29 September 2010

Bernyawa Setelah Lemas

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt... Alhamdulillah, dah dapat nek tahun 3.. Subject pon makin berat, tapi makin seronok dan menarik! Tak sabar rasanya nak cepat2 abes tahun akhir pre-clinical ni. Semoga doa kalian mengiringi kami. Ameen~ Btw, mmg dah berhabuk la belog ni. Ntah kenapa takde mood langsung nak update. "Internal" problem, kah? Mungkin. Rasa seperti lemas di udara. Tapi takmo cite kat sini. Heh.

Actually, kat sini saya nak share ssuatu yg saya dapat dalam majlis hari raya tahfiz az-zikr. Kata2 semangat dari seorang syeikh yg tidak asing lagi dalam kalangan penduduk Irbid. Sape tak kenal, mmg nak kena ketok! Syeikh Ma'mon as-Syamali! Peewit! *hands clap*

Mmg kena jugak la point2 yg beliau bagi. Sy mmg tgh down dengan hafalan sy sendiri. Heh. So, mari kita hayati beramai2 apa point2 yang diberikan.

Pertama:
Otak kita ni sebenarnya seperti segelas air. Ada had maximumnya. Jadi, penah tak kalian dengar:

"Kalau menghafal satu muka surat mengambil masa 15 minit, nak hafal muka surat seterusnya tak semestinya 15 minit."

Ini bermaksd, biasanya, page seterusnya akan mengambil masa lebih dari itu. Sbb apa? Otak kita da penat. Macam gelas. Bila kita da isi dgn air sampai penuh, bila kita cuba isi lagi, air akan tumpah. Kan? So, beliau kata, untuk mendapatkan kembali kesegaran macam mula2 hafal, cuba kita hafal secara pecah2.. yaitu, contohnya kita tgh hafal surah an-nisa', then rasa cam tak mampu dah, cuba hafal surah len plak.. Beliau kata, cara inilah yg beliau gunakan masa beliau hafal MASA BELAJAR dlu. Beliau kata, untuk orang yg amik ilmu cam sains ni, otak kita sntiasa aktif.. So, hafal cara pecah2 ni mmg berkesan. Budak2 kecik len.. sbb tu mereka ssuai hafal ikut urutan. Ok, kembali pada isi. Mungkin kita bleh juga wat, hafal jenis ayat yg len plak.. contoh, kalo kita tgh hafal ayat hukum, tukar pada kisah2 plak ke, kepada ayat makkiah plak ke.. cam tu la.. Dengan cara ini, insyaAllah, kita dpt kembali kesegaran otak macam kita hafal mula2 dlu. Besides, kita dpt bezakan terus ayat2 yg dekat2 pada surah yg len. Beliau kata, bila dah hafal smua, try la baca ikut urutan.. dan kalo bleh baca, anda hafiz~


Kedua:
Jadikan Al-Quran macam sahabat baik kita. [tapi sy prefer guna ayat, jadikan al-Quran macam awek kita] Macam mana tu? Kalo kita dengan sahabat baik kita, mesti kita taw smua ciri2 dia kan? Begitu juga dgn Al-Quran.. Setiap surah tu adalah rakan baik kita. Jadi kita kena la ingat ciri2 mereka. Kalo dengan rakan karib, kita mesti sllu nak keep in touch kan? Begitu juga dengan Al-Quran.. Kerap2 la baca.. Kalo kita rasa cam tak kemas lagi surah tertentu, then "berhubung" la dengan surah tu byk2 kali. Kalo dengan rakan kita, kita terasa hati kalo kita saje2 takmo tegur, begitu juga dgn Al-Quran.. Kalo dengan kawan kita, kita kalo bleh nak pegi mana2 je bersama2 kan? Begitu juga dengan Al-Quran.. Bawak la pegi ke mana2 shj [of course la, jgn bawak pegi tmpat2 kotor].. So, scara kesimpulannya, wat la sbijik cam rakan karib.. [or awek. keh3]


Ketiga:
Otak manusia ni power. Beliau kata, kalo otak kita dah berjaya hafal 2.5 juzu', ini bermakna, kita mampu double dari tu. So, kalo kita dah hafal 2.5 juzu', kita mampu hafal lagi 5juz sbnya.. 2.5 + 5 = 7.5 :-) So, bile dah hafal 7.5 juzu', kita mampu hafal lagi 15juzu'. So jadilah 22.5juzu'... kalo kita da hafal 22.5 juzu', kita mampu hafal complete satu al-Quran BESERTA dengan tafsirnya, insya-Allah...

Keempat:
Masa belajar adalah masa terbaik untuk menghafaz Al-Quran. Macam yg sy dah nyatakan, beliau menghafaz al-Quran ketika student. Sub7ana-Allah. Ada juga orang yg hebat hafalannya even hafal masa zman belajar. Beliau pesan, gunakanlah masa yg sdkit pon untuk hafal/ulang hafazan.. contoh, dalam bas ke, otw balik masjid ke, dalam lecture yg bosan ke [kelakar gak syeikh ni.. hehe.. beliau kata jgn tiru aksi ini].. Jgn buang masa! Besides, dalam dunia ni, takde org yg bleh kuasai smua ilmu.. tpi, mu'jizat al-Quran ni, everybody bleh belajar/hafal/kuasai... Allah telah permudahkan.. Firman Allah SWT:

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al Qur'an untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? [54:22]


Kelima:
Mengulang tu wajib. Beliau menyamakan hafalan kekal kita tu seperti wang simpanan kita. Dan hafalan baru tu mcm duit yg dpt dari "org len" [actually tak brapa paham sagt satu word yg syeikh tu cakap.. takpe, nnt bile da kuar video tu, sy tgk balik].. so, kalo kita slalu ulang2, iA hafalan kita tu masuk dalam dalam ingatan kekal kita.. macm duit tu gak.. asalnya bukan yg kita.. tp kalo kita berusaha sllu untuk dptkan duit tu, lama2, dia masuk dalam simpanan kita gak.. hhahaha.. rasa cam korang tak phm je.. huhu


Macam2 lagi la point2 yg syeikh berikan.. Tapi ini je stakat yg saya ingat untuk ditulis kat sini.. hehe.. semoga bermanfaat smua! Kalo bgi sy, ibarat saya bernyawa smula selpas lemas sebaik sahja saya dengar ucapan syeikh ma'mon ni.. Smoga Allah membalas jasa beliau!
 

~Wallahu a3lam~

5 ulasan:

Izzatul Sakinah. berkata...

salam alaik..

seronoknya dapat kata2 tasyji' dari seorg sheikh.. amalkan dan katakan boleh pada diri sendiri..:D

JaQ berkata...

3layk salam..

alhamdulillah.. kembali bersemangat! iA akan diamalkan~ thx!

Luqman Al- Hakim Bin Foaad berkata...

assalam.
lepas baci blog ni dah semakin semangat nak teruskan hafazan.
terima kasih banyak2.
:D

JaQ berkata...

luqman:

3layk salam wbt
Alhamdulillah... terima kasih juga :)
Semangat tu Allah yg bagi,cuma post ini dijadikan sebab.. Alhamdulillah~

Intonasi berkata...

Encik Jaq, bila video tu nak hapload hah? Den ni, dah le tak dapek poie program tu, sodeh la kalau video tak hapload-hapload. Suh la sapo yg pegang video tu hapload copek

-bintunmajid