Assalamu3alaikum wbt...
Alhamdulillah.. diberi idea nak menulis.. bukan sng nak dpt idea menulis.. kadang2, idea ada.. tp masa nak gi kelas.. tgk2, da ilang idea once balik rumah. Haih.. takpe2.. ni ada idea, ok la kot?
Btw, penulisan ini based on ape yg sy pernah dgr dan pendapat sy.. sy bgtaw awal2 lagi. So, kalo salah, tolong btulkan dgn berhikmah ye? heee~~
Ok... apa yg korang paham ttg fakir dan miskin? 2 perkataan ini bukanlah nama org ye? takot ada yg terbayang cite Jutawan Fakir je.. hahah.. dan ada yg ingat 2 benda ni benda sama.. sbb penggunaan dalam bahasa malaysia, fakir miskin... so, cam takleh nak beza.
Bagi saya, fakir [kalo dalam arab, guna huruf qof.. so saya eja faqir lah ek?] adalah seseorang yang tidak cukup harta asasnya [makann,tmpat tinggal,pakaian], tetapi dia tidak meminta2 sehinggakan org ramai tak taw dia ni takde harta. Hal ini berpandukan firman Allah swt:
(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: Orang kaya oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya. [QS 2:273]
Lihat? Sampai org yg taktaw ingat mereka kaya! Masya-Allah. Dan orang miskin pula bermaksud orang yg mempunyai harta ckup2/hampir2 cukup untuk benda2 asas je. Dan dia mgkin juga meminta2? [tak pasti point ni] haha...
Namun begitu, sy rasa, darjat org faqir lebih tinggi dari darjat org miskin. Knp sy kata camtu? bila tgk urutan dalam surah at-taubah. Firman Allah swt:
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [QS 9:60]
Kalo tgk sini, Allah sbut faqir dlu baru miskin. Kiranya, org faqir diutamakan terlebih dahulu dalam bab zakat. So, apa pada pendapat anda pula? Dan pendapat sy ni, kalo tak silap, pnah dgr dalam satu kuliah agama.. tp lupa bila dan di mana..
btw, nak tnye pendapat korang ttg satu ayat ni. Firman Allah swt:
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. [QS 24:32]
Adakah ini jaminan atau bukti dari Allah bahawa perkahwinan tidak menjadikan kita makin miskin? So? hahaha... tp tunggu dulu.. tgk ayat selepasnya juga ye?
Firman Allah swt:
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian) dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [QS 24:33]
Hehe.. so, pastikan mampu dlu ye? Kalo tak silap, mampu di sini cumalah dari segi nafkah dan mahar. Harta tak smestinya kena byk baru bleh kawin. Kalo dah bleh kasi nafkah tu, ok la.. tapi, jgn lupa.. berat tanggungjawabnya slepas itu.. Ilmu kena ckup. Dan, pastikan anda mampu menjadi murobbi [pembimbing] diri sndiri terlebih dahulu, sblm kita mmbimbing isteri kita.. dengan kata lain, pastikan kita mampu membimbing diri kita dulu sblm kita nak kawin.. haha.. [kalo nak bgn subuh pon susah/kantoi, nak gi solat berjemaah pon berat, baek tangguh dulu niat nak kawin tu ek? sy ckp camni sbb, solat tu basic in our life.. kalo basic pon kantoi, camna ngan yg len? dan solat tu sndiri dlm kawal kita dari wat mende2 jhat~ no offense~~]
Ok la.. sampai sini sahaja ye? hehe..
~Wallahu a3lam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan