02 September 2009

ARAB!!!

Assalamu3alaikum wbt..

Dah lama rasanya tak update. bz stdy la katakan [ceh..perasan je]..
tajuk ari ni ni cam normal je an? tapi ari ni NMA nak cite pasal pengalaman NMA di hari terakhir ada dawam [kelas].. of course la, hari khamis.. negara arab beb..

Al-kisah~

Pada pagi khamis itu, bangun pagi cam biasa... wat la smua keje2 tertentu tu.. takkan nak cite kot=.= ? dalam pkul 9.00pagi waktu jordan, NMA dgn berat ati, bersiap2 nak gi kelas terakhir.. iaitu LAB VISUAL BASIC.. sbb hari sabtu and ahad tu, ada final exam =.="

tgh2 kusyuk bersiap, tgk2.. jam sudah melebihi 9.30!! alamk!! dah lewat!! kadar adrenaline dalam bdan terus memuncak.. berlari kluar rumah. Sampai je kat syari3 Jami3ah, terus tahan teksi.. adei.. nmpak gayanya byk gak la ongkos ari ni.. dah la LAB je ari tu=.=

Naek teksi kena 75qursh.. pastu nek bas mustasyfa plak.. kena lagi Nus Dinar [1/2 dinar].. huhu.. byknye duet abes demi 1 lab ni je.. TT_TT

[rate skrg.. 1 dinar=RM 4.994]

Sesampai je kat JUST, NMA tgk jam.. fuhh.. tpat2 kol 10.08 pagi.. dengan penuh smngat, berjalan lah ke lab.. da la lengang je ari tu.. smpai2 je kat LAB, tgk2.. ada notis!

ما في مختبر اليوم

NMA bagai dipanah petirr.. Tidaaaaaaaaaaaaakkk!!! Takde lab ari tu TT__TT Sia2 je dtg JUST.. dah le naik teksi?!?! wuuuuu~~ [jatuh melutut kekecewaan]
Dengan penuh kecewa dan tiada semangat, pergi ke cafe.. nak pujuk hati weh~! Makan satu sandwich falafil + air mineral + nescafe.. abes je makan.. lepak2 kat luar cafee... menunggu seseorang.. nak bayar hutang.. abes je NMA baya hutang, datang la mamat arab 2 ekor.. isk.. muka dia cam muka jahat je.. bisik hatiku..

NMA lupa nama mamat 2 ekor tu.. so, assume la sekor "arab pendek" dan sekor lagi, "arab tinggi".. perbualan ni dah ditranslatekan..

Arab pendek: Ape khabar, org malaysia?
NMA: baek.. ko pekabar?
Arab pendek + tinggi: baek.. sihat2
Arab pendek: Nama ko ape? Mana dak2 melayu len?
NMA : (isk.. asal tnye sal dak melayu len.. pelik.. was2 ak) ak 3izzat.. mana ak taw.. mgkin ada dlam cafe 2-3 org kot?
Arab panjg: oo.. ko muslim ke?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan da dgr) Iye.. sy muslim...
Arab pendek : ooo.. ko ddk kat mana? syari3 jami3ah kan?
NMA: (soalan ni lagi.. bosan2) dah biasa da org taw org malaysia ddk kat situ..

tetiba datang skumpulan arab.. dia tgur ak

arab 1: ya 3izzat, smlam ko kata ko tak dtg kelas da? bukan ko dah abes kelas? ko kata ko bz nak stdy sbb exam?
NMA: ak lupa ada lab ari ni.. kalo tak ak mmg takmo datang..
arab 1: ceh.. haa, jadi leh la ko hadir majlis perbincangan antara stdnt malaysia n jordan tu?
NMA: Ak bz la.. exam dkat da..
arab 1: takpe2.. btw, ko nmpak tak awek tu? camana? cun tak?
NMA : tak langsung~
arab 1: haa?!?!? asal?!
NMA : tak ttp aurat.. burok ak nmpak.. cam unta je..
arab 1: (dia buat gaya cam nak pukul ak.. pastu gelak2.. blah~)

pelik2 tol diorang ni=.= haihh

arab pendek: oh 3izzat, dgar sini.. kita ni saudara islam.. ak nak balik gi Zarqa', tapi ak takde duit.. ape kata ko bagi ak 5dinar?
arab tinggi: ko kena bgi ak skali gak...
NMA: (patot pon tadi tnye dak melayu laen mana.. nak pow ak rupanya..) iskk.. mana leh.. asal ko mintak duit ngan ak lak?!
arab pendek: kita kan saudara seislam.. kena la tolong2..
NMA : takleh2.. even seislam pon, mana elok minta2 camni..
arab tinggi: gini la.. ko kasi ak sedinar pon ok je..
arab pendek: aah.. sian kat kitorang.. takde duit ni.. nak balik kampung..
NMA : ape kata ko minta duit kat cashier kat dlm cafe tu? diorang lagi byk duit dari ak=.=
arab pendek: (muka dia mula panas) ya 3izzat! ko kenal tak ak?!
NMA: mana ak kenal ko!!
arab pendek: ko tgk tangan ak ni.. byk tak parut? (dia tunjuk parut2 kat tgn n muka dia)
NMA : biasa r.. ak ada gak=.= (tunjuk tgn ak)
arab pendek: ak ni Otai Zarqa' taw?! bagi ak duit! cepat!
NMA : (perkataan otai tu, ak assume je.. sbb ayat dia seolah2 gitu) takmo~ (ak wat muka tak layan)
arab pendek + arab tinggi: (diorang kuarkan pisau...)
NMA: iskk.. ah sudah.. ak dah la sorang2 je ni.. nak lawan, bahaya.. 2-2 ekor ni ada pisau..
arab tinggi + pendek: cepat kasi duit!!
NMA : (ak bangun dgn pantas.. ak tepis tgn mamat pendek tu kuat2... pastu ak lari.. masuk dlm cafe)
arab pendek: Ak taw ko dduk syari3 jami3ah kan? takpe2.. ak jumpe ko kat sana, siap la!
NMA : ko ingat ak takot ko ke? 1 sama 1 boleh je! anak haram! (tetiba ak terkluarkan kata2 tu.. geram sgt)


pastu mamat 2 ekor tu tak kejar dah ak.. hahaha... ingatkan hebbat sgt.. takpe2.. lepas ni, ak kena lebih berhati2.. iA, slamat jer.. InnAllaha Ma3ana!! huhu~

sekian cite yg nak dikongsi..

Pengajaran cite:
1) jgn cite perkara btul kat arab.. klentong sket2..
2)jgn ddk sorang2
3)kena berani
4)blaja la ilmu pertahankan diri :D
5) jgn lupa tawakkal 3ala Allah.. :D

P/s: sape2 nak tmbah lagi, sila2

29 Julai 2009

Selamat Hari Lahir, mama~!

Assalamu3alaikum...

SELAMAT HARI LAHIR, MAMA~!

Hari ni merupakan tanggal 29 Julai 2009.. maka genaplah umur ibuku mencecah *censored* tahun! [takot mama marah~ lalala~]

Hari ini, kembali sy mengenang firman Allah s.w.t:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

[31:14]

Apabila sy terkenang ayat ini, terbayang-bayang, macamana agaknya ketika mama mengandungkan sy? Sy yakin, mesti mama dalam keadaan lemah yg bertambah-tambah sbgaimana yg diterangkan di dalam Al-Quran... Bukan itu shj, sy juga tahu, yg sy dilahirkan dgn kaedah Ceaserian... bukan scara normal... mesti sakit..

"Ya Allah, Ampunkanlah Dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku ketika kecil dahulu"

Amiin.. Ya Robbal 3aalamin..



Tambahan pula, Allah berfirman lagi dalam surah yg sama:

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

[31:15]

Alhamdulillah.. sy tak diajar untuk melakukan smua itu.. tidak disuruh pun melakukan perkara2 syirik tersbut.. malah, mereka sering menyuruh melakukan ma3ruf dan munkar.. Dan apa yg sy paham berdasarkan ayat ini, iaitu, kalaulah ibu bapa yg tidak beragama islam pun kita kena jaga elok2, apatah lagi dgn ibu bapa kita yg islam?

Kerana Allah telah berfirman dalam surah yg laen iaitu:

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".

[17:23-24]

Pernah juga sy menangis apabila terdengar ayat ni dibacakan.. Sedih.. Pilu.. menyesal.. Kerana perkara yg dilarang ini, pernah sy lakukan... Mama, maafkan anakmu ini..

Sekarang, barulah sy sedar dan terfikir.. jika sy tidak dididik ketika kecil dahulu, mana mungkin sy boleh menguasai bahasa arab? mana mungkin sy boleh mencapai kejayaan sperti ini? Alhamdulillah~ Allah mengurniakan sy seorang ibu yg pendidik.. :D

Akhir kata,

I LOVE YOU, MAMA... ALWAYS!!!


~Uhibbuki Ya Ummi Abadan Abada~

27 Julai 2009

Apa yang ku lihat...

Assalamu3alaikum wbt...

Dah lama tidak menulis. Tetiba je rasa macam nak menulis. Mungkin sbb kebosanan? Oh, tidak! Sebab terasa ada benda yg hendak dan perlu disampaikan.. Apakah itu? Teruskan membaca.


Sejak zaman sekolah dulu, sering sy melihat pelbagai ragam bagaimana manusia solat. Bermacam-macam cara.. Kadang2, terdetik dalam hati, yg mana satu yg betul? Yg mana satu salah? Yg mana satu kurang tepat?

Saya bukanlah seorang yg perfect dalam bab solat.. tetapi, sy sering tertanya-tanya, adakah pergerakan solat kita tu, kita buat berdasarkan ilmu ataw taqlid buta semata-mata? Harap-harapnya, kita berdasarkan ilmu. Kerana Imam Ghazali pernah berkata,

"Ilmu tanpa amal itu gila. Dan amal tanpa ilm itu tidak menjadi [tidak sah]"


Oleh yg demikian, menjadi kewajipan ke atas kita untuk mempelajari ilmu agama. Tanpa ilmu agama, tidak mungkin seseorang itu dapat melaksanakan ibadah kepada Allah s.w.t dgn sempurna. Namun begitu, sy agak KECIWA dgn masyarakat hari ini. Mereka membeza-bezakan agama dengan cara hidup. Bagi mereka, agama ini hanya solat, zakat, haji, puasa. Dan mereka juga menganggap, asal sbut je masjid, pasal agama.. sbut ilmu sains, sudah keluar dari topik agama. Sedangkan byk je dalil2 dalam al-quran yg berkaitan dgn sains. Contohnya:

Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

[4:56]

Perhatikan ayat ini... apa yg anda dapat di sini? Di sini, kita boleh lihat berkaitan dgn pain receptor. Bila kita amik subject sperti anatomy atau biology, kita akan blaja perkara berkaitan dgn pain receptor. Apabila dikaji, pain receptor terletak di kulit! Perhatikan ayat dari Allah swt ini. Dah jelas ditulis disitu, "...Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab..."

Nah, kepada sesiapa yg masih ragu2 dgn Al-Quran, sudah terbukti! Sehinggakan Allah swt turut berfirman:

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Qur'an? Kalau kiranya Al Qur'an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.

[4:82]

Lihat! Adakah kita melihat al-Quran bertentangan dengan sains? Tidak sama sekali..



Opss.. terlajak pulak.. takpe2.. ter"excited" pula.. kembali kepada bab tadi iaitu pelik dgn solat...

Situasi 1:
Abu solat 3Isya'. Setiap kali dia bangun dari dari sujud yg kedua pada stiap rakaat, dia akan mengangkat tangan seolah2 takbiratul ihram.

Komen:
Adakah benar angkat seolah2 takbiratul Ihram pada setiap kali bangun dari dari sujud yg kedua pada stiap rakaat?

Jawapan yg sy dapat dari kelas feqh:
Yg menjadi sunnah adalah mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, ketika hendak ruku3, ketika bangun dari ruku3, dan ketika bangun dari tasyahhud awal.

Ada dalil.. dari riwayat bukhori, muslim dan baihaqi.. ttapi sy tidak mampu letak kat sini.. sbb ada beberapa perkataan yg sy tak pasti maksdnya yg sbnar ape.. so, sape2 yg nak tau matan hadith tersbut, leh mintak..

Situasi 2:
Ali dan Abu solat zuhur berjemaah 2 org shj iaitu imam dan ma'mum. Ketika Ali [imam] hendak bgn dari sujud kedua pada rakaat pertama dan ketiga, Ali melakukan duduk istirohah. Tetapi Abu ni jenis nak gerak cepat2 tanpa tunggu takbir dari Ali. Jadi, ketika Abu rasa Ali nak gerak, dia turut gerak. Ttapi dia hairan dgn Ali sbb dduk istirohah.. dlm hati Abu, "Isk.. Ali ni lupa rakaat ke?"

Komen:
Ape yg dilakukan oleh Ali itu benar. Duduk istirohah adalah duduk sekejap selpas sujud kedua dari rakaat pertama dan ketiga. Kerana ada dalam hadith riwayat Ahmad menyatakan perbuatan ini thabit dgn Rasulullah saw. Dan Abu perlulah bersabar. Tunggu la takbir dari Ali dlu. Kan kita slalu dengar, solat berjemaah melatih disiplin? Seperti kawad la.. Kalo selagi arahan takde, jgn la gatal2 nak gerak.. [maaf.. contoh tidak berapa hebat]

Situasi 3:
Di surau, imam membaca doa selepas solat. Tetapi, imam tidak menggunakan istilah "kami" dalam doanya, sebaliknya menggunakan istilah "Aku/Saya".

Komen:
Hal ini tidak boleh juga. Adalah dalam riwayat Abu Daud dan Tirmizi yg melarang imam membaca doa khas untuk dirinya shj tanpa [disebut] ma'mum2nya, skiranya dia [imam] melakukan demikian, maka dia telah mengkhianati ma'mum2nya.

Terlampau byk situasi seperti ini berlaku di negara kita, Malaysia. Hal ini mungkin terjadi kerana kita biasanya belajar bukan berdasarkan dalil2. Siapa yg bersalah?

"Bapak yg bersalah!" <--- ini ayat dalam cerita Anakku Sazali =.=

Spatutnya kita tidak seharusnya menunding jari kepada sesiapa.. dan sewajarnya, kita sndiri mengambil langkah untuk mula beribadah berdasarkan ilmu, bukan berdasarkan taqlid semata-mata. [Hal ini turut ditujukan kepada diri sendiri.. adess.. pedihnya TT__TT]

Wallahu a3lam~

Sampai sini dululah.. dah mula mengarut-ngarut sedikit... Nak kena tido ni.. huhu.. Papepon, sy bersyukur sgt amik feqah.. Rasa smkin byk benda yg kita tak tahu rupa-rupanya.. Jadi, marilah kita mengimarahkan lagi majlis2 ilmu yg ada berdekatan dgn tempat kita.. JOM!

17 Julai 2009

Menyapu di atas kedua khuf المسحُ على الخُفَّين

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana masih diberi peluang untuk hidup dalam keadaan beriman kepadaNYA...

Alhamdulillah, setelah berfikir untuk beberapa hari, sy telah buat kputusan, iaitu mengambil subjek Fiqh untuk subjek pilihan sy kat Jordan University of Science & Technology.. ramai yg tidak mahu mengambil subjek ini sbb dia diajar dalam bahasa arab.. Namun begitu, sy berpendapat, kalau kita dtg negara timur tgh, tapi tidak mengambil peluang sperti ini, adalah amat rugi.. lagipun, smasa diinterview oleh penaja masing2, sy yakin, ramai ditnya sbb ataw alsan mereka hendak ke timur tgh. Mostly kata, "sy nak mmperkasa bahasa arab", "sy nak bertalaqi dgn syeikh2", "sy nak blaja agama", dan macam2 lagi.. So, marilah kita ramai2 amik fiqh next year ye? Dan topik ini adalah ape yg sy dapat dalam kelas fiqh tersebut..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Apa itu khuf?
Khuf adalah sesuatu yang dikenakan pada kaki, yang terbuat dari kulit atau selainnya.1 (المسحُ على الخُفَّين, Bab Fatawa fil المسح على الخُفَّين; Asy-Syarhul Mumti3, 1/182)




Dasar Hukum Mengusap Khuf
Bila seseorang yang berwudhu dalam keadaan mengenakan khuf, maka ia tidak perlu membuka khufnya untuk mencuci kaki namun cukup sebagai gantinya mengusap di atas khufnya. Demikian As Sunnah menerangkan dalam permasalahan ini.

Daripada Jarir ra berkata: Aku telah melihat Rasulallah saw membuang air kecil, kemudian baginda berwudhu' dan menyapu di atas kedua khufnya.
[mutafaqun 3alaih]

Adapun yg beranggapan tentang pengusapan khuf itu hukumnya terhapus (mansukh) dengan perintah mencuci kedua kaki dalam Surat Al-Maidah ayat 6, maka itu adalah tidak benar. Anggapan itu terbantah oleh hadith Jarir ra yang telah sy bawakan di atas, kerana keislaman beliau setelah turunnya Surat Al-Maa'idah. Dan dari Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah, ia berkata: "Tujuh puluh orang sahabat Nabi saw telah bercerita kepadaku bahawa baginda saw mengusap di atas kedua khufnya yang dikenakannya."

Siapa yg Boleh Memakai Khuf?
Semua orang dalam smua keadaan. Musim sjuk, musim panas, wanita, lelaki, kanak2, sihat, sakit.. tapi kalo memudharatkan, takleh lah ye?


Syarat-syarat membolehkan sapuan

1-Memakai kedua-dua khuf tersebut setelah sempurna melakukan toharoh (wudhu')

Kalau kita membasuh sebelah kaki kanan ketika wudhu', kemudian memakai khuf di kaki kanan, kemudian membasuh kaki kiri lalu memakai khuf di kaki kiri, maka TIDAK BOLEH membuat sapuan khuf ketika wudhu' akan datang. Hal ini diterangkan melalui hadith al-mughiroh ra.

Berkata Al-mughiroh: Rasulullah saw bersabda: Biarkan kedua khuf ini, karena aku memasukkan kedua kakiku ke dalam kedua khuf ini dalam keadaaan kedua kakiku suci.
(riwayat Asy-Syaikhon)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata: "Dalam hadith ini ada dalil bahawa mengusap khuf itu tidak dibolehkan kecuali bila mengenakannya dalam keadaan di atas toharoh yang sempurna iaitu dengan cara setelah selesai dari berwudhu secara sempurna kemudian mengenakan kedua khufnya"

2-Khuf itu adalah baik;
a) menutup anggota wudhu' kaki iaitu atas dari buku lali. Jika pendek, maka TIDAK BOLEH membuat sapuan khuf ketika wudhu' akan datang, kerana apa yg zahir (nampak), wajib dibasuh, dan apa yg tersembunyi kewajipannya adalah sapu.
b) iaitu kuat yg mmbolehkan kita berjalan di atasnya dgn kadar boleh qasar.
c) kalis air kecuali pada tmpat yg dijahit padanya.
d) Bebas daripada najis kerana najis itu menghalang dari sahnya solat. Dalil dalam hal ini adalah ketika Rasulullah saw solat bersama para sahabatnya dalam keadaan baginda mengenakan sandal, tiba-tiba di tengah solat baginda melepaskan sandalnya tersebut. Selesai solat, baginda sampaikan kepada para sahabatnya bahawa Jibril as memberitahu pada kedua sandal baginda ada najis. (riwayat Abu Daud)

Tempoh yg Dibenarkan Melakukan Sapuan.

