04 Oktober 2008

Tiket Penerbangan Percuma Untuk Anda!

Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ianya ibarat penerbangan ke
sebuah negara lain iaitu - Kubur dan Akhirat. Di mana maklumat tentangnya
tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran
dan Al-Hadith.

Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan, tetapi
Al-Jenazah.

Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada
caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian
Pencipta kita.

Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, Dunhill atau setaraf dengannya tetapi
kain putih kotton.

Di mana pewanginya bukan Channel atau Paco Rebone, tetapi air mawar dan
cendana.

Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi
Al-Islam.

Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailaillah'.

Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.

Di ! mana layananya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi
sekadar kain yang diwangikan.

Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah
International, tetapi tanah perkuburan.

Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi
bilik 6 kaki dalam gelap gelita.

Di mana pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan
Nakir. Mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
bukan Disneyland, Paris atau London tetapi samada Syurga atau Neraka.

Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan. Di mana lapangan
terbang transit adalah Al-Barzakh. Di mana destinasi terakhir samada Syurga
yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.

Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya.. Ianya percuma, jadi simpanan
(savings) anda tidak akan dihabiskan

Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang
sajian tidak akan dised! iakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi
atau halal-haram makanan

Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia
berangkat dan tiba tepat pada masanya.

Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera
bersuka-ria.

Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda
disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.

Ya! Berita Baik!!

Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah
satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi
boleh! Dan sekiranya anda boleh!

Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran'. Cuma perlu ingat! Nama
anda telah ditempah untuk penerbangan

ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???

SUDAH KAH ANDA BERSEDIA UNTUK PENERBANGAN INI???

Tiada ulasan: