30 April 2012

(حبة السوداء) Habbah as-Sauda



أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Fuhh. Dah lama tak update. Memang penuh dengan sawang + debu + habuk + tikus(?) da blog ni. Bukan apa, sebelum-sebelum ni ada prob kesihatan sket. Pergi ulang alik dari klinik. Buat test itu, test ini. Keluar diagnosis itu, diagnosis ini. Macam-macam. Sejak akhir bulan 12 lagi sebenarnya. Takpe la. Dugaan. Bila sakit camni, baru banyak ingat Allah. Doakanlah kat saya agar sembuh bebas penyakit.

Orait, kita kembali kepada topik. Habbah as-Sauda'. Mesti ramai penah dengar pasal benda ni. Dalam bahasa saintifiknya, Nigella Sativa. Dalam bahasa arabnya, macam dalam tajuk. Herba ini juga dipanggil Shunaiz dalam bahasa Parsi.

Bila dikaji tentang nilai pH pada herba ini, ada yang mengatakan bersifat asid, ada yang mengatakan bersifat alkali. Saya lebih suka kata benda ni bersifat alkali sebab bila makan yang pure punya, rasa kelat dan melegakan perut saya yang sangat berasid ini (Suka hati je punya konklusi =.=") Btw, paling latest, doktor kata saya ada gastric ulcer.

Okeh, bila dengar pasal benda ni, kita selalu dengar ada hadith yang cakap pasal benda ni. Even bila bukak kita at-tibb an-nabawiy karangan Ibn Qayyim pon, dia letak hadith pasal habbah as-Sauda ni. Saya cuba cari hadith ni dan jumpa:



 حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ وَسَعِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْمَخْزُومِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ  أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ فَإِنَّ فِيهَا شِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ وَالسَّامُ الْمَوْتُ  قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ بُرَيْدَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَعَائِشَةَ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَالْحَبَّةُ السَّوْدَاءُ هِيَ الشُّونِيزُ


Maksudnya (saya translate bab penting je ye?): Sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Ke atas kamu semua dengan al-Habbah as-Saudah ini. Sesungguhnya di dalamnya terdapat penawar dari segala penyakit kecuali as-Saam. Dan as-Saam itu adalah maut.
Dipetik dari :
سنن الترمذي - كِتَاب الطِّبِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - بَاب مَا جَاءَ فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ

Okeh. Hari ini saya belajar tentang batu karang kat buah pinggang. Dan salah satu jenis batu karang yang ada kat situ adalah jenis urate iaitu berasal dari uric acid. Kiranya, orang yang ada Gout akan lebih cenderung untuk kena penyakit ini. Batu karang ini mudah terhasil sekiranya pesakit Gout itu dalam keadaan dehydration (kurang air) di samping jika air kencingnya bersifat acid.

Tahukah anda, kalau batu karang tu kecil (bawah 4mm), camana nak rawat? (Soalan saya merujuk kepada batu karang jenis urate crystal) Senang je! Jadikan air kencing anda alkali! Hehe.. Dan saya baca dalam buku at-Tibb an-Nabawi, habbah as-sauda ni digunakan untuk merawat penyakit batu karang! Dan saya yakin, batu karang yang dimaksudkan adalah jenis urate. (Sebab tu saya lebih prefer kata herba ini bersifat alkali :-P )

Sebabnya, urate crystal ni terhasil dalam keadaan acid. So, dengan kata lain, air kencing bersifat alkali mampu mencegah dari pembentukan batu karang jenis ini. Maka, orang-orang yang ada Gout, boleh cuba herba ini untuk mencegah batu karang. Saya terlintas pasal ni sebab masa saya 1st year medical student, my father kena batu karang dan beliau ada Gout. Masuk wad. Hmm.. Terfikir tentang benda ni hari ni. Sebab tu semangat je nak hupdate. =.="

Ini petikan yang dipetik untuk rawatan uric acid stone dari website Medscape:

For smaller stones or incidental stones, allowing time for the stone to pass is appropriate. The primary treatment for uric acid stones includes increased hydration (urine output increased to 30 mL/kg/24h) and alkalinization (urine pH level >7) of the urine. If uric acid overproduction is the problem, allopurinol may be indicated. If increased urinary uric acid concentration is secondary to medication, substitution to another agent that is less uricosuric is suggested.

See? Kan saya da kataaaaaaaaaaa... Hehe. Besides, bila search kat internet, banyak dah research orang buat tentang herba ni. Dan sampai dikatakan herba ini mampu menyerap Arsenic, yang mana kita tau beracun.

Papepun, boleh jadi apa yang saya tulis ni benar, dan boleh jadi salah. Kita semua manusia. Besides, ada hadith kata:




عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :  ما أنزل الله داء إلا أنزل له شفاء  رواه البخاري



Maksudnya: Tidak Allah turunkan penyakit melainkan Allah turunkan baginya penawar.
Riwayat Bukhari.

Okeh la. Sakit kepala sudah datang. Jangan lupa doakan saya dapat jawab exam bulan 5 nnt dengan cemerlang. Tq!

~Allah a3lam~