14 Mei 2009

Doa

Assalamu3alaikum wbt

Alhamdulillah.. diberi peluang oleh Allah swt setelah lama tidak dapat menulis, akibat kesibukan menjalani peperiksaan pertengahan bagi sem kedua. Doakan kejayaan saya supaya berjaya dalam bidang yg saya ceburi dan di dunia serta akhirat. Insya-Allah.

Hari ini, tajuk yg agak biasa. Iaitu DOA.. Apakah itu DOA? Ini bukanlah Dead Or Alive. Tetapi satu medium yg kita gunakan sebagai hamba untuk meminta sesuatu dengan Allah swt. Tidak kiralah meminta ampun, meminta hajat atau sebagainya.

Doa itu adalah senjata orang mu'min. Dan Allah swt sendiri menyuruh kita berdoa padaNYA.

Allah berfirman:



Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina. [surah Al-ghofar ayat 60]

Dari Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah saw telah bersabda:

Barang siapa tidak berdoa kepada Allah azza wajalla, Allah murka ke atasnya.

[riwayat imam Ahmad]

Pada zaman sekarang yang telah tersebar luas kesesatan, dan telah zahir padanya juga syahwat-syahwat di setiap tempat. Oleh itu, kita gunakanlah doa itu sebagai pelindung kita, dengan kita meminta perlindungan dari Allah swt. Bukan itu sahaja, Allah sendiri menyuruh kita berdoa padaNYA. Saya suka menggalakkan kita berfikir. Cuba bayangkan taraf kita dengan Allah swt. Kita hamba yg diciptakan oleh Allah, dan kita tidak mempunyai sebarang kuasa. Tidakkah kita rasa bahawa kita ini sombong jika kita tidak berdoa padaNYA sedangkan kita lemah? Jadi, bukankah berdoa itu penting? Bukankah Allah itu berkuasa diatas setiap sesuatu? Sebenarnya, tidak sukar untuk kita berdoa. Lebih-lebih lagi selepas solat. Ingatlah, berdasar dalil-dalil yang telah dikemukakan, janganlah kita jadi orang yang sombong kerana ia menjerumuskan kita kepada neraka.

Doa itu juga satu kepentingan dalam hidup sebagai seorang muslim kerana doa itu juga satu ibadah.

Rasulullah swt telah bersabda: Doa itu adalah ibadah. Kemudian, baginda membacakan:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

[hadith soheh, dari Ahmad (271/4), Abu Daud (1479) dan at-Tirmizi (3432)]

Allah memakbulkan doa orang yg makan makanan yang halal.

Antara sebab doa mustajab adalah menjaga makanan yang halal, menjauhi makan yg haram dari sumber apa pun, kerana Allah swt tidak menerima amalan kecuali amalan yg baik. Dan Allah menyuruh rasul dan kita makan makanan yang halal. Firman Allah:



Wahai rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. [surah al-mu'minuun ayat 51]



Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. [surah al-baqoroh ayat 172]

Dan sesungguhnya Rasulullah saw telah mengingatkan kita dgn satu kisah seorang pemuda yang bermusafir, rambutnya kusut masai serta tidak terurus, badannya berdebu, dan dia mengangkat tangannya ke langit seraya berkata, "Ya Robb, Ya Robb."

Makanan pemuda itu haram, minumannya haram, pakaiannya haram, adakah diterima Allah doa tersebut dgn adanya semua perkara tersebut? Sesungguhnya Allah, Yg Mencipta bumi dan langit, tidak menerima doa kecuali dengan makanan yg halal.

Doa diterima bagi orang yg menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Apabila seorang muslim meninggalkan amalan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran, maka diharamkan doanya diterima.

Sabda Rasulullah saw: wahai semua manusia........ Allah Azza Wajalla berfirman: Aku menyuruh kamu menyeru dengan kebaikan, dan menyuruh kamu mencegah dari kemunkaran, dari sebelum [kamu lakukan] itu, kamu berdoa padaKu, maka Aku tidak terima, kamu meminta padaKu, maka Aku tidak memberikan padamu, kamu memohon ampun padaKu, maka Aku tidak ampunkan kamu.

[hadith hasan dikeluarkan Ahmad (159!6), Ibnu Maajah (4004) dan Al-Bazaar (3304) di dalam musnadnya]

Oleh yang demikian, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemunkaran, menyebabkan doa diterima. Dan berlawan bagi orang yang meninggalakan perkara ini.

Antara perkara lain yg menyebabkan doa diterima:-
-Menunaikan hak-hak Allah
-Beramal dengan kitab Allah
-Mengikuti Nabi saw
-Bersedia menghadapi mati

3 golongan yg doanya diterima tanpa ragu iaitu doa orang yg dizalimi, doa orang yg bermusafir dan doa ibu bapa terhadap anaknya.

Dari Abi Hurairah ra meriwayatkan, dari Rasulullah saw, telah bersabda baginda:
3 doa yang mustajab tanpa syak di dalamnya; Doa orang yang dizalimi, doa orang yg sedang bermusafir dan doa kedua ibu bapa ke atas anaknya.

[dikeluarkan oleh Abu Daud (1531), at-tirmizi (1970), Ibnu Maajah (3862), Al-Bukhori* (32), Ahmad (154!4) dan Ibnu Hubaan (2688)

* dalam الأدب المفرد

Kisah:

Berkata Syaqiq Al-Balakho:

Suatu hari, ketika Ibrahim ibnu Adham ra melawati salah satu dari pasar di Basroh, maka berkumpul manusia-manusia di situ kepadanya. Mereka berkata, "Wahai Aba Ishaq [ayah kepada Ishaq], sesungguhnya Allah ta3ala berfirman dalam kitabnya:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

dan kami berdoa padaNya bertahun-tahun tetapi dia tidak menerimanya?!

Maka berkata Ibrahim Ibnu Adham:

Wahai ahli Basroh, telah mati hati kamu disebabkan 10 perkara:


1- Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNYA.

2- Kamu membaca Kitab Allah tetapi kamu tidak beramal dengannya.

3- Kamu mendakwa kamu menyintai Rasulullah saw tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.

4- Kamu mendakwa syaitan itu musuh kamu tetapi kamu mempersetujuinya.

5- Kamu katakan "Kami menyukai Syurga" tetapi kamu tidak beramal untuk mendapatkannya.

6- Kamu katakan "Kami takutkan Neraka" tetapi kamu tidak melarikan diri darinya.

7- Kamu katakan "Sesungguhnya mati itu benar" tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

8- Kamu sibukkan diri kamu dengan keaiban saudaramu [untuk menasihati] tetapi kamu meninggalkan [lupakan untuk menasihati] aibmu sendiri.

9- Kamu memakan nikmat [rezeki] Tuhanmu tetapi kami tidak bersyukur dengannya.

10- Kamu mengebumikan jenazah-jenazah dari kalanganmu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.

Wallahu a3lam.

Tiada ulasan: