24 Disember 2011

Rezeki Allah tiada siapa mampu menghalangnya


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Rezeki Allah, siapa mampu menghalangnya? Saya rasa semua tahu skema jawapan untuk soalan ini. Tiada siapa mampu menghalangnya melainkan Allah sendiri. Anyway, saya bakal menjadi ayah, insyaAllah. Alhamdulillah, rezeki tu beb.. Rezeki! Hehe.





Actually, plan asal saya nak dapat anak lepas abes belajar. Bukan apa, kesian la kat isteri. Nak belajar lagi, nak jaga anak lagi. Mesti susah. So, saya pun menggunakanlah segala ilmu medic yang ada untuk memastikan perancangan kami tu berjaya. (Barrier and rhythm methods)

Namun begitu, ketika kita membuat perancangan, Allah juga mempunyai perancanganNya sendiri dan Allah itu sebaik-baik perancang. Maka, sedar2 my wife got pregnant! Perkara ini sampai sekarang masih menakjubkan saya. Sub7anAllah! Benarlah, secanggih mana pon teknologi manusia, still tak dapat menyamai apatah lagi menandingi kekuasaan Allah SWT. Firman Allah:


Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya: Mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. 
[Surah Ash-Shura (42) : 49-50]


Bagi manusia normal, sudah pasti akan terfikir, bagaimana nak bagi makan anak nanti? Sumber kewangan lagi. Yela, student. Stakat ni pun guna duit biasiswa je. Dan secara jujur, saya lebih suka berdikari dalam bab duit. Dan, Alhamdulillah, kerisauan ini telah terjawab 1400 tahun yang lepas lagi. 


Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. 
[Surah al-israa' (17) : 31]


Kat sini nak highlightkan bahagian Allah memberikan rezeki tu sebenarnya, bukan bunuh anak.. Alhamdulillah, tak terlintas pun nak gugurkan kandungan tu. Bimbang ada, tapi keyakinan terhadap Allah itu lebih tinggi. Dan tak perlu takut pun sebenarnya. Bukan saya yang memberi rezeki kepada anak itu nanti. Allah juga yang memberikannya rezeki tetapi dengan cara saya menyaranya. Kan?

Dah bersedia ke nak jadi ayah ni? Hmm.. Ni juga antara soalan yang sering berlegar-legar dalam kepala saya.. Haih, perangai tak matang lagi. Umur pon baru masuk 21. Budak mentah lagi kata orang tua-tua. Tapi kan, tetiba juga saya terfikir logik mudah.

Anak = Ujian Allah (surah al-anfal : 28)
Allah tidak akan memberikan ujian melainkan kita mampu (surah al-baqarah : 286)
Jadi:
Dapat anak = sudah bersedia
(fuh sukati je wat conclusion camni =.=")

Dan apabila isteri saya pregnant ni, tentulah satu persoalan lagi timbul. Nak kasi nama apa yer nanti? Hehe. Kalau lelaki, dah ada dalam kepala beberapa nama (juga untuk anak kedua, ketiga, keempat =_="). Kalau perempuan, errr.. tunggu cadangan dari mama/mak la dulu. Hehe. Saya bercadang nak letak nama kalau anak lelaki, Nik Ahmad 'Aasim Bin Nik Muhammad 'Aizat. Kenapa letak Ahmad bukan Muhammad macam saya? Kenapa letak 'Aasim?

Ahmad ni sama je dengan Muhammad. Cuma dari segi bahasanya, Ahmad ni yang Terpuji. Dan dalam alQuran juga ada guna Ahmad (surah as-soff : 6). 

'Aasim pula, nama ini adalah nama satu qari yang masyhur. Tahu tak, bacaan al-Quran yang kita baca sekarang kat Malaysia adalah bacaan qiraat Hafs dari 'Aasim? Maksudnya, Hafs belajar bacaan ini dari 'Aasim. Syu'bah juga belajar dari 'Aasim (untuk qiraat syu3bah). Saya berharap sangat anak ini akan menjadi hamlatul Quran dan menjaganya sehebat qari 'Aasim menjaganya. Ameen.



Sanad riwayat Hafs dari 'Aasim




Sanad riwayat syu'bah dari 'Aasim


Kesimpulannya, apa2 pun yang berlaku, ada hikmahnya yang tersendiri.

~Wallahu a3lm~

17 Disember 2011

Malas Mengaji?


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Saksikan video ini kalau rasa malas nak mengaji




~Wallahu a3lm~