26 April 2010

3 Golongan Manusia

Assalamu3alaikum wbt

Alhamdulillah.. Bersyukur kepada Allah swt, dgn segala puji-pujian yg layak bagiNya, kerana masih diberi peluang untuk menulis. Even bukan ramai pon yg baca, tapi mudah2an, ada manfaatnya. Em, dah lama tak update.. biasa la.. exam oriented. Setelah merasai kesakitan [pedih woo] masa exam HLS, cuba nak bangkit balik masa exam CVS.. Alhamdulillah, better than HLS.. hehe.. pape pon, macam kata sorang mmber sy yg bernma Khamis, "roseb aw naje7, qol al7mdulillah.. kol men robbena, 97?" [Gagal ataw berjaya, sebutlah Alhamdulillah.. smua dari Tuhan kita, kan?]

Okay.. Kembali smula kepada topic.. Dalam kehidupan kita sehari-harian ni, kita takkan lepas dari jumpa 3 golongan manusia ini.. sapekah mereka? hehe.. tertanya-tanya? Sblm saya bgtaw, mari nak cerita sdikit ttg kesah Bani Isreal..

Allah SWT berfirman:

Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik. [7:163]

Di katakan, tempat itu bernama Ailah, antara Mesir dan Madinah. Ha.. nak di jadikan crita, sbgaimana kita tahu, hari sabtu adalah hari ibadah bgi kaum ini.. mereka dilarang menangkap ikan pada hari tersbut. Hanya beribadah je.. Maka, Allah menguji keimanan mereka, dgn menjadikan ikan byk masa hari sabtu je.. sampai dalam al-quran, menggunakan perkataan [syurro3a] yg mmbawa maksd berduyun2 terapung diatas air dgn byknya.. maka, adalah satu golongan ni, berfikir, "knp masa hari len takde ikan? hari sabtu je byk?" Pastu syaitan pon ape lagi, teruslah menjalankan modus operandis mereka.. Secara mudah, mereka pon terpedayalah.. pegi la juga menangkap ikan pada hari tersbut.. Disebabkan mereka melanggar perjanjian ini, jadi lah mereka kera yg hina...

Firman Allah swt dalam 2 surah berbeza:

Maka setelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, Kami katakan kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. [7:166]

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina. [2:65]

Haa.. demikian lah kesahnya.. dan, actually, dalam kesah ni, sblm mereka nak wat projek tangkap ikan hari sabtu tu, ada kesah laen juga.. hehe.. iaitu benda yg berkaitan dgn tajuk.. Ada la 3 golongan..

  1. Golongan yang melanggar perintah Allah.
  2. Golongan yang menasihati golongan pertama iaitu yg melanggar perintah Allah.
  3. Golongan yang tidak melanggar perintah Allah, ttpi hanya berdiam diri.
Golongan 1st tu, golongan yang terpedaya... pastu dtg la satu golongan iaitu golongan 2nd.. Diorang menasihati la geng2 yg nak tangkap ikan ni.. tapi tak makan gak.. pastu, datg glongan ketiga.. Golongn 3rd ni pg kat golongan 2nd, tnye, "Weh, asal korang nasihat gak kat mereka tu? Allah dah janji mereka kena azab yg dahsyat!" Haa.. ttpi, apa golongan 2nd jawab? mereka jawab, "Takpelah.. biarlah usaha ini jadi satu dakwah kitorang kepada merka.. at least, ada la alasan ak kat Tuhan korang [Allah] nnt.. dan mudah2an mereka takut nak wat dosa [bertaqwa]". Sebagaimana Firman Allah SWT:

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat? Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: (Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu dan supaya mereka bertakwa. [7:164]

Jadi, apa significantnya kisah ini? Sekarang pon, ada je 3 golongan ni.. Kita nak masuk golongan yang mana? Hopefully, kita masuk golongan 2nd.. insyaAllah.. Sebab ape? Kalo tgk dalam kisah ini pon, akhirnya golongan 2nd ni terlepas dari azab Allah.. hanya sbb mereka menasihati golongan 1st ni! Firman Allah SWT:

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka). [7:165]

So, beruntunglah golongan yg mencegah kemungkaran ni.. btol x? Usaha la cegah selagi terdaya.. At least, kita ada usaha kita sndiri untuk mencegah kemungkaran.. Dan bila kita ditanya di akhirat nnt, kita ada jawapan kita.. btol x?

 Btw, sbnya, kalo kita tak jalankan amar ma3ruf nahi munkar ni, bahaya gak.. sbb, azab Allah bukan shaja kena pada golongan yg wat zalim je.. golongan yg tak buat pon kena gak.. pecaya x? Mari kita tgk firman Allah dalam surah al-anfal:

Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya. [8:25]

Hmm.. sbnya, post sy buat ni, berikutan dgn sy ada dgr, ada yg tanye, "Apakah hukum da3wah pada zaman skrg?" So, pandai2 la... sy takmo jawab direct.. Dan juga, kerana sy sdih melihat rakan2 yg sama2 menuntut ilmu masa kecik2 dlu, yg mana berlaku perubahan ketara pada mereka.. yg laki dgn start Dye rambut, berpelukan dgn bukan mahram.. yg pompuan dah mula free hair.. ntah camana sy nak nasihat diorang.. sy takot azab Allah kena kat kami smua.. huhu TT___TT

Dan sy mahu kasi satu kronologi yg menggambarkan da3wah:
Dalam satu kapal, terdapat 2 penumpang... satu penumpang di bahagian atas, satu lagi di bahagian bawah.. Sekiranya golongan yg dibahagian bawah ni nak try tebuk lubang kat bawah kapal tu, apa yg akan berlaku sekiranya golongan yg dduk kat atas wat2 taktaw? Smuanya akan tenggelam... Dan sekiranya golongan kat atas tu mencegah, kesmuanya akan selamat..

Akhir kalam, marilah kita sama2 mendoakan agar mereka2 yg sudah tersasar dari jalan sebenar, kembali ke pangkuan jalan.. Dan kepada para da3ie, jgnlah kita berfikir buruk sgt terhadap mereka.. kita taktaw kita macam mana pd masa hadapan, dia macam mana nnt.. ntah2 mereka yg tersimpang ini, lebih baik daripada kita pada masa akan datang.. So, jgnlah kita kutuk2 sgt mereka... tidak bergaul dgn mereka..bergaullah.. untuk da3wah! [sorry to say, tapi sy nmpak, golongan yg baek sllunya suka melekehkan golongan2 yg tersimpang ni.. mereka nak je kembali.. tp mereka rasa pandangan mata korang seolah2 menghina mereka.. sy pernah jadi jahat.. sy taw camana rasanya] Sama menuju ke arah Mar'9otillah, insya-Allah!

~Wallahu a3lam~

10 April 2010

My new family members

Assalamu3alaikum wbt...

Al7mdulillah.. Setelah lama tak menulis, ttba ada masa free lak.. hehe.. minggu ni agak bz dan kurang sihat.. that's why.. ssh nak menulis...

1st of all... nak ucapkan terima kasih pada insan2 yg sntiasa mendoakan sy terutama parents la.. thank you very3 much!!! Dan berkat doa mereka, sy diterima dan lulus temuduga untuk belajar al-quran scara bertalaqi dgn syeikh yg hebat.. al7mdulillah..al7mdulillah.. al7mdulillah.. kan kalo dpt ni3mat, khabarkan? rujuk balik post lepas.. ehehe.. rujuk surah ad-dhuha ayat last pon ok gak..

Berbalik pada tajuk utama.. my new family memberS! ada "s" tu.. that's mean, ramai.. haha.. btw, bukan sy kawin ramai ye? hahaha.. gini... pada 8/4/2010, pada pagi hari, telah datang 5 ahli kluarga sy yg baru untuk di jordan ini.. hehe.. mereka berjaya dilahirkan di 3imarah al-aqsa 1, syari3 jami3ah, Irbid, Jordan...

Welcome, new members~!!

Comel x? hahah.. ada org yg geli.. maklumla.. tiada bulu... tapi bg saya, comel je.. terus je sy heppy hari tu.. even asal pagi harinya takde mood.. hahah..

Patot la pagi tu, si Puteh senyap je.. penat melahirkan anak.. ada jugak kesan darah pada tisu yg diletakkan.. mmg lemah terus la sy tgk si Puteh ari tu.. sy terus gi dapur, goreng tlur.. kasi kat dia.. huhu.. smgat je dia makan=.=.. masa dia makan la, sy snap gambar.. haha.. taktik tu.. berkesan x? =P Video ada, tapi kat facebook.. hoho.. malas nak upload kat sini.. lama sgt.. so, kalo nak tgk, tgk la kat fb sy..

new husband for si Puteh n Abie, Mukus~!

tapi, kesihatan Puteh mcm tak mmberangsangkan sgt.. sy try pegang Puteh... krus!! lgsg berbeza ngan sblm branak.. sblm dia pregnant pon, mmg dah gemok=.=.. hmm.. bgini kot masa kita kecik2 dlu.. sian ibu kita yg penat mengandungkan, myusukan, membesarkan kita.. tgk2, bila besar, lawan ckp mak.. huhu.. Sorry mama.. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa.. sampai ada pepatah, "syurga dibawah kaki para ibu"...

Btw, sy tgk si Puteh jaga anak2 dia, mmg hebbat.. mlam kan sjuk? dia yg sgp menutup anak dia dari kesejukan.. pastu, kalo ada anak dia terkeluar dari kawsan sarang, dia angkut balik, letak kat sarang... Sub7anAllah.. ini haiwan.. manusia apatah lagi? jadi, kalo ada yg sanggup buang anak tu, tak taw la nak ckp ape... lebih teruk dari haiwan! Ada pancaindera, takmo guna.. haihh.. Firman Allah:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [QS 7:179]

Mostly yg sebab terlanjur.. masa "berseronok", tak ingat dunia.. Bila dpt anak, bunuh plak.. haihh.. Dah lupa kot membunuh itu haram.. dosa membunuh ni, iskk.. besar.. Firman Allah swt:

Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Neraka Jahannam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. [QS 4:93]

Huhu.. dasat tak amaran Allah ni? Kalo dlm perkataan arab, perkataan 36'eem ni menggambar kan benda yg besar gile kot? ssh nak exlain.. tak takutkah mereka dgn azab Allah.. moga kita dijauhi dari jadi sperti golongan tersbut... dan smoga Allah memberi hidayah kepada mereka yg sudah terlanjur melakukannya.. Ameen..

Hehe.. tgk, kan dah lari dari topik.. adeiih.. sy mmg camni.. bila tgk kepada ssuatu peristiwa, sy suka mengaitkan dgn Islam.. so, jadila camni.. off-topic.. asal dari ibu hamster-->manusia plak.. hehe.. sorry2.. =P

Btw, ada satu post yg sy dah lama nak buat.. tapi tak bwat2.. ttg program if6or jam3ie bersama dgn anak2 yatim.. len kali la sy tulis.. jika ada masa.. insya-Allah..

Sehingga ketemu semula.. insyaAllah

~Wallahu a3lam~

28 Mac 2010

Rehlah Merentas Benua Az-Zikr di Ummu Qois

Assalamu3alaikum wbt...


 Musim bunga di Umm Qois.. cantik kan?

Alhamdulillah.. Diberi masa lapang untuk menulis sdikit pengalaman ketika menyertai satu rehlah akademi tahfiz az-zikr.. Dalam rehlah ini, kami mempunyai 4 objektif yang ingin dicapai sesama ahli tahfiz..

1- Menjauhi maksiat
2- Memantapkan Hafalan
3- Mengeratkan Ukhuwah sesama ahli
4- Makan BBQ =P

Haha.. Secara ringkasnya, sy rasa happy la dlm program camni.. Sbb dapat rasa ukhuwah sesama org yg menghafaz al-quran.. Perasaan ini berbeza dgn ukhuwah kita dgn org yg tak menghafaz al-quran.. dia ada satu rasa special.. Susah nak describe.. Try la.. Nnt taw la camana rasanya.. Lagi2 kalo ada yg pernah ddk kat Darul Quran, mesti diorang penah rasa ukhuwah camni.. Ukhuwah yg benar2 kerana Allah..

Dalam program ini, sy dpt beberapa pengajaran la.. antaranya, pentingnya sahabat yg hafaz quran untuk sama2 menyokong antara satu sama laen.. Yalah.. Takkan kita sorang2 je nak maju? Mesti kita nak rakan2 kita juga maju sperti kita.. ataw kita mahu diri kita maju seperti rakan2 kita.. kan? Sbb menghafaz al-quran bukan satu benda yg mudah. Lebih2 lagi pada masa yg sama, kita sama2 mengambil satu bidang yg agak tough iaitu medic dan dentistry.. Smua memerlukan kepada penghafalan..

Group tasmi3 sy
Dari kiri: Arif Hakimi, sy, Loqman

Kenapa diletakkan menjauhi maksiat sbgai objektif utama? Haa.. Sbb, bila dikaji, mengapa kita mudah lupa terhadap hafalan2 kita? Antara sbbnya adalah hati kita kotor dan jiwa kita sering dibelenggu dgn maksiat. Hal ini sedkit sbyk boleh menjadi faktor, susahnya mendapat pertolongan, rahmat dan keberkatan dari Allah swt. Sy ada pernah dgr satu kata2.. saya rasa ia nasihat guru imam syafie kepada beliau.

Ilmu itu cahaya. Dan cahaya tidak dapat masuk ke dalam hati orang-orang yang melakukan maksiat

Jadi, sbb itulah dijadikan sbgai objektif utama.. Menghafaz al-quran tidaklah sesukar menjaga hafalan... Nak hafaz, tak susah sbnya.. tapi nak jaga al-quran dalam dada kita, amatlah sukar..

Dalam program ini juga, sy dapat perhatikan, kerjasama dan dorongan daripada rakan2 yg turut menghafaz al-quran tu amat penting.. Kenapa? Sbb mereka juga rasa sebagaimana yg kita rasa... Mereka juga tahu bagaimana kesibukan kita dgn pelajaran lagi, dgn mengulang hafazan lagi.. mereka lebih memahami kita berbanding orang2 yg tak menghafaz al-Quran.. Dan kadang2, bila sama2 rasa susah terhadap ssuatu ayat, kita sama2 mengulang dgn rakan2, terasa ayat tu jadi sng.. Semangat pon semakin naik! Tak percaya? Tanya lah saya~ =P Hehe.. Lagipon, bila ada antara kita wat salah, ada je yg akan nasihat.. baru lah kena dgn firman Allah swt:

 ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). [QS 5:2]
Dalam rehlah ini, sempat diadakan beberapa aktiviti sperti kelas tasmi3, permainan, slot menjauhi maksiat, perbincangan, bakar ayam... Alhamdulillah, smuanya berjalan dgn lancar.. Dan kami berharap, rehlah ini dan apa yg kami buat spenjg rehlah tersebut termasuk dalam amalan2 soleh dan diterima oleh Allah swt.. ameen~

Masa proses bakar ayam BBQ, sy nmpak ukhuwah sesama kami bgitu kuat.. sama2 berusaha untuk menghidupkan api.. walaupon mengambil masa yg agak lama.. saling bertukar shift untuk bakar ayam dgn kelas tasmi3.. masya-Allah.. indahnya ukhuwah ini..

Ahli tahfiz az-Zikr yg hadir [gaya cam sy lak boss.. haha =.=]

Program ini tamat pada pukul 5ptg.. mmg letih la.. tapi apa lah sangat keletihan itu jika dibandingkan dgn apa yg saya dpt dalam rehlah ini =) Pada pendapat sy sndiri, alhamdulillah. rehlah ini mencapai objektifnya..

~Wallahu a3lam~

23 Mac 2010

Medic Jordan

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah.. dapat peluang menulis lagi setelah lama tak tulis.. hehe.. tapi masa agak singkat, so straight to the point la..

Bagi pelajar2 junior yg hendak melanjutkan medic ke timur tengah terutama seperti jordan, sila pastikan diri anda dapat menerima keadaan yg mana lecturer mengajar anda dalam bahasa arab even bahasa pengantar subject tersebut spatutnya dalam english.. Kalo tak dpt terima fakta ini, better jgn apply jordan.. hehe.. bukan ape, takot menyesal nnt..


contoh dewan kuliah

Lagipon, tiap2 tahun, budak2 1st year akan complain pasal mende ni la.. tak cye, tanye senior2 anda yg dah mmg ada kat middle east.. Sbb ada yg kata nak mahirkan bahasa arab kan? Sbb tu pilih middle east kan? Ini lah masanya... So, hopefully, bila dah dpt jordan, jgn la complaint2 ye? Kat sini sy sertakan video clip untuk lecture anatomy saya. Untuk Cardiovascular System.. Sila dgr.. ad beberapa ketol je perkataan BI.. hehe:




Camana? Kalo rasa leh adapt keadaan camni, silakan dtg.. ahleen 3l urdun~

P/S: tak smua lecture camni.. tapi sllunya, stiap sem, mesti ada pnye dpt lecturer yg camni.. hehe.. so, just sbgai langkah awal ye? =)

~Wallahu a3lam~

20 Mac 2010

Berfikir

Assalamu3alaikum wbt...

Alhamdulillah.. Bersyukur di beri kekuatan untuk menulis.. Selalu time nak tulis, ada keje.. pastu bila keje dah siap, da lupa nak tulis ape.. hehe.. btw, minggu exam adalah minggu yg penat.. huhu.. taktaw knp penat.. takde plak melompat2.. tapi penat otak.. takpe la.. nama pon student..

Antara hobi sy pada masa lapang adalah berfikir.. haa.. berfikir ttg ape? mcm2 la... sbb tu dah beruban kot? hahaa.. [sukati je wat teory sndiri=.=]. Biasanya, sy suka pk ttg ape yg berlaku disekeliling.. for example.. bila kita melihat seseorang yg pandai dalam pelajaran.. mesti terlintas, "wah.. hebbat nye dia ni.. boleh score exam2 yg susah.. otak dia ni pakai komputer ke? huhu.." Pnah terpikir x camtu? kalo sy, sy extend sket lagi... "hmm.. dia dah hebbat.. tapi siapa yg cipta dia sampai hebat camtu? ALLAH. Maka, Allah lah yg plg hebbat! Sbb dia menciptakan org yg hebbat!" SO, sebaik2 benda yg kita pk, biarlah sampai kepada Allah akhirnya.. hehe.. ni contoh la..

Besides, kadang2 sy suka gak wat kajian sndiri.. lagi2 bila jumpe ayat quran yg kata, "Di dalamnya ada petanda bagi org2 yg beriman", "Di dalamnya ad tanda bg org yg memikirkannya"... mcm2 la.. sbb sy rasa, bila Allah ckp camtu, mesti ada sbb.. sy teringin sgt nak taw, petanda ape yg ada tu? hehe.. byk ayat.. tp sy kasi satu contoh la.. kita sama2 pkirkan ek? InsyaAllah.. hehe.. Firman Allah swt:

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman. [QS 6:99]

Dalam ayat ini, kita disuruh perhatikan ketika buah2 tu masa dia berbuah, dan masa buah2 tu masak... sy teringin sgt nak tgk.. tp takde pluang ag.. mgkin ada satu penemuan nnt, sape tahu? Kalo sape2 ada taw something, share2 la ek?

Btw, sy juga ada wat perhatian spanjg sy ddk kat negara arab ni... Sy byk perhatikan la.. org arab dan pelajar malaysia.. dan ape yg sy nampak, org arab yg biasa2 ni, mereka seolah2 ikut sukati dia je dalam bab ibadah.. kiranya, bila kita tgk cara mereka solat, mcm2 style ada.. ada yg sampai maen msg dlm solat?! iskk.. kot ye pon ada mazhab yg bleh gerak byk kali, takkan smpai maen msg? =.= mcm2 hal lagi la.. pastu, bila dalam kes ddk tahiyat.. mmg banyak style la jumpe.. haha.. tapi benda ni bukan benda wajib.. so tak kesal la.. mgkin mereka blaja laen? husnu zon..

Tapi, kalo arab tu tak kesah la sgt.. yg lebih pelik bila berlaku pada pelajar malaysia.. sy ada tgk la.. cara ddk tahiyat akhir.. masa kat malaysia, smua ddk tahiyat akhir scara "at-tawarruk" iaitu cara yg sunnah.. [cara ini melipatkan kaki kiri ke arah kanan,dibawah kaki kanan, punggung di atas lantai, jari kaki kanan dilipatkan ke arah kiblat] rasanya smua taw cana nak ddk tahiyat akhir.. tp, org arab, jrg sgt2 sy nmpak yg ddk cara ini.. normally, mereka ddk secara "iftirosh" pada tahiyat akhir [ddk tahiyat awal]. Pastu, bila dak2 mesia ni tgk arab wat cmtu, ramai yg wat camtu jugak.. hmm.. ntah.. mgkin mereka sakit kaki? ataw mereka ada dalil tersendiri? ataw mereka taqlid? wallahu a3lam.. tp kalo bg mereka2 yg taqlid, ketahuilah, cara ddk yg sunnah, ddk scara tawarruk pada tahiyat akhir kalo mengikut mazhab syafie.. tak caye, try la bukak kitab2 imam syafie.. iA jumpe..

Begitu juga kalo bab menyapu khuf.. anda bleh rujuk pada post sy pada thn lpas.. ada sy tulis scara khas untuk tajuk meyapu ke atas khuf.. sy penah tgk budak melayu, dia pakai stokin, bukan khuf, pastu dia amik wudhu', dia sapu pada stokin dia.. hmm.. camana tu? Kalo berdasarkan apa yg sy blaja, antara syarat2 khuf ini, KALIS AIR.. stokin kalis air ke? lagipon, byk lagi syarat berkaitan dgn khuf ni.. kena berwudhu' dahulu sblm pakai... mcm2 la.. leh rujuk kat sini untuk keterangan lanjut ttg bab ini.. btw, apa yg sy ckp, bila based on mazhab syafie..

Begitu la.. haha.. tajuk berfikir ke tu? Sy berfikir jugak sbnya.. bila tgk org2 yg dinyatakan kat atas ni.. terfikir mcm2... Dia ini beljar dari sape? Ataw hanya taqlid? Ataw mmg dia ada blaja boleh wat gitu?

Berkata imam Al-Ghazali:
Ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu pula tidak menjadi [tak sah]

Hehe.. btw, byk benda lagi boleh kita pk.. dan mmg byk.. sy suka termenung sbnya.. lagi2 masa ddk sorang2.. pk mcm2 la.. kadang2, masa kita berfikir tu, mcm2 benda kita rasa.. kadang2, sampai rasa satu smgt yg besar.. smgat nak tahu la, smgt nak blaja la.. mcm2 la.. lagipon, dgn berfikir, otak kita aktif.. training otak la katakan~ haha.. gunakan segala pancaindera yg Allah kurniakan sebaiknya.. agar kita tak tergolong dalam golongan yg lebih teruk dari haiwan sbgaimana Firman Allah swt:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. [QS 7:179]

Kalo perhati ayat ni btol2.. hati digunakan untuk berfikir? abes tu otak untuk ape? hahaha... pikir2 la sndiri ye? Sy takmo gitaw =P Sekadar itu celotehan sy kali ini.. hehe.. dah lwat pagi ni.. mau tido plak..

~Wallahu a3lam~

13 Mac 2010

Penat tapi best!

Assalamu3alaikum wbt~

Alhamdulillah... Diberi pluang menulis di kala bz.. hehe.. 2-3 hari ni, sy dah meng"push" badan saya over limit sket.. hahaa...

Start hari khamis, bgn pagi cam biasa... then wat la benda2 perlu, stdy.. pegi kelas taekwondo.. latihan hari tu penat gile.. abes la dlm kol 2.30ptg.. btw.. hari ni kuar result spm.. haha.. tahniah kepada yg berjaya.. sy tak pnah tnjuk kat org ag result spm sy dlu.. ada photostat je.. tgk la.. haha..

 xde la hebbat pon.. tp sijil spm cam tak guna sgt da je? kan3? so, dah leh lupakan kenangan ini~

then balik umah, solat asar smua2.. then rehat kejap.. pastu dah kena gerak untuk gi masak for MABIT [Malam Bina Iman dan Taqwa].. masak kari je la.. for around 45 org.. smua skli 4 org je.. =.=.. penat woo.. masak untuk ramai, tp 4 org je.. mmg pnat.. bile dah settle masak2.. makan.. then ada pengisian sket.. then sptutnya tido kat umah prgram untuk qiam.. tp sy tak.. minta izin balik.. knp? Sbab pkul 4 pagi nnt sy kena berkumpul dpan masjid dah.. nak bergerak ke Mu2tah ntok program KPI [Kursus Perubatan Islam]

Then balik umah.. dlam pkul 12.30 malam camtu baru tido.. pastu bgn kol 3 pagi.. siap2 diri smua.. huhu.. then bergerak la ke mu2tah.. dalm perjalann, smpat snap gambar sket.. hehe..

 logo kat baju sy tu jata kelantan ye? bukan logo UMNO=.=

Pastu kursus ni sbnya blaja cane nak rawat org yg kena rasuk jin dgn kaedah ruqyah.. satu kaedah yg mana Rasulullah saw sendri menggunakannya... Kaedah ni biasanya menggunakan ayat2 alquran.. best la gak.. sampai masa practical, ada yg kena btol2.. then rawat.. hehe.. pastu alhamdulillah, kami dapat ijazah khas/sanad untuk merawat org yg kena rasuk jin.. khas dari Syeikhul Maqari Hj Othman b Hamzan, Akademi Syifa' Qurani.. cara dia tak ssh sgt.. tp kompleks.. program ni start kol 8-5ptg.. tp sbb org yg mmg da ada jin dalam badan dia tu jin yg tak penah kena kacau lagi, so jin tu agak berlagak lagi la.. so, abes lewat prgram.. kat sini juga, kita dapat taw, antara kuat dan ilmu, mana lagi hebat? haha... ilmu? knp? [btw, syeikh tu kata, ayat ni juga bukti manusia lagi hebat dari jin] Firman Allah:

Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.
[QS 27:39-40]

See? Ifrit ni adalah jin terkuat! tapi tewas gak dgn org yg berilmu.. Besides, kita kena kuat la bila nak lawan ngn jin ni.. mesti ramai kata, mampu ke kita? Don't worry... ada ayat quran! Firman Allah swt:

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka; cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). [QS 17:65]

Abes je prgram, sy teros kena pegi ke MSD [Malaysian Student Department] untuk menyusun sgala2 yg perlu.. sbb sy biro persiapan dan teknikal bagi prgram RAPS '10 [Penggarapan Al-Aqsa 2010].. so terus stop kat 3Amman, settle2kan mende ni.. tido pon kat sana bersama pengarah program dan biro2 len.. tido dlm kol 12 lebih gak ar.. bgn cam biasa.. awl..



Then prgram ari ni.. menarik! byk input baru yg amat berkesan berkaitan dgn sejarah palestin itu sndiri, yahudi dan mcm2 lagi.. disampaikan oleh Dr Zainurrashid.. beliau seorang doctor pakar dalam O&G.. huhu.. hebbat kan? Org macam beliau lah yg kita mahu!

Dalam ni, ada diterangkan oleh Ustaz Soberi ttg kebencian org yahudi terhadap org islam.. Firman Allah swt:

Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. [QS 5:82]

Menarikkan ayat quran ini kan? saya suka baca ayat ni.. hehe.. satu sbb maksdnya.. satu lagi? rahsia~ lalala~

Pastu prgram abes sampai pkul 5 ptg.. dan saya slamat sampai ke Irbid dalam pukul 8.30 mlm tadi.. huhu.. baru je sampai.. tu tak larat tulis panjg2.. Penat.. hehe.. time to rest.. esok kena start stdy da~!

~Wallahu a3lam~

09 Mac 2010

Busy

Assalamu3alaikum wbt..

Takde nak kata pape.. just mgkin ssh sket nak tulis da.. bcoz nak mengejar lecture note yg bertimbun2.. huhu..

-BUSY-

~Wallahu a3lam~