16 September 2009

Sakit Perut....

Assalamu3alaikum wbt...

Huuu.. bertemu kembali.. setelah sekian lama.. Sbb asyik sakit perot je.. dah tak bese ngan makann mesia kot? ngeh3~ [perasan=.=]

Hari 1st sahur di mesia, sy dah kena cirit-birit dan muntah2.. org len dlm family tak kena pon. Pegi klinik, doctor cakap keracunan! haiihh.. sy makan apa yg org len makan gak=.=

agaknya perot mengambil masa untuk makann di mesia.. tapi.. dah 2minggu.. masih lagi slalu cirit birit... TT___TT knp agaknya? pembersihan perot kot? hoho

Sepanjg tmpoh cirit-birit n muntah2, sy menggunakan internet spenuhnya.. haha.. search kat google cane nak rawat dlm keadaan pakai towel, sbb nak ready2 ke tandas bile berlaku kecemasan.. huuu.. menaip di keyboard dgn tgn terketar2, dehydrated, dan lemah2.. huu.. pose la katakan.. hak3~ akhirnya, jmpe satu artikel!


Bagi kebanyakan orang, cirit-birit tidak dianggap berbahaya dan ramai orang seringkali mengalaminya. Cirit-birit berlaku apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui salur penghadaman dan biasanya adalah akibat daripada jangkitan pada salur tersebut. Bagi individu yang sihat, cirit-birit biasanya akan reda selepas meminum banyak air dan berehat.

Serangan cirit-birit yang teruk yang berlanjutan dari beberapa jam hingga tidak lebih dari tiga hari, biasanya berlaku akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, atau sekadar kerana tabiat makan yang tidak sihat. Mikroorganisma atau toksin yang dihasilkan menyebabkan gastroenteritis, iaitu radang pada lapisan perut dan usus, manakala makanan yang tidak sihat pula mengganggu keseimbangan mikroflora dan menambah beban sistem penghadaman.

Keadaan ini biasanya berlaku kerana badan kita cuba membersihkan organ dalaman dengan mengeluarkan toksin ini. Dalam keadaan ini, seseorang mungkin juga mengalami muntah-muntah, kekejangan perut, kembung perut, angin dan demam yang tidak teruk.

Cirit-birit yang berlarutan dan seringkali berlaku mungkin menunjukkan masalah yang kronik. Keadaan ini memerlukan perhatian yang serius kerana cecair penting dan elektrolit dikeluarkan dengan banyaknya dari badan (termasuk garam, magnesium, potasium dan kalsium).

Kehilangan zat-zat ini mengganggu kesihatan badan secara keseluruhannya kerana zat-zat tersebut diperlukan untuk menjalankan proses-proses penting dalam badan. Jika ia berterusan, cirit-birit yang teruk akan membahayakan kesihatan.

Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi beberapa kondisi seperti:

  • alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)
  • kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
  • berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
  • pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
  • jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
  • situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif
  • penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
  • dalam beberapa kes, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM . Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

Cara-Cara Penyembuhan Segera

Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

  1. Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air
    Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.
  2. Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan
    Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.
  3. Ambil Makanan Lembut
    Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya.
  4. Jangan Paksa Diri Anda
    Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.


Haa.. jumpe kat laman web biolife.com.my

Al7amdulillah, boleh la rawat sket...

skadar tu dlu perkongsian..

mama panggil!

salam~~ hehehe~

08 September 2009

Saya suka menjadi pemerhati...?

Assalamu3alaikum wbt..

Hari ni dah cukup 11 hari ddk di Malaysia.. memerhatikan keadaan rakyat malaysia yg bermacam2 ragam.. huuuu... ada yg bagos.. ade yg hampeh.. iskk..

Ape yg bagos?!

-Dari segi pemanduan kenderaan.. kat sini, takde kedengaran hon2 yg membingitkan telinga.. bak kate org2 muda, bleh cair taik telinga dgr hon ari2... berbza dgn keadaan di negara arab.. hon memanjang.. iskk.. kalo kat trafik light, even merah pon, nak hon jugak.. padahal tak jejas pape pon kalo tunggu diam2.. btw, pernah sy terpikir, adakah rakyat arab dilahirkan untuk blajar meng"hon"?

-dari segi budak2 berumur 10tahun ke bawah.. kat sini, agak sukar walaupon ade je, budak2 kecik yg merokok, lepak2... bgus2.. kalo sy kat jordan, dak2 arab ni, umor mcm baru 5 thn kot, dah smoking=.=.. Sy ada la kenal sorang budak arab tu, nama dia Ali.. punye la kemarok nak smoking dak ni, dia kutip putung2 rokok yg ada sisa2 sket agi rokok tu.. dia amik, dia hisap.. pastu ajak sy?! =.=.. iskk.. ape la.. pastu berlagak ganas... rambut wat skill pacak2.. ape la.. ko ingat, wat camtu leh jadi hebbat ke? =.= pastu nak tunjuk sgt muscle dia yg takde pape tu.. kata dia kuat la, ape la.. haihh.. dak tu.. mmg nak kena pijak ngan sy.. pijak smpai penyek!

-bersopan la jugak.. even ada gak yg kurang ajar.. bese la.. manusia.. mana2 ada baek n jahat.. hooo.. kat arab, entahla.. sy rasa cam ramai yg kurang asam dari yg bek? bak kata2 senior di Jordan, arab ni, takde yg wa9ot (sederhana), smua extreme2 je.. kalo baek, baek extreme cam nabi.. kalo jahat, jahat extreme cam fir3aun.. hoho.. bukan sy yg kate~

Ape yg kureng?!

-penjagaan aurat terutama golongan wanita.. iskk.. saket mata melihat.. yg paling sy geram tgk.. bile pakai tudung, tapi pakai baju lengan pendek.. wehh.. tak blaja ke kat skola2 dlu? kesemua tubuh wanita adalah aurat kecuali muka n tapak tgn.. ada satu ag.. pakai tudung, tapi pakaian dia.. adei.. tensi je tgok.. org bulan pose nak la jaga lebih2 sket.. tapi.. huuu TT__TT
bayangla.. pakai tudung, tapi pakai jeans yg gile ketat.. sampai nmpak yg blakang tu?! baju singkat tunggeng (istilah kelantan)?! kadang2 baju yg jarang.. leh tmbus dalam kalo tenung=.= iskk.. kak, tak cukup kaen ke nak bli yg labuh sket? eh, tapi handphone mereka mahal2.. mustahil.. tapi, nak beranggap baek pnye pasal, pk je la mereka2 ni kurang mendapat ddikan agama.. haihh..



-terlalu stick to the adat... kadang2 adat tu boleh je kalo tak buat.. tapi, orang melayu ni suka pk, "nnt ape org kata".. iskk.. ape lah.. as long as menuruti syariah, takpe je.. sampai dalam komsas pon, dak2 melayu di "latih" dgn kata2 seseorang, "Biar mati anak, jgn mati adat".. sy tak kesah pasal adat tu kalo nak jaga pon.. tapi kalo adat yg bertentangan syariah, jgn le stick...

-tak suka menuntut ilmu agama.. terutama golongan muda.. tak kata takde, ada je.. tapi majoriti tak suka.. kalo tnye kenpa, jawab sama.. "alah.. benda2 yg diajar tu mcm kat skola je".. eh, mmg la mcm kat skola.. tapi diterangkan dgn lebih detail dari buku teks tu.. kdg2, sy tgk ada yg solat tu, cam based on taqlid smata2.. mcm tak tahu hukum2.. for example, stiap kali nak bgn untuk masuk ke rakaat seterusnya, agkat tangan cam takbiratul ihram tu.. isk3.. angkat tgn tu sunat pada 4 tmpat je... masa takbiratul ihram, masa nak ruku3, masa bgn dari ruku3 dan bgn dari tahiyat awal.. tu je based on sy blaja la.. satu lagi, kalo solat berjemaah, mmg ssah la nak rapat2kan 9of... kalo dah ajak pon, dia datang dkat skit.. tapi still ada jarak.. kalo kita pegi rapat kat dia, dia lari.. hadoooi.. kena ubah tu.. but how?!




