21 Januari 2011

Berhikmah?

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Assalamu3alaikum wbt

Situasi A:

Ahmad mempunyai seorang anak lelaki yang comel bernama Qadir. Pada ketika Qadir memasuki darjah satu, Ahmad mula menyuruh Qadir untuk solat. Seringkali juga dia mengajak Qadir untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Namun demikian, Qadir kadang-kala missed solat juga. Oleh yang demikian, Ahmad menasihati anaknya dan kadang-kala dia memberi upah jika Qadir mampu solat 5 waktu secara berjemaah.

Situasi B:

Hakim bekerja sebagai seorang doktor dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Hikam. Hikam sekarang belajar di tingkatan tiga dan tekun mengulang-kaji pelajarannya. Namun demikian, oleh kerana terlampau asyik mengulangkaji pelajaran, Hikam seringkali terlupa/letih untuk mengerjakan solat fardhu. Setelah perbuatan tersebut diketahui oleh Hakim, dia memarahi dan merotan anaknya itu.

Okeh. Dah paham kedua-dua situasi? Now, mari kita tengok satu firman Allah swt dalam Al-Quran:


Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Surah an-nahl (16) : 126]


Sekarang, siapa yang menasihati anaknya dengan cara BERHIKMAH? Ahmad? Hakim? Now, you choose. Heh. Kalau saya punye jawapan, KEDUA-DUA mereka menasihati dengan cara berhikmah. Kenapa? Okey. Define the word Hikmah?

Hikmah sakti? Hikmah disebalik perbuatan? Or Nur Hikmah Bt Mohd? Heh. Bagi saya, Hikmah bermaksud bijaksana. Dalam konteks ayat ini, bijaksana dalam menegakkan kebenaran. Tetapi, bijaksana yang macam mana? Bijaksana berdasarkan situasi. Ya, situasi dan keadaan.

Pada situasi A, kita lihat Qadir masih lagi kanak-kanak. Dia berumur tujuh tahun. Pada sekitar umur begini, kita disuruh untuk menyuruh anak untuk solat. Dan perbuatan memberi ganjaran seperti yang dilakukan oleh Ahmad, amat sesuai dengan situasi menasihati kanak-kanak bagi memberikan ransangan lebih agar lebih menjaga solat. Lama kelamaan, insyaAllah, akan wujud dalam jiwa Qadir bahawa solat itu penting dan akan terbit dari jiwa itu, perasaan ingin menjaga solat tanpa ganjaran. Ala. Macam kita puasa kecik2 dulu la. Heh.

Pada situasi B pula, Hakim memarahi dan merotan anaknya. Pada hemat saya, tindakan ini juga satu tindakan yang bijaksana. Hal ini demikian kerana kita sendiri disuruh untuk merotan anak kita yang sudah mencecah umur 10 tahun jika dia tidak menunaikan solat fardhu. Kedua, pada ketika ini, Hikam berada dizaman remaja. Pada zaman remaja, jika tidak diajar, amat susah untuk dibentuk apabila dia mencecah dewasa nanti. Selain itu juga, boleh jadi Hakim pernah menasihati anaknya itu dengan slow talk tentang solat ketika dia masih berumur bawah 10 tahun. Kita tak boleh menjustifikasi perbuatan Hakim itu kasar/teruk/kurang bijak dengan  hanya berdasarkan satu tindakannya dalam satu situasi ini. Look beyond that! Jangan sampai jadi macam cerita "Anakku Sazali". Cegah sebelum parah. Dan sudah pastilah, jika Hakim ingin menasihati secara begitu, dia perlulah terlebih dahulu menjaga solatnya. Memberi teladan yang baik. Lagipon, Hikam tu anak lelaki. Ajarlah dia camana nak jadi lelaki sejati. Heh.

Secara kesimpulannya, nasihat secara berhikmah itu tidak semestinya lemah lembut dan perlahan-lahan. Boleh jadi dengan cara memarahi, merotan, memukul. Tetapi dengan syarat, bersesuaian dengan situasi. Kalau tersilap situasi, bahaya! Kesan sebaliknya mungkin berlaku!

P/S: Nama yang diterbitkan dalam penulisan ini, tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Semuanya contoh semata-mata. Jika ada, semuanya hanyalah kebetulan. =)

~Wallahu a3lam~

08 Januari 2011

Dual Ym?

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع
 
~Assalamu3alaikum wbt~

Just nak sharing je la. Saya penah dengar, orang kata nak wat Dual YM ni, kena pakai software. Betul ke? Kali ini, nak ajar wat Dual YM tanpa pakai software. But stakat ni test hanya untuk Vista dan Windows 7 je. Yang len taktaw. So, try la. Keh3

Mula, pegi kat Start button --> run 

Kat situ run tu, type regedit

Akan kuar la Registry Editor. Cari HKEY_CURRENT_USER

Then, cari Sofware --> Yahoo --> Pager --> Test

Pastu, click kanan mouse kat panel tu, wat New--> DWORD

After that, rename dengan Plural

Selepas itu, click kanan mouse kat Plural tu, amik Modify

Kat kotak "Value Data", tukar value tu dari 0 kepada 1.

Da siap, tutup smua tu, then try la bukak ym anda! Enshalla berjaya. Keh3


Sekadar tu dlu. Babai!

~Wallahu a3lam~

04 Januari 2011

Gaya Bahasa Terbaek~

أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Beit2 kat atas ni adalah introduction yang mana merangkupi segala perkara. So, disebabkan ini pertama kali saya gunakannya sebagai intro, saya letak maksudnya:
Saya mulakan (penulisan ini) dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan

Segala puji bagi Allah; Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan.

Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan Allah sentiasa terlimpah ke atas Nabi sebaik-baik insan yang mengesakan Allah.

Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa di tambah-tambah.

Ok. Sekarang sbut pasal gaya bahasa yang saya nak cerita ni. Fuh! Sampai sekarang saya masih kagum. Kekaguman yang amat. Dan insyaAllah, kekaguman ini berterusan sampai bila2. Kenapa? Saya ada jumpa satu gaya bahasa yang memang terbaik la! Saje nak share. Boleh menangis kalo feeling abes tengok gaya bahasa ni.

Allah berfirman:
يا عيسى ابن مريم
أأنت قلت للناس: "اتخذوني وأمي إلـهين من دون الله"؟
Wahai Isa Ibni Mariam!
Engkaukah yang berkata kepada manusia: "Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah?"


Nabi Isa as menjawab:
سبحانك 
ما يكون لي أن أقول ما ليس لي بحق 
إن كنت قلته فقد علمته 
تعلم ما في نفسي ولا أعلم ما في نفسك 
إنك أنت علام الغيوب
Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)!
Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya).
Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya.
Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; (kerana) sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.


ما قلت لهم إلا ما أمرتني به أن اعبدوا الله ربي وربكم 
وكنت عليهم شهيدا ما دمت فيهم 
فلما توفيتني كنت أنت الرقيب عليهم 
وأنت على كل شيء شهيد
Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu 
dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; 
kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka 
dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.


إن تعذبهم فإنهم عبادك 
وإن تغفر لهم فإنك أنت العزيز الحكيم
Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu 
dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Amacam? Feeling tak? Siyesly, bila dihayati ayat ini, boleh menitiskan air mata. Cuba bayangkan bagaimana seorang nabi merendahkan dirinya apabila menjawab pertanyaan Allah SWT. Bukan setakat itu lagi, bagaimana even telah dituduh, boleh meminta ampun untuk kaumnya? Cara minta ampun pun, Sub7anAllah. Gaya bahasa yang cantik. Hakikatnya, ayat ini dipetik dalam Al-Quran. Surah ape? Teka la. Nak taw jawapan, tekan butang kat bawah ni:

Jawapan:
Surah al-maaidah ayat 116-118

 Papehal pon, ada kisah disebalik ayat ini. Sila rujuk tafsir ye? Siyesly best! =)

~Wallahu a3lam~

03 Januari 2011

Summary 2010

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3laikum wbt... Alhamdulilah. Da lama nak cuba update, tapi hentah la kenapa takleh log in. Lama yang amat bila nak try log in. Tunggu 2-3jam pon still tak dapat. So, terus give up masa tu. Hehe. Mungkin sebab masa tangan gatal nak menaip, esok hari itu exam =.=" So ada hikmah jugala sebenarnya.

Sekadar sedikit summary dari apa yg da dapat/buat sepanjang 2010. Ni pon skadar yang terlintas je

  1. Email sebanyak 27 937 dalam inbox da didelete pada detik 01/01/11 [tak termasuk emel dari FB]
  2. 803 messages dalam inbox handphone juga didelete [tidak termasuk yg dah penah clear sblm ni.haha]
  3. Duit perbelanjaan selain dari makanan telah melebihi RM10 000. [Balik Malaysia 2x Tahun 2010]
  4. Tahfiz Az-Zikr mencapai target sendiri. Alhamdulillah.
  5. Talaqi, berjaya habiskan Qiraat 3asim riwayat Hafs dan Syu3bah & Qiraat Ibn Amer Riwayat Hisham dan Ibn Zakwan.
  6. Berat pula menurun then kembali naik setelah balik ke Malaysia. =.="
  7. Habis belajar kitab Muqaddimah Hadramiah.
  8. Dapat cara belajar baru [?]
  9. Dapat rakan baru.
  10. Mendapat sijil untuk melakukan CPR.
  11. Dapat sanad/sijil perubatan Islam.
  12. A few new diseases.
  13. Belajar taekwondo
  14. Terlewat pegi exam sekali. And Alhamdulillah, score subject tu [Adakah ini bermaksud kena datang exam lewat untuk jadi scorer? Heh]
  15. Fail exam sekali [Exam Lab untuk HLS. Cis. Taktaw ada exam lab. So tak baca. Ingatkan exam lab tu mcm masa 1st year dulu. Sekali abes je jawab teory, terus exam lab. Kalo tak fail yg ni, for sure da dapat 40+ untuk carry mark subject tu]
  16. Banyak masak pada setengah tahun awal. Amat kurang masak pada setengah tahun akhir? Sebab apa? Takde bini. Heh
  17. Kalo duduk dalam bilik, most of my time abes kat atas tilam. Haha. [Da tu, nak ddk mana lagi?]
  18. Ada beberapa pengalaman pahit. Amat pahit.
  19. Semangat main game dah meluntur. Heh. Kalo tak, asyik men mafia wars kat FB je. Isk.
  20. Tak pegi melancong ke mana-mana negara. Duduk Irbid dan Malaysia je. Rugi? Ntah. Bukan jenis suka melancong. [Petanda kena la wife nnt suka melancong. Baru saya pegi. Heh]
  21. Baru bukak Atlas Grant's Anatomy. Selama ni biar atas rak je. Haha.
  22. Mendapat jawatan yg berat. Biro Keselamatan. Nampak cam biasa je biro ni. Tapi sakit sgt. Kerja jenis datang on spot. Takleh susun.
  23. Rasanya indo mee antara makanan yang terbanyak masuk perut. Isk.
  24. Hamster bertambah. Pastu bagi orang. So, tinggal yang asal balik. Heh
  25. 48 kali updates blog [je?]
  26. Rekod pakai sliper Croc[o] yang dah haus tapaknya sejak dari tahun 1, tanpa penat jatuh. [tergelincir byk kali da.Alhamdulillah, tak pnah jatuh lagi.]
  27. Peristiwa yang memalukan. Hahahaha. Antaranya, masa turun dari tangga lepas exam, slipar tercampak ke bawah. Semua org tengok. Tapi control macho[?] =.=
  28. Nak makan nasi goreng Paprik dari dlu lagi. Tapi masa balik malaysia, tak dapat2. Isk.
  29. Berjaya menjadi pembunuh kejam. Haha. Cockroach Killer!
  30.  Tak penah pegi Balad Amman dan Ashabul Kahfi lagi. isk. Padahal dah 3rd year kat sini. Bukti tak suka kuar jalan2. Haha. Tengok la nnt. Pegi ngan bini ke? [haha.harapan or cita-cita?]

Begitulah sedikit sebanyak achievement yang ada. Cam hape2 je kan? Heh. Saje je tulis ni. Takkan nak study je? Hokehlah. Mahu "study". [Kemungkinan untuk tido adalah lebih besar. wahaha]

~Wallahu a3lam~