28 Mac 2010

Rehlah Merentas Benua Az-Zikr di Ummu Qois

Assalamu3alaikum wbt...


 Musim bunga di Umm Qois.. cantik kan?

Alhamdulillah.. Diberi masa lapang untuk menulis sdikit pengalaman ketika menyertai satu rehlah akademi tahfiz az-zikr.. Dalam rehlah ini, kami mempunyai 4 objektif yang ingin dicapai sesama ahli tahfiz..

1- Menjauhi maksiat
2- Memantapkan Hafalan
3- Mengeratkan Ukhuwah sesama ahli
4- Makan BBQ =P

Haha.. Secara ringkasnya, sy rasa happy la dlm program camni.. Sbb dapat rasa ukhuwah sesama org yg menghafaz al-quran.. Perasaan ini berbeza dgn ukhuwah kita dgn org yg tak menghafaz al-quran.. dia ada satu rasa special.. Susah nak describe.. Try la.. Nnt taw la camana rasanya.. Lagi2 kalo ada yg pernah ddk kat Darul Quran, mesti diorang penah rasa ukhuwah camni.. Ukhuwah yg benar2 kerana Allah..

Dalam program ini, sy dpt beberapa pengajaran la.. antaranya, pentingnya sahabat yg hafaz quran untuk sama2 menyokong antara satu sama laen.. Yalah.. Takkan kita sorang2 je nak maju? Mesti kita nak rakan2 kita juga maju sperti kita.. ataw kita mahu diri kita maju seperti rakan2 kita.. kan? Sbb menghafaz al-quran bukan satu benda yg mudah. Lebih2 lagi pada masa yg sama, kita sama2 mengambil satu bidang yg agak tough iaitu medic dan dentistry.. Smua memerlukan kepada penghafalan..

Group tasmi3 sy
Dari kiri: Arif Hakimi, sy, Loqman

Kenapa diletakkan menjauhi maksiat sbgai objektif utama? Haa.. Sbb, bila dikaji, mengapa kita mudah lupa terhadap hafalan2 kita? Antara sbbnya adalah hati kita kotor dan jiwa kita sering dibelenggu dgn maksiat. Hal ini sedkit sbyk boleh menjadi faktor, susahnya mendapat pertolongan, rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Sy ada pernah dgr satu kata2.. saya rasa ia nasihat guru imam syafie kepada beliau.

Ilmu itu cahaya. Dan cahaya tidak dapat masuk ke dalam hati orang-orang yang melakukan maksiat

Jadi, sbb itulah dijadikan sbgai objektif utama.. Menghafaz al-quran tidaklah sesukar menjaga hafalan... Nak hafaz, tak susah sbnya.. tapi nak jaga al-quran dalam dada kita, amatlah sukar..

Dalam program ini juga, sy dapat perhatikan, kerjasama dan dorongan daripada rakan2 yg turut menghafaz al-quran tu amat penting.. Kenapa? Sbb mereka juga rasa sebagaimana yg kita rasa... Mereka juga tahu bagaimana kesibukan kita dgn pelajaran lagi, dgn mengulang hafazan lagi.. mereka lebih memahami kita berbanding orang2 yg tak menghafaz al-Quran.. Dan kadang2, bila sama2 rasa susah terhadap ssuatu ayat, kita sama2 mengulang dgn rakan2, terasa ayat tu jadi sng.. Semangat pon semakin naik! Tak percaya? Tanya lah saya~ =P Hehe.. Lagipon, bila ada antara kita wat salah, ada je yg akan nasihat.. baru lah kena dgn firman Allah swt:

 ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). [QS 5:2]
Dalam rehlah ini, sempat diadakan beberapa aktiviti sperti kelas tasmi3, permainan, slot menjauhi maksiat, perbincangan, bakar ayam... Alhamdulillah, smuanya berjalan dgn lancar.. Dan kami berharap, rehlah ini dan apa yg kami buat spenjg rehlah tersebut termasuk dalam amalan2 soleh dan diterima oleh Allah swt.. ameen~

Masa proses bakar ayam BBQ, sy nmpak ukhuwah sesama kami bgitu kuat.. sama2 berusaha untuk menghidupkan api.. walaupon mengambil masa yg agak lama.. saling bertukar shift untuk bakar ayam dgn kelas tasmi3.. masya-Allah.. indahnya ukhuwah ini..

Ahli tahfiz az-Zikr yg hadir [gaya cam sy lak boss.. haha =.=]

Program ini tamat pada pukul 5ptg.. mmg letih la.. tapi apa lah sangat keletihan itu jika dibandingkan dgn apa yg saya dpt dalam rehlah ini =) Pada pendapat sy sndiri, alhamdulillah. rehlah ini mencapai objektifnya..

~Wallahu a3lam~

Tiada ulasan: