19 Januari 2013

My little girl


أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع


Rasanya ini post pertama untuk tahun 2013, dan post pertama setelah bergelar sebagai seorang ayah. Kira-kira balik, dalam 9 bulan dah tak sentuh blog ni. Fuh. Lama gak tuh. Tapi takpe lah. Bukan ada sangat pembaca pun.

Anyway, kali ni mungkin bukan post ilmiah sangat pun. Just nak share pengalaman dapat anak pertama.

Pada 25 Julai 2012 bersamaan dengan 6 Ramadhan 1433H, pagi-pagi hari lagi my wife complained sakit-sakit belakang. Pastu dia kata macam sakit perut juga. Berkali-kali juga la pergi toilet. Asalnya buat macam taktau la. Maklumlah esok (26/7) final paper untuk sem musim panas. So study jelah macam biasa. But, around dalam zohor camtu, dia mengadu lagi. Macam tak tahan. So try la tekan-tekan perut dia. Nak rasa da contraction ke belum. Tapi memang keras lah masa tu! Macam pegang batu pun ada.

Terus melompat! Cam panik ada gak. Tapi wat-wat cool. Tanya la dia:

"Nak pegi hospital tak?"

Macam biasa, dia reply:

"Ntah. Taktau. Ikut abang la"

Huuu.. Terpaksa ijtihad sendiri masa ni. Maka terus la pergi amik beg baby yang dah prepared untuk hal-hal camni, letak kamera (kenangan pertama beb), amik duit, ipad, check semua benda (passport, student card, visa dsb), suruh dia bersiap, then terus keluar rumah. Sementara tunggu dia bersiap, update status dulu. *sempat lagi*

Masa ni memang tawakkal jela. Actually masa keluar tu rasa macam lambat lagi nak beranak. Sebab selalu dengar kawan-kawan cerita, pegi hospital, doctor suruh balik semula. Sebab sakit tu bukan nak beranak lagi. Tapi redah jela. Keluar je, kebetulan ada teksi lalu. Alhamdulillah, takyah jalan pergi jalan besar dulu. Terus naik suruh pergi ke hospital.

Sampai je hospital, cakap kat kaunter, dia suruh naik atas. Bawak la naik atas. Pastu jumpe dengan midwife kat situ. Dia suruh turun bawah isi borang. Tinggal wife kat sini. Maka turun lah ke bawah isi borang dulu pastu naik atas semula. Masuk bilik tempat orang tunggu nak bersalin. Actually dia tak kasi masuk pun. Tapi bagi alasan medical student, so lepas.

Then, midwife tu check la dah berapa besar terbuka. Lepas dia check, dengan yakin dan slamber cakap, "Ni lambat lagi ni. Lepas berbuka baru beranak kalau camni". Dengar je camtu, rasa cam lega sikit kot. Boleh la nak study baki-baki yang tertinggal. But...

Wife mengadu sakit. Berpeluh-peluh dia. Cakap dengan dia pun, dia pejam mata tahan sakit. At that time, call la mama dan mak dulu  untuk mereportkan situasi. Cewah. Lepas je call, nampak macam lagi tak tahan je. So, baca la surah maryam kejap. Abes ngaji tu, study sebelah dia. Tapi takleh focus sangat sebab dia duduk mengerang kesakitan. Macam-macam la berlaku. Last2, ada patient lain masuk wad tu gak. Alahai. Kacau daun betul la. Tak pasal-pasal nurse tu hambat suruh tunggu la luar dengan alasan sebab ada patient lain. So, keluarlah dengan nada yang berat. Nak tunggu sampai berbuka kot? Masa tu baru kol 1 lebih rasanya. Maghrib dekat-dekat pukul 8 gak. Musim panas bhai.

Then tunggu la kat luar tu dengan arab lain yang menunggu jugak. So, bukak ipad, sambung study. Study punya study, rasa letih plak. Dalam pukul 4 petang dah masa tu. So, call la member jap. Cakap-cakap sket. Abes cakap-cakap tepon, nak dekat masuk waktu asar dah. Maka turun la bawah nak amik wudhu' dan tanya qiblat sekali. Usai amik wudhu', naik balik kat atas. Sebab ada nampak sejadah kat situ tadi. Naik-naik je atas, ada makcik arab tanya "Kau ni suami Nur ke?" Terus jawab ye. Cuak gak. Tetiba je tanya. Suspen tol makcik ni. Makcik tu tambah lagi, "Nur dah lahirkan da". Awal-awal tak paham jugak term dah lahirkan tu. Makcik tu guna istilah "khallafat". Ingatkan apa la dah berlaku. Muka blur-blur. Makcik tu dapat tau kot tengah blurr, pastu dia terus cakap guna istilah lain.

Alhamdulillah. Masa tu, macam percaya tak percaya je. Sebab katanya tadi lepas maghrib. So terus sujud syukur kat situ juga. Pastu Dr Ahlam keluar. Dia ucap tahniah dan kata baby dah ada kat bawah. Cuma wife ada kat dalam tu lagi. Aku pun berlari pergi tengok baby. Masa tu nampak nurse tengah bagi pakai baju kat baby. Minta dengan nurse tu kata nak azan. Nurse tu bagi, masa tu dengar baby nangis. Hee.. Dengar anak sendiri nangis for the 1st time. Masa azan, baby tu diam je. Menghormati azan agaknya. Then letak balik baby dalam katil dia. Nak pergi tengok mak baby plak.

Keluar dari bilik baby, nampak nurse tengah tolak katil wife. Dia separa sedar je rasanya masa tu. Siap boleh tanya, "Dah beranak ke? Tak sedar pun". Hahahaha. Nak tergelak pun ada. Dia tak sedar yang dia dah beranak rupanya =_=" Pastu nurse masukkan dalam wad. Pergi la jumpa dia kat wad. Dia pegang perut dia sambil kata "Dah kempis da perut". Pastu tanya, "Mana baby? Sempurna ke semua?". "Alhamdulillah. Cukup sifat semuanya. Baby girl. Berat 3.1kg. Lahir pukul 4.15 petang." aku reply ala-ala doktor. Haha..

Rupa-rupanya my wife tak sedar yang dia tanya soalan tu semua. Dia mamai lagi. Berapa kali dia tanya soalan tu. Tapi nampak letih la. Kasi dia tidur dulu. Hehe.. Panjang lagi cerita ni. Tapi sampai sini je la. Penat menaip. Alhamdulilah, sekarang ni baby ni dah cukup 6 bulan dah. Dan boleh berguling-guling da. Hehe. Nama dia Nik 'Izzah Alhuda! Semoga menjadi anak yang solehah untuk Abi dan Ummi ye? Ok lah. Bubbye!



Muka masa baru lahir




Muka latest


~Allah a3lam~