23 Jun 2011

Pandangan Mata Itu & Perkahwinan

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

~Assalamu3laikum wbt~

Alhamdulillah, da abes pun menghantar kad2 jemputan di kawasan sekitar rumah saya. Trima kasih banyak2 jugak kepada pengsponsor kad, my sister.. Tak lupa juga pada adik saya sbb tolong anta kad2 smua ni. Trimas!

Anyway, sepanjang duduk menghantar kad2 ni, ada satu benda yang saya kurang senang. Saya tak pasti itu perasaan saya sahaja, atau kebenaran, atau godaan syaitan semata-mata. But, I really don't like it.

Normally, people will ask me, 

"Dah abes blaja ke?"

"Keje ape sekarang?"

"Kenapa kawin awal?"

Dengan satu pandangan mata... Seriously, saya tak suka pandangan mata itu. Well, kalau saya jawab sebiji-sebiji depan diorang, kang nanti apa yang mereka kata? Takpelah. Mari nak jawab kat sini.

Firman Allah swt:

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [Surah an-nur (24) : 32]


Telah dijanjikan semua ini. Mengapa perlu persoalkan lagi. Besides, yang memberi rezeki itu Allah, bukannya pekerjaan. Bukan saya nak kata, pernikahan tidak memerlukan kepada sumber kewangan. Memang perlu. Tetapi, ini tidak bermakna pelajar tidak boleh berkahwin. Kalau dapat anak pun, sebenarnya tak perlu takot. But, jika masih belajar, better family planning la. Hal ini sudah diterangkan dalam Al-Quran! Kerana orang zaman jahiliyah dlu pon takot dapat anak sampai bunuh2 anak disebabkan mereka takut kepada kemiskinan. 

Firman Allah:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. [Surah al-isra'  (17) : 31]


Besides, saya teringat dengan satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bersabda, "Siapakah yang mahu mengahwininya?" Lalu seorang lelaki berdiri seraya berkata, "Aku." Lalu Nabi SAW berkata kepadanya: Berikanlah mahar kepadanya walaupun sbentuk cincin daripada besi. Lalu lelaki itu menjawab, "Aku tidak mempunyainya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Kini aku kahwinkan kamu dengan perempuan itu dengan mahar ayat-ayat al-Quran yang ada pada diri kamu. -Riwayat Ibn Majah


Well, kalo tengok scara kasar, lelaki ni tak brapa ada duit pun. Tapi Rasulullah bagi jugak kawin. Takde la plak Rasulullah SAW bersabda suruh pegi abes blaja dulu, then baru kawin. [Well, ini fahaman saya la. Kalau silap, bleh je betulkan =)]

Kemudian, ada lagi hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

Apabila datang meminang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah di atas muka bumi dan kerosakan yang besar. -Riwayat at-Tirmizi


Nah, dah terbukti pun sekarang. Lihatlah macam mana situasi di Malaysia. Pelacuran, mengandung, buang bayi. Lihatlah! Dan mungkin sebagian besar berlaku masalah seperti ini, adalah dari kontribusi disebabkan perkara seperti dalam hadith di atas. Boleh jadi mereka yang sudah beragama, terjelopok ke dalam lembah maksiat disebabkan dihalang keinginan mereka untuk berkahwin. Sifir yang mudah:

Bercinta + susah kahwin = Maksiat


But, 1 thing. Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab, bukan keseronokan. Dan perkahwinan mempunyai matlamat. Antaranya, untuk melahirkan masyarakat muslim soleh solehah dan musleh muslehah [masyarakat muslim]

p/s: Tinggal around 30jam lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Semoga dipermudahkah segala urusan dan semoga bahtera perkahwinan ini dalam bimbingan dan keredhaan Allah swt.

~Wallahu a3lam~

13 Jun 2011

Pandangan mata masyarakat?

 أبدأ باسم الله والرحمن وبالرحيم دائم الإحسان
فالحمد لله القديم الأول الآخر الباقي بلا تحول
ثم الصلاة والسلام سرمدا على النبي خير من قد وحدا
وآله وصحبه ومن تبع سبيل دين الحق غير مبتدع

Assalamu3alaikum wbt...

Fuh, siyesly da lama tak update blog nih. Haha. Bz utk kawin. Anyway, skrg da kat Malaysia. Macam biasala, sampai2 Malaysia, satu perkara yang wajib berlaku pada saya.. cirit-birit =.="

Sejak dari 1st year, balik je Malaysia, mesti kena pnye... tringat ag msa 1st year, sy jadi imam solat tarawih.. tp mama sy panggil saya "imam sakit perut" haha. Sbb asyik sakit perot je. Mungkin perot pon da adapt dengan situasi arab. Keh3.

Btw, dalam dah beberapa kali balik Malaysia, saya da wat beberapa kajian la. Tapi kat kampung saya la. Kajian berkaitan dgn pemakaian...

Jadi, saya penah try pegi solat berjemaah pakai jubah, pakai baju melayu, pakai t-shirt berkolar, t-shirt round neck, jeans, slack... Dan sepanjang pemerhatian saya, bila pakai jubah, mmg kerap la orang offer jadi imam.. Kalo pakai baju biasa2, orang salam gitu2 je.. kalo pakai jeans + round neck, tak salam salam lgsg =.=" Kalo salam pon, dengan muka penuh sinis. Haih.

Maka, lepas da taw benda ni, kalo sy malas nak jadi imam, saya pakai jeans. hahaha. Mmg takde orang tolak la.. Oh,ya.. kat area kampung saya ni, ada 3 surau yg kitorang biasa berjemaah.. Bleh test mcm2 la.

Nway, saya takmo komen ape2 psl ni.. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya. Saya tulis je~ kalo nak bersangka baik, bleh guna alasan "uruf dan adat". Mungkin uruf dan adat di sini, mmg camtu. Kalo pegi masjid, kena pakai baju melayu/jubah.. Ataupun budak2 kampung sini yang jenis pakai jeans, tak solat kat surau tu [?] So nmpak pelik [?]

Haha.. Okayla. babai!

p/s: Doakan mama saya ye? Dia baru abes operation [dah 2minggu]. Tapi mcm sakit2 lagi.. entah la.. T_T

~Wallahu a3lam~