20 Februari 2011

Syukur

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Alhamdulillah, da nampak jalan keluar. Sebelum ni macam da nak hilang arah. Bersyukur sangat2. Semoga dipermudahkanNya. Trima kasih, mama & papa. Saya akan terus berusaha dan berdoa! =)


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
[At-6laq (65): 2-3]


Btw, doakan kejayaan saya, kawan-kawan dan umat islam di seluruh dunia. System kali ni, paling susah setakat yang saya penah blajar. Thanks =)

~Wallahu a3lam~

11 Februari 2011

feeling


Bukan susah nak buat jadi susah,
Bukan senang nak jadi senang,
Benda senang manusia buat jadi susah,
Akhirnya hidup memang tak tenang.

Bila adat mendahului adab,
Bila budaya mendahului agama,
Hilangnya adab,
Hancurlah agama.

Benda baik hendaklah dikedepankan,
Benda buruk wajiblah dibelakangkan,
Perkara baik perlulah dicepat-cepatkan,
Perkara buruk wajarlah dilambat-lambatkan.

Diperlambat perkara buruk,
Nescaya terhindar kesesatan,
Diperlambat perkara baik,
Nescaya pudar keberkatan.

Orang yang kuharapkan membantu,
Rupanya menjatuhkan aku,
Orang yang kusangka merestu,
Rupanya mengecewakan aku.

Orang yang kurasa memahami,
Rupanya tidak mendalami,
Orang yang kuanggap menyintai,
Rupanya tidak mengasihi.


Air mata dipipi jatuh mencurah,
Air mata dihati sudah berdarah,
Luka ditangan nampak merah,
Luka dihati lebih parah.

Orang bercakap memang senang,
Orang berkata memang ikut rasa,
Luka itu pada yang diparang
Pedih itu pada yang merasa.

Kadang-kala aku termenung,
Bagaimana harus aku harungi semua ini,
Setelah lama merenung,
Pasti ada hikmah sebalik semua ini =)

Yang mengarang dan merasa,
JaQ