22 November 2010

+_+ Exam +_+

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt.

Pada hari Selasa, bersamaan dengan 23/11/2010, pada pukul 10.15 pagi waktu Jordan atau 4.15 petang waktu Malaysia, pelajar final year "Pre-Clinical" MBBS di Jordan University of Science & Technology (JUST) akan menghadapi peperiksaan SPM Gastrointestinal Tract (GIT) System. Doakan kami ye? Mana lah taw berkat doa korang, kitorang berjaya dengan jayanya, kan? Effect dia besar woo. Bayangkan, kitorang berjaya jadi doktor yang cemerlang, pakar dalam bidang-bidang yang sukar, menaikkan nama Islam [enshalla], ada gak saham korang. Kan kan? [Peh.. Ayat time nak suruh orang doakan =.=]

Pape hal pon, semoga kami tenang nak jawab exam. Dan semoga masa kami nak jawab exam tu, niat asal kami tak tersasar. Kalau score tinggi-tinggi, tapi niat lari, tiada guna. Dunia semata. Ke guane? [Kluar loghat ganu plop=.=]

Ok lah. Semoga smua berjaya esok. Enshalla!

~Wallahu a3lam~

20 November 2010

Tertipu?

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt

Sedar tak sedar, setiap kali menulis, mesti ada intro. Kali ini, intro tu kira dah buat. Cuma takmo tulis. Aci? Hehe. Anyway, tadi baru lepas makan gulai daging dalam program raya PERMAI. Fuh. Lama da tak makan gulai camtu. Trimas diucapkan kepada chef handalan kita *psst, beliau juga AJK dalam JK Keselamatan & Kebajikan. Bangga sey*. Lepas ni bolehla masak untuk meeting JKKKK plak ea? Keh3. [berapa byk 'K' daa? =.="]

Sebut pasal tertipu, berapa ramai antara kita yang tertipu? Tak kira la dari segi apa pon. Kesihatan, pelajaran, percintaan hatta agama pon. Mesti ada punye. Heh. Kalo dari segi kesihatan, kat sini ramai saya nampak yang tertipu dengan minuman protein tambahan bila masuk gym. Peh. Menurut doctor epidemiology masa saya second year, orang yang masuk gym ni sebenarnya tak perlu pon makan supplement protein. Cukup dengan jaga pemakanan seimbang. Sebab, excess protein in our body akan diconvert kepada fat! Ha! So, kalo tangan tu jadi besar cam kayu balak, bukan smua muscle yang hypertrophy. Tapi kat bawah tu penuh dengan lemak je. Tak pecaya? Tanye la doctor yang pakar dalam pemakanan. Heh.

Ada juga yang tertipu mengatakan, minum jus tidak menggemukkan. Haih. Ni satu lagi fakta salah. Benar. Buah-buahan baik untuk kesihatan. Namun, 1 gelas jus pure = berapa biji buah? Kita secara generalnya, memerlukan sedikit je buah beserta dengan cellulose yang ada sebagai serat. So, kalo minum jus banyak2, gula buah a.k.a fructose, akan ditukarkan kepada fat apabila kita amik secara berlebihan. Selain itu juga, fructose boleh menggemukkan lebih dahsyat dari gula-gula simple lain. Kenapa? Dalam penyerapan fructose di usus kecil, fructose diserap melalui satu mechanism khas berbanding glucose dan lactose. Fructose diserap melalui facilitated transport melibatkan sama ada GLUT5 atau GLUT2. So, dia melibatkan pergerakan fructose dari kawasan yang high concentration level kepada kawasan low concentration level. Jadi, bila dalam darah anda dah byk fructose, penyerapan sukar berlaku. Badan kita akan memaksa fructose yang da ada dalam darah untuk menjadi glucose kemudian jadi FAT bagi membolehkan penyerapan fructose yang ada kat usus kecil. Maka, bertambahlah fat dalam badan. Mungkin penerangan saya agak memeningkan, tapi itulah hakikatnya. [err. kalo salah explain, sorry aa. Ni based on apa yg saya hafal. Kalo silap hafal, sorry. heh]

Kalo bab politik, ramai gak yang tertipu. Tipu itu, tipu ini. Fitnah situ, fitnah sini. Masing-masing mengaku dia yang paling betul. Namun kat dunia ni, ramai la yang kabur-kabur lagi sapa yang benar, sapa yang salah. Don't worry [or please be worry]. Kita tengok kat akhirat nanti. Siapa yang bakal jadi macam yang diterangkan dalam firman Allah:

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu). [14:21]

Heh. Nampak tak? Mereka cuba berlepas diri dengan bagi alasan "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu". Hampeh tol. So, sebelum berpolitik atau mengikut mana-mana pemimpin tu, kaji la dulu ye? Heh.

Kalo orang kafir plak, mereka tertipu juga. Mereka tertipu dengan janji-janji syaitan. Nanti kat akhirat, syaitan pon bagi alasan jugak. Memang pandai la syaitan ni. Tapi Allah SWT Maha Bijaksana. Allah dah awal-awal lagi pesan kat kita tentang benda ni. Firman Allah:

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [14:22]

Kan? Macam-macam la lagi. Tak tertulis dah. Memang dunia ni permainan. Rugilah siapa yang dunia di hatinya. Maka, janganlah kita mensia-siakan pemikiran kita agar tak menyesal di kemudian hari.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [6:32]

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar kita tak termasuk dalam golongan yang tertipu lebih-lebih lagi golongan yang menipu.

Ya Allah, jadikanlah dunia itu di tangan kami, bukan di hati-hati kami.

~Wallahu a3lam~

17 November 2010

Emo sket

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt. Hari ni mau emo2 sket. Haha. Semalam ada pegi majlis akad nikah senior, bro Abu Bakr dengan Amani. Smoga berkekalan lah ye? Tahun ni saje, dah brapa ramai kawin. Tak kira pelajar di Jordan mahupun Mesir. Nnt bulan 1, bro Shakir plak nak kawin. Saya ntah bila. [Cis, emo lebih2 plak.]

Eh, tu bukan tujuan utama. Heh. Tujuan sebenar, skadar luahan je. Teringat buku antalogi masa sekola menengah dulu. Tak ingat yang tingkatan berape, tapi bunyinye macam ni la:
Luka di tangan nampak berdarah,
Luka di hati siapa tahu?

Wawawa. Tetiba plak bernada melankolik. Memang mustahil. Muka garang cam hape je. Sekali nada tulis belog berpuitis. Namun demikian, tiada siapa yang tahu kita ni camana sebnya melainkan Dia. Ada orang kata saya ni garang, ada yang kata sengal, ada kata malas, ada kata terok. Macam-macam la. Hakikatnye, hanya Allah yang tahu. Heh. Actually, post ni ditulis sebab tensi. Tu je. Nak mengarut-ngarut sket. Tensi dengan *censored* dan *censored*. Heh. Takmo la cite kat sini. Kang ada yang report plak. Lagipon, tak elok pon cite bende2 camni. So, nak luah, sekadar kata, saya dalam fasa tensi. Mungkin sebab tu senang demam kot? Emotional stress can suppress the immune system. So, don't stress2.

Oh, ya. Trima kasih juga kepada insan yang kasi "pinjam" bahu untuk saya meluah. Really appreciate it! Saya tak rasa keseorangan, at least. Anyway, bila anda berada di atas, pikir-pikirlah perasaan orang di bawah. Dan bila anda di bawah, pikir-pikir la perasaan orang atas. Heh. Cukup la membebel sorang-sorang. Bajet ada orang nak baca bebelan murahan camni. Wokeh. Mau menghabiskan saki-baki timbunan lecture notes. Doakan kami semua berjaya dalam exam Gastrointestinal Tract System.

اللهم إني أسألك حبك و حب من يحبك و حب عمل يقربني إلى حبك

P/s: Tak salah berdoa, kan? Heh

~Wallahu a3lam~

14 November 2010

Penjagaan Al-Quran?

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt.

*sapu debu kat blog.. batok2* uhuk. Penuh sawang da. Haha. Kurang ada mood untuk menulis. Alasan? Malas. Ni faktor utama. Faktor sampingan pun banyak. Tapi takmo bagitaw. Nak tau, tanye sendiri. Anyway, alhamdulillah, berpeluang menulis. *pandang timbunan lecture notes* sigh~ nanti la settlekan tunggakan lecture notes tu.
Anyway, banyak kali kita dikejutkan dengan isu pembakaran al-Quran sempena itu dan ini, penghinaan terhadap Rasulullah saw dan sebagainya. Apakah kita bersikap reaktif sahaja? Tidak mahu menjadi produktif? Haha. Ayat skema. Pada pandangan saya, tidak salah untuk reaktif, namun perlulah masih berada dalam keadaan menjaga tatatertib selaku seorang islam. [selingan, kenapa saya eja islam menggunakan huruf kecil pada huruf  'i' sedangkan ia kata nama? ^_^]

Kenapa saya berpendapat demikian?
Apabila kita menjaga tatatertib, sebenarnya kita telah berjaya mengelak dari satu fitnah besar terhadap agama islam itu sendiri. Bagaimana fitnah boleh berlaku apabila kita tidak menjaga tatatertib? Biasanya apabila kita melakukan tunjuk perasaan @ demonstrasi. Apabila keadaan kita, sebagai contoh, bertindak membakar bibble kembali, menyerang peniagaan orang-orang yahudi dan sebagainya, secara tidak sedar, kita telah membenarkan tuduhan orang-orang kafir yang mengatakan islam itu pengganas. Lihat! Pandai betul mereka menyuntik jarum-jarum mereka! Dan orang-orang bukan islam yang kurang arif tentang islam, terus percaya dengan dakyah-dakyah musuh-musuh islam ini yang mengatakan islam itu pengganas. Boleh menjadi reaktif, tetapi lebih baik proatif.

Apabila Quran dibakar?
Benar, mereka menghina kita dengan pembakaran al-Quran. Namun, apa sebenarnya mereka dapat dengan pembakaran al-Quran tersebut? Adakah mereka mampu menghilangkan kesemua al-Quran dimuka bumi ini? Ingatlah, al-Quran bukan di mushaf tetapi di hati-hati orang beriman. Jika mereka mengambil semua mushaf al-Quran di muka bumi ini lantas membakarnya, esok hari sahaja, kita boleh menghasilkan semula mushaf-mushaf al-quran tersebut dengan mudah. Percayalah dengan janji Allah swt. Allah swt berfirman dalam surah al-hijr:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. [15:9]


Di sini, ingin saya tunjuk satu video. Antara bukti Allah menjaga kitabNya. Mari kita sama-sama menyaksikannya. Beliau tidak mengetahui apa-apa melainkan al-Quran. Sub7anallah. Boleh click kat sini. [internet slow. Tak mampu nak upload kat belog ni]

Jadi, mahukah kita menjadi salah seorang agen 'Penyelamat/Penjaga' al-Quran itu sendiri? -kata nak jadi proatif?- [even Allah mmg akan menjaganya] Jom hafal quran! Jadikan al-Quran sebagai salah satu wasilah kita mencapai redhaNya.

p/s: al-Quran boleh peguam bela kita [ameen], dan juga pendakwa raya [na3uzubillah].

~Wallahu a3lam~