08 Mac 2008

AWAS!!

                 Waspadalah terhadap website di bawah ini:

1. www.answering-islam.org

2. www.aboutislam.com

3. www.thequran.com

4. www.allahassurance.com

Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh
kaum Yahudi

yang

senantiasa gencar menyebarkan pemahaman
yang salah tentang

Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara
Muslim di dunia.

Selalu waspada dan jeli terhadap semua sumber informasi tentang Islam
yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh
meyakinkan.

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!


Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia bisa saja mendapatkan informasi
yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat
menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Sombong Pusaka Iblis

Sombong merupakan satu sifat keji yang dibenci Allah dan rasul malah oleh seluruh isi alam ini. Mengekalkan sifat sombong ertinya mengekalkan diri dalam kutukan Allah. Abu Laits Al Samarqandi meriwayatkan ; daripada Ka'bul Ahbar :
Orang yang sombong itu akan datang pada Hari Qiamat berupa orang sekecil semut, diliputi oleh kehinaan dan diberi minum "Thinatul Khabaal" yakni darah bercampur nanah daripada ahli neraka.

Sifat sombong atau ego ini hampir semua orang memilikinya , cuma sesiapa yang kuat mujahadah dan takutkan Allah sahaja berjaya mengikis sifat keji ini. Antara ciri-ciri seseorang itu ada penyakit sombong ialah:

  1. Suka memperkecilkan orang lain lebih-lebih lagi orang yang dipandang hina dan lebih rendah taraf darinya.
  2. Susah menerima sebarang nasihat, teguran atau kritikan daripada orang lain terutama orang di bawahnya.
  3. Bermegah dengan keistimewaan anugerah Allah kepadanya, seperti cantik, berjawatan tinggi, kaya, bijak, mahsyur, dipuji orang, keturunan baik dan sebagainya.
  4. Suka marah-marah kepada orang atau membentak-bentak orang di khalayak ramai.
  5. Rasa diri hebat, sempurna, kuat hingga membelakangkan kehebatan dan kebesaran Allah samasekali.
  6. Suka bergaul dengan orang yang setaraf dengannya sahaja.
  7. Pendapatnya sahaja yang betul dan mesti diterima, orang lain salah dan tidak penting.
  8. Susah minta maaf dan senyum pada orang lain.
  9. Tidak pernah fikir kesusahan orang , ia fikir kesenangannya sahaja.

    Apakah ciri-ciri di atas ada pada kita? Kalau ada ertinya kita memiliki sifat sombong, dan kita dalam kemurkaan Allah.

    Sifat sombong jika dikekalkan ia akan membinasakan hidup kita di dunia dan Akhirat. Di dunia, susah payah hidup, kita tanggung sendirian. Bila mati tidak ada seorang pun yang akan mengenang. Orang yang sombong akan dibenci ke mana sahaja dia pergi. Kalau dia seorang bos pejabat, anak-anak buah akan menjauhkan diri, jika dia pemimpin , suatu hari nanti ia akan digulingkan dan jatuh sejatuhnya.

    Lihatlah pada kesudahan orang-orang yang menyombongkan diri mereka. Azazil, ketua para malaikat; kerana sombongnya dia dihalau keluar dari Syurga. Firaun ditelan Laut Merah kerana kesombongannya mencabar Allah dan mengaku dirinya tuhan. Qarun ditelan bumi bersama harta yang meilmpah ruah juga kerana sombong. Kikislah sifat sombong ini dengan berkata pada diri:
    "Wahai diri...kalau kau sombong kau akan kehilangan kawan. ALlah dan Rasul dan seisi alam akan membenci mu. Hidup keseorangan seperti kera sumbang. Syaitan, firaun, Namrud, Qarun menjadi temanmu dalam Neraka. Sanggupkah kau menanggung azab siksa Neraka yang manusia dan batu menjadi bahan bakarannya? Kawah yang isinya logam cair menggelegak, akan dicelupkan dirimu ke dalamnya. Tahankah dengan siksaan itu??"

