11 Februari 2010

Peluang depan mata, tetapi...


Assalamu3alaikum wbt..

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan setelah sekian lama tak menulis. Haha.. Bajet cam ramai org bace je.. Takpe2.. Itu bukan persoalannya skrg. Pape hal pon, cuti tinggal lagi 2 hari.. jumaat dan sabtu TT.TT Sedeyh2.. hahah.. tapi tak mengapa.. Stiap yg ada permulaan, mesti ada penghujungnya.. kan? Jadi, kenalah sntiasa maju ke depan. Ok. Cukup mengarut smpai sini.

Well, ape yg saya maksdkan peluang ada dpan mata, tetapi? Haa.. Benda yang sy nak ckp ni ramai yg penah baca, tp tak ramai yg sdar.. ttg apa kah? Hoho.. Baca2..

Begini kisahnya.. Post ni sbnya lama da nak wat.. tp gitu la.. manusia kan? Pelupa.. Time byk keje baru teringat balik.. time free, lupa.. haiih. Keje pon byk ag tak settle.. Takpe2.. Slow2.. [tp kalo dead date line dah dkat, nak slow2 ape nye?!]

Ok.. mesti ramai yg baca Al-Quran kan? Tapi brapa ramai yg cuba baca sambil mengetahui maksdnya? Brapa ramai yg cuma memahaminya? Brapa kerat yg cuba mendalaminya? Sy nak tulis ni, hanya nak share beberapa potong ayat al-quran. Sbb sy nmpak ayat ni macam peluang.. kalo nak lebih mendalam, baca la tafseer ye? Sy huraikan sedikit shj dari tafseer yg sy baca.

Firman Allah swt:

 
 Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). [QS 3:14]

Sebagai mana yg kita tahu, manusia ni mmg diberi nafsu. Jadi nafsu kita ni, cenderung kepada benda2 smua yg ada dlm ayat di atas. Dan perkara pertama yg disusun dlm ayat tu adalah nafsu terhadap wanita. Dan dikatakan, fitnah terbesar yg ada bg umat nabi muhammad saw terhadap lelaki adalah wanita. Huhu.. dasyat kan? Sbb itu juga, dikatakan "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita SOLEHAH."

Antara ciri2 wanita solehah:
-menjaga aurat
-taat kepada suami
-bila suami tiada, dia menjaga dirinya [kehormatan] serta harta suaminya

Dan juga diterangkan, manusia ni juga tertarik pada anak, harta, emas, kuda... kalo nak terangkan kat sini, panjg.. stiap perkataan tu ada definisinya tersendiri. Jadi, untuk bab ini, baca tafseer.. bukan sy malas tulis, bila anda baca kat situ, lagi byk.. dan lagi best~

Jadi, kita mesti nak kalo org offer kat kita benda2 smua ni kan? Jangan nak tipu la kalo takmo.. kalo ada org offer kat korang, tp korang taknak, bg kat saya.. hahaha.. as easy as that.. Fuuh.. best kalo dpt smua2 ni.. tapi..? Haa..

Allah berfirman lagi:

 
 Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya; [QS 3:15]

Haa.. Kat sini, Allah suruh nabi Muhammad saw tnye kat kita, "korang nak tak ak bgtaw, benda2 yg lebih baek dari smua2 yg korang minat tu?" [ayat ni sy reka sndiri ye? nak kasi situasi nmpak cam zman skrg sket.. of course nabi tak ckp menggunakan gaya bahasa yg mcm sy guna]. Yang mana kita lihat, diberi TAWARAN HEBAT iaitu syurga, isteri2 dan juga KEREDHAAN ALLAH! Nah.. tak nak ke? rugi kalo lepaskan pluang.. ni yg AKHIRAT pnye.. bukan dunia.. kan objective kita hidup ni nak dptkan KEREDHAAN ALLAH SWT?

