07 Ogos 2013

Balik Malaysia 3 bulan


أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Alhamdulilah. Da 2 bln lebih aku duduk Malaysia. Berat naik mencanak-canak. Huu.. Balik sempena elective course which is requirement for my final year medical school. So balik la untuk berelektif di Hospital Kuala Terengganu. Banyak pengalaman dikutip, alhamdulillah. Cuma nanti tak sure pula nak sambung mana HO. Antara dua je. Kuala Terengganu atau Kuantan. Any comment?

Btw, sepanjang balik Malaysia ni, banyak benda yang kita nampak dalam masyarakat hari ini. Dengan politiknya yang macam-macam, dengan kes yang pelik-pelik, dengan perangai tuduh-menuduh, dengan masalah sosial remaja, kes tembak menembak.. Fuhh.. Memang banyak la benda.. Tu baru dalam negara. Luar negara? Syria, Mesir, Palestine.. Hurm. Semoga semuanya selamat.

Tapi sedar tak sedar, dah tak sampai tiga minggu lagi masa untuk duduk kat Malaysia.. Dah nak kena kembali ke Jordan for my final year. InshaAllah abes tahun depan.. Moga takde kena repeat tahun dalam batch aku. Bila dah lama duduk kat Malaysia, mula la rasa berat hati nak fly pergi Jordan semula. Entah apa yang dah jadi kat rumah aku di sana. Berabuk-abuk la jawabnya.. Huu.. Kena kemas rumah dulu la...

Pastu Huda pulak dah boleh jalan. Alamatnya memang takleh letak dah wire2 berselirat bawah meja komputer. Nanti dia datang "wat kerja" bawah tu. Dia dah la suka benda2 bertali tu. Haha. Teringat plak dulu dia main benang. Abis satu gulung. Memang tak sedar la. Sedar2 dia nangis sebab benang tu ikat abis badan dengan tangan dia... Hai la anak Abi ni.. comel sungguh!

Ari ni 29 Ramadhan. Harap2nya dapat jumpa lagi Ramadhan pada tahun-tahun akan datang (amiin). Dulu masa kecik-kecik, memang menghitung hari bila nak raya. Sekarang ni, rasa sedih pulak ramadhan nak pergi. Nak jumpa lagi Ramadhan tahun-tahun lain... Setiap tahun mesti ada berita kematian dalam ramadhan. Tahun ini, junior aku meninggal dunia sorang. Semoga arwah dirahmati Allah dan dimasukkan dalam golongan hambaNya yang beriman.

Harapnya nanti bila dah di bulan lain, amalan-amalan masa bulan ramadhan dapat diteruskan lagi. Semoga kita semua memperoleh keampunan dan redha Allah apabila keluar dari bulan Ramadhan ini. Amiin

Malas dah nak type. Haha. Bye-bye

~Allah a3lam~