29 Julai 2009

Selamat Hari Lahir, mama~!

Assalamu3alaikum...

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA~!

Hari ni merupakan tanggal 29 Julai 2009.. maka genaplah umur ibuku mencecah *censored* tahun! [takot mama marah~ lalala~]

Hari ini, kembali sy mengenang firman Allah s.w.t:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

[31:14]

Apabila sy terkenang ayat ini, terbayang-bayang, macamana agaknya ketika mama mengandungkan sy? Sy yakin, mesti mama dalam keadaan lemah yg bertambah-tambah sbgaimana yg diterangkan di dalam Al-Quran... Bukan itu shj, sy juga tahu, yg sy dilahirkan dgn kaedah Ceaserian... bukan scara normal... mesti sakit..

"Ya Allah, Ampunkanlah Dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil dahulu"

Amiin.. Ya Robbal 3aalamin..



Tambahan pula, Allah berfirman lagi dalam surah yg sama:

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

[31:15]

Alhamdulillah.. sy tak diajar untuk melakukan smua itu.. tidak disuruh pun melakukan perkara2 syirik tersbut.. malah, mereka sering menyuruh melakukan ma3ruf dan munkar.. Dan apa yg sy paham berdasarkan ayat ini, iaitu, kalaulah ibu bapa yg tidak beragama islam pun kita kena jaga elok2, apatah lagi dgn ibu bapa kita yg islam?

Kerana Allah telah berfirman dalam surah yg laen iaitu:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

[17:23-24]

Pernah juga sy menangis apabila terdengar ayat ni dibacakan.. Sedih.. Pilu.. menyesal.. Kerana perkara yg dilarang ini, pernah sy lakukan... Mama, maafkan anakmu ini..

Sekarang, barulah sy sedar dan terfikir.. jika sy tidak dididik ketika kecil dahulu, mana mungkin sy boleh menguasai bahasa arab? mana mungkin sy boleh mencapai kejayaan sperti ini? Alhamdulillah~ Allah mengurniakan sy seorang ibu yg pendidik.. :D

Akhir kata,

I LOVE YOU, MAMA... ALWAYS!!!


~Uhibbuki Ya Ummi Abadan Abada~

1 ulasan:

alien berkata...

SELAMAT HARI LAHIR, AWK~!
:D