أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع
Assalamu3alaikum wbt
Situasi A:
Ahmad mempunyai seorang anak lelaki yang comel bernama Qadir. Pada ketika Qadir memasuki darjah satu, Ahmad mula menyuruh Qadir untuk solat. Seringkali juga dia mengajak Qadir untuk menunaikan solat berjemaah di masjid. Namun demikian, Qadir kadang-kala missed solat juga. Oleh yang demikian, Ahmad menasihati anaknya dan kadang-kala dia memberi upah jika Qadir mampu solat 5 waktu secara berjemaah.
Situasi B:
Hakim bekerja sebagai seorang doktor dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Hikam. Hikam sekarang belajar di tingkatan tiga dan tekun mengulang-kaji pelajarannya. Namun demikian, oleh kerana terlampau asyik mengulangkaji pelajaran, Hikam seringkali terlupa/letih untuk mengerjakan solat fardhu. Setelah perbuatan tersebut diketahui oleh Hakim, dia memarahi dan merotan anaknya itu.
Okeh. Dah paham kedua-dua situasi? Now, mari kita tengok satu firman Allah swt dalam Al-Quran:
Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. [Surah an-nahl (16) : 126]
Sekarang, siapa yang menasihati anaknya dengan cara BERHIKMAH? Ahmad? Hakim? Now, you choose. Heh. Kalau saya punye jawapan, KEDUA-DUA mereka menasihati dengan cara berhikmah. Kenapa? Okey. Define the word Hikmah?
Hikmah sakti? Hikmah disebalik perbuatan? Or Nur Hikmah Bt Mohd? Heh. Bagi saya, Hikmah bermaksud bijaksana. Dalam konteks ayat ini, bijaksana dalam menegakkan kebenaran. Tetapi, bijaksana yang macam mana? Bijaksana berdasarkan situasi. Ya, situasi dan keadaan.
Pada situasi A, kita lihat Qadir masih lagi kanak-kanak. Dia berumur tujuh tahun. Pada sekitar umur begini, kita disuruh untuk menyuruh anak untuk solat. Dan perbuatan memberi ganjaran seperti yang dilakukan oleh Ahmad, amat sesuai dengan situasi menasihati kanak-kanak bagi memberikan ransangan lebih agar lebih menjaga solat. Lama kelamaan, insyaAllah, akan wujud dalam jiwa Qadir bahawa solat itu penting dan akan terbit dari jiwa itu, perasaan ingin menjaga solat tanpa ganjaran. Ala. Macam kita puasa kecik2 dulu la. Heh.
Pada situasi B pula, Hakim memarahi dan merotan anaknya. Pada hemat saya, tindakan ini juga satu tindakan yang bijaksana. Hal ini demikian kerana kita sendiri disuruh untuk merotan anak kita yang sudah mencecah umur 10 tahun jika dia tidak menunaikan solat fardhu. Kedua, pada ketika ini, Hikam berada dizaman remaja. Pada zaman remaja, jika tidak diajar, amat susah untuk dibentuk apabila dia mencecah dewasa nanti. Selain itu juga, boleh jadi Hakim pernah menasihati anaknya itu dengan slow talk tentang solat ketika dia masih berumur bawah 10 tahun. Kita tak boleh menjustifikasi perbuatan Hakim itu kasar/teruk/kurang bijak dengan hanya berdasarkan satu tindakannya dalam satu situasi ini. Look beyond that! Jangan sampai jadi macam cerita "Anakku Sazali". Cegah sebelum parah. Dan sudah pastilah, jika Hakim ingin menasihati secara begitu, dia perlulah terlebih dahulu menjaga solatnya. Memberi teladan yang baik. Lagipon, Hikam tu anak lelaki. Ajarlah dia camana nak jadi lelaki sejati. Heh.
Secara kesimpulannya, nasihat secara berhikmah itu tidak semestinya lemah lembut dan perlahan-lahan. Boleh jadi dengan cara memarahi, merotan, memukul. Tetapi dengan syarat, bersesuaian dengan situasi. Kalau tersilap situasi, bahaya! Kesan sebaliknya mungkin berlaku!
P/S: Nama yang diterbitkan dalam penulisan ini, tiada kena mengena dengan yang hidup atau telah meninggal dunia. Semuanya contoh semata-mata. Jika ada, semuanya hanyalah kebetulan. =)
~Wallahu a3lam~
1 ulasan:
bagusss~~!! hehehe
Catat Ulasan