بسم الله الرحمـن الرحيم
Assalamu3alaikum wbt.
*sapu debu kat blog.. batok2* uhuk. Penuh sawang da. Haha. Kurang ada mood untuk menulis. Alasan? Malas. Ni faktor utama. Faktor sampingan pun banyak. Tapi takmo bagitaw. Nak tau, tanye sendiri. Anyway, alhamdulillah, berpeluang menulis. *pandang timbunan lecture notes* sigh~ nanti la settlekan tunggakan lecture notes tu.
Anyway, banyak kali kita dikejutkan dengan isu pembakaran al-Quran sempena itu dan ini, penghinaan terhadap Rasulullah saw dan sebagainya. Apakah kita bersikap reaktif sahaja? Tidak mahu menjadi produktif? Haha. Ayat skema. Pada pandangan saya, tidak salah untuk reaktif, namun perlulah masih berada dalam keadaan menjaga tatatertib selaku seorang islam. [selingan, kenapa saya eja islam menggunakan huruf kecil pada huruf 'i' sedangkan ia kata nama? ^_^]
Kenapa saya berpendapat demikian?
Apabila kita menjaga tatatertib, sebenarnya kita telah berjaya mengelak dari satu fitnah besar terhadap agama islam itu sendiri. Bagaimana fitnah boleh berlaku apabila kita tidak menjaga tatatertib? Biasanya apabila kita melakukan tunjuk perasaan @ demonstrasi. Apabila keadaan kita, sebagai contoh, bertindak membakar bibble kembali, menyerang peniagaan orang-orang yahudi dan sebagainya, secara tidak sedar, kita telah membenarkan tuduhan orang-orang kafir yang mengatakan islam itu pengganas. Lihat! Pandai betul mereka menyuntik jarum-jarum mereka! Dan orang-orang bukan islam yang kurang arif tentang islam, terus percaya dengan dakyah-dakyah musuh-musuh islam ini yang mengatakan islam itu pengganas. Boleh menjadi reaktif, tetapi lebih baik proatif.
Apabila Quran dibakar?
Benar, mereka menghina kita dengan pembakaran al-Quran. Namun, apa sebenarnya mereka dapat dengan pembakaran al-Quran tersebut? Adakah mereka mampu menghilangkan kesemua al-Quran dimuka bumi ini? Ingatlah, al-Quran bukan di mushaf tetapi di hati-hati orang beriman. Jika mereka mengambil semua mushaf al-Quran di muka bumi ini lantas membakarnya, esok hari sahaja, kita boleh menghasilkan semula mushaf-mushaf al-quran tersebut dengan mudah. Percayalah dengan janji Allah swt. Allah swt berfirman dalam surah al-hijr:
Di sini, ingin saya tunjuk satu video. Antara bukti Allah menjaga kitabNya. Mari kita sama-sama menyaksikannya. Beliau tidak mengetahui apa-apa melainkan al-Quran. Sub7anallah. Boleh click kat sini. [internet slow. Tak mampu nak upload kat belog ni]
Jadi, mahukah kita menjadi salah seorang agen 'Penyelamat/Penjaga' al-Quran itu sendiri? -kata nak jadi proatif?- [even Allah mmg akan menjaganya] Jom hafal quran! Jadikan al-Quran sebagai salah satu wasilah kita mencapai redhaNya.
p/s: al-Quran boleh peguam bela kita [ameen], dan juga pendakwa raya [na3uzubillah].
p/s: al-Quran boleh peguam bela kita [ameen], dan juga pendakwa raya [na3uzubillah].
~Wallahu a3lam~
2 ulasan:
selingan~
patut taip Kata Nama Khas..
haha
Salam.
Nice entry. Alhamdulillah, blog ni masih bernyawa..:)
Keep it up..~
Catat Ulasan