06 Oktober 2008

Asal usul api dunia...

Salam..

kalo ada silap dan salah, tolong betulkan..



Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya
kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana
kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril
as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan
nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut
daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka
utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.


Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?


Jibril : sebesar kurma...


Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan
cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.


Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...


Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan
tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..


Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk
mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan
supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa
ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari
zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar
zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam
sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70


Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan
diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba
bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api
tersebut dan dihantar semula ke neraka.


Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering
kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung
berapi dll lagi.


PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa
disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya
sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana
dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.


MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

INSAFLAH......
wassalam.

Tiada ulasan: