31 Januari 2010

Cuti bermula.. Projek?

Assalamu3alaikum wbt..

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah SWT kerana telah berjaya tamat peperiksaan untuk semester ini. Lega rasa kepala. Macam2 ubat, penyakit, mechanism, formula, microorganisms kna hafal... InsyaAllah, hafal mende tu bukan kerana exam. kalo kerana exam, mudah lupa balik nnt =.= haha..

Pape pon, Alhamdulillah la.. ada masa nak tulis blog.. setelah melepaskan dendam 3 hari selepas exam final tamat. Saya abes exam 27/1/2010.. hari rabu, pukul 10.30 pagi lebih kurang.. Kemudian, abes je exam, balik umah, gi makan, then baca buku tido +_+

Pastu, bgn2 je, member dah tinggalkan sy sorang2 kat umah.. diorang gi Amman, buat international student card! waaa.. kena tinggal.. sampai ati korang TT.TT

Pastu pada hari khamisnya, sy bercdang pegi Amman. Kononnya nak wat gak la.. tapi bertolak pukul 2.30 ptg dari Irbid, mmg la sampai2, da ttp =.= Negara arab ni, kalo goverment, ttp kol 4.. cehh.. so, nak lepaskan geram, pegi Makkah Mall & City Mall.. makan sizzling chicken.. mmg terbaik! haha.. bahagia je pas makan.. ari tuh, abes dalam 20 dinar = RM 100.. rasa nyesal plak=.=

Pastu, hari jumaat.. project masak memasak... hahaha.. sy suka masak.. but saya bukan sotong=.=.. Mati la kalo laki suka masak, kira sotong=.= Nway, tka masak pe? Kuzi ayam!! hahaha.. Nak resepi? Boleh je.. tp sy tak kasi kuantiti.. so, anggar2 je la.. sbb sy blaja ngan mama sy pon, beliau tak gtaw kuantiti.. beliau gtaw bahan dan kaedah sahaja.

Kuzi Ayam!!

Bahan-bahan:

Bawang besar/bawang merah [ba9l]
Bawang putih [thoum]
Halia [zanjabeel]
Rempah Kuzi [nakhah kuzi al-malizi]
Susu cair [7aleeb]
Gula [sukkar]
Garam [mil7]
Ayam [djaj/firakh]
Sos tomato/tomato puree [ketchub]

Cara2:
1-ptong la bahan2 smua tuh.. hoho.. sukati la nak potong cane.. bentuk cane.. terpulang!
2-Goreng ayam tu.. kalo sy, sy wat sampai masak.. tp jangan la hangit=.=
3-Amik bawang besar/bawang merah, goreng sampai garing~~ Kemudian blend dgn sdikit air
4-Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia..
5-Masukkan bawang goreng blend.. tumis lagi..
6-masukkan rempah kuzi! hoho.. tumis lagi..
7-masukkan air.. jgn byk sgt.. sbb kuah kuzi sptutnya pekat.
8-masukkan ayam, susu cair [jgn byk sgt.. nnt warna cerah sgt=.=], sos tomato/tomato puree, garam, gula.. gaul sampai rata..
9-Masak la sampai pekat.. haha.. kalo suka manis, lebihkan gula.. kalo tak, letak sket.. kalo sy, sy suka manis+masin.. ala.. kalo org kelantan, dia tahu cane rasa dia.. oh ya.. thx to kak eda.. leh tambah badam n kismis kalo suka~ =P
10-Hidang, dan makan dgn roti.. best!

p/s: jarang org makan dgn nasi.. normally, makan dgn roti bun ataw roti jala.. mmg terbaek! Kitorang biasa makan masa pagi raya pose sblm pegi solat sunat raya..

 
sy pnye cair sbb letak 1tin susu cair=.=

Haha.. boleh try.. kalo tak paham, ataw nak kuantiti yg sy guna, ym lah.. insyaAllah akan dibantu.. Anyway, masa wat tu, saya TERLUPA letak bawang goreng blend.. dan sy TERLETAK susu cair buah pelaga=.=... Pegi kedai, goncang2 tin susu cair, trus bli.. tak tgk da dia ckp ada ape.. sbb saya tak taw ada susu cair + buah pelaga.. arab ni suka tol buah pelaga + kopi=.=.. maka, rasanya pon cam ada buah pelaga.. tp still sedap! haha.. bukan nak perasan, tp mmber rumah kata camtu.. sampai licin kitorang makan.. hoho~

Disbbkan lupa letak bawang goreng blend, maka, pada hari sabtu, sy mmbalas dndam.. buat kali kdua.. hoho.. kali ni, mmg jadi cam mama buat! Alhamdulillah~ best2~ Disebabkan rumah sy tinggal dua org je [yg len kuar pegi German dan Austria], maka kami ajak la org laen makan.. Dan ttamu kali ini bukan calang2 orgnya.. Ustaz Mahadi dan Bro Aiman Jo~ diorang ni antara org2 hebbat di Irbid.. Mereka berdua juga merupakan antara para huffaz yg mantap! peh.. respek la sama bliau.. oh ya, terlupa.. Bro Uwais pon dtg.. siap bawak kek ag.. thx banyak2.. susah2 je~

Anyway, sy juga jeles melihat hamster sy sbnya.. hahah.. best tgk diorang tido.. mesra btol! Tido bersama2.. mmg comel.. tp camera sy tak hebbat, maka kualiti gambar juga loppek

Saya geram dgn kecomelan mereka. Sbb tu suka kaco mereka tido. ketok2 bekas tu. pastu dgn muka comel, mereka wat gaya cam org baru bgn tido=.=

Pape pon, cuti ni.. sy taktaw nak gi mana.. Rancangan asal nak pegi mesir.. tapi ada mmber ajak pegi Dubai.. Cost tiket lagi murah! Then tukar plan.. namun, pk2 balik.. sy ni takot naik flight sbnya >,< So tukar plan lagi. Pegi trip Lubnan.. lagi murah! Tapi.. dpt tahu, trip ni tangguh ke cuti bulan 6 disebabkan tak cukup org.. huhu.. tensi je.. maka, stakat ni planning gi Turkey je la.. men snow. Tapi tgk la camana.. duit lam bank pon tak byk sgt.. adeii.. Mungkin ddk Irbid men masak2? hahaha..

Okaylah.. stakat ni dlu.. Lappar.. pastu rasa nak layan anime One Piece plak.. hoho.. best je cite dia.. lagi2 suka tgk reaksi muka diorang terhadap sesuatu situasi.. lawak gile! tergelak sorang2 je.. adeiih.. kena insaf ni.. huhu.. ketawa byk2 gelap hati nnt.. astagfirullah.. maka, jgn la gelak2 kaw2 sgt bile tgk one piece ni.. hehe~

~Wallahu a3lam~

20 Januari 2010

Sharing some drugs

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, terasa nak menulis. Tapi saya ni mcm sengal sket. Slalunya nak menulis ni, mesti esok harinya exam. Tapi takpe kot? Alhamdulillah, da abes baca. Tinggal nak hafal2 n wat latihan je. Insya-Allah, bikher. Ameen. Doa2kan lah ye? =)

Anyway, pagi tadi, saya rasa cam sakit kat kawasan right lumbar region. Huhu.. taktaw la sakit ape.. rasa cam menyucuk je. Nak kata appendix, appendix kat area right inguinal region. Ntah. Tapi yg penting, mmg sakit gile.. Mmg pagi tadi tu pk macam2 je. Lepas tu doa byk2. Then, kesakitan tu menjalar pegi ke atas skit.. mkin perit.. then suddenly rasa sakit yg amat sgt, then dia hilang=.=.. Alhamdulillah. Lega. Kalo appendicitis, taktaw la cane nak exam esok. Huhu. Da la ada statement dari Dr Nidhal Khubbas, "There's no drugs for appendicitis. The only way to cure it is only by surgery". Tu yg cuak tu. Haiih. [but, cita2 sy nak jadi surgeon! insyaAllah!]

Okay, ari ni nak kongsi drugs sket. *evil grin*.. Jangan la salah paham. Just nak kongsi drugs2 yg saya belajar. Rasa mcm benda ni ramai kena taw. Hoho. Tapi, amaran awal2 ye? DON'T EVER TRY TO PRECRIBE THE DRUGS BY YOUR OWN.

Pertama skli about salah satu daripada NSAID iaitu Non-Steroidal Anti Inflammatory drugs. Salah satu daripadanya adalah ASPIRIN. Normal drug, right? Ubat ni ada 3 effect. Analgesic [bius], Anti-inflammatory agent[anti radang], Antipyretic [anti dmam-untuk kurangkan temperature yg HANYA disbbkan oleh INFECTIONS]. Kat sini, normal je orang beli ubat ni. Tapi ingat! Jika anda seorang yg mempunyai bronchotic asthma, JANGAN sesekali amik ubat ni. Sebb ubat ni mampu meningkatkan kadar penghasilan leukotriene! Dan leukotriene ini menyebabkan bronchoconstriction! Hal ini disebabkankan oleh NSAID mampu menyekat penghasilan protaglandins. Kalo kita sekat prostagladins, mechanism arachidonic acid akan menuju pada penghasilam leukotriene scara total! [info: arachidonic acid ni akan convert kepada protaglandins dan leukotriene. Bile da kena sekat prostaglandins, trus la smuanya ke arah leukotriene]




So, bila anda asthma, lantas makan ubat ni.. haihh.. anda akan berada dlm keadaan anaphylaxis shock ataw serangan asthma yg acute.. yg mana boleh mmbawa maut! Dalam keadaan ini, kita perlukan suntikan Salbutamol scara kecemasan yg mana berkesan untuk dilate kan kembali bronchus kita. So, don't play2 with drugs!

Ubat ini juga JANGAN diberikan pada  kanak2 berumur 12 tahun ke bawah. Kerana dia mmpunyai effect yg boleh mmbawa kepada Reye's Syndrome. Nak tau lebih lanjut pasal syndrome ni, click je kat nama dia tu. Saya dah link kan. So, kalo demam, kasi paracetamol sudah.. benda ni adalah panadol. haha

Drugs kedua pula adalah berkaitan dgn antibiotic..
Antara yg biasa diberikan adalah amoxicillin..Antibiotic slalunya kita prescribe untuk BACTERIA infections. So, kalo anda kena viral infections, jgn gatal2 nak makan. [bg para bakal doctor, jgn la gi gatal kasi antibiotic kalo dah taw pesakit tu kena viral] Nak taw kenapa? Kalo anda kena viral infections seperti sore throat, anda amik antibiotic, anda akan smbuh dalam seminggu, tp kalo anda tak amik, anda akan sembuh dalam 7 hari! Haha.. So, better takyah amik.. sbb, kalo amik, dia akan mmbunuh normal flora dalam usus kita..




Apa fungsi microflora ni? Salah satu fungsinya, dia mengelakkan daripada pathogen ddk kat tmpat yg dia diami. Kiranya, bile micro flora takde, pathogen akan amik alih. So, kita akan kena infections. Ha.. ada byk lagi.. Microb ni plak.. kalo dia tak spnuhnya terbunuh dgn antibiotic, dia akan develop resistance.. jadi, dia kebal dah ngan antibiotic tu. Menyebabkan dia boleh menjadi SUPER BUG=.=... That's why, kalo dpt antibiotic, sila habiskan even da sembuh! ok?

Tapi, sila bgtaw doctor tu kalo anda allergy pada penicillin.. kalo tak, anda akan mengalami anaphylatic shock! Ada case yg mmbawa pada maut..

Haaa... best kan amik pharmacology.. anyway, da abes exam pharma sbnya.. tapi rindu lak sbject ni.. takpe2.. nnt jumpe lagi.. ngeh3~

Pape pon, jgn lupa... sape yg menyembuh kan? Allah SWT! Ubat2 ni hanyalah asbab cara Allah menyembuhkan. Anyway, jgn lupa:


Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. [QS 17:82]


~Wallahu a3lam~

18 Januari 2010

Hafaz Al-Quran

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. bila da abes study, rasa gatal nak menulis lagi. Haha.. Biasa la kan? Da lama tak menulis..

Tajuk hari ni cam biasa je.. sbnya, lebih kepada perkongsian.. Camana nak menghafaz al-Quran? Tapi cara ni bukanlah cara terbaik. Kerana setiap orang ada cara tersendiri. Dan saya cuba kasi sesimple mungkin. Kang banyak cam pening lak.. hehe

Okay.. Ramai berminat menghafaz Al-Quran.. tp untuk ape? Allah? Dunia? Popular?

Apabila nak menghafaz al-Quran, 1stly, saya cadangkan kita perbetulkan niat kita. Perhalusi niat. Moga2 niat yg betul, memudahkan kita untuk menghafaz firman-firman Allah yg Mulia ini.

Okay, bila dah rasa btol niat tu, dalam keadaan suci, ambillah al-Quran anda. Dan dicadangkan, sediakan satu al-Quran yg mmg khas untuk menghafal dan jgan tukar2! Jadikan ia AWEK anda. Yang mudah dibawa ke mana-mana nak bawak. Saya prefer yg sederhana saiz, beserta terjemahan. Saya akan bagitaw sebab kenapa nnt. Juga, sila setkan otak anda dgn positive.. kita boleh! jgn set ayat ni susah ataw sbgainya, dia amat memengaruhi.. [for me la]

Then, bukak la mana2 surah yg nak dihafaz tu. Kalo sy, sy suka hafaz page by page. So, I'll take the whole page. Kemudian, baca la page yg nak dihafal tu beberapa kali sampai rasa takde sangkut2 da.. Baca prefer baca secara TARTIL.


atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan tartil (perlahan-lahan.) [QS 73: 4]

Kelajuan bacaan tu ala2 syeikh saad said al-ghomidi gitu... Then, baca la TERJEMAHAN.


saya letak contoh page alquran yg ada dlm laptop sy

Bagi yg belajar bahasa arab, try to match the meaning to the word in al-quran.. supaya makin sng nak hafaz nnt. Lepas dah matching smua.. try to ulang lagi bacaan tu sambil pahami.. iaitu matchingkan dgn maksd beberapa kali. Kalo jenis otak dah power, skli da cukup rasanya.

Kemudian, start la menghafal ayat pertama. Kita wat contoh page 137 kat atas ni.. pasal kisah nabi ibrahim.. amik la ayat 1st skli tu.. ulang beberapa kali sampai lekat.. then try to repeat it slowly tanpa tgk smpai btol2 lekat. Bila da lekat, pergi ke ayat seterusnya.

Bila wat mcm kat ayat 1st tadi.. bile da bleh baca tanpa tgk dgn baek, try to repeat ayat mula2 dgn ayat kedua.. kalo rajin, bwat bebrapa kali [step ni penting untuk ingat urutan]. Then truskan untuk ayat ketiga. Wat mcm mula2 gak.. Dah dpat ayat tu, try ulang dari ayat 1st lagi.. haa.. camtu sampai bawah..

Kalo rajin, try amik satu ayat seblom ayat yg kita target nak hafaz, dan juga 1 ayat yg selpas target yg kita nak hafaz.. ni bertujuan nak ingat urutan page.. kalo sape yg hafaz by page la..

Kemudian, bila da lengkap satu page, try untuk ulang tanpa tgk sampai rasa puas ati.. Step ni nmpk panjg.. tp, once u get the style, dalam 15 min dah leh dpt. insyaAllah.

Da siap tu, baca la doa khatam quran tuh.. kalo saya, ada doa yg sy blaja masa kat SMKA Kuala Abang dlu. Sy guna doa tu bila nak hafal, nak ngulang, dan sesudahnya.. lepas solat pon sy baca gak. hehe.. [kalo sy jmpe link mana2, sy attachkan] Tp, try la cari doa tu..

Btw, kalo nak lagi mudah, try to listen MP3 bacaan qari2 plihan anda. Dengar berulang2. Rasa nak amik waqaf mereka pon ok je. Sy prefer Syeikh Abdurrahman As-Sudaisy. Sbb? Sbb saya suka cara dia baca, cara dia waqaf, dan juga nada yg dibaca.. syeikh ni kalo baca ayat azab, dia ada nada dia.. sdap untuk menghayati..




Mengulang:
Kalo sy, sy suka guna istilah DATING ngn AWEK.. haha.. papepon, benda ni penting.. at least dalam sehari, mesti ada mengulang.. bz camana pon, try luangkan masa sket.. targetkan diri anda nak ngulang bape byk ari tu.. better wat consistent.. tak byk takpe, tapi istiqamah. =) Kalo nak sdap mengulang, mengulang la masa solat sunat.. tak kira solat sunat ape.. kalo masa tahajjud, lagi best.. lagi2 kan kita hafal berserta dgn maksd td? So, bile baca, leh hayati maksd teros.. Tapi kalo bleh, mengulang tu, biarla sampai kita dpt ingat dimulut seolah2 kita tak taw maksd.. bukan ape, ni penting bila kita da byk hafaz.. nnt takot tertukar2 ngan surah laen.. pnah je berlaku.. baca juzuk 2, tgk2 dah masuk jzuk 7=.=.. ada jugak baca juzuk blakang2, termsuk juzuk dpan2.. so, watch out!

Tilawah:
Actually, benda ni membantu sbnya.. bila da biasa tilawah, lama2 masa nak hafal rasa mcm, "Eh, ayat ni mcm penah dgr!" Rasa lagi mudah nak hafaz..

Haa.. itulah sdikit sbyk.. tapi masa nak hafaz tu, adab2 dgn Al-Quran tu jaga la.. tak perlu rasanya sy hurai bab tu.. kan?

Alhamdulillah.. tamat.. hoho.. Alquran ni, nak dapat punya la susah.. bila da dpt, nak jaga plak susah.. so, hati2 la ye?

Amaran: Bile dah hafaz, jgn lupa amalkan ape yg diajarkan.. selagi mampu.. takot kat hari akhirat, al-quran jadi hujjah ke atas kita.. bukan hujjah bagi kita [na3uzubillahi min zaalik]

P/s: Bz camana pon, cuba ingat kata2 ini-


Al-Quran no 1, Tetapi Pelajaran bukan No 2.





~Wallahu a3lam~

Kenapa middle east?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, dpt tulis.. even esok exam. [mmg saja cari pasal] Disebabkan kepala tgh tepu or something like that, so, menulis la kejap2.. haha.. takpe.. bukan slalu cari pasal camni [ye ke? asal rasa cam sllu?]

Ok.. Cukup merapu dan mengaban tak tentu hala.

Disebabkan sekarang ni, ramai pelajar2 lepasan SPM, maka saya tulislah satu post gini. Malas nak terang banyak kali. Haha.. [ayat poyo.. mcm la ada yg tnya=.=]

Begini.. Biasanya, pelajar lepasan SPM yg amik bahasa arab, pendidikan quran sunnah, pendidikan syariah islamiah, kalo nk smbung blaja pon, ramai yg cenderung kepada middle east [of course still ada yg nak ddk local ataw gi europe dan sbgainya].. mereka2 ni sllunya akan amik bidang bahasa ataw pendidikan agama ataw medic ataw dentistry ataw fizik ataw ape2 je la.. So, firstly, bfore korang dtg ataw apply middle east ni, korang kena tnye diri dlu..KNPA PILIH MIDDLE EAST?


Kincir air kat Syria [Rasanya nama tempat ni Hama]

Based on pengalaman, akan kluarlah beberapa jawapan skema macam berikut:-

1) Memantapkan Bahasa Arab
2) Nak mempelajari Ilmu Agama dgn lebih mendalam
3) Nak mempelajari Ilmu Akhirat selain ilmu medic dsb
4) Senang nak gi Haji
5) Nak talaqi
6) Negara para anbiya'
7) Parents suruh
8) Nak jadi golongan professional yg seimbang dunia + akhirat
9) Suka negara arab
10) Nak cari bini/laki arab [huh? ada ke? ada je.. tak ramai.. haha]

Kalo korang ada jawapan antara yg listkan kat atas ni, sila HATI-HATI!

Ya.... But, WHY?

Ramai tertnya-tanya? Ok.. lemme explain to u..

Sebab2 kat atas tu bgus je.. cuma, kena hati2 la.. becoz... mostly yg saya nampak hanyalah seperti angan2 kosong. Seperti tidak berpijak di bumi yg nyata.

Ok.. jgn terpelanting dlu.. rilek2.. cool.. tak smua org camtu.. Mari sy ceritakan REALITI.

[AMARAN: Sebelum baca, pastikan anda seorang yg positive.. dan mende ni tak berlaku pada smua org.. segelintir/majoriti... kalo tak majoriti, segelintir.. kalo tak segelintir, majoriti]

Memantapkan Bahasa Arab:
Haa.. ni antara yg normal la sy dgr.. puas dgr da.. tapi, apa yg sebenarnya berlaku? Bila dtg kat sini, mula2 mcm smgt nak belajar.. tp tak kena cara.. haiih.. Untuk nak mantapkan bahasa arab, kena la bergaul dgn org tempatan. Mmg ada yg semangat bergaul mula2, tp lama2, stick dgn sama2 melayu gak. Tak salah. Tapi, bergaul la dgn smua. Jarang nak nmpak, arab dgn melayu, balik kelas sama.. tp ada je.. mmg tak dinafikan.. bgus la kalo ada. Cuma ayat mudahnya, kalo tak bergaul, susah nak dpt bahasa tu.. Dan kalo pelajar medic/dentist, doctor cakap bahasa arab sket, dah bising.. rilek la guys.. nnt masuk clinical year, patient kita kat sini arab.. ingat ye?

Nak mempelajari Ilmu Agama dgn lebih mendalam + Nak mempelajari Ilmu Akhirat selain ilmu medic dll:
Ni pon skema jawapan gak. Ok.. kalo korang nak dptkan ini, 1stly ape kena bwat? Mantapkan Bahasa Arab.. kalo tak, susah.. 2nd, korang kena rajin.. kalo mlas, mmg takkan dpt la.. Kat masjd, antara mgrib isyak, ada je kelas2 sperti tafsir, hadith, aqidah dsb.. tp berapa ramai yg dgr? [paham je kalo bz.. tp at least, dlm seminggu tu, luangkan masa skli untuk kelas agama.. tak ksah la kelas ape pon] Even kadang2, kelas2 agama yg dianjurkan oleh pihak persatuan malaysia kat sini pon, hanya brapa kerat je yg pergi.. mana perginya smgat yg kata nak blaja ilmu agama masa sblm dtg tu? Renung2kan balik..

Nak talaqi:
Yg ni, kalo kelas agama yg persatuan anjurkan stiap minggu pon gagal nak hadir, yg agak masalah la.. sbb nak mende ni, kena komitmen yg tinggi.. kang syeikh pon bengang..

Nak gi Haji:
No comment.. sbb sy pon tak pegi lagi.. haha.. but, I've my on plan.. ngeh3~

Nak jadi golongan professional yg seimbang dunia + akhirat:
Ni pon biasa gak dgr.. lagi yg amik medic n dentistry.. paham je bidang ni tough.. but, at least, once a week untuk ilmu akhirat? How about that? Kalo minggu exam kata alasan bz, kalo minggu tak exam, still tak dtg jugak, bile nye nak seimbang? Entahla.. sy tak brani comment lebih.. coz sy dlu camtu gak.. haha.. tp at least, kita kena brubah.. tak camtu? [Nak brubah bukan mudah.. but tak musthil.. tipsnya, brubah slow2.. and istiqamah.. bila da istiqamah, upkan lagi..]

Yg laen2 takmo comment.. haha.. [sbb taktaw nak comment pe sbnya..]

Cuma, secara kesimplannya.. niat asal dtg tu biarlah betul dan btul2 berusaha ke arah itu. Bukan hanya sekadar omong ksong.. dan, pastikan niat anda tu sampai kepada Allah swt.. iaitu mencapai Mardhotillah~

Pastu, pastikan anda pandai uruskan masa.. Allah bgi smua org masa 24jam sehari smlm.. takde yg dpt extra hour.. takde yg dpt less hour.. same je.. kalo bz, mmg stiap org bz.. yg mmbezakan adalah cara menguruskan masa tu. Bile rasa penat, ingat balik.. masa rehat bagi org mu'min hanyalah.............MATI.

