Assalamu3alaikum wbt...
Alhamdulillah... Masih diberi peluang untuk menikmati nikmat iman dan islam... Kan asyik dgr brita kematian je.. terbayang2 gak.. mimpi sal mati pon agak kerap.. hmm~ petanda? Ntah.. Allah lebih Mengetahui. Anyway, pagi2 hari agi ttba ada mood nak tulis.. Sbb ape? takot lupa sbnya.. once lupa.. idea lenyap. hahaha..
Okeyh.. Let's go to the main topic..
Hafazan & Masa... 2 perkara ini ssh nak dipisahkan.. Percaya atau tidak? Bila kita nak menghafaz al-quran, kita perlukan kepada masa.. Ye la kan, takkan tgk skli da dapat hafaz? Kalo ada, dia merupakan anak2 cucu imam syafie kot? sbb imam syafie ni, dia nak baca kitab pon, kena ttp sblah.. sbb dia tgk je, trus ingat.. MasyaAllah.. tgk cane org2 yg dipilih Allah. Bukan sbarang org..
Actually, pada 6/2/2010 baru2 ini, sy dijemput untuk jadi panelist untuk satu forum dalam program PINTAZ yg dianjurkan oleh Akademi Tahfiz Az-Zikr.. Masa ditawarkan tu, rasa berat la jugak.. sbb ape? Ramai lagi yg lebih layak untuk berckp.. ye la kan? sape je saya ni.. bak kate mmber, "Si Loppek" +_+
Pastu lepas pk2 sket, takpe la.. amik sbg satu cabaran.. haha.. then saya pon pergi la kat sana.. bawak la kertas sket.. org len smua takde kertas.. ckp spontan.. sy je kena tulis2 sket.. haiih~ loppek tol~
Kat sini, mgkin tulis balik.. tp tak smua la.. teka, ape tjuk yg sya dpt? Bagaimana hendak membahagikan masa menghafaz Al-Quran ketika walaupun dalam keadaan yang sibuk?
Hmm.. tajuk cam sng.. tp susah nak explain=.= Kenapa? Sbb apa yg diminta ni lebih kepada diri sendiri. Pcya ke tak? Haa.. we'll see.. Sbb kalo sy ckp cara camana pon, kalo org yg dengar takmo wat, tak jadi gak~ kan3?
rezeki~ alhamdulillah~ hehe~
Okay..
Bagaimana hendak membahagikan masa menghafaz Al-Quran ketika walaupun dalam keadaan yang sibuk?
Pertama:
Niat mestilah kerana ALLAH. Niat ini core segala sesuatu. Sbb kalo niat kita pon da tak btol, camana la keberkatan tu nak ada? Niat ni ibarat satu tiang pasak.. ataw base.. kalo mende ni tak kukuh, smgat mudah runtuh~
Kedua:
Berdisiplin. Apa itu disiplin? Disiplin adalah sabar dengan perkara2 yg tidak disukai, agar dapat benda yg disukai. Haa.. tu Saiful Islam pnye definisi. Jadi, bila nak dapat bahagi masa ni, of course la kena ada disiplin tu.. dan dalam muwasofat tarbiyah dari Syahid Imam Hassan Al-Banna, antaranya adalah menjga masa dan pekerjaan yg teratur. So, kena pandai la berdsiplin. Bila kita dah mmg disiplin, tak kira time exam ke, ape ke, mesti hafal gak.
Ketiga:
Buat target. Sbb ape benda ni perlu? Bila kita da ada target, once kita lihat target kita cam jauh lagi, kita akan lebih berusaha mencapai target. Wat target sndiri. Target masa pendek dan masa panjg. Contoh masa pendek, nak hafaz at least 1page sehari dalam tmpoh 10 hari berturut2. Contoh target jangka pnjg, nak hafiz 30juz dalam tmpoh 5 thn.. Jadi, pergerakan kita hendaklah selari dgn target dan kemampuan kita.
Keempat:
Menjaga masa. Masa adalah benda yg subjective bg setiap org... iya, mmg benar, smua org dapat 24jam je sehari smalam.. tapi, keberkatan masa tu wujud. Bila kita sntiasa jaga masa, insyaAllah keberkatan masa tu akan wjud. Contohnya, dapat menghafaz satu page dlm masa 10min.. haa.. tu antara keberkatan masa la tu. Dlam msa yg pendek, dpt hafaz.. Cuba lihat ulamak2 terdahulu.. ada yg mampu mengkhatamkan al-Quran dalam satu malam shj.. haa, tu antara tanda keberkatan masa. Masa yg pendek dirasakan luas dan panjg.
Kelima:
Buat Jadual. Menda ni penting. Kalo yg akademi dah kasi jadual, follow la.. dan wat jugak jadual hidup kita.. start dari bgn tido di pagi hari, sampai tido balik di malam hari.. [bkn tido dlm kelas, tghri dsb tu] Sbb kat sini, kita leh letak masa untuk menghafaz, mengulang, tilawah. Yang mengulang, kalo bleh, bykkan.. dan cerai2kan.. maksd sy, wat kejap2 je, tapi byk sesi.. sbb kalo lama2 ngulang, takot anda penat/bosan.. melainkan mmg anda jenis stamina tinggi.. tak pnat/bosan la~ =P
Keenam:
Mind set yg positive. Normally, org ssh nak hafal waktu bz sbb mind set tak btol. Mind set ni penting. Kalo kita set kan, mudah je nak hafal ayat ni. InsyaAllah nnt jadi mudah. Dan jaga juga 1st impression terhadap ayat yg hendak dihafaz. Sbb 1st impression ni amat berkesan. Kalo anda peniaga makann, mesti kita nak org nampak masakan kita tu sdap [kalo nmpk tak sdap walaupon rasa sdap.. rmai tak bli.. example budu. Nampak cam geli. Rasa sdap je]. Sbb manusia ni, lebih cnderung kpd appearance. Tol x? Jadi, wat la 1st impression anda yg positive~ Juga JGN set in mind yg menghfal al-quran di hari yg ada exam, menjejaskan exam.. haiih~ tak smestinya.. tp kalo pk camtu, jadi la camtu.. [that's y huffaz kena pndai jaga masa. tak stdy last minit]
Ketujuh:
Doa dan Tawakkal. Dan usaha camana pon, kalo Allah taknak bgi, tak dpt gak. Jadi, lepas da usaha, doa la slalu.. sbb Al-Quran ni kata2 Allah.. Kita nak hafal kata2 Dia, mintak la izin dgn Dia.. tak bgitu?
Isi tambahan:
Rasa nak mudah hafal even waktu bz, kena wat preparation la sket. Kalo sy, sy suka pasang mp3 surah yg nak hafaz.. dgr byk kali.. sampai muntah pon takpe [tapi tak pnah muntah pon.. sdap je] Nak tido pon pasang je.. insyaAllah, otak kita catch-up jugak masa tido tu.. kalo rajin, potong ayat alquran dlm mp3 tu, amik ayat yg nak dihafaz je.. then replay la byk kali.. sy penah potong gak.. antaranya ayat ttg hutang dalam surah albaqarah. ayat 282. Sbb satu page ni, satu ayat je.. so agak berbelit la nak ingat urutan. So sy wat camtu. Dan Alhamdulillah, lekat je urutan tu.. [Bila sy da ada ank nnt, insyaAllah, ayat alquran sy nak mereka dgr sjak kecik lagi.. its better dari dgr lagu ntah hape2.. sbb mereka akan hafal.. Kalo bleh, dlm kandungan ag nak suruh dgr da.. haha.. tpi tu kena ummi dia la wat..]
Akhirnya, bila kita dah berjaya hafaz 30juz al-Quran dgn jayanya, JGN kita anggap ini satu titik pengakhiran. Tidak! Ini adalah satu titik permulaan! Dan bg saya, menghafaz alquran 30 juz merupakan basic in life. Ttpi hakikat di Malaysia, khatam alquran tu pon dah dianggap satu kejayaan. Kalo hafiz 30 juzuk ni, lagi la.. dianggap kejyaan yg ultimate kot? Cuba kita lihat tokoh2 ilmuan islam pada zaman dahulu.. mereka hafaz alquran dlm usia yg muda iaitu sblm mencapai aqil baligh. Tapi, kita masih belum terlambat. Mari sama2 kita kejar basic ini!
Dan ingin sy sampaikan hasrat sy kepada bakal isteri sy [insyaAllah.. tp tak taw lagi sape.. hehe.. skdar luahan dan cita2], "Sy nak anak2 kita hafiz alquran terlebih dahulu sblm mmulakan pelajaran dalam bidang yg digemari mereka. Jadi marilah kita mula dari skrg! Jadi contoh terbaik untuk anak2, insyaAllah. Dan bila dah lahirnya satu zuriat kita, kita tanam dalam diri dia, cinta akan Al-Quran.. biar dtg minat untuk menghafaz al-quran dari dirinya sndiri. Itu lebih baik. Kan syg?" [sila abaikan perkataan yg tak spatutnya.. haha]
Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyenangkan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
Nampaknya, amat panjg post kali ni.. adeihh.. ppe pon, skadar perkongsian dari sy.. Yang baik itu, datangnya dari Allah.. Dan yang lemah tu, adlah kelemahan sy sndiri selaku seorang hamba.
~Wallahu a3lam~