26 Januari 2009

Boikot?

Assalamu3alaikum wbt

Di sini, ana nak menjawab soalan sahabat ana yg bertanya pasal boikot.

Soalannya:

"Kalau boikot diteruskan, bagaimana dengan pekerja-pekerja muslim yang bekerja di Syarikat-syarikat seperti KFC dan McD? Bagaimana mereka hendak hidup di zaman yang mengalami kegawatan ekonomi?"

Jawapannya:

Salam

Dalam bab ini, kita kena yakin pada janji-janji Allah:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ ﴿٦﴾

(6) Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud 11:6

dan juga hadith Rasulullah s.a.w:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Kan Allah dah tetapkan rezeki? cuba berikan satu dalil dari Al-quran yg menyatakan Allah sruh kita cari rezeki. Ingat balik tujuan asal kita ke dunia. Jika kita penuhi tujuan tu, ana yakin, InsyaAllah, dipermudahkan dlm kehidupan. Tak semstinya perlu bergantung pada KFC ataw McD dsb.

Tujuan kita dicipta

1: Mengabdikan/menghambakan diri kepada Allah swt

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾ مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ ﴿٥٧﴾ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ ﴿٥٨﴾

56) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu

(57) Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

(58) Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Surah Az-Zariyat 51:56-58

2: Sebagai khalifah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Surah Al-Baqarah 2:30

Cuba kita tgk pengertian surah az-zariyat ayat 58 tuh.. HANYA Allah yg memberi rezeki.. bukan KFC atau McD

Yang Baik itu segalanya dari Allah swt, dah yg buruk itu dari diri ini.

P/s: kalo ada kesilapan, boleh la tegur.. ada ruangan chat box.. bgtau kat situ.. Syukron

Wallahu 3alam..

25 Januari 2009

Karangan Terbaik?

Karangan budak darjah 4..

Baca sampai habis taw.. ana tak edit ni.. huhu.. agak pening kalo anda buat time line.. hehe


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit ADOBI (Adoi! Babi!). Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit ADOBI (Adoi! Babi!) dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sains & Islam

Assalamu3alaikum..

Mari kita lihat betapa indahnya Islam dan betapa hebatnya Kuasa Allah s.w.t

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, menurut Dr Jamnul Azhar, di hospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

Selain itu, cuba fikir-fikirkan kenapa penjajah mengajar kita makan beradab dengan menggunakan sudu dan garfu? Mengapa kita panggil makan dengan sudu itu makan beradab? Adakah makan dengan tangan itu biadab? Renung-renungkahlah

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu. Kalo ana tak silap, Rasulullah s.a.w tak penah sakit perut.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahmaanirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. (ada doktor cakap camni. Cuba la kaji!)

4. Cara Rasulullah minum.

Berdasarkan apa yang ana baca kat jami3ah, dia kata, minum air itu secara hirup air, kmudian bernafas. Dia kata sebanyak 3 kali. Tapi rasanya kalo air tuh banyak, minum dah banyak kali pun.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Kalo ana tak silap, ada yang mengatakan boleh menyebabkan mandul. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan juga meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.

5. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dansel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia.

Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Sumber:
Dr Jamnul Azhar dalam ucapan beliau

17 Januari 2009

Sayangnya Allah Terhadap Wanita

Assalamu3alaikum wbt...

Pada zaman sekarang, kerap kali kita dengar kaum2 hawa ni kononnya nak mempertahankan hak asasi manusia yg mana dianggap kuno atau kejam. Ramai yg kata sistem Islam tidak adil. Namun tahukah mereka mengapa Allah buat begitu? Ideologi ni turut disebarkan dalam Sister in Islam.. ish3.. knp mereka nak sangat? Ok, tanpa cakap banyak, ana letakkan apa yang mereka tak puas hati sangat serta benda-benda yg dianggap tidak releven berdasarkan hak-hak asasi manusia.

1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

- Menjadi saksi juga merupakan satu kerja yang menyusahkan. Nak kena turun naik mahkamah, kena bagi keterangan, macam-macam kena buat. Nak ke jadi saksi? Bukan itu sahaja, Allah dah tahu emosi wanita ni mudah sangat terganggu. Kalau contohnya si pesalah buat muka/cerita sedih, mungkin wanita itu menarik balik saksinya.

- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.

- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika ana tersilap).

- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.



Adakah ini masih dianggap melanggar hak-hak asasi manusia?

Masya-ALLAH... sayangnya Allah pada wanita ....kan?

10 Januari 2009

Doa Qunut Nazilah

Assalamu3alaikum wbt

Kat sini ana letak yg berbaris punya.. supaya ramai2 bleh hafal dan baca.. insya-Allah!



Amiin!!

07 Januari 2009

Tak Dapat Tido..

Assalamu3alaikum wbt..

Malam ini, entah kenapa agak sukar mata ini nak lelap. Bila susah nak lelap, mulalah melayari internet. Melihat keadaan di Ghazzah. Ya Allah, makin teruk! Jumlah mereka yang syahid semakin hari semakin meningkat. Sedih sekali. Tapi, bila teringat firman Allah S.W.T, mungkin kurang sedikit sedih tu..

Firman Allah:

وَلَا تَقُولُواْ لِمَن يُقۡتَلُ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ أَمۡوَٲتُۢ‌ۚ بَلۡ أَحۡيَآءٌ۬ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ


Maksudnya:
Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereke) hidup*, tetapi kamu tidak menyedarinya.


*Hidup di sini bermaksud hidup di alam lain yang bukan alam kita ini. Tempat mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan di sisi Allah dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui bagaimana keadaan kehidupan di alam itu.

Marilah kita bersama-sama berdoa:

اللهم إنا نجعلك في حرور أعداءنا

ونعوذبك من شرورهم

اللهم بدّد شملهم وفرّق جمعهم

وشتّت كلمتهم وزلزل أقدامهم

وسلّط عليهم كلبا من كلابك

يا قهّار

يا جبّار

يا منتقم

يا الله يا الله يا الله

يا منزل الكتاب

ويا مجرى السّحاب

ويا هازم الأحزاب

اهزمهم وانصرنا عليهم



Maksudnya:

Ya Allah, Sesungguhnya kami letakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!

Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, kacau bilaukan persatuan mereka!

Cerai-beraikan pakatan mereka! Goncangkan pendirian mereka!

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!

Wahai Tuhan Yang Penuh Raksaka!

Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!

Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB!

Wahai Tuhan yang mengerakkan awan!

Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab

Kalah Mereka! Menangkanlah Kami ke atas mereka!



أمين يا رب العالمين


Dan jangan lupa boikot:




KERANA...