Bagi orang yg bermukim, dibenarkan hanya sehari semalam dan bagi orang yg bermusafir dibenarkan 3 hari 3 malam.

Dari Abu Bakr: Sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda: Dibenarkan bagi orang yg bermusafir 3 hari dan beserta malam-malamnya, dan bagi orang yg bermukim di benarkan sehari semalam apabila dia bersuci dan memakai kedua2 khufnya untuk menyapu dia atas keduanya.
(riwayat ibnu Khorimah dan ibnu Hubban dalam soheh keduanya)

Dan dari Sofwan bin 3assal ra berkata: Rasulullah saw menyuruh kami agar tidak mencabut khuf kami selama 3 hari berserta malam-malamnya jika kami bermusafir kecuali junub. Tetapi jika kecing atau berak atau tidur, maka tidak (jgn cabut).
(riwayat an-nasaa'i dan tirmizi)

Di dalam Hasan Soheh (lihat sunan tirmizi 316/1), disyaratkan musafir itu bukan bertujuan ma3siat. (jika bertujuan itu, maka tempohnya sama seperti bermukim)

Permulaan Tempoh Sapuan.
Bermula dikira tempoh tersebut ialah apabila kita mula berhadas, bukan pada waktu kita menyapunya buat kali pertama.

Cara-cara melakukan sapuan.
Menyapu pada bahagian atas khuf itu.
Dari Al-Mughiroh ra: Aku melihat Rasulallah saw menyapu di atas kedua-dua khuf secara zahir.
(riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi)

ataw

Menyapu pada atas dan bawah khuf tersebut.
Dari Al-Mughiroh bin Syu3bah ra: Sesungguh Nabi saw menyapu bahagian atas khuf dan bawahnya.

Dan cara melakukan sapuan itu adalah dengan meletakkan tangan kiri di bawah tumit dan tangan kanan di atas jari-jari kaki. Kemudian bergerak tgn kanan ke pangkal kaki dan bergerak tgn kiri ke hujung jari kakinya.. [diringkaskan akibat pening]

Apa yang menyebabkan kita tidak boleh buat lagi sapuan?

1-Tanggal khuf itu sama ada salah satu ataw kedua-duanya ataw menjadi khuf itu tidak baik lagi (rujuk kat syarat2 membolehkan sapu, no 2). Jika berlaku dan masih dalam keadaan suci, maka hanya perlu mambasuh kaki tanpa berwudhu' penuh.
2-telah tamat tempoh yg dibenarkan untuk sapu iaitu sehari semalam bagi yg bermukim dan 3 hari 3malam bagi yg bermusafir. Dan jika hendak menyapu kembali, hendaklah dia membuat pemakaian khuf yg baru. (wudhu sempurna smula, pastu pakai khuf)
3-terkena najis yg tidak boleh dibasuh/dibersihkan pada khuf tersebut. Sekiranya tempat terkena najis itu boleh dibasuh maka tidak batal.

Wallahu a3lam..

Sekiranya ada kesilapan, silalah tegur. Kerana sy hanya manusia yg seringkali melakukan kesilapan.

Sumber Rujukan Utama:
Al-Fiqhu al-muyassaru fil 3ibadadaat wal mu3aamalaat.

15 Julai 2009

JOM KITA GEGARKAN!!

Assalamu3alaikum wbt..

PALESTIN!!




Saya menyeru rakan2 yg ada kat Irbid! Mari kita sama ikuti road show ini!

05 Julai 2009

I'm shocked.. Terkejut sy!

Assalamu3alaikum wbt...

Hari ini, rasa macam hendak menulis mende yg agak mengarut. Tidak tahu kenapa. Tapi mungkin disebabkan perasaan yg sdang sebak.. iskk.. hape ni mengarut neh? Sebakkah ak? haha... mungkin je~.. hish.. ayat berbelit.. cam small intestine lak..

Pada suatu masa dahulu [biar baru dalam beberapa minggu], ak call la mama.. tnye khbar dan gtaw yg nak bertolak gi umrah.. masa tu, mama pesan kat ak... "doa2la kat mama, papa, kak ah, kak lah and eman.."

ak pon otomatiknya reply kat mama, "insyaAllah" <--- gaya yg taktaw nak tulis ape..

pastu mama menambah lagi kata2 beliau, "doa2 la kat kak ah tu.. dia tu cam dalam dilemma.. nak kawin ke tak..."

"ha? nak kawin da ke? isk3.. yela2.. nnt ijat doakan"

pastu, masa ak kat madinah, ak doakan masa kat raudhoh... masa kat mekah, ak doa dpan ka3bah, dalam hijri ismail, kat maqam ibrahim dll... doa yg ak leh ak nyatakan kat sini"

"Ya Allah, kalau benar lelaki itu jodohnya [kakak ak], cepatkan lah.. kalo bukan, jauhilah"

Pastu, ak balik dari umrah, Alhamdulillah~

Pada 4/7/2009.. jam 12.12 pagi [lebih kurang]

BUZZ!!

nabilah adruce (04/07/2009 12:12:06 ص): wei.
JaQ (04/07/2009 12:12:08 ص): mnde?
nabilah adruce (04/07/2009 12:12:20 ص): mg taw dop kakok mg nk kawen arini?
nabilah adruce (04/07/2009 12:12:25 ص): huhuhu
JaQ (04/07/2009 12:12:27 ص): haa?!?!!?


isk... cpatnye?!

dah la ak taw masa ari dia nak kawin da? iskk.. apelah nasib~ [bukan menyalahkan takdir ni]

masa tu, mcm2 ak terpikir... nape la tak tunggu ak balek?! iskk.. padahal lagi 2 bulan agi nak balik mesia, insyaAllah..

wuuu~~ TT_TT

apelah nasib sy ini <--- ceh.. ayat ape ni?!

kemudian... ak dpt BUZZ!! lagi dari kakak ak yg sama...

hmm.. berlaku kekejaman katanya? dia terasa ati? hmm.. biarla diorang.. nnt ak cuba slesaikan.. tapi takleh dedah la kat sini.. aib lak nnt? :D

ok la.. mau tido~

Assalamu3alaikum wbt

29 Jun 2009

Kebenaran Al-Quran

Assalamu3alaikum wbt...

Pernahkah anda membaca al-quran, kemudian berhenti seketika untuk memikirkan tentang kehebatan isi kandungannya? Mari kita cuma selami sedikit daripada kehebatan ayat-ayat al-Quran...

Firman Allah s.w.t



Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?

[al-Quran 21:30]

Pada zaman teknologi hari ini, berbagai-bagai kaedah sains telah dipraktikkan. Dan hanya dengan teknologi tersebut, kita baru bileh mengenal pasti cytoplasm, structure asas yg ada pasa sel. Cytoplasm ini terdiri daripada 80% air. Kajian moden telah mendedahkan satu fakta iaitu semua organisma terdiri daripada 50% hingga 90% air dan setiap benda yg hidup memerlukan air untuk terus hidup.

Adakah mampu manusia pada 14 abad tahun yg lepas memikirkan bahawa setiap hidupan berasal dari air? Lebih-lebih lagi, manusia yg hidup dikawasan padang pasir yg mana komposisi air adalah terhad? Nah, lihatlah kebenaran al-Quran! Al-Quran adalah dari Allah, bukan rekaan atau ciptaan manusia.

Firman Allah s.w.t lagi:



Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki, sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

[al-Quran 24:45]

Dan Allah berfirman lagi:



Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah , dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.

[Al-Quran 25:54]

wallahu a3lam~