Sy ckp camni bukanla nak kata sy baek, bagus ataw sbgainya.. sy sdar je sy ni loppek je.. dlm proses pembelajaran jugak.. tapi smua2 ni mengganggu fikiran la jugak.. N target sy once dah sah menjadi doktor nnt, adalah mengubah mentaliti rakyat... kalo takleh rakyat, at least my patient.. sbb ape yg sy nmpak, mostly, org melayu ni.. kalo doktor cakap, dia dgaaaaar je.. takde nak lawan2.. so, gunakanlah peluang "org dgr je" ni, untuk da3wah... heee... cakap mcm terlalu ideal je.. tapi iA, kita cuba.. kalo kita tidak mengubah kaum kita, sapa lagi?



Sebelum brenti.. marilah kita sama2 bertadabbur maksud ayat al-quran di bawah..

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya."

[QS 3:92]

sama2lah kita renung2kan.. Al-quran diturunkan sbg panduan bagi org2 yg bertaqwa.. dan sempena bulan ramadhan, marilah kita tingkatkan amalan kita dgn bersedekah.. byk kelebihan tu.. antaranya~

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."

[QS 2:261]


Wallahu a3lam~

02 September 2009

ARAB!!!

Assalamu3alaikum wbt..

Dah lama rasanya tak update. bz stdy la katakan [ceh..perasan je]..
tajuk ari ni ni cam normal je an? tapi ari ni NMA nak cite pasal pengalaman NMA di hari terakhir ada dawam [kelas].. of course la, hari khamis.. negara arab beb..

Al-kisah~

Pada pagi khamis itu, bangun pagi cam biasa... wat la smua keje2 tertentu tu.. takkan nak cite kot=.= ? dalam pkul 9.00pagi waktu jordan, NMA dgn berat ati, bersiap2 nak gi kelas terakhir.. iaitu LAB VISUAL BASIC.. sbb hari sabtu and ahad tu, ada final exam =.="

tgh2 kusyuk bersiap, tgk2.. jam sudah melebihi 9.30!! alamk!! dah lewat!! kadar adrenaline dalam bdan terus memuncak.. berlari kluar rumah. Sampai je kat syari3 Jami3ah, terus tahan teksi.. adei.. nmpak gayanya byk gak la ongkos ari ni.. dah la LAB je ari tu=.=

Naek teksi kena 75qursh.. pastu nek bas mustasyfa plak.. kena lagi Nus Dinar [1/2 dinar].. huhu.. byknye duet abes demi 1 lab ni je.. TT_TT

[rate skrg.. 1 dinar=RM 4.994]

Sesampai je kat JUST, NMA tgk jam.. fuhh.. tpat2 kol 10.08 pagi.. dengan penuh smngat, berjalan lah ke lab.. da la lengang je ari tu.. smpai2 je kat LAB, tgk2.. ada notis!

ما في مختبر اليوم

NMA bagai dipanah petirr.. Tidaaaaaaaaaaaaakkk!!! Takde lab ari tu TT__TT Sia2 je dtg JUST.. dah le naik teksi?!?! wuuuuu~~ [jatuh melutut kekecewaan]
Dengan penuh kecewa dan tiada semangat, pergi ke cafe.. nak pujuk hati weh~! Makan satu sandwich falafil + air mineral + nescafe.. abes je makan.. lepak2 kat luar cafee... menunggu seseorang.. nak bayar hutang.. abes je NMA baya hutang, datang la mamat arab 2 ekor.. isk.. muka dia cam muka jahat je.. bisik hatiku..

NMA lupa nama mamat 2 ekor tu.. so, assume la sekor "arab pendek" dan sekor lagi, "arab tinggi".. perbualan ni dah ditranslatekan..

