27 Julai 2010

"Zikir" Harian?

بسم الله الرحمـٰن الرحيم
...Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah, kemudian Alhamdulillah.Kali ini, mari kita lihat satu situasi. Moga ada pengajaran.

A, B dan C merupakan housemate. Mereka terdiri dari pelbagai bidang yg berasingan. A merupakan pelajar jurusan syariah, B pula pelajar jurusan ekonomi islam, manakala C merupakan pelajar jurusan Kimia. Pada suatu hari ketika mereka berjalan2:

A : Cuba korang tgk mamat tu. Aku dgr la, dia ni depan orang je baik. Blakang2, teruk perangai dia.

B : Eh, ko pon dgr ek cite pasal tu?! Teruk btol kan? Orang macam ni la yang memalukan agama.

A : Tu la. Aku pon hilang la respect kat dia. Ish! Meluat ak tgk dia tuh!

B : Aah. Meluat gile. Nyampah!!!

A : Eh, C.. Asal ko diam? Ckp la something...

C : Hmm.. Korang sure ke brita yg korang dgr tu btol? Aku tak cye la...

A : Ha.. tgk! Ko pon dah tertipu dgn perangai baik yg dia buat2 je tu.. Ko jgn pecaya sgt dgn org camtu...

C : Bukan camtu.. Benda ni kan khabar angin je.. Mana la taw kot2 brita ni salah? Tak pasal2 ko dah fitnah dia.. Lagi pon, kalo betul, tak ke kita dah dikira mengumpat?

A : Ah.. ko ni! Brita yg ak dgr tu dari sumber yg dipercayai! Ko jgn bmbang la. Btol punye.

B : Hmm. Btol jugak kata ko tu, C.. Aku teringat beberapa Firman Allah dalam surah al-Hujurat:


Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [49:6]


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [49:12]


A : Ah, korang ni! Nak ngajar ak plak! Aku budak syariah taw?! Aku lagi taw la pasal2 benda ni dari korang!

C : Ya, aku taw ak bukanlah budak aliran agama macam kau. Tapi salah ke kita saling tgur2? Aku sayang ko. Seorang sahabat sejati, dia akan nasihat sahabat dia. Aku taknak la biarkan sahabat aku buat salah.

A : Cis, bagi lecture kat ak plak. Sahabat konon. Macam la ko tak penah buat cam ak bwat camni! Sama je!

C : Ya, Allah.. Aku dulu mmg penah buat. Tpi manusia kan berubah? Even penzina pon, selepas dia bertaubat, mungkin jadi lebih mulia dari kita. Kan penah dgr kisah seorang pelacur yg bertaubat, kemudian dia melahirkan bermacam2 ulamak?

B : Aah.. Ak rasa bersalah plak.. tapi, C.. Ko tak rasa ke benda dia wat tu teruk? Kita kutuk dia pon, nk amik pengajaran je.. takleh ke?

A : Ha, C! Ko dgr tu? AMIK PENGAJARAN. Lagipon, aku pon rasa dia teruk camtu..

C : Wahai sahabat2ku.. Bukan camni caranya nak amik pengajaran. Byk lagi cara len. btw.. 1st, adakah kita taw peristiwa sebenar? Kalau salah, ko nak ke jadi agen penyebar fitnah? Ko sndiri tahu, fitnah tu lebih dahsyat dari mmbunuh? Kedua, kalau betul pon dia jahat camtu, kita dah dikira mengumpat! Bukan tu sahaja, kita tak taw dia dah bertaubat atau belum? Macam mana kalau dia dah bertaubat? Kita pon taktaw apa akan jadi pada masa hadapan. Boleh jadi kita kutuk2 dia, dia jauh lagi baik dari kita. Tak pon, masa depan nnt, dia jauh lebih baik dari kita. Ada jaminan ke kita nak kata dia akan terus camtu dan kita akan terus camni? Kan lebih elok kalau kita doakan kesejahteraan dia, doakan dia bertaubat kalau benar dia salah. Aku pon teringat ada satu ayat dalam surah yg sama:


Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. [49:11]


B : A'ah ek.. kita sukati je kutuk2 dia.. ntah2 dia lagi baik dari kita.. Kita tak taw...

A : Hmm... btol jugak tu... Ya Allah.. Sepatutnya ak selidik dlu sblm cakap.. huhu.. Aku da wat salah dgn org tu.. Aku menyesal btol... Tetiba ak rasa, aku yg amik bidang agama sndiri melakukan kesalahan camni... Aku rasa ak kena minta maaf dgn org tu.. dan kalau dia btol2 camtu pon, ak still ada wat salah ngan dia T_T

C : Aku pon rasa camtu. Sbb kita dah termengata/terfitnah kat dia.. huhu..

B : Hmm.. siapalah kita untuk menghukum hamba Allah yg lain dengan tuduhan yg tak berasas sedangkan kita juga hamba Allah yg hina lagi berdosa... Astaghfirullah~

A : Terima kasih la, kawan2... korang mmg btol2 kawan aku dunia & akhirat

C : Tanggungjawab kita sbgai sahabat yg bercinta kerana Allah.




Pengajaran:
Siapa lah kita untuk mengata/melevel/mengutuk orang lain? Adakah kalau kita dalam bidang agama, kita da cukup mulia dan baik untuk mengata orang lain? Ada jaminankah kita akan stay baik camni je sampai mati? Begitu mudah lidah tergelincir. Allah takkan mengampunkan dosa manusia dengan manusia melainkan orang yg kita buat salah dgnnya, telah memaafkan kita.

P/S: nak tambah isi pengajaran, leh tambah kat comment.. keh3.. tak larat nak tulis smua..

~Wallahu a3lam~

16 Julai 2010

Kami tidak akan mengiktiraf Israel!

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

~Assalamu3alaikum wbt~


Jom kita hayati nasyid Hamas ini~




قال القائد إسماعيل *** هذا النهج ولا تبديل
لو خضعت كل الدنيا *** لن نعترف بإسرائيل
لن نعترف بإسرائيل

أمتار العز أيا داري *** لن ننسى السبعة وعشرين
ألفاً من كيلو الأمتار *** تلك هي الأرض فلسطين
ولها مثل هذا قراري *** لن نعترف بإسرائيل
لن نعترف بإسرائيل

يافا والناصرة الحرة *** وجليل العزة والثار
غزة والضفة والصخرة *** حيفا وربوع الأغوار
كل بلادي هتفت جهرا *** لن نعترف بإسرائيل
لن نعترف بإسرائيل

لا صلح على حبة ترب *** هي وقفٌ لحمى الإسلام
هذي بنادقنا في درب *** تجتث فلول الظلام
قد أعلناها في حرب *** لن نعترف باسرائيل
لن نعترف بإسرائيل

هذي ذاكرة الأحرار *** نزرعها بدم الأجيال
أما ذاكرة الدولار *** فزوال يتلوه زوال
ذاكرة الحق البتار *** لن نعترف بإسرائيل
لن نعترف بإسرائيل

Terjemahan:

The commander, Ismail  said*** This is our approach that does not change
***even if all the world surrendered*** we will not recognize Israel ***
We will not recognize Israel!

O the meters of pride*** We will not forget the twenty-seven
Thousand kilo meters *** This is the land of Palestine
And as that much as my decision is**we will not recognize Israel ***
We will not recognize Israel!

Jaffa and Nazareth, the free ***, Jalil, is the pride and revenge
Gaza and the West Bank and the Dome of Rock *** Haifa and throughout the valley
my whole country shouted out loud ***we will not recognize Israel
We will not recognize Israel!

No reconciliation to a grain soils *** it is a "waqf" for  Islam's sake
These are our guns in the driveway *** root out remnants of the dark
we have declared it  in  the war ***we will not recognize Israel
We will not recognize Israel!

These are the memory of free people *** we plant it in the blood of generations
while the memory of the dollar **it  is ashes followed  ashes
Memory of the right forearm ***we will not recognize Israel
We will not recognize Israel!

Credit to: ABAK and the Gang~
P/S: Translation ini saya minta tolong dengan arab. Sesiapa yang terrer nak translate dalam BM, bleh gtaw saya. [mereka kata, terutama si ABAK, ada certain word yg diorang tak reti nak translate dalam BI]

~Wallahu a3lam~

06 Julai 2010

Awek merajuk...

بسم الله الرحمـٰن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt~

Huhu.. Terkesima kejap.. Lagi2 bile awek majuk.. Korang leh paham2 sndiri la bile baca tajuk ni. Tapi awas~ jgn silap paham dah le... huhu..

Dalam minggu ni, sy dpat rasakan, yg awek sy mula menunjukkan tanda2 bahawa beliau merajuk.. Yela, salah saya jugak. Dating acuh tak acuh je ngn beliau 2-3menjak ni.. Bukan ape, badan letih.. Saya pon tak taw kenapa badan sy letih sgt pagi2 untuk 2-3hari ni.. huhu.. Biasanya, sy akan dating dgn beliau tiap2 pagi.. ntah kenapa la 2-3menjak ni mmg tak larat sgt nak dating dgn beliau.. Rasa ngantok, penat.. mcm2 la.. pastu mula la dating dgn beliau dgn cara yg agak cincai.. [tapi still date gak kan?!]

Then, kesannya, pagi ni.. beliau merajuk terus dgn sy.. mmg beliau mcam takmo date langsg dgn sy.. mmg langsg rasa takde mood nk date.. huuuu... akibatnye, terdate dlm tempoh 1minit je?! mmg tak patot.. then sy tido=.="

Pastu try la pujuk2 sket beliau dlm bas tadi.. ok la.. tp tak macam biasa.. nampak la beliau merajuk sgt.. huhuhu.. pape pon, mmg kena ngaku la.. salah diri sndiri~ LALAI!! T_T Siyesly... sedih btol...

Luahan hati buat awekku:

Sayang...
I sayang sangat kat U..
Sejak I jatuh cinta pada U, kita sering berdating.. tak penah lepas.. at least sehari mesti ada skli..
Dan masa cinta kita tgh hangat, sehari tu, berkali2 kita dating.. ingat x? Tapi 2-3 menjak ni I lalai sgt.. Maafkan I, syg~
Dan I penah tekad.. spnjg masa I kat Jordan, I nak cuba memiliki U 100%...
Sampai skarang lagi I cuba merealisasikan impian tu..
Dan pada tahun ini, I penah tekad, nak memiliki U dalam tempoh 2thn..
Tapi, I sdar... Kemampuan I terbatas.. Tak mampu nak membahagikan masa dgn smpurna..
Ya la.. I ni manusia biasa.. U pula menjadi rbutan ramai.. hanya org terpilih je dapat memiliki U..
I try masa tahun ni, nak cpat2 menguasai U.. tp, I dpt rasakan, bila I terburu2, kenikmatannya dan kekuatannya kurang sdikit..
Dan bila I tak mantain force tu, kesannya amat bahaya.. So, I rasa, I akan cuba kembali sbagaimana kita mula2 bercinta dlu...
Slow2.. tapi maitain dgn baik..
Bukan itu sahaja, bila I da dpt memiliki dalam 1/3 dari diri U, I da rasa berat...
Tak dpt bayangkan, macamana beratnya bila dah memiliki U scara 100%..
Tapi ini tak bermakna I give up untuk mendapatkan U.. Sesekali tidak!
I akan cuba sampai dapat.. InsyaAllah.. tahun ini, I dapat memiliki 1/2 dari U..
Tapi mesti la kita kena lebih kerap dating, kan syg?
I harap, U da tak merajuk lagi dgn I.. Maafkan I sbb leka 2-3menjak ni ye..?
I taknak hubungan kita berakhir macam ni je...
Smoga U tetap menjadi kekasih I dunia dan akhirat,syg~
Dan I mintak jauh sgt dari U jadi pendakwa I di akhirat nnt...
 
Yang Menyintaimu dan Berusaha Memilikimu,
JAQ

P/S: hanya org tertentu je paham sape awek sy ni.. papepon, bersangka baik la~ keh3

~Wallahu a3lam~