20 November 2010

Tertipu?

بسم الله الرحمـن الرحيم

Assalamu3alaikum wbt

Sedar tak sedar, setiap kali menulis, mesti ada intro. Kali ini, intro tu kira dah buat. Cuma takmo tulis. Aci? Hehe. Anyway, tadi baru lepas makan gulai daging dalam program raya PERMAI. Fuh. Lama da tak makan gulai camtu. Trimas diucapkan kepada chef handalan kita *psst, beliau juga AJK dalam JK Keselamatan & Kebajikan. Bangga sey*. Lepas ni bolehla masak untuk meeting JKKKK plak ea? Keh3. [berapa byk 'K' daa? =.="]

Sebut pasal tertipu, berapa ramai antara kita yang tertipu? Tak kira la dari segi apa pon. Kesihatan, pelajaran, percintaan hatta agama pon. Mesti ada punye. Heh. Kalo dari segi kesihatan, kat sini ramai saya nampak yang tertipu dengan minuman protein tambahan bila masuk gym. Peh. Menurut doctor epidemiology masa saya second year, orang yang masuk gym ni sebenarnya tak perlu pon makan supplement protein. Cukup dengan jaga pemakanan seimbang. Sebab, excess protein in our body akan diconvert kepada fat! Ha! So, kalo tangan tu jadi besar cam kayu balak, bukan smua muscle yang hypertrophy. Tapi kat bawah tu penuh dengan lemak je. Tak pecaya? Tanye la doctor yang pakar dalam pemakanan. Heh.

Ada juga yang tertipu mengatakan, minum jus tidak menggemukkan. Haih. Ni satu lagi fakta salah. Benar. Buah-buahan baik untuk kesihatan. Namun, 1 gelas jus pure = berapa biji buah? Kita secara generalnya, memerlukan sedikit je buah beserta dengan cellulose yang ada sebagai serat. So, kalo minum jus banyak2, gula buah a.k.a fructose, akan ditukarkan kepada fat apabila kita amik secara berlebihan. Selain itu juga, fructose boleh menggemukkan lebih dahsyat dari gula-gula simple lain. Kenapa? Dalam penyerapan fructose di usus kecil, fructose diserap melalui satu mechanism khas berbanding glucose dan lactose. Fructose diserap melalui facilitated transport melibatkan sama ada GLUT5 atau GLUT2. So, dia melibatkan pergerakan fructose dari kawasan yang high concentration level kepada kawasan low concentration level. Jadi, bila dalam darah anda dah byk fructose, penyerapan sukar berlaku. Badan kita akan memaksa fructose yang da ada dalam darah untuk menjadi glucose kemudian jadi FAT bagi membolehkan penyerapan fructose yang ada kat usus kecil. Maka, bertambahlah fat dalam badan. Mungkin penerangan saya agak memeningkan, tapi itulah hakikatnya. [err. kalo salah explain, sorry aa. Ni based on apa yg saya hafal. Kalo silap hafal, sorry. heh]

Kalo bab politik, ramai gak yang tertipu. Tipu itu, tipu ini. Fitnah situ, fitnah sini. Masing-masing mengaku dia yang paling betul. Namun kat dunia ni, ramai la yang kabur-kabur lagi sapa yang benar, sapa yang salah. Don't worry [or please be worry]. Kita tengok kat akhirat nanti. Siapa yang bakal jadi macam yang diterangkan dalam firman Allah:

Dan mereka sekalian tetap akan berhimpun mengadap Allah (untuk dihisab pada hari kiamat); kemudian orang-orang yang lemah (yang menjadi pengikut) kepada orang-orang yang sombong takbur itu akan berkata kepada mereka (yang menjadi pemimpinnya): Sesungguhnya kami telah menjadi pengikut kamu; maka adakah kamu dapat menolak daripada kami sedikit dari azab Allah? Mereka menjawab: Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu. (Sekarang) sama sahaja kepada kita, samada kita menggelisah dan mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (dari azab itu). [14:21]

Heh. Nampak tak? Mereka cuba berlepas diri dengan bagi alasan "Kalaulah Allah menunjukkan jalan selamat kepada kami, tentulah kami tunjukkan jalan itu kepada kamu". Hampeh tol. So, sebelum berpolitik atau mengikut mana-mana pemimpin tu, kaji la dulu ye? Heh.

Kalo orang kafir plak, mereka tertipu juga. Mereka tertipu dengan janji-janji syaitan. Nanti kat akhirat, syaitan pon bagi alasan jugak. Memang pandai la syaitan ni. Tapi Allah SWT Maha Bijaksana. Allah dah awal-awal lagi pesan kat kita tentang benda ni. Firman Allah:

Dan berkatalah pula Syaitan setelah selesai perkara itu: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tetapi salahkan diri kamu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya. Sesungguhnya orang-orang yang zalim (yang meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya) beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. [14:22]

Kan? Macam-macam la lagi. Tak tertulis dah. Memang dunia ni permainan. Rugilah siapa yang dunia di hatinya. Maka, janganlah kita mensia-siakan pemikiran kita agar tak menyesal di kemudian hari.

Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? [6:32]

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar kita tak termasuk dalam golongan yang tertipu lebih-lebih lagi golongan yang menipu.

Ya Allah, jadikanlah dunia itu di tangan kami, bukan di hati-hati kami.

~Wallahu a3lam~

1 ulasan:

A.F.I.A.H berkata...

salam alaik cikgu.

bagos entri ni. especially pasal tertipu dengan perihal makanan. haha..hmm.. berapa banyak ye kita dah tertipu? fikir2..

semoga sihat di sana.
assalamu'alaikum.