26 Januari 2009

Boikot?

Assalamu3alaikum wbt

Di sini, ana nak menjawab soalan sahabat ana yg bertanya pasal boikot.

Soalannya:

"Kalau boikot diteruskan, bagaimana dengan pekerja-pekerja muslim yang bekerja di Syarikat-syarikat seperti KFC dan McD? Bagaimana mereka hendak hidup di zaman yang mengalami kegawatan ekonomi?"

Jawapannya:

Salam

Dalam bab ini, kita kena yakin pada janji-janji Allah:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ ﴿٦﴾

(6) Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).

Surah Hud 11:6

dan juga hadith Rasulullah s.a.w:

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

Kan Allah dah tetapkan rezeki? cuba berikan satu dalil dari Al-quran yg menyatakan Allah sruh kita cari rezeki. Ingat balik tujuan asal kita ke dunia. Jika kita penuhi tujuan tu, ana yakin, InsyaAllah, dipermudahkan dlm kehidupan. Tak semstinya perlu bergantung pada KFC ataw McD dsb.

Tujuan kita dicipta

1: Mengabdikan/menghambakan diri kepada Allah swt

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿٥٦﴾ مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ ﴿٥٧﴾ إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ ﴿٥٨﴾

56) Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKu

(57) Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.

(58) Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dialah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.

Surah Az-Zariyat 51:56-58

2: Sebagai khalifah

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.

Surah Al-Baqarah 2:30

Cuba kita tgk pengertian surah az-zariyat ayat 58 tuh.. HANYA Allah yg memberi rezeki.. bukan KFC atau McD

Yang Baik itu segalanya dari Allah swt, dah yg buruk itu dari diri ini.

P/s: kalo ada kesilapan, boleh la tegur.. ada ruangan chat box.. bgtau kat situ.. Syukron

Wallahu 3alam..

Tiada ulasan: