08 November 2009

Kesedihan...

Assalamu3alaikum wbt...

Amat lama tak dapat update blog nih.. terlampau sibuk [ye ke?] Macam2 ada.. kerja persatuan, kerja sendiri, kerja ...., kerja.... [mcm byk sgt je.. haihh]

Pape pon, rasanya 2 minggu terdekat ni yg paling berat nak lalui.. bermacam2 rintangan ada.. Perasaan pon bercampur baur... hmm.. takpe la.. ujian smua tu kan? Apa yg perlu saya buat adalah bersabar dan bersangka baik dgn Allah..

Firman Allah SWT:



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. [QS 2:286]

Hmm.. lepas teringat balik ayat ni.. rasa la lega skit.. Sbb kita tahu, Allah takkan menzalimi sedikit pon hamba2Nya.. Dia menguji kita kerana Dia tahu kita mampu..

Tapi rasanya, takde la teruk sgt kesedihan ni. Biasa2 je. Cuma biasala, kita manusia.. kadang2 tu rasa cam da sampai limit da. Sebenarnya, dalam 2 minggu yg baru dilalui ni, sy ada exam. Exam biostatistik, patholgy dan juga pharmacology.. insyaAllah yg bakal ditempuhi hari rabu dan sabtu ni pula masing-masing genetics dan microbiology. Kena la berusaha lebih. Belajar dari kesilapan. Dalam exam baru2 ni, keputusan yg sy dpt taklah begitu cemerlang. Boleh dikatakan teruk, ataw sederhana teruk. huhu.. ni salah satu dari kesedihan gak ni TT__TT

Pastu, lepas exam plak, sohib (tuan) rumah da minta ijar (sewa) rumah. Duit biasiswa plak tak masuk lagi. Tapi org laen da masuk. Adeii.. terpaksa la bayar dgn duit saki baki yg tinggal dalam akaun. sekarang ni dlm account mmg da sikit sgt da. Below 100dinar la. Takleh la nak gtaw btol. Tapi mmg rendah sgt. huhu.. Pelik! Kenapa orang laen da masuk, ttpi saya blum? Nak kata hantar result exam lepas lambat, dah hantar pada hari kluar result lagi. Nak kata kena sekat sbb result teruk, takde la teruk sgt result sem lepas. Boleh dikatakan elok atau boleh tahan la. Not bad! Hehe.. Tapi masih lagi hairan, kenapa tak masuk? Mungkin Allah nak uji sy kot?

Firman Allah SWT:



Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar;

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [QS 2:155-156]

Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali... Lega kan bila rasa mcm sempit, kemudian ada ayat yg kena dengan kita? Rasa amat2 lega! Alhamdulillah.. Allah masih ingatkan saya. Sebab tu Dia nak uji. Kan? Bersangka baiklah dengan Allah SWT.

Bukan tu saje, smlm adalah hari perpisahan dengan hamsterku yg plg manja.. huhu.. pembelinya da bli.. Tapi, sbbkan syg hamster tu, sy kasi percuma je hamster tu. Yang kena bayar hanyalah sangkar tu.. huhu.. Rindu gelagat dia! Takpela.. Demi kebaikan dia dan hamster2 laen jugak.. huhu TT___TT

Dan beberapa hari lepas, ahli rumah saya ditimpa musibah juga. Laptop dia hilang! Dia dah letak atas meja pada malam harinya. Dan pada keesokkan hari, lepas solat subuh dan daurah, dia pegi ke Yarmouk untuk men bola. Dia tak smpat la nak tgk laptop dia ada ke tidak. Balik je dari maen bola, dia tgk2, da takde laptop dia! huhu.. Dari segi hypothesisnya, ada 2. Sama ada dicuri atau dia terlupa. Tapi gayanya mmg yakin, so hypothesis dia lupa, ditolak. Then hypothesis di curi pula ada 2 plak. Pencuri amik dari tingkap [sbb dia letak laptop tepi tingkap] ataw melalui pintu ketika tidak berkunci. Ramai yg tak stju dgn amik dari tingkap sbb rumah kami di tingkat 1. Dan lorong ditingkap bilik tu ke bawah. Kiranya ssh la nak amik. Hmm.. kesian tgk member tu. Sedih.. tapi nak wat cmana?



