, pada 21/8 tu, pada pkol 1 lebih kot kalo tak silap, bekalan elektrik terputus menyebabkan tido sy terganggu. Amat geram. Sy jenis takleh tido kalo panas2. Hu. Terok tol prangai. Maka, sy pon bgn la suhur pkol 3 pagi. Makan ape pon sy dah lupa sbnya.. yg penting, slepas je solat subuh, sy dah tak larat nak baca quran. So, nak elak dari silap baca, sy tido. Btw, sy ada exam pada pkol 8.00 pagi.

Masa tido, mimpi punye best. Mimpi balik Malaysia. Hoho.. Pastu, ttba dgr satu musik dragonball. Pelik. Macam penah dgr. Tapi wat2 taktaw dlu. Berkali2 gak la bunyi. Baru teringat! Jam loceng henphone! Terus kluar dari alam mimpi. Tgk jam.

Jam 8. 21 pagi

Ya Allah, terus melompat sy dari tilam yg separa empuk itu! Lantas cpat2 masuk bilik air [sy dah mandi b4 sbuh tadi ok?] amik wudhu', pakai baju melayu [sbb lepas exam, cdgnya terus nak pegi Amman, kelas talaqi] letak mushaf dlm beg, sgala2 benda yg perlu. Dah siap, terus je sauk slipar [kasut lambat nak pakai] dan turun bawah. Kelebihan kawasan umah sy ni, byk teksi tunggu kat bawah. Lantas terus ada sorang pakcik arab tanye saya nak gi Jamiah [university] ke? Sya jawab la nak. Terus ramai2 pakcik arab yg merupakan driver teksi tu men tarik2 sy. Ada yg kata dia tegur dlu, ada yg kata dia tunggu kat situ dlu, ada yg kata dia nampak sy dlu. Kena tarik kaw2 gak. Haih. Tensi tol. Orang dah lambat ni! leh plak dia men gitu. Lantas sy trus gtaw sy lewat gile da ni. Maka, sorang pakcik teksi tu menang [dia tarik sy plg kuat. saket woo].

Dalam teksi, sy gtaw dia, sy exam kol 8.00pagi. Jam da menunjukkan pkul 8.40pagi. Sy bersiap pagi tadi dlm 15minutes, pakcik2 tu gaduh 5 min.. Sy suruh dia bawak laju. Dengan muka yakin, pakcik tu kata beres. Dia akan bawak laju. Huh~ laju la sgt. Sampai 3-4 kete lintas dia. haha. Sampai kat university dlm kol 9 gak la. kena charge 5dinar. Cis. Amik kesempatan. Nak gado, da lwat sejam ni. T_T Apabila sy masuk je block kejuruteraan kat situ, baru terpikir. Weh. Tak taw tempat exam =.=" Masalah besar! Call2 member, smua da ttp hendpon. Masalah besar. Nak tpon MMJ, dia pon exam sama ngan saya. Of course la ttp hp gak=.= maka, tpon la Zul. Tgah2 merayau sorang2 sambil ckp tpon, ternmpak la doctor lalu! Mata bersinar2! Terus kejar doctor, gtaw bgn lambat. Malu seyh nak gtaw. Mjur doctor paham lantas sy dibenarkan masuk tmpat exam. Masuk je tmpat exam, asal smua muka len2? =.=" Rupanya sy exam kat section len. Sy gtaw doctor. Doctor kata takpe je. Minta2 la betol2 takpe. Ameen.

Macam biasala, jawab la exam dgn kelam kabut. Soalan takde la ssh sgt kot, al7mdulillah. Abes je jawab exam, balik.. tgk jam, awal lagi kalo pegi Amman. Kelas ngaji start lepas Zohor. So balik umah dlu. Letak2 buku smua2 dlu. Kat umah, prot plak wat hal. Maka sy kluar dari rumah nak gi Amman, pkol 11.21pagi. Tahan teksi, pegi mujamma3 janubi@3mman jaded [stesen bas Selatan @ Amman Baru]. Dalam teksi tu, ttba sy rajin berbual ngan pakcik tu. Bincang2 pasal cuaca, anak beranak dia smua. Maka, pakcik tu bawak slow. Dari jawapan pakcik tu, 1st time sy dgr arab suka musim sjuk. Sllunya suka musim panas. Katanya sbb kalo sjuk sgt, leh pakai tebal2. Tapi kalo panas sgt, nak buang ape? haha. Logik2.

Sampai je kat stesen bas, bas pkol 11.30 dah pegi T_T Next bas yg akan bergerak, pkol 12. Perjalanan makan masa dlm 1jam 15min. mana sempat! Maka sy amik alternatif kedua. nek sarfis. Sarfis ni macam prebet sapu, cuma perkhidmatan ini ada lesen. Jadi sy pon pegi tempat sarfis. Mula ada sorang offer kata 3dinar. Saya follow dia. Masuk dlm kete. Dia kata, dia tunggu sorang lagi untok penuhkan, then baru gerak. Kat seblah kete tu, ada van sarfis. Dia nak sorang gak. Pk2 balik, bek sy nek yg nak sorang lagi tu. Lagipon, dah lambat ni. Sy pon tnye pakcik van tu. 2.5 dinar je. hehe. lagi murah. Bila nak masuk je van tu, pakcik kete tadi marah. Dia kata dia perlu sorang je lagi. Dia suruh sy tunggu. Sy gtaw yg sy da lambat. Dia kata, kalo lambat, nek teksi la. Haha. Sy pon jawab la, sbb tu sy nak nek van yg sblah ni. Dia nak gerak da. Terus pakcik tu tawar 2 dinar je pegi Amman. Heh.

Dalam van ni, sy ddk tengah. Ada 2 penumpang len kat blakang sy, sorang kanan sy, sorang kiri sy, dan sorang sblah driver. Sy lega sbb bulan pose. Mesti takde yg merokok. Dalam perjalann, ada arab blakang sy ni mintak nak isap rokok. Cis. Poser la! Lantas driver tu kata marah. Dia kata, "Aku pon tak bukak pose, takkan ko nak bukak?" Wah. Bgusnye driver ni. Namun bgtu, sangkaan meleset 100%. Driver tu brenti kat satu kedai. Dia beli kopi, air mineral 2 botol besar. Then slamber je dia minum air n isap rokok. Mamat arab blakang sy pon bising la. Then dia pon turun, beli air gak rasanya, isap rokok. Hampeh tol.

Kami meneruskan perjalanan. Dalam 10min slepas perjalann bermula, sorang lagi mamat arab blakang sy ni nak smoking. Driver tu kasi plak=.= Dia siap kasi gelas kopi untok jadi ash tray. Maka 2 org merokok blakang sy. Tak lama kemudian, mamat arab sblah kanan sy minta rokok sbtg dari org blakang. Adei. Dia plak merokok. Then, arab belah kri saya plak. Waaaa! Dikepung asap rokok! Rasa nak muntah je. adeih. +_+ Jadi, akhirnya hanya 2 org je la yg poser. Saya and arab yg ddk seblah driver. Yang tak tahannya, diorang bukak pose sbb merokok. bukan minum air. Haih. melampau tol. Kemudian, arab blakang sy dengan arab sblah sy start kutuk2 sy . Mereka kata sy taktaw hukum rukhsah. Sbb tu sy tak berbuka. Cis. Ingat sy tak paham ke dua ckp ape? Nak je bagi ayat quran sal pose tu. Kan berpuasa lagi baik dari berbuka even dalam musafir? Sabar2.. dah la driver ni baca slow. Drive sambil men message. Adoi... dah lambat ni... T_T


 (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. [2:184]


Saya smpai kat mujamma3 syamali, Amman, dalam kol 1 tghri. Terus nek teksi pegi Jabal Na6'eef. Sampai2 je, org baru abes solat zohor. So, saya decide nak solat jama3 ta2khir je. Oleh sbb pegi sorang je, dapat la ngaji 4juz pada hari tu. Start lepas zohor sampai masuk waktu asar. 3jam gak tu. Saket tekak2. haha. Takpe. Blaja pnye pasal. Masa ngaji, ditegur sket berkaitan dgn waqaf. Syeikh suruh ati2 sbb tmpat sy berenti tu cam tak elok sgt. Takpe, blaja. Ni kelebihan blaja scara talaqi. Dapat terus taw tmpat mana tak elok brenti, elok sambung, smua2 tu. Then balik lepas solat asar n jma3 dgn zohor. Pnat! Lepas tu takde la kejadian pelik da berlaku. Hehe

Cuma bila malam. Sy ada exam lagi esok. Lepas solat tarawih, nak stdy la sket. Tgok2, takde letrik la plak. T_T geram sungguh. [skrg da bli lilin.. haha] Geram je malm tu. Mjur exam ok je pada esok harinya. Hehe..

Waah.. Panjang btul cerita pada kali ini. Pnat amat kot hari tu. Dah la panas.. suhu 40+ degree Celcius. hoho. Mmg btul2 teruji la hari tu. Sekian shja cerita kali ini.

~Wallahu a3lam~

22 Mei 2010

Luahan Hati

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...

Sahabat,
Sungguh... aku sedih
Aku terkilan dan kecewa
Terutama ketika mengingati kembali
Kenangan kita dahulu...

Sahabat,
Ingatkah kalian ketika kita sama-sama menghadiri temuduga pada hujung 2008?
Ingatkah kalian bagaimana bersemangatnya kita ketika itu?
Ya, aku masih ingat!
Masih segar dalam memoriku...

Sahabat,
Sudah lupakah apa jawapan kita ketika temuduga itu?
Bukankah kita mahu bersama-sama mencapai Mardhotillah melalui jalan ini?
Atau semua jawapan itu rekaan semata-mata?
Sekadar melepasi temuduga?

Sahabat,
Masih aku ingat
Ketika kita ditanya
"Relakah kalian mengorbankan masa demi menghafaz Kalamullah?"
Masing-masing menjawab dengan lafaz berbeza
Tetapi pengertian yang sama
"Kami sanggup!"

Sahabat,
Ingatkah kalian?
 Ada antara kita yang mengatakan
"Sesibuk mana pun nanti, Al-Quran tetap no 1"
Namun sekarang
Apa yang terjadi?

Sahabat,
Aku faham akan kesibukan kita
Dengan peperiksaan yang berderet-deret
Fakta yang bergunung-gunung
Lecture notes yang berbukit-bukit
Namun, ingatlah pesan guru kita
Al-Quran tetap yang pertama
Walaupun pelajaran bukannya kedua

Sahabat,
Benar... masa suntuk
Aku sendiri merasainya
Namun
Jika benar kita sanggup berkorban
Tentu kita punya rancangan
Rancanglah masa kalian dengan baik
Agar kita mendapat keduanya
Perubatan & Al-Quran
Dunia & Akhirat

Sahabat,
Ya, aku bukanlah orang yang layak untuk bersuara
Siapalah aku jika dibandingkan dengan kehebatan kalian
Aku sendiri masih terumbang ambing
 Aku cuma tidak mahu kalian rebah
Rebah diperjalanan yang mana sama-sama kita harungi

Sahabat,
Jika kalian rebah
Aku turut merasainya
Malah aku mungkin turut rebah
Ya, aku merasakan ia berpunca dariku
Aku tidak pandai membantu
Aku tidak pandai menolong
Aku tidak pandai memberikan semangat

Sahabat,
Hanya ini yang aku pinta
Bangunlah!
Bangkitlah!
Jangan berputus asa
Jangan dirasa diri lemah
Jangan dirasa sedih
Kita sentiasa bersama.. selamanya!

Sahabat,
Kalian peganglah kata-kata ini
Kalian pakulah ia dalam jiwa
Bukan dari aku
Bukan dari guru kita
Ia dari Maha Pencipta
ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون إن كنتم مؤمنين

Sahabat,
Sebelum aku mengundur diri
Ingatlah kembali niat asal kita
Kenapa dahulu kita sama-sama mahu memilih jalan ini
Insya-Allah... jika diingati kembali
Jika direnungi semula
Semangat kembali menyubur di dalam diri

~Wallahu a3lam~

09 Mac 2010

Busy

Assalamu3alaikum wbt..

Takde nak kata pape.. just mgkin ssh sket nak tulis da.. bcoz nak mengejar lecture note yg bertimbun2.. huhu..

-BUSY-

~Wallahu a3lam~

02 Mac 2010

Makan-makan lagi



Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, knyang~ lepas makan.. hehe.. makan koftah~ best je? heee.. tp post kali ni, nak tunjuk mknn yg biasanya dak melayu makan kat Mandi Yamani~ hoho.. ari tu, sy dgn 2 org lagi rakan, pegi makan kat situ... makan 3 org je.. tp byk~! hahaha... ttba bernafsu makan plak ari tu.. dan yg hebbatnye, licin~~~ at least tak mmbazir la kan? haha..

Ni ada bberapa gambar~~

Ni sblm kami "attack".. eheh

Ok.. meh sy terang satu2 makann dia.. Mula2, Roo6ib~ macam roti canai.. hehe.. sy penah cite da pasal mende ni.. sdap~~

ni 2 roo6ib yg digabung skli

Makan roo6ib, biasanya dgn la7meh dan syumsyugoh [telur scramble].. kira cam pencicah la.. rasa dia cam biasala.. takkan tak penah makan kot telur? hehe

la7meh

Syumsyuqoh

Namun begitu, kitorang order gak pencuci mulut [cuci la sgt=.=] hahah.. pemanis la.. best~ antaranya adalah mu6obba' dan ma3som... Kalo mu6obba' ni, dia mcm murtabak.. ada 2 jenis.. yg masin dan manis.. sy suka yg manis.. so kitorang order manis la.. dia mcm kulit murtabak.. dlm dia letak jubneh [keju.. tpi jenis laen sket] pastu dia letak susu, tepung sket, dan dibanjiri dgn madu~ wahhh.. best~~ hehe.. Pastu kalo ma3som, dia adalah pisang!! Pisang yg diblend dgn tepung dan roti.. pastu diletakkan jubneh special yg dibanjiri dgn madu juga... wawawawa~~ meleleh tak?

mu60bba' 7elu [manis]~

ma3som

Pastu minom plak ngan syai 3adnin.. pehh.. mmg kemas~~

Syai 3adnin~

Haa... amcam? Best tak? Tu sy kata, sy leh gemok kejap je dtg sini.. ni laki.. yg kuat maen sukan pape lagi.. blom kira student pompuan... ada yg cam belon kena pam je.. [no offense to akhowat2 ye? =P] hehe... tapi laki pon ada je yg cam kena pam.. antaranya sy sendiri la.. TT_TT [tu la.. ckp org je lebih.. hahaha.. kena kepala sndiri] Kemudian, leh tgk hasil kitorang lepas bantai smua2 ni tak sampai 30 min.. hanya 3 org je bantai smua ni!!

licin~~ tinggal serdak je=.=

Hmm.. Alhamdulillah.. Kenyang.. rezeki Allah~ So, sape2 yg berminat dtg ke Jordan, jgn lupa singgh tempat ni ye untuk menikmati makanan2 ini!! [actually, ni makann org Yaman] tapi tak kesah la.. ada kedai kat sini.. kan2?

Ok la.. da azan isyak~ See yaa~~

~Wallahu a3lam~

16 Februari 2010

Rubik Cube

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. Dapt jugak wat tutorial nak siapkan rubik cube.. tapi yg sya ajar cuma basic.. dan concept nak paham.. step2, tgk la kat website nya.. ada byk style.. so rajin2 la search kat internet untuk step2 yg susah.. sy ajar, just logic.. tu je...



suara sumbang sket.. sbb sy berbisik.. malu takot mmber dgr.. haha



Ni plak sy settlekan tadi jugak.. tp tak leh wat cepat la


Ni masa sy 1st year.. record masa terbaik yg sy record.. yg tak record tu ada je.. maen dkat dewan selpas latihan kick boxing [leh dgr org men basket]..

Kalo tgk2 tak paham gak.. ada satu cara agi..

haha.. amcm? hehe..

Ni gambar koleksi rubik cube sy.. tak termasuk yg da hancur lagi tu.. hehe [ada 3 yg dah hancur sbb kerap sgt men]

Papepon, smua ni ilmu Allah.. tak salah nak men sambil release tension kan? lalala~ ok la.. see ya!

~Wallahu a3lam~

13 Februari 2010

Makan-makan

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. baru lepas makan... knyg2.. haha..

Post hari ini saya lebih nak ckp pasal makanan la.. haha.. sbb ape? Even dah lama ddk kat jordan ni [lama ke?=.=] tak pnah tulis sal makann dia.. haaa.. kalo bagi yg dah ddk timur tgh, mgkin tak pandang la post ni.. sbb benda yg merka biasa jmpe da.. tol x?

Ok, sy just nak cite ttg ape yg sya makan tadi.. haha.. teka? SYAWARMA!

Syawarma ni, dia ada 2 jenis la normally.. jenis ayam [djaj] ataw daging[l7am/l7meh]... Kalo org tanye sy, saya suka yg mana? Saya suka yg djaj! hehe.. taktaw la knp.. sbb sdap la? hoho.. oh ya, dia Malaysia, kita panggil dia kebab...

Biasanya kan, bila pegi kedai syawarma, kita akan nampak satu daging ayam besar yg di letakkan di tempat panggang.. pehh.. bau dia pon da sedap da...

daging ayam syawarma

Mula2, biasanya dia akan amik cream bawang putih, letak atas roti.. then dia letak daging/ayam yg dipotong dari tmpat panggang tu.. ala.. cam kebab la.. then dia letak kat roti tu.. kemudian, roti tu digrill di atas tmpat grill.. Bagi saya, rasa dia, jauh lagi sdap dari kebab malaysia~

ni satu set lengkap syawarma 3arobi

Yang cam sayur2 tu, kita panggil sal6oh.. iaitu cam coslow la.. sptutnya ada mu5ollal [jeruk], tapi kedai ni cam taw2 je melayu tak makan, so dia kasi 2 sal6oh.. haa.. camtu la.. sdap ni.. kalo sy la, tak jemu2 ag makan syawarma ni.. hehe.. tapi ada je dak mlyu yg kata bosan da.. tp saya ttp tak bosan.. hehe.. kelebihan dia, kita boleh minta nak letak ape lagi dlm tu.. tp, of course la.. byar pon lebih sket.. kadang2 sy minta letak cheese, tlur.. minta je.. iA dapat..

Harga kalo untuk satu set lengkap cam dlm gambar ni, kat irbid ni lebih kurang 1.4-1.6 dinar la.. dia berbeza berdasarkan kedai.. yg sy beli ni, 1.4 dinar je.. kalo convert to RM, rasa la mahal.. dalam RM7.. hoho.. tp kenyang.. dan sy tak convert sgt.. rasa cam RM1.40 je.. haha.. sbb da biasa kat sini.. huhu..

Kalo rasa makan benda camni tak kenyang, leh je nak makan nasi.. nasi kat sini ada byk jenis.. mansaf [makann tradisi jordan], kabsah, maqlubah, briani dan mcm2 lagi la.. kalo mansaf, tak ramai org melayu kat sini lepas makan.. sbb dia daging ataw ayam yg dimasak dlm laban [susu masam/yogurt].. sy 1st time makan, tak sdap sgt.. tapi bila 2nd time makan, ketagih.. haha.. sorry takde pic.. sbb sllunya kalo bli mansaf, dah abes makan baru tringat nak amik gambar.. haha..

Kat sini bawah ni sy sertakan gambar 2 set nasi kabsah.. ni sy bli kat kedai yg berdkatan kat rumah sy.. dkat je.. 10 meter je kot? haha.. harga dalam 2.50dinar satu set.. kalo convert, RM12.50.. hahah.. mahal gile rasa.. tp camtu ar.. ada je kedai yg jual 2dinar je.. tp jauh lagi dari rumah.. kalo gi ramai2, baru sdap gi kedai tu..

ni da kena bantai sket.. haha

Saya suka gak satu kedai tu.. mandi yamani.. hehe.. kedai ni ada jual satu roti la.. cam roti canai.. tp lembut.. sdap~~ makan ngan daging.. nama roti ni roo6ib.. mmg sdap la.. kalo pekena ngan syai [teh] 3adnin, lagi kaw.. harga satu roti ni, dalam 0.75dinar.. tapi daging dia mahal.. 1.5Dinar.. hoho.. kalo syai 3adnin, 0.25dinar..

smua ada kat sini, roo6ib, syai 3adnin ngan l7meh~

Sbb tu kalo ddk sini, bg sy, mmg heaven la.. cepat je nak gemok tu.. hahahaha.. lagi2 masa time2 winter.. adeii.. mmg kena jaga2 la.. bukan mudah tu~ nafsu makan kena control.. hahah.. Sape2 yg dtg jordan, bleh la sy bawakkan pegi kedai2 makan ni.. kita makan ssama.. haha.. nak take-away [safari] pon bleh je~ heee~

Kalo pegi amman, sy suka gi satu kedai.. chinese ape ntah nama dia.. lupa.. tp makann dia sdap la..rasa cam ddk kat mesia.. huhu.. ni sample gambar..
nmpak sdap.. harga pon sdap.. leh capai 20dinar camtu je=.=

Maka, demikian lah post sy ttg makann.. byk je lagi.. cuma kurang sdap nak explain bila takde gambar.. Taktaw la bgi korang sdap ke tak.. sbb korang tgk gambar je an? Kalo sy, sy suka~ haha.. bahagia je..

P/s: kalo pasal mkn, takyah la convert2 sgt.. nnt rasa mahal~ dan tak merasa sgt la nak makan tu=.=

~Wallahu a3lam~

03 Februari 2010

Masak-masak lagi.. =.="


Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, diberi kekuatan nak menulis.. Kadang2 tu, ada je masa, tp cam.. ntah. Susah nak describe. Haha. Anyway, nak sambung agi kisah2 memasak. Adeih. Tak tau la kenapa cuti ni rajin benor masak2 ni. Ok. Apa yg saya buat hari Ahad baru2 ni? Masak nasi ayam dan juga cheese cake.. haha.. smua ni 1st time bwat. Tu cam excited sket nak cite.

Project bermula lepas solat Zohor. Saya mula mengumpul kekuatan nak masak nasi ayam. Tapi kompom2 je korang smua da reti masa mende ni. Saya je loppek sket baru taw cara.. Thx to kak sdara sy, Kak Eda. Dia yg ajar. Hoho.. Alhamdulillah, 1st trial bwat, jadi! heeee~ Sdap2.. tapi yg ganas nye.. saya masak nasi khas untuk bilangan 8 ORANG. Tapi kami makan 4 org je.. Mula2, sy dan azzam.. makan separuh pot tuh.. takde la rasa cam kenyang sangt. Rasa biasa2 je [huh.. gile raksasa makan camni=.=] Pastu malam tu, sy makan bersama hariz plak.. bakinya la.. haha.. sup sy buat yg baru untuk malam tu. sbb dah abes masa sy makan dgn azzam.. ngeh3~ mmg gumuks la camni =.="

 
Ni sup ayam

 
Ni plak ayam~

 
Bila da siap~

 
Striker yg nak makan~ [abaikan rumah yg sepah tuh]
Kemudian, malam tu, sy start project baru lagi.. wat cheese cake! ni juga 1st time.. tak susah pon nak bwat dia.. dak2 kecik pon leh wat kot? Nak taw cane? Meh sy ajar~~ Nway credit to Kak Dadila.. Dia yg ajar.. ngeh3~

Cheese Cake:
Biskut digestive [biskawit digestiv]
Butter [zibdah]
Serbuk agar berperisa [mas7ooq 7elwa el-jelly]
Keju [jubneh]
Lemon [laimuun]
susu cair [7aleeb]

Cara-cara:
1) Ni untuk layer bawah. Cairkan butter, then letak biskut digestive yg da dihancurkan. Gaul sampai sebati. Bila da sbati, letak dlm bekas.. mampat2kan.. jgn tebal/nipis sgt.. sdang2 je.. Settle layer bawah.
2) Layer atas. Amik serbuk agar berperisa, campur dgn 1 gelas air panas/suam.. kacau hingga sbati.
3) Sebatikan keju dgn susu cair.. kalo sy, sy guna api sket.. cepat sket proses..
4) Bila da sbati, tambah acuan agar yg kita buat tadi.. gaul lagi
5) Perah lemon. Gaul lagi.
6) Tuang atas layer bawah tadi.. then sjukkan la.. Dlm semlman. Kalo tak sabar, stgh mlm pon boleh~ =P
7) Ok.. dah bleh ngap~


 
ni antara yg da siap~

Demikianlah kisahnya masak memasak pada kali ini.. haha.. sengal je.. taktaw nak wat pe.. takpe2.. skrg da takde mood sgt nak masak.. even trasa nak wat spagghetti.. heee~~ Anyway, skrg tgh active men game lak.. hahah.. lepas geraman dlu.. tp men game lama2 je.. rindu nostalgia men game tuh masa skola rendah.. Star Craft Broodwar~ best2~ Maen HarvestMoon: Back to Nature.. best jugak~ macam2 la.. haha.. Anyway, ada org tnye sy, knapa sy masak sdap.. [perasan] Sy tak pasti la kenapa.. tp, normally, saya suka ngulang masa masak.. sbb rasa cam buang masa je.. tp kadang2 tu nyanyi ada gak.. I'm human~ Tapi nyanyian yg amat sumbang serta lirik yg ntah ppe.. mmber umah dlu gelak je sbb lirik salah abes.. haha

Pape hal pon, bleh try.. haha.. sy taktaw..
 
~Wallahu a3lam~

31 Januari 2010

Cuti bermula.. Projek?

Assalamu3alaikum wbt..

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya tamat peperiksaan untuk semester ini. Lega rasa kepala. Macam2 ubat, penyakit, mechanism, formula, microorganisms kna hafal... InsyaAllah, hafal mende tu bukan kerana exam. kalo kerana exam, mudah lupa balik nnt =.= haha..

Pape pon, Alhamdulillah la.. ada masa nak tulis blog.. setelah melepaskan dendam 3 hari selepas exam final tamat. Saya abes exam 27/1/2010.. hari rabu, pukul 10.30 pagi lebih kurang.. Kemudian, abes je exam, balik umah, gi makan, then baca buku tido +_+

Pastu, bgn2 je, member dah tinggalkan sy sorang2 kat umah.. diorang gi Amman, buat international student card! waaa.. kena tinggal.. sampai ati korang TT.TT

Pastu pada hari khamisnya, sy bercdang pegi Amman. Kononnya nak wat gak la.. tapi bertolak pukul 2.30 ptg dari Irbid, mmg la sampai2, da ttp =.= Negara arab ni, kalo goverment, ttp kol 4.. cehh.. so, nak lepaskan geram, pegi Makkah Mall & City Mall.. makan sizzling chicken.. mmg terbaik! haha.. bahagia je pas makan.. ari tuh, abes dalam 20 dinar = RM 100.. rasa nyesal plak=.=

Pastu, hari jumaat.. project masak memasak... hahaha.. sy suka masak.. but saya bukan sotong=.=.. Mati la kalo laki suka masak, kira sotong=.= Nway, tka masak pe? Kuzi ayam!! hahaha.. Nak resepi? Boleh je.. tp sy tak kasi kuantiti.. so, anggar2 je la.. sbb sy blaja ngan mama sy pon, beliau tak gtaw kuantiti.. beliau gtaw bahan dan kaedah sahaja.

Kuzi Ayam!!

Bahan-bahan:

Bawang besar/bawang merah [ba9l]
Bawang putih [thoum]
Halia [zanjabeel]
Rempah Kuzi [nakhah kuzi al-malizi]
Susu cair [7aleeb]
Gula [sukkar]
Garam [mil7]
Ayam [djaj/firakh]
Sos tomato/tomato puree [ketchub]

Cara2:
1-ptong la bahan2 smua tuh.. hoho.. sukati la nak potong cane.. bentuk cane.. terpulang!
2-Goreng ayam tu.. kalo sy, sy wat sampai masak.. tp jangan la hangit=.=
3-Amik bawang besar/bawang merah, goreng sampai garing~~ Kemudian blend dgn sdikit air
4-Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia..
5-Masukkan bawang goreng blend.. tumis lagi..
6-masukkan rempah kuzi! hoho.. tumis lagi..
7-masukkan air.. jgn byk sgt.. sbb kuah kuzi sptutnya pekat.
8-masukkan ayam, susu cair [jgn byk sgt.. nnt warna cerah sgt=.=], sos tomato/tomato puree, garam, gula.. gaul sampai rata..
9-Masak la sampai pekat.. haha.. kalo suka manis, lebihkan gula.. kalo tak, letak sket.. kalo sy, sy suka manis+masin.. ala.. kalo org kelantan, dia tahu cane rasa dia.. oh ya.. thx to kak eda.. leh tambah badam n kismis kalo suka~ =P
10-Hidang, dan makan dgn roti.. best!

p/s: jarang org makan dgn nasi.. normally, makan dgn roti bun ataw roti jala.. mmg terbaek! Kitorang biasa makan masa pagi raya pose sblm pegi solat sunat raya..

 
sy pnye cair sbb letak 1tin susu cair=.=

Haha.. boleh try.. kalo tak paham, ataw nak kuantiti yg sy guna, ym lah.. insyaAllah akan dibantu.. Anyway, masa wat tu, saya TERLUPA letak bawang goreng blend.. dan sy TERLETAK susu cair buah pelaga=.=... Pegi kedai, goncang2 tin susu cair, trus bli.. tak tgk da dia ckp ada ape.. sbb saya tak taw ada susu cair + buah pelaga.. arab ni suka tol buah pelaga + kopi=.=.. maka, rasanya pon cam ada buah pelaga.. tp still sedap! haha.. bukan nak perasan, tp mmber rumah kata camtu.. sampai licin kitorang makan.. hoho~

Disbbkan lupa letak bawang goreng blend, maka, pada hari sabtu, sy mmbalas dndam.. buat kali kdua.. hoho.. kali ni, mmg jadi cam mama buat! Alhamdulillah~ best2~ Disebabkan rumah sy tinggal dua org je [yg len kuar pegi German dan Austria], maka kami ajak la org laen makan.. Dan ttamu kali ini bukan calang2 orgnya.. Ustaz Mahadi dan Bro Aiman Jo~ diorang ni antara org2 hebbat di Irbid.. Mereka berdua juga merupakan antara para huffaz yg mantap! peh.. respek la sama bliau.. oh ya, terlupa.. Bro Uwais pon dtg.. siap bawak kek ag.. thx banyak2.. susah2 je~

Anyway, sy juga jeles melihat hamster sy sbnya.. hahah.. best tgk diorang tido.. mesra btol! Tido bersama2.. mmg comel.. tp camera sy tak hebbat, maka kualiti gambar juga loppek

Saya geram dgn kecomelan mereka. Sbb tu suka kaco mereka tido. ketok2 bekas tu. pastu dgn muka comel, mereka wat gaya cam org baru bgn tido=.=

Pape pon, cuti ni.. sy taktaw nak gi mana.. Rancangan asal nak pegi mesir.. tapi ada mmber ajak pegi Dubai.. Cost tiket lagi murah! Then tukar plan.. namun, pk2 balik.. sy ni takot naik flight sbnya >,< So tukar plan lagi. Pegi trip Lubnan.. lagi murah! Tapi.. dpt tahu, trip ni tangguh ke cuti bulan 6 disebabkan tak cukup org.. huhu.. tensi je.. maka, stakat ni planning gi Turkey je la.. men snow. Tapi tgk la camana.. duit lam bank pon tak byk sgt.. adeii.. Mungkin ddk Irbid men masak2? hahaha..

Okaylah.. stakat ni dlu.. Lappar.. pastu rasa nak layan anime One Piece plak.. hoho.. best je cite dia.. lagi2 suka tgk reaksi muka diorang terhadap sesuatu situasi.. lawak gile! tergelak sorang2 je.. adeiih.. kena insaf ni.. huhu.. ketawa byk2 gelap hati nnt.. astagfirullah.. maka, jgn la gelak2 kaw2 sgt bile tgk one piece ni.. hehe~

~Wallahu a3lam~

08 Januari 2010

Saya masuk TV sweden?!

Assalamu3alaikum wbt..

Saksikan lah!







p/s: ni saje2 gurauan je.. hehe

19 Disember 2009

No...!!

Assalamu3alaikum wbt...

Dah lama tak update blog ni.. Terlampau menumpukan kepada 2nd exam.. Nak lebih baik dari exam 1st.. Alhamdulillah.. 2 dari 3 subject better dari exam 1st. Alhamdulillah.

Namun begitu, terasa mcm semngt ni makin kian luntur je? huhu..

-Nothing is right with my right brain, and nothing is left in my left brain-

Hehe.. tu la menerangkan keadaan sy masa nih.. Ntah hape2 an? Nway, sjak dari ari itu mcm2 brita kematian dgr. Huhu.. Antaranya, Ustaz Arman, Pegawai Atase Pendidikan Jordan.. Ibu kepada Hanis Najwa.. Adik bradik mati lemas 4 org skli gus.. Seorang lelaki mati selepas akad nikah.. macam2..

Sebut pasal mati.. menurut imam al-ghazali [kalo tak silap], merupakan benda paling dekat dengan kita.. setiap masa semakin hampir.. Dan masa lalu adalah perkara paling jauh dgn kita.. Makin lama, makin jauh.. Time flies, never back.. Death awaits, never hold.. [kata2 sndiri.. tu cam hancuss =P]

And dua tiga ari ni, asyik mimpi sal mati je.. huhu.. ape kena ngan diri ni.. Rasa cam tak sdap badan je.. hadeii.. tak reti nak ckp.. tu rasa minggu ni cam lost sket..

Hari ni lak, dari pagi wat bende lagho je.. huhu.. Ada la sbbnye.. Asalnye nak wat keje.. but, takleh focus.. So, wat mende lagho jap untuk lupakan ssuatu.. hehe.. don't ask about it..

And sekrang da masuk thun baru hijrah~ mmg mengharapkan la satu perubahan terhadap diri.. Ye la kan, sape yg nak merubah kita kalo bukan diri sndiri? Hmm.. target thn ni ape ek? hehe.. RAHSIA! mane leh gtaw.. tak suprise nnt.. hak3.. [ttba menjadi sengal=.=]

Sorry about this post.. Mmg tak ilmiah.. and sorry mengambil masa bagi org yg baca.. Terbuang masa anda.. huhu.. So, supaya taklah sia2 sgt, I wanna share with u all satu ayat al-Quran:

[disebabkan software ada masalah, terpaksa la letak camni je]

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ



Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. [7:204]

Bile turun ayat camni maksdnya?! Adakah kita takleh pasang ayat2 Al-Quran dlm bilik, dgn alasan takot tak dgr? Jangan la begitu kawan2.. Gini, actually ayat ni turun suruh kita dgr apa yg imam bacakan dlm solat. Kan dalam solat jahar [suara dinyaringkan], imam akan baca dari mana2 surah? Masa tu la kita kena dgr dan dilarang baca ayat sendiri.. tapi berbeza plak kalo dalam jemaah yg ramai, dan kita tak dgr suara imam.. jauh sgt.. tu takpe la bace surah laen.. And ada rakan2 yg kata, "ayat quran tak smestinya hanya pada hukum tu je.. dia general". Benar.. tapi tak salah rasanya nak dgr mp3 alquran sambil stdy.. Its far more better than dgr lagu yg ntah pape.. [nasyid skrg pon da macam lari dari tujuan da3wah.. cam lebih jiwang2 je]

Sekian.. harap tak buang masa korang sgt ek? hehe

~Wallahu a3lam~

19 November 2009

Rezeki yang Tak Disangka-sangka

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah, al7mdulillah, al7mdulillah! Saya amat bersyukur pada hari ni.. Nak tau kenapa? Berdasarkan pada post sy yg dulu, yg mana sy berada dlm kesempitan yg amat2.. pastu, hari ni, duit saya mmg below 10 dinar.. bile dicalculate berserta dgn tambang bas, ada 3dinar 20qursh untuk dibelanjakan dlm bulan ini sbg makanan..

Kemudian, sy mmg rasa agak ssk la.. then byk2 la berdoa.. Masih bertawakkal pada Allah.. kemudian, masa balik dari solat zohor tadi, terpikir satu tmpat nak cari duit. Di dalam songkok=.=

Korek2 sket, Ya Allah! Al7mdulillah.. ada lagi 50 dinar! Mmg amat terkejut dan bersyukur! Macam Allah terus je bagi jalan kluar yang tak disangka2.. Kemudian, sy pon bukak laci, sekali lagi! Ada lagi duit dalam 70usd.. Al7mdulillah.. Beberapa saat lepas tu, sy dapt message daripada Danial:

"Berita gembira! Fadzli kata duit JPA dah masuk!"

Ya Allah, mmg rezeki yg Allah nak bagi datang "gedebuk" sekali gus.. Mungkin benar Allah nak tengok kesabaran sy.. dan Al7mdulillah sgt2, diberi jalan kluar pada saat yg kita tak sangka2..

Maka benarlah firman Allah SWT yg slalu kita baca sebagai "Ayat seribu dinar" :


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. [QS 65:2-3]

Al7mdulillah.. Semoga ape yg berlaku ini meningkatkan lagi keimanan kita bersama. Insya-Allah!

Sekadar tu je perkongsian hari ini.. jangan lupa untuk terus bersyukur walaupun dalam kesusahan.

~Wallahu a3lam~

11 November 2009

Mimpi?

Assalamu3alaikum wbt...

Bertemu kembali! Jarang boleh update lebih dari sekali dalam sminggu ni. Ada masa la tu. Masa lapang. Antara nikmat yg sering dilupakan. Kan? Anyway, hari ni nak singkap sedikit rahsia diri. [Chewah =.=] Tentang mimpi. Penah tak korang mimpi? Of course la penah. Mcm tak normal je kalo tak penah mimpi. Haiih..

Ada ape ek ngan mimpi? Adakah mimpi skadar mimpi? Atau mimpi ada petunjuk? Atau sekadar refleksi minda? Atau disebabkan otak yang sering memikirkan sesuatu?

Apa itu mimpi?

Mimpi adalah satu "cerita" yg mana org yg bermimpi ni, tengok atau muncul sbgai watak dalam mimpi. Mimpi merupakan satu imiginasi tetapi turut bergantung pada pengalaman sebenar dalam hidup orang yg bermimpi. Bagi org yg bermimpi tersbut, mimpi itu dirasakan seperti perkara yang sebenar ketika mengalaminya. Ada berbagai jenis mimpi sperti ngeri, seronok, takot, sedih dan lain2 lagi.

Dan dalam al-quran juga turut diceritakan berkenan mimpi. Korang boleh rujuk surah yusuf. Dalam tu ada kisah2 mimpi yg mana dialami oleh Nabi Yusuf a.s dan juga dua pemuda yg berada di dalam penjara. Rajin2 la baca maksd masa mengaji tu ye? =) Jadi, mimpi ni kiranya mmg dibuktikan la dalam islam. Dan dalam alquran juga menunjukkan ada satu ilmu iaitu menafsir mimpi. Hm.. sy tak brani ckp panjg berkaitan dgn perkara yg saya taktaw. Namun apa yg saya paham, ilmu ini mmg wujud dan nabi Yusuf a.s mempunyai ilmu tersbut. Dan juga, kalau kita lihat dalam surah ini, mmbuktikan bahawa ada mimpi yg mmbrikan petunjuk.

Sains dan Mimpi

Bermimpi adalah satu proses mental yg mana dihasilkan oleh otak dan akiviti2nya . Tak kira sama ada kita tidur atau terjaga, otak mengeluarkan gelombang elektrik scara berterusan. Para saintis mengukur gelombang ini dgn satu alat iaitu electroencephalograph. Kebiasaannya, ketika kita tidur, gelombang yg dihasilkan adalah besar dan perlahan. Tapi, kadang2, gelombang ni boleh jadi kecik dan laju.





Ketika tempoh gelombang ni laju, mata kita bergerak scara rapid seolah2 kita sdang menyaksikan sesuatu. Peringkat ini dipanggil REM [Rapid Eye Movement] sleep, yg mana mimpi kerap berlaku. Jika kita tersedar ketika dalam peringkat ini, biasanya kta dapat mengingati mimpi ini. Orang dewasa biasanya akan mengalami tidur jenis ini 3-5 kali setiap malam. REM terjadi dalam setiap 90-100 minit dan tempoh masa berlakunya REM adalah sekitar 5-30 minit.

Ketika REM, pathway yg bawak impulse2 saraf ke otot2 kita akan disekat. So, badan kita takleh gerak la masa ni. Cerebral cortex- salah satu part otak yg terlibat dalam higher mental functions, lebih aktif dalam fasa REM ni dari fasa tidur tanpa mimpi. Cortex ni dirangsang oleh neurons (tisu saraf) yg membawa impulse dari satu kawasan kat otak iaitu brain stem..

Begita la sdikit sbyk perkongsian ilmu berkaitan mimpi. Okeyh. Sekarang nak cite sal mimpi diri sndiri lak.

Gini, sjak kecik sy slalu mimpi.. mcm2 mimpi la. Yang mengarut2 smua ada. Cuma bila da masuk remaja ni, mmpi cam takde la mengarut sgt. Normally mimpi benda yg sy amat idam2kan. Antaranya men rugby dan silat olahraga.. huhu.. sampai termimpi2 ttg ni.. Bangun je dari tido, rasa bahagia.. sbb dalam real life, takleh da men rugby n silat.. jordan ni takde benda2 cenggini.. so, dapat lam mimpi pon kira jadi la an?

Anyway, slain dari mimpi2 gitu, byk gak dpt mimpi yg menginsafkan. Dulu, sy ni cam terok gak la. Dan slalunya sy berubah slpas sy bermimpi. Huuu.. Camana tu agaknye ye? Meh nak cite.. ada byk sbnya yg sy mimpi yg merubah sy ke arah lebih baek. Sy anggap mimpi tu adalah teguran terhadap sy ni.

Mimpi 1:

Mimpi ni sy dpt masa form 1. Ala, masa ni baligh pon tak lagi kot? tapi mimpi ni lepas baligh la. Dlu, parent mmg didik sy untuk solat smua ni. Tapi, biasala an, kadang2 tu miss je.. zman takde kesedaran.. then, pada satu teghari nak masuk petang, sy mimpi. Sy ada kat satu benua.. n kat benua ni ada la satu surau. And masa tu dah azan. Sy pon terasa nak solat. Tapi, alamak! takde air la plak=.=.. So, saya cari la air.. masa nak cari air tu, sy nmpak ada satu paip kat hujung sana.. tapi nak gi sana, kena seberang satu takungan air yg menjijikkan.. taktaw la air pe.. kaler keruh2.. ada keledak.. yekk=.= then, dah sbb nak solat sgt ni, sebrang je la.. huhuhu.. seksa2.. then, selesai je wudhu', ttba cam ada jmbatan.. aihh.. so, takyah la pijak air jijik tu lagi.. then, sy sampai balik surau tu.. Angkat takbir nak solat.. tak semena2, ada orang dtg dpan saya, nyanyi lagu.. lupa lak lagu pe.. kemudian, sy tukar tmpat, angkat takbir kali kedua.. ada org menari dpan saya pulak.. Ya Allah.. ssahnya nak solat! Kemudian tkar tmpat ag.. angkat takbir kali ketiga. Sekali ada org nasyid lak kat dpan.. adoii.. cane nak solat ni?!?!? Then tukar tmpat, and angkat takbir keempat.. takde org ganggu.. bile tangan sampai je paras telinga masa takbir, sy jatuh kebelakang.. Sy bangun, cuba lagi.. jatuh lagi.. seolah2 ada org tarik sy jatuh.. sy cuba bbrapa kali.. kesannya sama. Masa ni terfikir, "Allah da tak nak terima ak solat ke? Ni ke balasan ak malas solat dlu? TT__TT".. dan tak smena2 terbangun dari tidor.. mmg air mata dah meleleh.. dan masa bgun tu, org azan asar.. trus je gi masjid.. N tu la titik pertama perubahan diri. [peristiwa ni berlaku kat asrama]


Mimpi 2:

Yg ni sy mimpi kat jordan.. not the latest one but juga menginsafkan. Sy mimpi, sy mati.. lupa mati sbb ape. Tapi mati.. dan dlm mimpi tu, sy berada di tmpat hisab.. yg mana manusia nak dihisab berdasarkan amalan masing2.. masa tu, mmg takot gile.. ye la.. sdar2 da mati, mana tak takot.. suasana kat situ mmg menakutkan.. ada malaikat yg berbadan besar beserta kelengkapn snjata yg dasyat2.. kmudian, ada satu arahan dikeluarkan.. bergerak ke depan.. n kat situ ada check point.. dia mcm check lvl amalan baik la.. kalo amalan baik dia byk, maka lagi jauh la dia boleh gerak ke dpan.. kalo sikit, sikit la bleh bergerak.. maka sy pon bergerak.. alhamdulillah, check point satu lepas.. kemudian pegi check point kedua, alhamdulillah.. lepas jugak.. dalam ni, sy juga nmpak bbrapa rakan2 yg ddk kat jordan.

Stiap checkpoint dijga oleh malaikt2 yg ganas2.. huhu.. sampai je check point ketiga, masa sy melangkah ke dpan, malaikat tu halang, "kau tak boleh masuk.. kau sampai sini je!" Terus je meremang bulu roma.. kmudian merayu untuk dilepaskan.. malaikat tu kata, "kalo ko nak gerak, boleh.. tapi ko kena elak pukulan ak.. kalo ko boleh elak, itu mksdnya amalan ko ada yg support.. kalo tak, disini sajalah ko!" Lantas malaikat tu melibaskan snjata macam sabit yg besar kat saya.. tak semena2, sy dapat elak! Then, boleh la gi next check point.. masa kat check point keempat, perkara y sama berlaku. Tapi kali ini, direct hit kena.. mmg takleh elak langsg.. tak nmpak pon.. huhu.. maka, malaikat tu kata, "sayangnye, kalo kau lepas check point ni, ko dah boleh masuk syurga.. tapi ko da terkandas!" mmg pucat la muka dgr malaikat ckp camtu. Cuba bayangkan, dittpkan ke neraka.. tmpat seksaan! [Na3uzubillahi min zalik] Masa tu mmg  mcm2 perasaan ada... mmg masa tu terfikir la.. menyesal.. smua ada.. nmun bgitu, malaikat tu ckp, "kalo ko nak masuk syurga juga, boleh... tapi ko kena bgi alasan, knp ko boleh masuk syurga?!" Maka, critalah ape amalan baik yg sy da buat kat dunia.. crita punye crita, akhirnya ada satu amalan sy yg diterima... amalan yg mmg saya slalu buat kat dunia.. kemudian malaikat tu kata dgn nada yg lembut, "masuklah dalam syurga Allah.. nikmatilah ape yg telah dijanjikan..." Masa tu, mmg hepy gile.. terbayang satu ayat alquran:




Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [QS 3:185]

Dalam tu, takyah cakap la.. mcm2 nikmat ada.. tak perlu la nak crita kat sini. Sbb tujuan sy crita just nak berkongsi apa yg dialami dan amik iktibar.. huhu.. kiranya, bile korang ada buat satu amalan baik, niatlah dgn ikhlas dan istiqomah.. insyaAllah, akan dipandang oleh Allah..

Actually, ada je byk lagi mmpi yg tgor.. byk sgt.. Dan rasanya lagi berkesan dari manusia yg tegor.. huhu.. pada pendapat anda, mimpi jenis apakah ini?

Namun begitu, ada satu mimpi yg masih bermain2 di fikiran sy.. Begini, boleh dikatakan hampir tiap2 malam solat istikhoroh, minta petnjuk sape bakal pasangan.. [tak salah kan wat gini?] Then, baru2 ni.. sy bermimpi. Bermimpi mengenai seorang wanita yg baek akhlaknya, cantik pekertinya, menenangkan pandangannya.. dan org ni sy kenal. takde la kenal btol2.. knal gitu2 je la.. dalam mimpi ni, dia pegi kat sy, mmberikan satu snyuman.. snyuman yg bermkna.. kemudian, dia pergi.. mninggalkan seribu persoalan.. dan mmg sy dpt lihat jelas muka dia dlm mimpi ni.. adakah dia orangnya? atau mimpi ini hanya permainan? 

Wallahu a3lam...

09 Oktober 2009

Kesunyian hidupku berakhir dengan...

Assalamu3alaikum wbt...

Apa khabar smua? Harap2 sihatlah ye? huhu.. dah lama tak menulis blog.. Agaknye sbb bizi sangat [ceh.. perasan je bz =.=]

Oklah, tajuk hari ni agak sengal.. Kesunyian hidupku berakhir dengan..... ape yg korang bayangkan? ngeh3~

Begini, pada suatu hari di musim panas, sy duduk sorang2 dalam bilik.. tetiba rasa sunyi.. Al-maklumlah, masih bujang. Maka agak kebosananlah dduk sengsorang. Tetiba, teringin nak ada teman di Jordan ni.... dah lama sy hidup sengsorang... bile agaknya nak berteman? Akhirnya, setelah berfikir panjg, saya pegi mencapai laptop, trus menekan dipapan kekunci.. cari teman melalui internet beb?! maka bermulalah operasi mencari teman hidup di internet.. macam2 laman web yg saya bukak.. tapi tak berapa berkenan.. dari segi bentuk tubuhnya terutamanya.. sy ni cerewet taw?! Lama2, sy jumpe la... haaa! Masya-Allah! kagum2.. comel2 smua.. hehe....

Lantas, teruslah saya memulakan misi mencari alat keperluan untuk hidup bersamanya.. mestila.. nak jga insan baru, memerlukan persiapan yang rapi! smpai je balad, sy cari lah pape yg perlu mcm tmpat tido, peralatan hidup bersama dan sbgainya.. Alhamdulillah, ada.. maka kesmua item2 tersbut, saya sapu.. hehe.. cam kaya je nak sapu semua.. tapi itulah hakikat.. yg mana sy rasa perlu, sy sapu je~

Bile dah ada kesmua persediaan yg sepatutnya, sy tekad untuk berjumpe ngn penjaganya.. huhu.. berdebar2 gak mula2.. almaklumlah, syrian tu! kena practise arab dlu.. ngeh3~ btw, dia anak yatim=.= kemudian, sy pegi la ke tempatnya...tempat adalah rahsia.. terkejut gak! waahh. ramai btul adik beradik mereka! [biar ada 3 je adik bradik.. haiihh] bermacam2 bentuk badan ada.. comel2 smuanya.. mata mula la menjadi rambang.. biasala, byk choices kan?

Setelah berbincang panjg dengan penjaga meraka, sy bercadang nak amik ketiga2nya untuk menjadi teman hidup saya! mesti anda smua terkejut kan dengan tindakan sy? hehe.. biasala.. sy mampu~ lagipon, mereka smua yatim... takpe la kan? nak tolong~ hehe

Setelah selesai akad n bayar akadnya, sy bawak ketiga2 mereka balik rumah... mereka macam hepy sgt.. hehe.. jangan jeles ye? sampai je kat dalam bilik sy, mereka macam kagum dgn smua peralatan yg dah saya sediakan.. huhu.. alhamdulillah, mereka pon suka.. sy pon lagi suka.. tak sia2 la duit sy yg dibelanjakan demi mereka... maka, sy tidak sunyi lagi! terutama di malam hari~~ hehehe :D

TAMAT!!!









































































































Oh, ya.. tengah ralik bercerita, lupa nak perkenalkan mereka... ini gambar2 mereka:








































































Comelkan mereka? =P

p/s: mereka aktif di malam hari... siang tido=.=

02 September 2009

ARAB!!!

Assalamu3alaikum wbt..

Dah lama rasanya tak update. bz stdy la katakan [ceh..perasan je]..
tajuk ari ni ni cam normal je an? tapi ari ni NMA nak cite pasal pengalaman NMA di hari terakhir ada dawam [kelas].. of course la, hari khamis.. negara arab beb..

Al-kisah~

Pada pagi khamis itu, bangun pagi cam biasa... wat la smua keje2 tertentu tu.. takkan nak cite kot=.= ? dalam pkul 9.00pagi waktu jordan, NMA dgn berat ati, bersiap2 nak gi kelas terakhir.. iaitu LAB VISUAL BASIC.. sbb hari sabtu and ahad tu, ada final exam =.="

tgh2 kusyuk bersiap, tgk2.. jam sudah melebihi 9.30!! alamk!! dah lewat!! kadar adrenaline dalam bdan terus memuncak.. berlari kluar rumah. Sampai je kat syari3 Jami3ah, terus tahan teksi.. adei.. nmpak gayanya byk gak la ongkos ari ni.. dah la LAB je ari tu=.=

Naek teksi kena 75qursh.. pastu nek bas mustasyfa plak.. kena lagi Nus Dinar [1/2 dinar].. huhu.. byknye duet abes demi 1 lab ni je.. TT_TT

[rate skrg.. 1 dinar=RM 4.994]

Sesampai je kat JUST, NMA tgk jam.. fuhh.. tpat2 kol 10.08 pagi.. dengan penuh smngat, berjalan lah ke lab.. da la lengang je ari tu.. smpai2 je kat LAB, tgk2.. ada notis!

ما في مختبر اليوم

NMA bagai dipanah petirr.. Tidaaaaaaaaaaaaakkk!!! Takde lab ari tu TT__TT Sia2 je dtg JUST.. dah le naik teksi?!?! wuuuuu~~ [jatuh melutut kekecewaan]
Dengan penuh kecewa dan tiada semangat, pergi ke cafe.. nak pujuk hati weh~! Makan satu sandwich falafil + air mineral + nescafe.. abes je makan.. lepak2 kat luar cafee... menunggu seseorang.. nak bayar hutang.. abes je NMA baya hutang, datang la mamat arab 2 ekor.. isk.. muka dia cam muka jahat je.. bisik hatiku..

NMA lupa nama mamat 2 ekor tu.. so, assume la sekor "arab pendek" dan sekor lagi, "arab tinggi".. perbualan ni dah ditranslatekan..

Arab pendek: Ape khabar, org malaysia?
NMA: baek.. ko pekabar?
Arab pendek + tinggi: baek.. sihat2
Arab pendek: Nama ko ape? Mana dak2 melayu len?
NMA : (isk.. asal tnye sal dak melayu len.. pelik.. was2 ak) ak 3izzat.. mana ak taw.. mgkin ada dlam cafe 2-3 org kot?
Arab panjg: oo.. ko muslim ke?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan da dgr) Iye.. sy muslim...
Arab pendek : ooo.. ko ddk kat mana? syari3 jami3ah kan?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan2) dah biasa da org taw org malaysia ddk kat situ..

tetiba datang skumpulan arab.. dia tgur ak

arab 1: ya 3izzat, smlam ko kata ko tak dtg kelas da? bukan ko dah abes kelas? ko kata ko bz nak stdy sbb exam?
NMA: ak lupa ada lab ari ni.. kalo tak ak mmg takmo datang..
arab 1: ceh.. haa, jadi leh la ko hadir majlis perbincangan antara stdnt malaysia n jordan tu?
NMA: Ak bz la.. exam dkat da..
arab 1: takpe2.. btw, ko nmpak tak awek tu? camana? cun tak?
NMA : tak langsung~
arab 1: haa?!?!? asal?!
NMA : tak ttp aurat.. burok ak nmpak.. cam unta je..
arab 1: (dia buat gaya cam nak pukul ak.. pastu gelak2.. blah~)

pelik2 tol diorang ni=.= haihh

arab pendek: oh 3izzat, dgar sini.. kita ni saudara islam.. ak nak balik gi Zarqa', tapi ak takde duit.. ape kata ko bagi ak 5dinar?
arab tinggi: ko kena bgi ak skali gak...
NMA: (patot pon tadi tnye dak melayu laen mana.. nak pow ak rupanya..) iskk.. mana leh.. asal ko mintak duit ngan ak lak?!
arab pendek: kita kan saudara seislam.. kena la tolong2..
NMA : takleh2.. even seislam pon, mana elok minta2 camni..
arab tinggi: gini la.. ko kasi ak sedinar pon ok je..
arab pendek: aah.. sian kat kitorang.. takde duit ni.. nak balik kampung..
NMA : ape kata ko minta duit kat cashier kat dlm cafe tu? diorang lagi byk duit dari ak=.=
arab pendek: (muka dia mula panas) ya 3izzat! ko kenal tak ak?!
NMA: mana ak kenal ko!!
arab pendek: ko tgk tangan ak ni.. byk tak parut? (dia tunjuk parut2 kat tgn n muka dia)
NMA : biasa r.. ak ada gak=.= (tunjuk tgn ak)
arab pendek: ak ni Otai Zarqa' taw?! bagi ak duit! cepat!
NMA : (perkataan otai tu, ak assume je.. sbb ayat dia seolah2 gitu) takmo~ (ak wat muka tak layan)
arab pendek + arab tinggi: (diorang kuarkan pisau...)
NMA: iskk.. ah sudah.. ak dah la sorang2 je ni.. nak lawan, bahaya.. 2-2 ekor ni ada pisau..
arab tinggi + pendek: cepat kasi duit!!
NMA : (ak bangun dgn pantas.. ak tepis tgn mamat pendek tu kuat2... pastu ak lari.. masuk dlm cafe)
arab pendek: Ak taw ko dduk syari3 jami3ah kan? takpe2.. ak jumpe ko kat sana, siap la!
NMA : ko ingat ak takot ko ke? 1 sama 1 boleh je! anak haram! (tetiba ak terkluarkan kata2 tu.. geram sgt)


pastu mamat 2 ekor tu tak kejar dah ak.. hahaha... ingatkan hebbat sgt.. takpe2.. lepas ni, ak kena lebih berhati2.. iA, slamat jer.. InnAllaha Ma3ana!! huhu~

sekian cite yg nak dikongsi..

Pengajaran cite:
1) jgn cite perkara btul kat arab.. klentong sket2..
2)jgn ddk sorang2
3)kena berani
4)blaja la ilmu pertahankan diri :D
5) jgn lupa tawakkal 3ala Allah.. :D

P/s: sape2 nak tmbah lagi, sila2