11 November 2009

Mimpi?

Assalamu3alaikum wbt...

Bertemu kembali! Jarang boleh update lebih dari sekali dalam sminggu ni. Ada masa la tu. Masa lapang. Antara nikmat yg sering dilupakan. Kan? Anyway, hari ni nak singkap sedikit rahsia diri. [Chewah =.=] Tentang mimpi. Penah tak korang mimpi? Of course la penah. Mcm tak normal je kalo tak penah mimpi. Haiih..

Ada ape ek ngan mimpi? Adakah mimpi skadar mimpi? Atau mimpi ada petunjuk? Atau sekadar refleksi minda? Atau disebabkan otak yang sering memikirkan sesuatu?

Apa itu mimpi?

Mimpi adalah satu "cerita" yg mana org yg bermimpi ni, tengok atau muncul sbgai watak dalam mimpi. Mimpi merupakan satu imiginasi tetapi turut bergantung pada pengalaman sebenar dalam hidup orang yg bermimpi. Bagi org yg bermimpi tersbut, mimpi itu dirasakan seperti perkara yang sebenar ketika mengalaminya. Ada berbagai jenis mimpi sperti ngeri, seronok, takot, sedih dan lain2 lagi.

Dan dalam al-quran juga turut diceritakan berkenan mimpi. Korang boleh rujuk surah yusuf. Dalam tu ada kisah2 mimpi yg mana dialami oleh Nabi Yusuf a.s dan juga dua pemuda yg berada di dalam penjara. Rajin2 la baca maksd masa mengaji tu ye? =) Jadi, mimpi ni kiranya mmg dibuktikan la dalam islam. Dan dalam alquran juga menunjukkan ada satu ilmu iaitu menafsir mimpi. Hm.. sy tak brani ckp panjg berkaitan dgn perkara yg saya taktaw. Namun apa yg saya paham, ilmu ini mmg wujud dan nabi Yusuf a.s mempunyai ilmu tersbut. Dan juga, kalau kita lihat dalam surah ini, mmbuktikan bahawa ada mimpi yg mmbrikan petunjuk.

Sains dan Mimpi

Bermimpi adalah satu proses mental yg mana dihasilkan oleh otak dan akiviti2nya . Tak kira sama ada kita tidur atau terjaga, otak mengeluarkan gelombang elektrik scara berterusan. Para saintis mengukur gelombang ini dgn satu alat iaitu electroencephalograph. Kebiasaannya, ketika kita tidur, gelombang yg dihasilkan adalah besar dan perlahan. Tapi, kadang2, gelombang ni boleh jadi kecik dan laju.





Ketika tempoh gelombang ni laju, mata kita bergerak scara rapid seolah2 kita sdang menyaksikan sesuatu. Peringkat ini dipanggil REM [Rapid Eye Movement] sleep, yg mana mimpi kerap berlaku. Jika kita tersedar ketika dalam peringkat ini, biasanya kta dapat mengingati mimpi ini. Orang dewasa biasanya akan mengalami tidur jenis ini 3-5 kali setiap malam. REM terjadi dalam setiap 90-100 minit dan tempoh masa berlakunya REM adalah sekitar 5-30 minit.

Ketika REM, pathway yg bawak impulse2 saraf ke otot2 kita akan disekat. So, badan kita takleh gerak la masa ni. Cerebral cortex- salah satu part otak yg terlibat dalam higher mental functions, lebih aktif dalam fasa REM ni dari fasa tidur tanpa mimpi. Cortex ni dirangsang oleh neurons (tisu saraf) yg membawa impulse dari satu kawasan kat otak iaitu brain stem..

Begita la sdikit sbyk perkongsian ilmu berkaitan mimpi. Okeyh. Sekarang nak cite sal mimpi diri sndiri lak.

Gini, sjak kecik sy slalu mimpi.. mcm2 mimpi la. Yang mengarut2 smua ada. Cuma bila da masuk remaja ni, mmpi cam takde la mengarut sgt. Normally mimpi benda yg sy amat idam2kan. Antaranya men rugby dan silat olahraga.. huhu.. sampai termimpi2 ttg ni.. Bangun je dari tido, rasa bahagia.. sbb dalam real life, takleh da men rugby n silat.. jordan ni takde benda2 cenggini.. so, dapat lam mimpi pon kira jadi la an?

Anyway, slain dari mimpi2 gitu, byk gak dpt mimpi yg menginsafkan. Dulu, sy ni cam terok gak la. Dan slalunya sy berubah slpas sy bermimpi. Huuu.. Camana tu agaknye ye? Meh nak cite.. ada byk sbnya yg sy mimpi yg merubah sy ke arah lebih baek. Sy anggap mimpi tu adalah teguran terhadap sy ni.

Mimpi 1:

Mimpi ni sy dpt masa form 1. Ala, masa ni baligh pon tak lagi kot? tapi mimpi ni lepas baligh la. Dlu, parent mmg didik sy untuk solat smua ni. Tapi, biasala an, kadang2 tu miss je.. zman takde kesedaran.. then, pada satu teghari nak masuk petang, sy mimpi. Sy ada kat satu benua.. n kat benua ni ada la satu surau. And masa tu dah azan. Sy pon terasa nak solat. Tapi, alamak! takde air la plak=.=.. So, saya cari la air.. masa nak cari air tu, sy nmpak ada satu paip kat hujung sana.. tapi nak gi sana, kena seberang satu takungan air yg menjijikkan.. taktaw la air pe.. kaler keruh2.. ada keledak.. yekk=.= then, dah sbb nak solat sgt ni, sebrang je la.. huhuhu.. seksa2.. then, selesai je wudhu', ttba cam ada jmbatan.. aihh.. so, takyah la pijak air jijik tu lagi.. then, sy sampai balik surau tu.. Angkat takbir nak solat.. tak semena2, ada orang dtg dpan saya, nyanyi lagu.. lupa lak lagu pe.. kemudian, sy tukar tmpat, angkat takbir kali kedua.. ada org menari dpan saya pulak.. Ya Allah.. ssahnya nak solat! Kemudian tkar tmpat ag.. angkat takbir kali ketiga. Sekali ada org nasyid lak kat dpan.. adoii.. cane nak solat ni?!?!? Then tukar tmpat, and angkat takbir keempat.. takde org ganggu.. bile tangan sampai je paras telinga masa takbir, sy jatuh kebelakang.. Sy bangun, cuba lagi.. jatuh lagi.. seolah2 ada org tarik sy jatuh.. sy cuba bbrapa kali.. kesannya sama. Masa ni terfikir, "Allah da tak nak terima ak solat ke? Ni ke balasan ak malas solat dlu? TT__TT".. dan tak smena2 terbangun dari tidor.. mmg air mata dah meleleh.. dan masa bgun tu, org azan asar.. trus je gi masjid.. N tu la titik pertama perubahan diri. [peristiwa ni berlaku kat asrama]


Mimpi 2:

Yg ni sy mimpi kat jordan.. not the latest one but juga menginsafkan. Sy mimpi, sy mati.. lupa mati sbb ape. Tapi mati.. dan dlm mimpi tu, sy berada di tmpat hisab.. yg mana manusia nak dihisab berdasarkan amalan masing2.. masa tu, mmg takot gile.. ye la.. sdar2 da mati, mana tak takot.. suasana kat situ mmg menakutkan.. ada malaikat yg berbadan besar beserta kelengkapn snjata yg dasyat2.. kmudian, ada satu arahan dikeluarkan.. bergerak ke depan.. n kat situ ada check point.. dia mcm check lvl amalan baik la.. kalo amalan baik dia byk, maka lagi jauh la dia boleh gerak ke dpan.. kalo sikit, sikit la bleh bergerak.. maka sy pon bergerak.. alhamdulillah, check point satu lepas.. kemudian pegi check point kedua, alhamdulillah.. lepas jugak.. dalam ni, sy juga nmpak bbrapa rakan2 yg ddk kat jordan.

Stiap checkpoint dijga oleh malaikt2 yg ganas2.. huhu.. sampai je check point ketiga, masa sy melangkah ke dpan, malaikat tu halang, "kau tak boleh masuk.. kau sampai sini je!" Terus je meremang bulu roma.. kmudian merayu untuk dilepaskan.. malaikat tu kata, "kalo ko nak gerak, boleh.. tapi ko kena elak pukulan ak.. kalo ko boleh elak, itu mksdnya amalan ko ada yg support.. kalo tak, disini sajalah ko!" Lantas malaikat tu melibaskan snjata macam sabit yg besar kat saya.. tak semena2, sy dapat elak! Then, boleh la gi next check point.. masa kat check point keempat, perkara y sama berlaku. Tapi kali ini, direct hit kena.. mmg takleh elak langsg.. tak nmpak pon.. huhu.. maka, malaikat tu kata, "sayangnye, kalo kau lepas check point ni, ko dah boleh masuk syurga.. tapi ko da terkandas!" mmg pucat la muka dgr malaikat ckp camtu. Cuba bayangkan, dittpkan ke neraka.. tmpat seksaan! [Na3uzubillahi min zalik] Masa tu mmg  mcm2 perasaan ada... mmg masa tu terfikir la.. menyesal.. smua ada.. nmun bgitu, malaikat tu ckp, "kalo ko nak masuk syurga juga, boleh... tapi ko kena bgi alasan, knp ko boleh masuk syurga?!" Maka, critalah ape amalan baik yg sy da buat kat dunia.. crita punye crita, akhirnya ada satu amalan sy yg diterima... amalan yg mmg saya slalu buat kat dunia.. kemudian malaikat tu kata dgn nada yg lembut, "masuklah dalam syurga Allah.. nikmatilah ape yg telah dijanjikan..." Masa tu, mmg hepy gile.. terbayang satu ayat alquran:




Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [QS 3:185]

Dalam tu, takyah cakap la.. mcm2 nikmat ada.. tak perlu la nak crita kat sini. Sbb tujuan sy crita just nak berkongsi apa yg dialami dan amik iktibar.. huhu.. kiranya, bile korang ada buat satu amalan baik, niatlah dgn ikhlas dan istiqomah.. insyaAllah, akan dipandang oleh Allah..

Actually, ada je byk lagi mmpi yg tgor.. byk sgt.. Dan rasanya lagi berkesan dari manusia yg tegor.. huhu.. pada pendapat anda, mimpi jenis apakah ini?

Namun begitu, ada satu mimpi yg masih bermain2 di fikiran sy.. Begini, boleh dikatakan hampir tiap2 malam solat istikhoroh, minta petnjuk sape bakal pasangan.. [tak salah kan wat gini?] Then, baru2 ni.. sy bermimpi. Bermimpi mengenai seorang wanita yg baek akhlaknya, cantik pekertinya, menenangkan pandangannya.. dan org ni sy kenal. takde la kenal btol2.. knal gitu2 je la.. dalam mimpi ni, dia pegi kat sy, mmberikan satu snyuman.. snyuman yg bermkna.. kemudian, dia pergi.. mninggalkan seribu persoalan.. dan mmg sy dpt lihat jelas muka dia dlm mimpi ni.. adakah dia orangnya? atau mimpi ini hanya permainan? 

Wallahu a3lam...

2 ulasan:

almuhsineen berkata...

uih.sapekah wanita itu? =p

JaQ berkata...

zulaikha:

buat masa ni, biarla rahsia.. takmo tersebar fitnah =)