10 April 2009

Keluhan atau Luahan?

Assalamu3alaikum wbt...

Semakin hari, umurku smakin tua. Semakin hari, semakin pendek umurku. Amalan? Wallahu a3lam.

Dalam minggu ini, diri ini terasa macam keletihan. Tak pasti pula keletihan dari segi apa.

Sedih...

Mengapa? Dulu diri ini pernah berjanji, akan istiqamah! Tetapi, dalam minggu ini, terasa hari semalam lebih baik dari hari ini... Mengapa ini berlaku?! Adakah tergolong dalam golongan yg celaka? Na3uzubillahi min zalik... Ya Allah, tabahkanlah hatiku dalam menghadapi hidup ini...

Minggu exam, diri terasa malas nak mengulang. Masih mengulang macam biasa. Tetapi kuantiti semakin berkurang. Kalau dahulu, ketika bukan di musim exam, aku boleh mengulang sehingga > 1 juzuk sehari.. tapi, ketika musim exam, kenapa ak mengulang tidak sampai sejuzuk? Hanya 10 muka surat bagi hafazan lama.. dan beberapa helai bagi hafazan baru... Adakah ak rasa bacaanku sudah mantap?! Oh, tidak sama sekali! Jika tidak, mengapa tidak mengulang seperti dahulu?! Malas?! Tiada masa?! Wahai hati, ingatlah, Allah telah bersumpah..



Wahai diri, ingat juga, semua manusia diberi masa 24 jam sehari semalam.. tiada yg dilebihkan, tiada yg dikurangkan. Mengapa kamu kata tiada masa sedangkan orang lain boleh melakukannya?!

Ada exam?! Ini hanya alasanmu! Salah kamu sbb tak stdy awal2.. Ingatlah masa lapangmu sebelum datang masa sempit... InsyaAllah, akanku ingat..

Namun, masih rasa sedih... Tak ku tahu kenapa... Seperti, ada sesuatu yg berlaku.. Rasa bimbang, resah, gelisah, smua silih berganti... Ya Allah, tenangkanlah jiwa ini, ak merayu padaMU... Berikanlah ketenangan jiwa kepadaku...

Hati, kamu tidak tenang? Mahukah ak ajarkan padamu bagaimana hendak tenang?

Ya, ak mahukan ketenangan hati... Ajarkanlah padaku..

Ingatlah firman Allah:




Baiklah... Akanku ingat, insya-Allah!

Tubuh... Penatkah engkau? Ya, ak penat! Kenapa engkau penat wahai tubuh? Ak penat melaksanakan tugas harianku. Wahai tubuh, jika engkau tidak mahu penat, matilah! Mengapa mati? Kerana mati merehatkan adalah tempat rehat bagi orang mu'min. Tetapi, cukupkah amalanku? Haa, jika engkau rasa tidak cukup, adakah wajar engkau rasa letih?

Minggu ini juga, ak terasa tubuhku semakin lemah. Mengapa? Pemakanan tidak sihat? Mungkin... Kurang bersenam? Mungkin... Kurang beribadah? Mungkin... Dan hari ini, ak terasa sakit di bahagian otot keting... begitu sakit! terutama ketika hendak melakukan sujud dan bangun untuk qiam dari sujud. Mungkin berlaku kecederaan di tibialis anterior muscle? Ya, mungkin juga... kerana ketika hendak sujud, ak melakukan perbuatan dorsiflexion.. dan pergerakan ini dikawal oleh tibialis anterior muscle... Tapi, ak tidak sedar, bila masakah kecederaan ini berlaku...??

Tidak mengapa... sakit itu penghapus dosa! Tapi, janganlah kamu mengeluh. Terimalah dengan redha setiap ujian yg datang kepadamu...



Ya, ak cuba mengingati pesanNya. Rupanya, ada byk dalam Kalamullah ini, pengajaran, pesanan, kata-kata smangat.. cuma kita perlu berusaha mencarinya...

Jadi, janganlah engkau merasa letih mengulangi bacaanmu setiap hari.. Al-Quran, satu mu3jizat yang agung! Amat berguna pada manusia. Janganlah menganggapnya sebagai beban ketika exam. Anggaplah ia sebagai punca semangat dan pendorong! insya-Allah berjaya! Ameen.. Ya Robbal 3aalamin..

Wallahu a3lam...

Tiada ulasan: