14 Mac 2009

Sambung kisah Syria

Assalamu3alaikum wbt...

Smoga smua dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah swt..

Ok, straight to the point. Kita sambung kisah pasal Ikhwanul Muslimin yg dikaitkan dengan Syria.


[tgh berwudhu']


Begini, pada zaman 70an dahulu, di satu kawasan di Syria yg diberi nama Hamar. Kawasan ni ada kincir air. Kawasan ini juga merupakan satu kawasan yg begitu aktif dgn aktiviti ikhwanul muslimin. Jadi, kawasan tersebut mendapat biah solehah dan pembinaan jati diri yg mantap dari pelbagai aspek seperti akhlak, ilmu dan macam2 lagi.

Nak dijadikan cerita, president Syria ketika itu, ayah kepada president syria sekarang, bimbang dia akan digulingkan oleh puak-puak ikhwanul muslimin. Hal ini kerana, president ketika itu pun mendapat kuasa dgn cara menggulingkan pemimpin sblmnya. Oleh kerana takut yg melampau serta perasaan bimbang yg begitu menghatui dirinya, dia mengarahkan segala bala tentera yg dia ada untuk menyerang kawasan Hamar itu. Dia mengarahkan smua kereta2 kebal, helikopter dan segala bentuk senjata yg ada ketika itu untuk menyerang Hamar demi menghapuskan ikhwanul muslimin.

Mereka mengebom kawasan itu! Akibatnya, beribu-ribu rakyat yg tidak bersalah terbunuh yg mana antara mereka adalah kanak2, org tua, wanita2 dan ibu-ibu. Akhirnya, mereka menanam kesemua jenazah ini di kawasan taman di Hamar. Dan kalo kita lihat kat sana, pokok tumbuh dgn begitu segar. Mungkin jenazah2 yg dibawah itu menyebabkan tanah2 disitu menjadi subur.

Kesannya, sampai ke hari ini, tiada rakyat Syria yg berani menyebut perkataan Ikhwanul Muslimin. Sekarang dikatakan, jika ada shj org yg menyebut perkataan Ikhwanul Muslimin, ataw disyaki menyebarkan ideologi2 berkaitan dgn Ikhwanul Muslimin, mereka akan "hilang" dari muka bumi Syria pada ke esokkan harinya. [bukan "hilang" dari Syria shj, mlah dari dunia.]

Begitulah kawan2.. Kekejaman berleluasa di muka bumi ini.. Bilakah kita dapat mengembalikan semula kegemilangan Islam di seluruh dunia ini?

Marilah kita mulakan dgn membina jati diri muslim terlebih dahulu!

kerana Firman Allah swt dalam surah ar-ra3d ayat 11

"...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."

Ini menunjukkan kita perlu berusaha!



[di dpan tugu solehuddin al-ayyubi]

Wallahu a3lam...

01 Mac 2009

Kenangan..

Assalamu3alaikum wbt

Terlampau lama tak post.. biasa la.. bz cuti2 jordan.. dan juga syria.. ni ada la sket gambar2 yg boleh di share..



Frost yg comel2..



JaQ, Dolah & Danial



Pegang frost yg macam salji..



Kete dipenuhi frost..



Besh je pegg.. hoho



Kat dimasy.. [damsyiq]



minum air blackcurrent fresh.. hoho



dpan makan saidina hussin



masjid umawi



kat tgh bandar.. :D




byk lagi gambar sbnya.. tapi letih nak upload satu2.. hehe..

takpe2.. ada masa, letak lagi...


Byk pengalaman dapat kat sana.. terutama cerita2 yg melibatkan Ikhwanul Muslimin. Kalo ada masa, insya-Allah, akan dihuraikan sdikit..

wassalam