Jadi bagaimana kita nak dapat smua2 ini? Allah berfirman dalam ayat seterusnya:


 
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab Neraka; [QS 3:16]

Org2 yang mmbaca doa ini! haa.. ape lagi?! Hafal la kawan2... pastu kita baca hari2!! [kalo nak tgk flow camana ayat ni turun, tgk tafseer.. dia ada terang kat situ] Jom2! Kita hafal sekarang! Tak susah.. sng je.. ala, doa ni dkat2 ngan doa yg kita sllu baca dipenghujung doa tu.. kejap je.. plg lama hafal pon 5 minit.. tp korang smua ni hebat2.. iA tak sampai seminit dah lekat! Btw, sambil2 kita baca doa ni, kta kena la wat jugak ape yg kta baca tu..

1) Sesungguhnya kami telah beriman : iaitu dgn kitab Allah dan Rasulnya serta melaksanakan ape yg disyariahkan dlmnya

2) ampunkanlah dosa-dosa kami : dosa yg kami lakukan dlm pekerjaan harian dan ampunkan dgn rahmatMU, Ya Allah


Hafal bahagian ini~ hehe

Tapi, cukupkah stakat itu sahaja? Hanya doa sahaja? Tak.. ada satu lagi.. hehe.. Allah juga berfirman:


 
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya) dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah) dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu suhur. [QS 3:17]

Haa.. bukan sahaja berdoa, hendak lah kita jadi org yg sabar, benar, taat, peginfaq dan sntiasa beristighfar kepada Allah..

Orang-orang yang:
Sabar = dalam mendirikan ketaatan dan meninggalkan perkara2 haram
Benar = dalam percakapan, perbuatan dan smua perkara
Taat = Taat setaat taatnya la.. ssh nak terangkan sbb dlm tafseer dia guna satu istilah yg khas
Penginfaq = menginfaqkan harta2 di jalan Allah
Beristighfar = sntiasa memohon keampunan pada Allah  terutama pada waktu suhur shingga subuh

Haa... mende2 ni.. marilah sama2 kita buat.. InsyaAllah, tak sia2.. Sbb ini adalah antara janji2 Allah! Pnjelasan sy kat sini tidaklah scara total.. ni scara gambaran je.. nak jelas2, baca la tafseer.. baru dpt penjelasan yg mantap. Cuma kalo pasal istigfar tu, ini menunjukkan, masa suhur adalah antara masa ssuai untuk kita memohon keampunan pada Allah swt.. So? bangun la awal.. sblum subuh~ hehe

Sebenarnya, huraian untuk 4 ayat ni panjg.. tapi sy wat jadi pendek.. sbb, sy cuma nak pembaca dpt CORE dia je.. iaitu peluang yg Allah tawarkan pada kita.. amcam? Rasa nak wat tak kawan2? Sy da bersemangat ni~ haha

Pape hal pon, marilah kita sama2 bila baca al-quran, kita cuba bertadabbur dgn bacaan kita.. Kita cuba paham apa yg kita baca.. Ada byk sgt ilmu dlm tu.. cuma kita tak sdar.. Smoga kita sama2 mendapat RedhaNya.. insyaAllah..

"Ya Allah, Jadikanlah Al-Quran sebagai hujjah bagi kami di hari Qiamat, bukan sebagai hujjah ke atas kami!"

~Wallahu a3lam~

4 ulasan:

Unknown berkata...

inshaAllah..
ingat2..

Evi LoLyta berkata...

salam. owh ni entry yg nk post tu~
nice... btol sgt2, rmi bce tp spe je yg amalkn, yg memahami. (ni tuju kt diri sdiri jgk). kdg2 tlepas pandang gak.

truskn menulis ;)

JaQ berkata...

faiq:

weh.. bilo nok start wat kijo gotu tuh TT__TT

kak eda:
wslm wbt.. thx kak~

Unknown berkata...

Assalamualaikum.
Keep the good work.
Jazakallah kher.

-Nur Munirah binti Mohd Nor-