27 Julai 2009

Apa yang ku lihat...

Assalamu3alaikum wbt...

Dah lama tidak menulis. Tetiba je rasa macam nak menulis. Mungkin sbb kebosanan? Oh, tidak! Sebab terasa ada benda yg hendak dan perlu disampaikan.. Apakah itu? Teruskan membaca.


Sejak zaman sekolah dulu, sering sy melihat pelbagai ragam bagaimana manusia solat. Bermacam-macam cara.. Kadang2, terdetik dalam hati, yg mana satu yg betul? Yg mana satu salah? Yg mana satu kurang tepat?

Saya bukanlah seorang yg perfect dalam bab solat.. tetapi, sy sering tertanya-tanya, adakah pergerakan solat kita tu, kita buat berdasarkan ilmu ataw taqlid buta semata-mata? Harap-harapnya, kita berdasarkan ilmu. Kerana Imam Ghazali pernah berkata,

"Ilmu tanpa amal itu gila. Dan amal tanpa ilm itu tidak menjadi [tidak sah]"


Oleh yg demikian, menjadi kewajipan ke atas kita untuk mempelajari ilmu agama. Tanpa ilmu agama, tidak mungkin seseorang itu dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t dgn sempurna. Namun begitu, sy agak KECIWA dgn masyarakat hari ini. Mereka membeza-bezakan agama dengan cara hidup. Bagi mereka, agama ini hanya solat, zakat, haji, puasa. Dan mereka juga menganggap, asal sbut je masjid, pasal agama.. sbut ilmu sains, sudah keluar dari topik agama. Sedangkan byk je dalil2 dalam al-quran yg berkaitan dgn sains. Contohnya:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

[4:56]

Perhatikan ayat ini... apa yg anda dapat di sini? Di sini, kita boleh lihat berkaitan dgn pain receptor. Bila kita amik subject sperti anatomy atau biology, kita akan blaja perkara berkaitan dgn pain receptor. Apabila dikaji, pain receptor terletak di kulit! Perhatikan ayat dari Allah swt ini. Dah jelas ditulis disitu, "...Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab..."

Nah, kepada sesiapa yg masih ragu2 dgn Al-Quran, sudah terbukti! Sehinggakan Allah swt turut berfirman:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

[4:82]

Lihat! Adakah kita melihat al-Quran bertentangan dengan sains? Tidak sama sekali..



Opss.. terlajak pulak.. takpe2.. ter"excited" pula.. kembali kepada bab tadi iaitu pelik dgn solat...

Situasi 1:
Abu solat 3Isya'. Setiap kali dia bangun dari dari sujud yg kedua pada stiap rakaat, dia akan mengangkat tangan seolah2 takbiratul ihram.

Komen:
Adakah benar angkat seolah2 takbiratul Ihram pada setiap kali bangun dari dari sujud yg kedua pada stiap rakaat?

Jawapan yg sy dapat dari kelas feqh:
Yg menjadi sunnah adalah mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ketika hendak ruku3, ketika bangun dari ruku3, dan ketika bangun dari tasyahhud awal.

Ada dalil.. dari riwayat bukhori, muslim dan baihaqi.. ttapi sy tidak mampu letak kat sini.. sbb ada beberapa perkataan yg sy tak pasti maksdnya yg sbnar ape.. so, sape2 yg nak tau matan hadith tersbut, leh mintak..

Situasi 2:
Ali dan Abu solat zuhur berjemaah 2 org shj iaitu imam dan ma'mum. Ketika Ali [imam] hendak bgn dari sujud kedua pada rakaat pertama dan ketiga, Ali melakukan duduk istirohah. Tetapi Abu ni jenis nak gerak cepat2 tanpa tunggu takbir dari Ali. Jadi, ketika Abu rasa Ali nak gerak, dia turut gerak. Ttapi dia hairan dgn Ali sbb dduk istirohah.. dlm hati Abu, "Isk.. Ali ni lupa rakaat ke?"

Komen:
Ape yg dilakukan oleh Ali itu benar. Duduk istirohah adalah duduk sekejap selpas sujud kedua dari rakaat pertama dan ketiga. Kerana ada dalam hadith riwayat Ahmad menyatakan perbuatan ini thabit dgn Rasulullah saw. Dan Abu perlulah bersabar. Tunggu la takbir dari Ali dlu. Kan kita slalu dengar, solat berjemaah melatih disiplin? Seperti kawad la.. Kalo selagi arahan takde, jgn la gatal2 nak gerak.. [maaf.. contoh tidak berapa hebat]

Situasi 3:
Di surau, imam membaca doa selepas solat. Tetapi, imam tidak menggunakan istilah "kami" dalam doanya, sebaliknya menggunakan istilah "Aku/Saya".

Komen:
Hal ini tidak boleh juga. Adalah dalam riwayat Abu Daud dan Tirmizi yg melarang imam membaca doa khas untuk dirinya shj tanpa [disebut] ma'mum2nya, skiranya dia [imam] melakukan demikian, maka dia telah mengkhianati ma'mum2nya.

Terlampau byk situasi seperti ini berlaku di negara kita, Malaysia. Hal ini mungkin terjadi kerana kita biasanya belajar bukan berdasarkan dalil2. Siapa yg bersalah?

"Bapak yg bersalah!" <--- ini ayat dalam cerita Anakku Sazali =.=

Spatutnya kita tidak seharusnya menunding jari kepada sesiapa.. dan sewajarnya, kita sndiri mengambil langkah untuk mula beribadah berdasarkan ilmu, bukan berdasarkan taqlid semata-mata. [Hal ini turut ditujukan kepada diri sendiri.. adess.. pedihnya TT__TT]

Wallahu a3lam~

Sampai sini dululah.. dah mula mengarut-ngarut sedikit... Nak kena tido ni.. huhu.. Papepon, sy bersyukur sgt amik feqah.. Rasa smkin byk benda yg kita tak tahu rupa-rupanya.. Jadi, marilah kita mengimarahkan lagi majlis2 ilmu yg ada berdekatan dgn tempat kita.. JOM!

7 ulasan:

guntur berkata...

salam,bro.rasa macam menyesal pulak tak mari kelas hari semalam.banyak pulak benda tertinggal.tabik dengan sesapa yg istiqamah.

quote ayat kau

''Lihat! Adakah kita melihat al-Quran bertentangan dengan sains? Tidak sama sekali..''

saja nak tambah info sikit.hari tu doc ada cakap alquran tu 100% betul.manakala sains tu terdiri drpd 2;fakta dan teori.teori tu tak semua betul,manakala fakta diyakini orang kesahihannya,mungkin betul mungkin tidak.

banyak persoalan yg mungkin timbul hasil drpd penserasian sains dan alquran

contohnya

'bagaimana kalo terjumpa ayat yg nampak bertentangan dgn sains.nak percaya mana satu?boleh tak nak percaya dgn kedua-duanya?'

'out of context'

dan sebagainya.

apapun kita kembali kepada asal ilmu tersebut,alquran kepada tafsir dan cabang2nya,sains kepada kaedah saintifiknya.

berbalik kepada ayat quran tentang receptor sakit

agak setuju kalo kau katakan bahawa ayat ni petanda mukjizat

sebab pada abad ke 16 baru manusia sedar bahawa hidupan ni terdiri drpd sel2

mungkin bertahun selepas tu baru manusia jumpa receptor sakit pada kulit

allahua'lam

teruskan menulis

Syariful Bahri berkata...

teruskan lagi menulis ttg fikh..
ak mmg suke..
pasal cinta tu,
len kali ak tnye..
ak tgh demam nie..
otak x brp nk "on"..

almuhsineen berkata...

nanti kalo ade lg bnde2 yg ko dpt dr klas giqh tuh,post lah kt blog.kongsi reramai

almuhsineen berkata...

fiqh bukan giqh..salah taip

JaQ berkata...

iA... thx pada bro "guntur".. huhu..

pada bahri: smoga cepat smbuh ye? nnt da sihat, buzz je.. :D

pada zulaikha: iA, sy cuba~

Shafiq & Najwa berkata...

salam jaq..
lame x jengok blog mung..
hehe.. bereh laa mung suko kongsi mendo2 gini..
aku pun sedak n ralek gok baco..
nati klu ado lagi.. oyak laa..
:->

JaQ berkata...

wasalam syafiq... bereh2.. iA, ado byok agi sbnyo nok share.. tunggu ado maso jah.. 1 lg, kawe keno pastikan apa yg kawe paham tu smo ngan apo yg dimaksdkan oleh syeikh.. sbb dlm ilmu syariah, ada satu kaedah rasanya.. Al-qoulu laisa qoulan.. rasonyolah.. iaitu, apa yg kita paham, tak smestinya sama ngan apa yg si penyampai itu cuba sampaikan.. :D