13 November 2011

Simple tetapi Padat


 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Allah SWT selalu menegur kita dengan pelbagai cara. Lain orang, lain caranya. Kali ini, saya rasa tersentuh dengan satu ayat Al-Quran dari surah al-a'raaf. Ayatnya simple, tetapi begitu mendalam maksudnya bagi saya.

Allah berfirman:


Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).
[Al-a'raaf (7) : 201]



Kalau kita tengok asal perkataan taqwa itu sendiri bermaksud takut. Jadi, bila kita benar-benar takut pada Allah SWT, insyaAllah bukan mudah syaitan nak menghasut kita. Kerana apa? Kita ingat pada Allah dan ajaran-ajaranNya. Kita takut pada azabNya.

Secara jujurnya, rasa terpukul dengan ayat ni. Cuba check diri kita sendiri, kadang-kadang dengan mudah je kita mengutuk orang tak kira sama ada sengaja atau tidak. Mungkin tidak cukup lagi rasa takut kita pada Allah sampai begitu mudah melakukan benda-benda maksiat. Mungkin kita tidak lagi dapat nak rasa yang ada malaikat yang mencatat amalan kita 24/7. Dalam ayat di atas, digambarkan bagaimana orang yang bertaqwa apabila mereka dihasut syaitan. Mereka sedar! Sub7anallah..

Di akhir tahun hijrah untuk tahun ini, marilah kita muhasabah apa yang dah kita buat, apa yang kita tak dapat buat dan apa yang kita cadang nak buat. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas-lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah

~Wallahu a3lm~

12 November 2011

Terhantuk Cinta

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Ni pengalaman sepanjang cuti Eidul Adha kat Jordan. Hee. Kenapa tajuk dia Terhantuk Cinta? Sebab cerita ini untuk menghantukkan atau mengejutkan orang yang sedang bercinta (yang tak kawin lagi) di luar sana tapi duduk pegang2. Kadang2, bila dah sayang, syariat hilang entah ke mana. Kan? Lagi2 kalau kita ni jurusan agama. Takut jadi fitnah pula pada agama. Astagfirullah.. Sama2 kita beristighfar. Dan kepada wanita2 di luar sana, jangan bagi peluang langsung walaupun pegang je kecuali pada suami anda yang sah =)

(click di sini untuk versi facebook)
Enjoy it!













Heee.. That's all. Mudah-mudahan sampai la messagenya ye? :)

~Wallahu a3lm~