06 Oktober 2008

Cara culik..

Salam..

Ana copy n paste nih...


Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JB

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa
sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan
menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang
ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di
Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging,
dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah
hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si
ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan
tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila
diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk
membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua
pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka
telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka
menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air
dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh
dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau
cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar
wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya – iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan
ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya – melakukannya
kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong
perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah
senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah.
Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka
anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi
dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa
hirau telah berlalu.

Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah
kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA
ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Tiada ulasan: