06 Oktober 2008

Cara culik..

Salam..

Ana copy n paste nih...


Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa
sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan
menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang
ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di
Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging,
dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah
hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si
ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan
tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila
diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk
membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua
pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka
telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka
menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air
dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh
dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau
cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar
wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan
ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya
kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah
senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka
anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi
dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa
hirau telah berlalu.

Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah
kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA
ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Yahudi ditelan bumi

Salam, saksikanlah bagaimana yahudi laknatullah di telan bumi.. raungan dan teriakan mereka membuktikan betapa azabnya AZAB ALLAH.. ni baru dunia. Wallahu a'lam

Dalam vid ni, org2 yahudi ni sedang berparty.. mcm2 ada.. tgk sendri la. percampuran... yg dah ada anak pon ada je... but mostly teenagers... tgh2 mereka seronok tu, dtgnya sesuatu yg tak disangka-sangka.. dengarlah satu2 camana diorang menjerit...




اللهم دمّر أمريكا وإسراءيل تدميرا

Kisah Benar-Anak Derhaka di Tanah Arab

Anak yg derhaka ini berubah menjadi makhluk keji. kejadian yg berlaku di
sebuah negara arab ini patut diambil i'tibar oleh seluruh umat islam, agar
menghormati org tuanya.

Kerna, apa yg anda lihat klip ini, anda akan sadar, bahwa, Allah sangat
murka pada orang2 yg mendurhakai kedua org tuanya. Pasti anda akan terkejut
dengan apa yg anda saksikan, semoga Allah menjga kita dan menjadikan kita
anak2 yg sholih dan sholihah serta menjauhkan kita semua dari menderhakai
orang tua kita, Amin..semoga menjadi ik'tibar buat semua..amin.

04 Oktober 2008

Tiket Penerbangan Percuma Untuk Anda!

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke
sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya
tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada
caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian
Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi
kain putih kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan
cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di ! mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi
sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi
bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan
Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan
terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga
yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
(savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang
sajian tidak akan dised! iakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi
atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera
bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama
anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI???

10 Tabiat merosakkan otak

Nak tau?

Bacalah...

1. Tidak mengambil sarapan pagi

- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan
menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh
mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan
nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh
menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh
mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon
dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga
membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan
yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Kata orang, ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah..

Renung-renungkan, dan selamat beramal!

20 Julai 2008

A POEM FOR MY MOM

I miss you so much,
your laugh, your smile, your touch.
You always brightened my days
with all the smiles you sent my way.
I need you as my angel
to always be at my side.
I need you as my angel to give me peace of mind.
I like to think your near to me
to know that you are there.
Even though I can not see you,
I feel that you are near.
Please do not forget me mom,
for you are always in my heart,
my thoughts and prayers.
I love you.


"When you are born, you are crying and everyone around you is smiling. Live your life so that when you die, you are smiling and everyone around you is crying."

19 Julai 2008

Islam - Agama Yang Indah

PENGERTIAN ISLAM

Sebaik-baik nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umat manusia ialah Islam. Islam merupakan agama yang mulia dan amat sesuai sekali dengan fitrah semula jadi manusia bagi menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Islam pada bahasa ialah selamat,sejahtera,aman dan damai. Manakala pada pengertian syarak ialah menyerahkan diri dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T semata-mata,tunduk dan patuh kepada segala suruhan Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangan Allah.S.W.T.

Daripada pengertian di atas, Islam adalah agama yang diredai Allah S.W.T dan Islam adalah agama yang memandu hidup manusia ke arah kesejahteraan dan keredaan hidup di dunia dan kenikmatan hidup di akhirat sebagaimana firman Allah S.W.T.

" Sesungguhnya agama yang diredai Allah S.W.T ialah agama Islam"

(Surah Al-Imran ayat: 19)

Dalam pada itu juga Allah telah menegaskan bahawa agama-agama lain yang wujud di dunia ini selain daripada agama Islam tidak akan mendapat tempat di sisi Allah. Sesiapa yang menganut atau mempercayai agama selain agama Islam maka dia adalah tergolong dalam orang-orang yang rugi dan di akhirat nanti akan mendapat balasan yang amat buruk sekali iaitu neraka jahanam.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi:

" Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam maka dia termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti"

( Surah Al-Imran ayat: 85 )

Agama-agama lain tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana jika diterima, tidak berertilah Allah S.W.T mengutuskan Rasul-rasul untuk mengajar manusia tentang Islam. Jika diterima tidak berertilah Allah S.W.T menjadikan Syurga dan Neraka. Jika diterima tidak bergunalah al-Quran dan al-Hadith.

Islam merupakan agama yang selari dengan fitrah semula jadi manusia dimana setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini telah mengakui Allah S.W.T sebagai Tuhan yang berhak di sembah. Ini adalah selari dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W :

" Setiap anak yang dilahirkan adalah suci iaitu dalam keadaan Islam (menyerah diri kepada Allah S.W.T).Maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi."

Islam agama indah yang datang daripada Allah S.W.T. Islam menyeru manusia mengenali Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Perkasa, Allah S.W.T yang berhak disembah. Islam mengajak manusia beribadat kepadaNya,membesarkan Allah S.W.T, memuji dan mengagongkan Allah S.W.T kerana Allah S.W.T jualah yang mentadbir hidup manusia dan Allah S.W.T jualah yang meredai Islam sebagai agama umat manusia.

Perlu diingat bahawa Islam bukan sahaja dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W bahkan semua Nabi dan Rasul semenjak Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Muhammad S.A.W membawa Islam sebagai pegangan hidup manusia. Para Rasul mendakwah manusia kepada Islam, menerangkan kepada manusia akidah yang betul, meletakkan syariat Islam dan mengajar manusia berakhlak mulia dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu setiap manusia yang mengaku beragama Islam, wajib mempunyai akidah yang betul iaitu akidah Islam dimana kita yakin dan percaya Allah S.W.T Tuhan yang sebenar-benar disembah. Allah S.W.T Tuhan yang mentadbir alam,memberi rezeki kepada manusia dan mempunyai sifat-sifat yang wajib bagiNya. Kemudian Islam menyuruh manusia dengan suruhan yang wajib supaya beramal dengan segala peraturan Islam dan berakhlak dengan akhlak Islam.Ini adalah bagi meletakkan manusia itu berada dalam rahmat dan hidayah Allah S.W.T.