23 Mei 2010

Kata nak sedekah?

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan sebenar-benar pujian. Hari ni taktaw nak tulis ape pon sbnya. Tapi sekadar nak sharing something. [Btw, hari ini happy even awal paginya tensi sedikit~]

Penah tak kalian, masa kecik2 dlu berdoa/berjanji/berkata:

Apabila aku berjaya pada suatu hari nanti dan aku dah jadi kaya, aku akan sedekah banyak-banyak!

Ada tak? Saya secara jujurnya, penah la. Dahulu, masa kecil2, sbelum sy kluar rumah nak gi skola, ada jugak sy betulkan niat nak belajar dengan cara ini. I mean, perhalusi niat.

Berjaya dalam pelajaran --> Dapat kerja best --> Duit banyak --> Infaq di jalan Allah --> untuk dapat Redha Allah

Banyak ayat2 al-quran yg menjelaskan kebaikan menginfaqkan harta di jalan Allah. Terlampau banyak rasanya.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. [2:261]


Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar. [4:114]


Banyak lagi, tapi kesuntukan masa nak letakkan smua. Saya letak yg terlintas kat kepala je la. Hee..

Namun demikian, saya pernah terasa macam dinasihat apabila hafaz beberapa ayat dalam al-quran. Yang mana macam menasihati sy dalam situasi ini.


(75) Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh.
(76) Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
[9:75-77]
So, jnganlah kita jadi macam org yg dalam ayat di atas ini. Saya mengharap, sy bukan dalam golongan yg dinyatakan. Minta jauh sgt dari jadi seperti dalam ayat diatas. Dan harapnya, kita smua mampu melaksanakan apa yg kita pernah berdoa/niat/ckpkan/janji...

~Wallahu a3lam~

3 ulasan:

dealova berkata...

tapi doa saya cmni..

'ya Allah berilah aku kejayaan.aku ingin jd doktor xmau jd patient'..
apekah?
T_T


-eh,nk link balik.ritu blog buat hal-lala~

JaQ berkata...

dealova:

haha.. asalkan niat sampai kerana Allah, takpe je

sila2~ thx

Ahmad Naim berkata...

Ya Allah
Sampaikanlah salam rinduku kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia
Ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan
Tiada pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih
keluarga nya yang suci
serta para sahabat yang menjadi pilihan
sebanyak bilangan nikmatMU dan kemuliaanMU
http://ikhwankb.blogspot.com