Anyway, sy bukanlah seorang yg perfect nak comment byk2.. at least kita kena sdar ape yg berlaku disekeliling kita. Dan sntiasa brusaha untuk brubah.

Maaf juga kalo ada yg terasa.. takde niat nak tmbak sape2 pon.. just luahan hati sket2. hahaha.. nway, bleh guna satu ayat ni.. kalo rasa lemah ataw sedih..


Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. [QS 3:139]

Al-Quran adalah satu rahmat dari Allah.. Bacalah bila gembira, sdih, suka, duka... ada je yg boleh menaikkan smgat kita. insyaAllah..

Oklah.. Mari kita study pula! Jom!

~Wallahu a3lam~

08 Januari 2010

Saya masuk TV sweden?!

Assalamu3alaikum wbt..

Saksikan lah!







p/s: ni saje2 gurauan je.. hehe

04 Januari 2010

Semantap manakah Aqidah kita?

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, sekian lama tak update, ari ni dapat gak update. 1st post in 2010! hoho.. dah masuk tahun ni, antara detik2 terakhir dalam mengakhiri zman belasan.. waaa.. Makin pendek da umur ni rupanya! huhu TT.TT

Walau bagaimanapun, di kesempatan ini, nak ucapan jugala, Bittaufeeq bg rakan2 seperjuangan yg menghadapi fatrah final exam.. Smoga same2 kita berjaya! [Ameen]




Anyway, tajuk ari ni nak cakap sal aqidah.. Sy bukanlah org plg layak nak cakap pasal ni, but.. just rasa mcm nak ulas sket la...

Toiyyib, terus kepada isi penting kita... Mantapkah Aqidah kita? Sejauh mana kemantapan aqidah kita itu? Hooho.. adakah aqidah kita dah sampai tahap tertinggi? [Insya-Allah]

Saya tulis ni pon bukan nak hurai ape itu aqidah dsb, tp mahu mengajak rakan2 sama2 kita bermuhasabah diri kita mengenai aqidah memandangkan ramai yg sy tgk kat Malaysia, mempunyai masalah dari segi aqidah.. Sehingga ada yg mempersoalkan Kewujudan Allah.. hmm.. Mungkin ramai yg tak sdar, sdikit sbyk aqidah umat islam di Malaysia mkin membimbgkan.. huhu..

Okay, apa yg saya nmpak situasi di Malaysia atawpon situasi manusia pada zaman skrg, mereka percaya smua2 yg kita blaja dalam aqidah.. ttpi, tidak yakin.. Ha.. ayat macam berbelit sket, tapi cuba fahami.. percaya dan yakin.. perkara yg berbeza.. Jom kita hayati satu contoh:

Ada seorang penembak tepat yg mmg terkenal bahawa beliau dapat menembak seutas tali dalam jarak 100 ela! [wow!] Kita percaya dia mampu menembak dgn tepat berdasarkan rekod2 yang ada. Kemudian, beliau menawarkan untuk menunjukkan kehebatan beliau dgn mengambil ANDA lalu meletakkan sebiji epal di atas kepala anda. Kemudian, pada jarak 100 ela, beliau akan menembak epal itu.. di sini kita mungkin timbul perasaan takut, cuak, bimbang, cmas dan laen2.. sbb ape? Kita tak yakin.. Kita percaya dia mmpu tapi tak yakin...




Begitu jugalah dgn aqidah dan perbuatan kita seharian... Kita percya adanya azab Allah.. adanya azab kubur dan laen2, ttpi masih berani melakukan dosa.. sbb ape? Kurang yakin.. kalo kita yakin, comfirm dan surenya, kita takkan berani melakukan maksiat.. huhuhu.. sama2 la muhasabah.. TT.TT

Rasanya, stakat tu je dlu.. huhu.. Anyway, dalam setiap post sy, amik yg baek, buanglah yg terok.. Sama2 kita berkongsi ilmu, fikrah dan pendapat... akhir kalam, wassalam~

~Wallahu a3lam~