Memaparkan catatan dengan label Lagho. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lagho. Papar semua catatan

27 Julai 2011

Obses politik?

Assalamu3alaikum wbt..

Dah lama tak update blog.. mmg brabuk + bersawang + berdebu.. Tapi hari ni tetiba rasa nak update sebab ternampak satu profile orang yang obses kat facebook.. Haha.. Kelakar je.. Nak tengok? Tengok sini..


Tu dia, book, Al-Quran~

Fuh, dia menghukum kafir bg orang yang tak sehaluan dengan dia?



Wujud jugak ea orang camni kat dunia ni? Semoga dia mendapat hidayah Allah swt. Bukan ape, tak kira la parti mana pon, still cannot obses sampai tahap mengkafirkan orang len.. Berpolitiklah scara sihat. Satu Malaysia bhai~ Peace~

~Wallahu a3lam~

03 Januari 2011

Summary 2010

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3laikum wbt... Alhamdulilah. Da lama nak cuba update, tapi hentah la kenapa takleh log in. Lama yang amat bila nak try log in. Tunggu 2-3jam pon still tak dapat. So, terus give up masa tu. Hehe. Mungkin sebab masa tangan gatal nak menaip, esok hari itu exam =.=" So ada hikmah jugala sebenarnya.

Sekadar sedikit summary dari apa yg da dapat/buat sepanjang 2010. Ni pon skadar yang terlintas je

  1. Email sebanyak 27 937 dalam inbox da didelete pada detik 01/01/11 [tak termasuk emel dari FB]
  2. 803 messages dalam inbox handphone juga didelete [tidak termasuk yg dah penah clear sblm ni.haha]
  3. Duit perbelanjaan selain dari makanan telah melebihi RM10 000. [Balik Malaysia 2x Tahun 2010]
  4. Tahfiz Az-Zikr mencapai target sendiri. Alhamdulillah.
  5. Talaqi, berjaya habiskan Qiraat 3asim riwayat Hafs dan Syu3bah & Qiraat Ibn Amer Riwayat Hisham dan Ibn Zakwan.
  6. Berat pula menurun then kembali naik setelah balik ke Malaysia. =.="
  7. Habis belajar kitab Muqaddimah Hadramiah.
  8. Dapat cara belajar baru [?]
  9. Dapat rakan baru.
  10. Mendapat sijil untuk melakukan CPR.
  11. Dapat sanad/sijil perubatan Islam.
  12. A few new diseases.
  13. Belajar taekwondo
  14. Terlewat pegi exam sekali. And Alhamdulillah, score subject tu [Adakah ini bermaksud kena datang exam lewat untuk jadi scorer? Heh]
  15. Fail exam sekali [Exam Lab untuk HLS. Cis. Taktaw ada exam lab. So tak baca. Ingatkan exam lab tu mcm masa 1st year dulu. Sekali abes je jawab teory, terus exam lab. Kalo tak fail yg ni, for sure da dapat 40+ untuk carry mark subject tu]
  16. Banyak masak pada setengah tahun awal. Amat kurang masak pada setengah tahun akhir? Sebab apa? Takde bini. Heh
  17. Kalo duduk dalam bilik, most of my time abes kat atas tilam. Haha. [Da tu, nak ddk mana lagi?]
  18. Ada beberapa pengalaman pahit. Amat pahit.
  19. Semangat main game dah meluntur. Heh. Kalo tak, asyik men mafia wars kat FB je. Isk.
  20. Tak pegi melancong ke mana-mana negara. Duduk Irbid dan Malaysia je. Rugi? Ntah. Bukan jenis suka melancong. [Petanda kena la wife nnt suka melancong. Baru saya pegi. Heh]
  21. Baru bukak Atlas Grant's Anatomy. Selama ni biar atas rak je. Haha.
  22. Mendapat jawatan yg berat. Biro Keselamatan. Nampak cam biasa je biro ni. Tapi sakit sgt. Kerja jenis datang on spot. Takleh susun.
  23. Rasanya indo mee antara makanan yang terbanyak masuk perut. Isk.
  24. Hamster bertambah. Pastu bagi orang. So, tinggal yang asal balik. Heh
  25. 48 kali updates blog [je?]
  26. Rekod pakai sliper Croc[o] yang dah haus tapaknya sejak dari tahun 1, tanpa penat jatuh. [tergelincir byk kali da.Alhamdulillah, tak pnah jatuh lagi.]
  27. Peristiwa yang memalukan. Hahahaha. Antaranya, masa turun dari tangga lepas exam, slipar tercampak ke bawah. Semua org tengok. Tapi control macho[?] =.=
  28. Nak makan nasi goreng Paprik dari dlu lagi. Tapi masa balik malaysia, tak dapat2. Isk.
  29. Berjaya menjadi pembunuh kejam. Haha. Cockroach Killer!
  30.  Tak penah pegi Balad Amman dan Ashabul Kahfi lagi. isk. Padahal dah 3rd year kat sini. Bukti tak suka kuar jalan2. Haha. Tengok la nnt. Pegi ngan bini ke? [haha.harapan or cita-cita?]

Begitulah sedikit sebanyak achievement yang ada. Cam hape2 je kan? Heh. Saje je tulis ni. Takkan nak study je? Hokehlah. Mahu "study". [Kemungkinan untuk tido adalah lebih besar. wahaha]

~Wallahu a3lam~

17 November 2010

Emo sket

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt. Hari ni mau emo2 sket. Haha. Semalam ada pegi majlis akad nikah senior, bro Abu Bakr dengan Amani. Smoga berkekalan lah ye? Tahun ni saje, dah brapa ramai kawin. Tak kira pelajar di Jordan mahupun Mesir. Nnt bulan 1, bro Shakir plak nak kawin. Saya ntah bila. [Cis, emo lebih2 plak.]

Eh, tu bukan tujuan utama. Heh. Tujuan sebenar, skadar luahan je. Teringat buku antalogi masa sekola menengah dulu. Tak ingat yang tingkatan berape, tapi bunyinye macam ni la:
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu?

Wawawa. Tetiba plak bernada melankolik. Memang mustahil. Muka garang cam hape je. Sekali nada tulis belog berpuitis. Namun demikian, tiada siapa yang tahu kita ni camana sebnya melainkan Dia. Ada orang kata saya ni garang, ada yang kata sengal, ada kata malas, ada kata terok. Macam-macam la. Hakikatnye, hanya Allah yang tahu. Heh. Actually, post ni ditulis sebab tensi. Tu je. Nak mengarut-ngarut sket. Tensi dengan *censored* dan *censored*. Heh. Takmo la cite kat sini. Kang ada yang report plak. Lagipon, tak elok pon cite bende2 camni. So, nak luah, sekadar kata, saya dalam fasa tensi. Mungkin sebab tu senang demam kot? Emotional stress can suppress the immune system. So, don't stress2.

Oh, ya. Trima kasih juga kepada insan yang kasi "pinjam" bahu untuk saya meluah. Really appreciate it! Saya tak rasa keseorangan, at least. Anyway, bila anda berada di atas, pikir-pikirlah perasaan orang di bawah. Dan bila anda di bawah, pikir-pikir la perasaan orang atas. Heh. Cukup la membebel sorang-sorang. Bajet ada orang nak baca bebelan murahan camni. Wokeh. Mau menghabiskan saki-baki timbunan lecture notes. Doakan kami semua berjaya dalam exam Gastrointestinal Tract System.

اللهم إني أسألك حبك و حب من يحبك و حب عمل يقربني إلى حبك

P/s: Tak salah berdoa, kan? Heh

~Wallahu a3lam~

20 Jun 2010

Lagho Version-Melayan kerenah orang suka tag

AMARAN: Jika anda tidak mahu membuang masa, jangan baca post ini.

Assalamu3alaikum wbt...

Kali ni saje2 nak layan kerenah manusia yg mengetag.. keh3.. jgn la marah imran~

Ok, trima kasih kepada saudara imran kerana mengetag sy.. haha..

Tetapi sy takmo tag org len.. keh3.. tp sape2 yg rajin, leh la anggp bila baca ni, anda kene tag... hahaha

 State 7 things about yourself:

1-comel [sbb bulat.. keh3]
2-garang [dgn org yg cari pasal]
3-suka susu [sbb susu itu sdap]
4-susah nak snyum [dlm keadaan biasa.. kalo ngan member, ada je snyum]
5-addicted to medicine terutama bahagian Cardiovascular system
6-suka computer [ape2 yg berkaitan dgnnya juga]
7-melakukan sesuatu sungguh2 apabila enthusiasm dgn benda itu.

Sekian~


p/s: sedapnya makann di Malaysia~ ^^Y