    Sebagai penawar kepada sifat-sifat sombong ini , amalkan setiap hari:
    1. Baca Surah Ad Dukhan
    2. Selawat
    3. Mengekalkan sifat kehambaan walau di mana berada.

    InsyaAllah kita akan terselamat daripada sifat terkutuk itu.
    Tiada gunanya kita mempertahankan sombong. Firman Allah :

    "Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai setinggi langit."
    Oleh itu burui lah sifat tawadhuk; merendah diri dgn Allah
Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid

Larangan Rasulullah s.a.w

Daripada Al Mughirah bin Syukbah RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
Bahawasanya Allah telah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, membunuh anak perempuan hidup-hidup, menahan dan meminta-minta; dan Allah benci kepada kamu yang sering membicarakan perkara yang tidak berfaedah, banyak bertanya, dan membuang harta – Riwayat Bukhari

Huraian Hadis

  • 'Derhaka kepada ibu' bermaksud juga menderhaka kepada bapa, iaitu derhaka kepada perkara yang bukan maksiat. Sesungguhnya termasuk di dalam pengertian derhaka adalah:
    1. Tidak menunaikan hak mereka sebagai ibu bapa
    2. Menyakiti hati mereka sama ada dengan perbuatan atau perkataan, sedikit mahu pun banyak
  • Al-Quran telah meletakkan kedudukan kedua ibu bapa selepas Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:
    Tuhanmu telah mewajibkan bahawa janganlah kamu menyembah selain dari Allah, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa – Al Isra' 23

    Dan sambungan ayat tersebut adalah:

    Janganlah engkau katakan kepada kedua mereka dengan "Ah!" dan mengherdik; berkatalah engkau kepada kedua-duanya dengan kata-kata yang mulia, iaitu kata-kata yang menyenangkan hati mereka

    Apabila kedua ibu bapa menyuruh berbuat sesuatu yang yang bertentangan dengan syarak, maka tidaklah harus ditaati, bahkan memadailah melayannya secara patut dan tidak sampai kepada kemurkaan Allah.

  • 'Membunuh anak perempuan' pula bermaksud perbuatan ini adalah diharamkan, iaitu perbuatan yang berleluasa di zaman jahiliah dahulu berikutan perasaan takut, malu, dan lapar. Namun demikian, di zaman moden ini pun unsur ini masih wujud, tetapi di dalam bentuk yang didokong oleh pihak-pihak tertentu, di atas nama perancang keluarga, dan sebagainya. Perbuatan ini tetap merupakan satu usaha penghapusan zuriat, yang tidak jauh bezanya dengan kempen penghapusan etnik oleh kaum tertentu yang lain.
  • 'Menahan dan meminta-minta' bererti menahan daripada hak-hak yang wajib, dan tidak mengeluarkan hak orang yang patut mendapatkannya. Lebih bahaya lagi jika seseorang itu memperoleh hartanya melalui jalan yang haram, semata-mata kerana didorong oleh perasaan tamak haloba, dan terlalu mementingkan diri sendiri. Menurut hadis Rasulullah SAW:
    Sesiapa yang mendapatkan harta dunia daripada jalan-jalan yang tidak dibenarkan, maka pada hari kiamat nanti rupa mukanya tidak sedikit pun berdaging; buruk, seburuk-buruknya
  • Suka membicarakan perkara-perkara yang tidak berfaedah, titik-bengik, dan sebagainya juga adalah dilarang. Kata-kata yang mendatangkan dosa, seperti mengumpat dan mengata-ngata orang lain, boleh menyebabkan permusuhan dan perkelahian, malah merosakkan keharmonian sesebuah masyarakat yang asalnya tenteram dan aman.
  • Sikap seperti banyak soal dan bertanya, suka mengintip hal peribadi orang lain, meminta-minta harta orang lain, dan banyak berbahas di dalam perkara yang tidak memberi faedah, boleh membawa kepada perangkap syaitan yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan diri sendiri dan masyarakat.
  • 'Membuang harta' pula bermaksud membelanjakan harta di tempat-tempat yang tidak diharuskan syarak, termasuklah seperti membazir dan berbelanja dengan melampau kepada perkara-perkara yang diharuskan, yang boleh menyampaikan kepada yang haram dan seterusnya menyebabkan fakir dan miskin, dan perasaan menyesal. Perbuatan yang dimaksudkan termasuklah seperti berbelanja dengan melampau semasa majlis keramaian, perkahwinan, sambutan hari raya, dan untuk perhiasan yang melebihi daripada biasa. Membelanjakan harta hendaklah dengan cara yang sesuai, wajar dengan keadaan dan suasana, menurut lunas-lunas yang dibenarkan, dan menuju ke arah kebajikan.
Kesimpulan Hadis
Semua perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam bentuk larangan ini adalah bertujuan untuk membina sahsiah dan peribadi seorang mukmin, yang bertaqwa dan layak untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Sesungguhnya sifat yang terbina dari hadis ini adalah sifat-sifat yang murni, yang tentunya akan melahirkan masyarakat yang harmoni.

Wallahu'alam

Assalamu'alaikum w.b.t

di sini, ana nak bercakap mengenai sesuatu:

TAUHID memberikan ketenangan dan kedamaian di dalam jiwa manusia yang
beriman. Jiwa itu tidak akan dimasuki oleh tindakan kesewenangan yang
telah merasuki dan menguasai orang-orang musyrik. Dia menutup pintu ketakutan yang telah dibuka oleh manusia itu sendiri. Takut tentang rizki, ketakutan terhadap ajal, ketakutan terhadap diri sendiri, keluarga dan anak, ketakutan dari manusia lain,ketakutan dari jin, ketakutan dari kematian dan kebangkitan kembali setelah kematian.

Dalam kaitan itu Al Qur'an mengungkapkan sebuah dialog antara Nabi Ibrahim dengan kaumnya yang musyrik. Yaitu ketika mereka menakut-nakutinya dengan berhala-berhala dan tuhan-tuhan bathil, yang kemudian dijawab oleh Nabi Ibrahim as. dengan ucapan yang mengagumkan :

"Bagaimana aku takut kepada sembahan-sembahan yang kamu persekutukan
(dengan Allah), padahal kamu tidak takut mempersekutukan Allah dengan
sembahan-sembahan yang Allah sendiri tidak menurunkan hujjah kepadamu
untuk mempersekutukan-Nya. Maka manakah diantara dua golongan itu yang
lebih berhak mendapat keamanan (dari malapetaka), jika kamu mengetahui?"
(QS. Al An'am : 81)

Kemudian Allah menjelaskan tentang siapa di antara dua golongan yang mendapat keamanan, yaitu "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. Al An'am : 82)

Keamanan yang didapati oleh orang-orang yang beriman itu memancar dari dalam jiwa mereka, bukan dari pengawalan polis. Itu adalah keamanan dunia. Sedangkan keamanan di akhirat akan lebih besar dan kekal. Karena mereka mengikhlaskan seluruh amal perbuatan untuk Allah dan tidak mengotori ketauhidan dengan noda-noda syirik.

Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Mas'ud ra. yang berkata :

Ketika turun ayat "Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan
iman mereka dengan kezaliman", kami bertanya kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami yang tidak menzalimi dirinya?"

Dijawab oleh baginda, "Bukan sebagaimana yang kamu katakan. Tidakkah kamu mendengar kata-kata Luqman kepada anaknya : "Hai anakku janganlah engkau mempersekutukan Allah karena sesungguhnya syirik (mempersekutukan Allah) itu adalah kezaliman yang sangat besar." (QS. Luqman : 13).

Maka kalimat 'tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman', ialah karena mereka mengikhlaskan agama mereka hanya untuk Allah dan tidak menodai ketauhidannya dengan kemusyrikan.

أهلا و سهلا

Selamat datang ke blog ana... Ana masih baru dalam bab² blog nih... takpe... usaha tangga kejayaan.. sebenarnya, ana buat blog ni pun untuk menyebarkan maklumat² berkaitan dengan agama... kalau ada sebarang kemusykilan atau pertanya berdasarkan apa yg telah ana postkan, contact la...