28 November 2009

Pengajaran kisah Nabi Ibrahim As & Nabi Ismail As

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah.. Setelah sekian lama, baru boleh nak update. Ini pun masih byk kerja yg tak siap. InsyaAllah nnt siap la tu. hee~

Okayh, straight to the point. Firman Allah SWT:


 (99) Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan memimpinku (ke jalan yang benar).
(100) Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
(101) Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar.
(102) Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.

(103) Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami),
(104) Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
(105) Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(106) Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata;
(107) Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;
(108) Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:
(109) Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!
 (110) Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
(111) Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
(112) Dan Kami pula berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh (seorang anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
(113) Dan Kami limpahi berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak dan di antara zuriat keturunan keduanya ada yang mengerjakan kebaikan dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata, terhadap dirinya sendiri.
[37:99-113]


Okay.. Dah bace ayat2 ni? Dah hayati blom? Al7mdulillah.. 

Kat dalam kisah ni, kita boleh tgk bagaimana seorang ayah yg sanggup mengorbankan anaknya kerana perintah Allah SWT. Bila kita baca seimbas lalu, mungkin kita tak dpt penghayatan sgt. Cuba teliti betul2 ayat di atas.


Contohnya pada ayat 102.. Iaitu apabila nabi Ismail as ni dah sampai umur yg boleh membantu seorang ayah. Cuba bayangkan anda seorang ayah yg benar2 mengharapkan seorang anak sampai berdoa kepada Allah. Kemudian, bile dah dpt seorang anak, dan anak tu dah mmg boleh tolong kita, tiba2 turun satu perintah, sembelih anak kita tu.. Bagaimana perasaan kita msa tu? Dah la anak sorang je.. Nak dpt pnye la susah.. Bila dah dpt, kena smbelih plak. Berat tu.

Maka, Nabi Ibrahim as pun tnye la pendapat anak dia, Nabi Ismail as tentang  mimpi yg dia alami. Cuba kita bayangkan kalau kita berada di tempat Nabi Ismail as pula? Mesti ada yang kata:

1) "Eh, mimpi je tu.. takde pape tu.." [dalam hati takot sbb dia n ayahnya je ada kat tmpat tu]


2) "Ayah dah gile ke sampai smbelih anak?!"


3) "Lariiiii!!! Ayah dah gila!!!"


4) Sebarang kemungkinan lain.


Ha.. tapi apa yg Nabi Ismail as jawab?



 Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang disuruhkan padamu! [translation direct]



Masya-Allah! Berbeza dengan kita kan? Kalaulah sy yg berada ditempat itu, sy rasa bukan jawapan yg macam ini yang keluar.. Betapa kuatnya roh pengorbanan yg ada dalam jiwa Nabi Ismail as.. 


Maka, mampukah kita berkorban seperti mereka? Kita pada hari ini tidak pon disuruh melakukan pengorbanan yg besar mcm yg dilakukan mereka. Tapi, byk benda yg kita boleh buat. Antaranya mengorbanan kepentingan diri untuk kepentingan org lain, mengorbankan sedikit masa untuk pergi ke masjid solat berjemaah dan lain-lain lagi. Cabaran kita mungkin dari segi cuaca sejuk kalau dalam kes solat subuh kat jordan skrg. Tapi ini tak seberapa kalo nak dibandingkan dengan pengorbanan mereka berdua buat. Seorang ayah yg amat sayang pada anaknya, menyembelih anak yg disayangi itu? Mampukah? Even seorang doctor pakar bedah skali pon, amat sukar dia nak melaksanakan operation itu bile org yang dibedahnya merupakan ahli keluarganya sndiri. Ini bedah! Nak slamat kan nyawa! Tapi kalo sembelih tu mcmana? Renung-renungkanlah..

P/s:
sape yg bleh terangkan perbezaan perkataan "bala" dengan "musibah"? Sbb dulu pnah blajar dalam kelas tafsir. Tapi ingat2 lupa. Kalo tak silap, "bala" adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan seseorang. Tetapi "musibah" adalah ujian disebabkan dosa kita. Bunyi mcm terbalik dgn penggunaan kita sebagai org melayu. Tapi rasanya camtu la. Anyone pnah blaja pasal ni? Sbb dalam ayat di atas, Allah guna istilah "bala". Dan dalam surah ash-syuro 42:30, Allah guna "musibah" sbg ujian disebabkan dosa kita iaitu: 


"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)."

~Wallahu a3lam~

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum pmbuka bicara dri p'baca pertama..hehe

Setahu owgla..Bala itu adalah 1 ujian @ petunjuk dr Allah.Masalan, 2 kejadian besar yg mngejutkn dunia sprti taufan nargis yg b'laku di Myammar & gempa bumi di china. i2 adlh 1 amaran dr Allah yg mnnjukkan kuasa Allah mngatasi sgla2nya.

bagi musibah plak : adalah 1 kecelakaan @ balasan dri Allah utk m'gugurkn dosa2nya yg lalu..stiap dosa yg kte lakukan pasti Allah akn m'blsnya dgn kecelakaan ikt Allah la nk bls bila..tapi kbynknnya Allah m'balasnya di dunia. Contohnya Accidnt ke?ha sbnrnye i2 dri kslhn kita sndri,kerana kecuaian, dic2lah kte akn mndpt musibah..huhu

Wallahu'alam~ jaq lagi 'arifla..hehe

JaQ berkata...

wslm.. trima kasi atas maklumat tu.. nway, knp Allah guna bala pada kes nabi ibrahim as?

Srikandi Abi. berkata...

Kenapa???ili x'arif sgt tafsiarn quran ini...tp aggp jela ni pdpt je ye...em..kan bala 2 adlh ujian dri Allah utk mnguji sejauh mana Kecintaan Nabi Ibrahim kpd Allah s.w.t.,bkn musibah yg dtgnye dri kesalahn baginda sndri..cuma ujian Allah utk mngji cinta baginda padaNYA..wallahu'alam..=)

JaQ berkata...

Ili:

sbb tu la owg ckp, knp guna bala instead of musibah.. so mcm seolah2 bala ni adalah ujian Allah untuk menguji ketaatan hambaNYA. Dan musibah biasanya adalah disbbkan diri sndiri.. wallahu a3lam.. terima kasi sudi mengomen.

Tanpa Nama berkata...

Salam.jat,kalau tak silap aku,seingat2 aku mase bace kitab mukhtasor tafsir ibn kathir edisi terjemahan,perkataan bala' tu ada 2 situasi.satu untuk berbentuk yang dapat memberi kebaikan dan satu lagi berbentuk kejahatan.contoh untuk kejahatan kalau tak silap dalam surah al-baqarah ayat 49.kalu nak konfirm,cuba rujuk la tafsir ibn kathir ketika menghuraikan ayat 49 surah al-baqarah tu.wallahu 'alam.

JaQ berkata...

bereh juki.. thx.. ak takleh rujuk ag ar terjemahan.. sbb ak ada yg versi arab nye je.. yg mmg panjg.. mjur takde syarah je.. huhu.. skrg keja lecture yg ketinggalan dlu.. nway, jzzk~

JaQ berkata...

dr marzuki..

ak bace doh, tp takdop pon yg menerangkan scara jelas?