Ni la ketinggian tingkap ngan tanah.. tinggi tuh~


Kemudian, pagi tadi, sblum sy nak pegi ke kelas, macam biasalah kemas beg dll. Masa kemas beg, sy nak check Al-Quran digital pemberian mama masa balik Malaysia baru2 ni ada bateri ke tak. Kalo takde bateri, tinggal kat rumah je la. Bukak beg, check. Ya ALLAH!!

Betapa terkejut dan hancur hati ini apabila mendapati Al-Quran digital tu pecah! TT__TT
Ada kesan retak di bahagian screen. Memang rasa sedih sgt. Lebih2 lagi itu adalah pemberian dari insan tersayang.. huhu.. Mungkin pecah sbb beg terlanggar dinding or benda keras masa balik dari kelas hari tu kot? Huhu.. Tak dapat bayangkan, benda yang diberi oleh insan tersayang pecah. Rasa mcm kita tak hargai plak barang tu sbb pecah walaupun hakikatnya begitu menghargai. Tapi, alhamdulillah boleh bukak lagi. Sekarang tgh charge. Tak test lagi boleh bunyi ke tak. Tapi tadi da test boleh on la.. Still boleh guna. Alhamdulillah.



Camni la keadaan Al-Quran digital saya lepas pecah.. huhu TT_____TT

Memang terasa berat sgt kali ni. Tapi, sy cuba jugak senyum. Berlagak seolah-olah tiada apa2 yg berlaku. Itu lebih baik kan? Namun dalam hati, hanya Allah yg Maha Mengetahui. Sedih tu mesti, tapi takleh salahkan sape2. Kena salahkan diri sendiri la. Sebab, Allah SWT telah berfirman:



Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu). [QS 42:30]

Haa.. so kena la salahkan diri sendiri sebab tak berhati-hati. Huhu.. last2 skli, diri sendiri gak kena tembak. TT___TT  Takpela.. insyaAllah dengan itu, diampunkan dosa2 sy yg dah bergunung2 tinggi..

Ampunilah daku, Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Lagipun, smua musibah ni berlaku dengan izinNYA. Mesti ada sebab kenapa sy ditimpa musibah2 ni smua. Ada la tu Allah nak tunjuk sesuatu. Apa agaknya? Wallahu a3lam~

Actually, ada lagi yg lagi menyedihkan.. tapi takleh nak tulis kat sini. Sbb melibatkan insan laen. Asalnya nak tulis. Tapi teringat lak satu yg dibaca masa mengulang. Tak guna kan kalo kita hafaz tapi tak amal? Firman Allah swt:



Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. [QS 4:148]

Maka, apa yg sy harapkan? Sy harapkan petunjuk dan pengampunan dari Allah SWT.. Dan juga mengharapkan doa dari saudara2 seagama agar kita sama2 dapat terus sabar dan tabah dengan ujian dari Allah. Akhir kalam, ingin saya mengingatkan satu firman Allah:




Tidak ada sesuatu musibahpun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. [QS 64:11]


~Wallahu a3lam~

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku turut simpati kat ko.. xpe, sabar k :)

btw sori la kalo aku de guris2 hati ko, xsngaje~,~..

Haf berkata...

kesiannye dia... pjg nak mampos!!! next time be extravaganza careful, avoid accidents and juz live ur life happier...

mari dgr lagu korea~~ oh, yeah~~
[abaikan statement ini]

JaQ berkata...

arebichan:

huhu.. thx la ye?

Kak Haf:
adeihh.. iA carefull pas ni.. adeihh.. bile da tenang sket, dtg je maslah baru.. what a painfull week~ TT__TT