Assalamu3alaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang untuk hidup dalam keadaan beriman kepadaNYA...
Alhamdulillah, setelah berfikir untuk beberapa hari, sy telah buat kputusan, iaitu mengambil subjek Fiqh untuk subjek pilihan sy kat Jordan University of Science & Technology.. ramai yg tidak mahu mengambil subjek ini sbb dia diajar dalam bahasa arab.. Namun begitu, sy berpendapat, kalau kita dtg negara timur tgh, tapi tidak mengambil peluang sperti ini, adalah amat rugi.. lagipun, smasa diinterview oleh penaja masing2, sy yakin, ramai ditnya sbb ataw alsan mereka hendak ke timur tgh. Mostly kata, "sy nak mmperkasa bahasa arab", "sy nak bertalaqi dgn syeikh2", "sy nak blaja agama", dan macam2 lagi.. So, marilah kita ramai2 amik fiqh next year ye? Dan topik ini adalah ape yg sy dapat dalam kelas fiqh tersebut..
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Apa itu khuf?Khuf adalah sesuatu yang dikenakan pada kaki, yang terbuat dari kulit atau selainnya.1 (المسحُ على الخُفَّين, Bab Fatawa fil المسح على الخُفَّين; Asy-Syarhul Mumti3, 1/182)
Dasar Hukum Mengusap KhufBila seseorang yang berwudhu dalam keadaan mengenakan khuf, maka ia tidak perlu membuka khufnya untuk mencuci kaki namun cukup sebagai gantinya mengusap di atas khufnya. Demikian As Sunnah menerangkan dalam permasalahan ini.
Daripada Jarir ra berkata: Aku telah melihat Rasulallah saw membuang air kecil, kemudian baginda berwudhu' dan menyapu di atas kedua khufnya.
[mutafaqun 3alaih]
Adapun yg beranggapan tentang pengusapan khuf itu hukumnya terhapus (mansukh) dengan perintah mencuci kedua kaki dalam Surat Al-Maidah ayat 6, maka itu adalah tidak benar. Anggapan itu terbantah oleh hadith Jarir ra yang telah sy bawakan di atas, kerana keislaman beliau setelah turunnya Surat Al-Maa'idah. Dan dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah, ia berkata: "Tujuh puluh orang sahabat Nabi saw telah bercerita kepadaku bahawa baginda saw mengusap di atas kedua khufnya yang dikenakannya."
Siapa yg Boleh Memakai Khuf?Semua orang dalam smua keadaan. Musim sjuk, musim panas, wanita, lelaki, kanak2, sihat, sakit.. tapi kalo memudharatkan, takleh lah ye?
Syarat-syarat membolehkan sapuan1-Memakai kedua-dua khuf tersebut setelah sempurna melakukan toharoh (wudhu')
Kalau kita membasuh sebelah kaki kanan ketika wudhu', kemudian memakai khuf di kaki kanan, kemudian membasuh kaki kiri lalu memakai khuf di kaki kiri, maka TIDAK BOLEH membuat sapuan khuf ketika wudhu' akan datang. Hal ini diterangkan melalui hadith al-mughiroh ra.
Berkata Al-mughiroh: Rasulullah saw bersabda: Biarkan kedua khuf ini, karena aku memasukkan kedua kakiku ke dalam kedua khuf ini dalam keadaaan kedua kakiku suci.
(riwayat Asy-Syaikhon)
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: "Dalam hadith ini ada dalil bahawa mengusap khuf itu tidak dibolehkan kecuali bila mengenakannya dalam keadaan di atas toharoh yang sempurna iaitu dengan cara setelah selesai dari berwudhu secara sempurna kemudian mengenakan kedua khufnya"
2-Khuf itu adalah baik;
a) menutup anggota wudhu' kaki iaitu atas dari buku lali. Jika pendek, maka TIDAK BOLEH membuat sapuan khuf ketika wudhu' akan datang, kerana apa yg zahir (nampak), wajib dibasuh, dan apa yg tersembunyi kewajipannya adalah sapu.
b) iaitu kuat yg mmbolehkan kita berjalan di atasnya dgn kadar boleh qasar.
c) kalis air kecuali pada tmpat yg dijahit padanya.
d) Bebas daripada najis kerana najis itu menghalang dari sahnya solat. Dalil dalam hal ini adalah ketika Rasulullah saw solat bersama para sahabatnya dalam keadaan baginda mengenakan sandal, tiba-tiba di tengah solat baginda melepaskan sandalnya tersebut. Selesai solat, baginda sampaikan kepada para sahabatnya bahawa Jibril as memberitahu pada kedua sandal baginda ada najis. (riwayat Abu Daud)
Tempoh yg Dibenarkan Melakukan Sapuan.Bagi orang yg bermukim, dibenarkan hanya sehari semalam dan bagi orang yg bermusafir dibenarkan 3 hari 3 malam.
Dari Abu Bakr: Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Dibenarkan bagi orang yg bermusafir 3 hari dan beserta malam-malamnya, dan bagi orang yg bermukim di benarkan sehari semalam apabila dia bersuci dan memakai kedua2 khufnya untuk menyapu dia atas keduanya.
(riwayat ibnu Khorimah dan ibnu Hubban dalam soheh keduanya)
Dan dari Sofwan bin 3assal ra berkata: Rasulullah saw menyuruh kami agar tidak mencabut khuf kami selama 3 hari berserta malam-malamnya jika kami bermusafir kecuali junub. Tetapi jika kecing atau berak atau tidur, maka tidak (jgn cabut).
(riwayat an-nasaa'i dan tirmizi)
Di dalam Hasan Soheh (lihat sunan tirmizi 316/1), disyaratkan musafir itu bukan bertujuan ma3siat. (jika bertujuan itu, maka tempohnya sama seperti bermukim)
Permulaan Tempoh Sapuan.Bermula dikira tempoh tersebut ialah apabila kita mula berhadas, bukan pada waktu kita menyapunya buat kali pertama.
Cara-cara melakukan sapuan.Menyapu pada bahagian atas khuf itu.
Dari Al-Mughiroh ra: Aku melihat Rasulallah saw menyapu di atas kedua-dua khuf secara zahir.
(riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)
ataw
Menyapu pada atas dan bawah khuf tersebut.
Dari Al-Mughiroh bin Syu3bah ra: Sesungguh Nabi saw menyapu bahagian atas khuf dan bawahnya.
Dan cara melakukan sapuan itu adalah dengan meletakkan tangan kiri di bawah tumit dan tangan kanan di atas jari-jari kaki. Kemudian bergerak tgn kanan ke pangkal kaki dan bergerak tgn kiri ke hujung jari kakinya.. [diringkaskan akibat pening]
Apa yang menyebabkan kita tidak boleh buat lagi sapuan?1-Tanggal khuf itu sama ada salah satu ataw kedua-duanya ataw menjadi khuf itu tidak baik lagi (rujuk kat syarat2 membolehkan sapu, no 2). Jika berlaku dan masih dalam keadaan suci, maka hanya perlu mambasuh kaki tanpa berwudhu' penuh.
2-telah tamat tempoh yg dibenarkan untuk sapu iaitu sehari semalam bagi yg bermukim dan 3 hari 3malam bagi yg bermusafir. Dan jika hendak menyapu kembali, hendaklah dia membuat pemakaian khuf yg baru. (wudhu sempurna smula, pastu pakai khuf)
3-terkena najis yg tidak boleh dibasuh/dibersihkan pada khuf tersebut. Sekiranya tempat terkena najis itu boleh dibasuh maka tidak batal.
Wallahu a3lam..
Sekiranya ada kesilapan, silalah tegur. Kerana sy hanya manusia yg seringkali melakukan kesilapan.
Sumber Rujukan Utama:
Al-Fiqhu al-muyassaru fil 3ibadadaat wal mu3aamalaat.