25 Mac 2011

Al-Quran dan Degenerative Disease

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Agaknya, dah banyak kali kita dengar pasal ni. Kan? Kali ini, saya nak bawa satu penyakit yang mana telah diterangkan dalam al-Quran. Hehe. Saya rasa ramai je yang da sedar. Saya tersedar tentang ayat al-quran tersebut ketika Dr Huda Zahawi menerangkan slide beliau mengenai Degenerative Diseases and Dementias.

Apa itu Dementia?
Dementia, defined as the development of memory impairment and other cognitive deficits with preservation of a normal level of consciousness, is emerging as one of the most important public health issues in the industrialized world. -Robbins Basic Pathology 8th Edition

Okay.. Sekarang, saya nak terangkan, penyakit apa yang menyebabkan saya teringat ayat tersebut. Suka saya untuk meletakkan terlebih dahulu ayat Al-Quran tersebut.



Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami) dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai. [Surah al-hajj (22) : 5]


Jadi, kalaulah anda seorang doktor mahupun pelajar medic, mungkin anda dah dapat teka, penyakit apa yang hendak saya tulis. Alzheimer Disease.


Apa itu Alzheimer Disease (AD)?
Alzheimer disease is the most common cause of dementia in the elderly. The disease usually becomes clinically apparent as insidious impairment of higher intellectual function, with alterations in mood and behavior. Later, progressive disorientation, memory loss, and over the next 5 to 10 years, the patient becomes profoundly disabled, mute, and immobile. Death usually occurs form the inter-current of pneumonia or other infections. When considered by age groups, the incidence of Alzheimer disease is 3% for individuals 65 to 74 years old, 19% for 75 to 84 years, and 47% for 85 years or more. This increasing incidence with age has given rise to major medical, social, and economic problems in countries with a growing number of elderly. -Robbins Basic Pathology 8th Edition

Jangan bimbang, kalau tak paham sangat ayat medical, saya akan huraikan. Ayat mudah, penyakit Alzheimer ni menyebabkan kerosakan pada fungsi otak yang juga merubah mood dan tingkah laku. Penyakit ini akan menyebabkan disorentation [kegagalan untuk mengenalpasti waktu, arah, wajah-wajah sahabat dan juga tempat], hilang ingatan dan akhirnya dalam jangka masa 5-10 tahun, pesakit akan menjadi bisu, pekak dan lumpuh. Dan akhir sekali, semestinya maut.


"Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan..."


Satu bukti, kita dilahirkan cacat dan tidak cacat. Kan? Saya rasa tak perlu sangat nak hurai pasal benda ni. Cuma dari segi medical, congenital anomalies ni perkara biasa. Anda boleh rujuk di sini untuk melihat statistiknya.

"...Kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu..."

Lihat! Sub7anallah! Kalau tak mati ketika muda yakni dilanjutkan usia, kita akan mula menunjukkan ciri-ciri penyakit Alzheimer ini iaitu nyanyuk, tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahui dahulu! Dan kenyataan ini turut disokong oleh statistik dalam pengertian di atas iaitu:

"When considered by age groups, the incidence of Alzheimer disease is 3% for individuals 65 to 74 years old, 19% for 75 to 84 years, and 47% for 85 years or more"

Semakin tua, semakin tinggi incidence untuk Alzheimer disease! Sub7anallah! Kalau tengok pada awal ayat al-Quran tu sendiri pun, Allah SWT menggunakan ayat [إن كنتم في ريب] yang membawa maksud "sekiranya kamu ragu-ragu". Ayat yang diturunkan 1400 tahun dahulu, dibuktikan melalui kajian sains zaman sekarang.

 Dan sekiranya anda banyak berfikir, kenapa agaknya apabila kita semakin tua, kita semakin lemah? Kenapa kita tidak terus je membesar? hehe. Saje-saje je soalan ni. Benda ni boleh diterangkan secara medical, but kenapa tak boleh je kita membesar terus, tak jadi tua? keh keh keh.. Jawapannya? Kuasa Allah. Dan benda ni kita akan dapat kat akhirat nanti. Tak jadi tua sampai bila-bila. =)


Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. [surah ar-Room (30) : 54]


Oh, ya.. lupa pulak nak tunjuk slide Dr Huda Zahawi punya. Ni dia...


slide no 48 dari "CNS II 2011 Demyelinating & Degenerative D"


P/s: Doakan kejayaan kami dalam exam CNS II nanti. Lagi dua minggu T_T


~Wallahu a3lam~


03 Mac 2011

My dad Birthday

Assalamu3alaikum wbt...

Slamat Hari Lahir diucapkan kepada Papa!! Sorry, tak dapat wat post ni pada tarikh besday. Tapi da message kan? Hee.. Ni je mampu ijat buat~


Hope u like it!

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" [14:41]

"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [17:24]

p/s: game ni la yang papa slalu nampak ijat & eman main kat rumah sampai bising2 tu. hehe