Kali ini, sy nak wat satu perkongsian.. betapa besarnya kesabaran parent menjaga kita masa kecik2 dlu.. mungkin ramai yang sedar, mungkin ramai yang tidak.. pernah tak kalian, bile mak minta tolong:
"Angah, tolong kemaskan dapur... mak ada keje."
Kalian mungkin reply sama ada:
a) "Baaaiiikkkk, mak~", dgn hati yg ikhlas..
b) "Baaaiiikkkk, mak~", dgn perasaan dalam hati, "Asyik2 ak, asyik2 ak.. takde org len ke?!"
c) "Orang laen la plak.. asyik angah je!"
d) "Mak ni bising la.. takleh tgk org senang!"
Hanya kalian yang tahu, kat mana kalian berada.. Sy taknak ulas panjang, tapi nak bagi satu kronologi [sy tak pasti istilah ni ssuai tak kat tmpat ni]"
Bayangkan, masa anda kecil2 dahulu, masa dalam lingkungan 2-5 tahun.. pernah tak anda kata:
"Mak.. nak air.. hausla..."
Mak kalian akan reply:
a) "Angah dahaga ye? Tunggu kejap ye? Mak buatkan air... Nak air ape?"
b) "Angah tunggu kejap ye? Nnt mak buatkan..."
c) "Mak rasa tadi ada mak buat air.. nnt mak checkkan dlm peti.. ada lagi kot? tunggu jap ye?"
d) "Alololo, kesiannye anak mak... meh sini, kita gi minum air..."
Dan peristiwa ini berulang2 dan bagi sesetengah org, sampai ke dwasa.. Pernah tak kalian fikir, mak kalian tak merungut pon.. mereka dengan sabar melayan kerenah anak2 mereka.. tapi kita? Baru mintak tolong sikit, dah bising2... Kalau ada pun mereka merungut, itu normal.. sbb mereka layan kerana kalian dari lahir lagi.. Nak mengandung pon da susah.. Firman Allah SWT:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [QS 31:14]
Wahai saudaraku, selagi kita masih berpluang untuk berbakti pada mereka, lakukanlah dgn seikhlas yg mungkin.. Jangan nnt kita menyesal di kemudian hari.. Sbb kita tidak tahu apa yg bakal berlaku esok hari.. smua makhluk tak tahu! Hanya Allah yg tahu ape yg bakal berlaku esok.. kerana DIA MAHA MENGETAHUI.
Firman Allah SWT:
Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. [QS 31:34]
Di sini juga, sy nak letakkan satu video.. Masya-Allah, video ini, kali pertama saya melihatnya, berjaya mengalirkan air mata sy.. Terumata ketika ayat quran dibacakan..Bukan senang seorang lelaki untuk menitiskan air matanya.. Lihatlah.. terutama yg hebbat bahasa arabnya, insyaAllah, faham apa yg hendak disampaikan.. sbb video ini dlm bahasa asing.. tapi translation dia dlm arab..
Dalam video ini.. kita boleh lihat kesabaran ayahnya menjawab persoalan anaknya yg sama berulang-ulang kali dengan sabar, ttpi, anaknya begitu mudah marah apabila ayahnya bertanyakan soalan sama kepadanya.. lihat bagaimana kesabaran ibu bapa kita?
Firman Allah SWT:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ah" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[QS 17:23-25]
Marilah kita sama2 berdoa kepada Allah SWT:
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil!!
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil!!
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil!!
Amiin, Ya Robbal 3aalamiin~
Luv u always!!
Akhir kata, siapalah kita tanpa mereka?
Wallahu a3lam~
2 ulasan:
post ko ni wat aku homesick ar...
sob3
siyesly, ak asyik termimpi2 family ak dalam 2-3 hari ni scara berterusan.. huhu.. tu wat post gini
Catat Ulasan