Arab pendek: Ape khabar, org malaysia?
NMA: baek.. ko pekabar?
Arab pendek + tinggi: baek.. sihat2
Arab pendek: Nama ko ape? Mana dak2 melayu len?
NMA : (isk.. asal tnye sal dak melayu len.. pelik.. was2 ak) ak 3izzat.. mana ak taw.. mgkin ada dlam cafe 2-3 org kot?
Arab panjg: oo.. ko muslim ke?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan da dgr) Iye.. sy muslim...
Arab pendek : ooo.. ko ddk kat mana? syari3 jami3ah kan?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan2) dah biasa da org taw org malaysia ddk kat situ..

tetiba datang skumpulan arab.. dia tgur ak

arab 1: ya 3izzat, smlam ko kata ko tak dtg kelas da? bukan ko dah abes kelas? ko kata ko bz nak stdy sbb exam?
NMA: ak lupa ada lab ari ni.. kalo tak ak mmg takmo datang..
arab 1: ceh.. haa, jadi leh la ko hadir majlis perbincangan antara stdnt malaysia n jordan tu?
NMA: Ak bz la.. exam dkat da..
arab 1: takpe2.. btw, ko nmpak tak awek tu? camana? cun tak?
NMA : tak langsung~
arab 1: haa?!?!? asal?!
NMA : tak ttp aurat.. burok ak nmpak.. cam unta je..
arab 1: (dia buat gaya cam nak pukul ak.. pastu gelak2.. blah~)

pelik2 tol diorang ni=.= haihh

arab pendek: oh 3izzat, dgar sini.. kita ni saudara islam.. ak nak balik gi Zarqa', tapi ak takde duit.. ape kata ko bagi ak 5dinar?
arab tinggi: ko kena bgi ak skali gak...
NMA: (patot pon tadi tnye dak melayu laen mana.. nak pow ak rupanya..) iskk.. mana leh.. asal ko mintak duit ngan ak lak?!
arab pendek: kita kan saudara seislam.. kena la tolong2..
NMA : takleh2.. even seislam pon, mana elok minta2 camni..
arab tinggi: gini la.. ko kasi ak sedinar pon ok je..
arab pendek: aah.. sian kat kitorang.. takde duit ni.. nak balik kampung..
NMA : ape kata ko minta duit kat cashier kat dlm cafe tu? diorang lagi byk duit dari ak=.=
arab pendek: (muka dia mula panas) ya 3izzat! ko kenal tak ak?!
NMA: mana ak kenal ko!!
arab pendek: ko tgk tangan ak ni.. byk tak parut? (dia tunjuk parut2 kat tgn n muka dia)
NMA : biasa r.. ak ada gak=.= (tunjuk tgn ak)
arab pendek: ak ni Otai Zarqa' taw?! bagi ak duit! cepat!
NMA : (perkataan otai tu, ak assume je.. sbb ayat dia seolah2 gitu) takmo~ (ak wat muka tak layan)
arab pendek + arab tinggi: (diorang kuarkan pisau...)
NMA: iskk.. ah sudah.. ak dah la sorang2 je ni.. nak lawan, bahaya.. 2-2 ekor ni ada pisau..
arab tinggi + pendek: cepat kasi duit!!
NMA : (ak bangun dgn pantas.. ak tepis tgn mamat pendek tu kuat2... pastu ak lari.. masuk dlm cafe)
arab pendek: Ak taw ko dduk syari3 jami3ah kan? takpe2.. ak jumpe ko kat sana, siap la!
NMA : ko ingat ak takot ko ke? 1 sama 1 boleh je! anak haram! (tetiba ak terkluarkan kata2 tu.. geram sgt)


pastu mamat 2 ekor tu tak kejar dah ak.. hahaha... ingatkan hebbat sgt.. takpe2.. lepas ni, ak kena lebih berhati2.. iA, slamat jer.. InnAllaha Ma3ana!! huhu~

sekian cite yg nak dikongsi..

Pengajaran cite:
1) jgn cite perkara btul kat arab.. klentong sket2..
2)jgn ddk sorang2
3)kena berani
4)blaja la ilmu pertahankan diri :D
5) jgn lupa tawakkal 3ala Allah.. :D

P/s: sape2 nak tmbah lagi, sila2